Anda di halaman 1dari 3

Awang sembilang merayu dan merayu lagi.

Namun, mak embun masih engggan pergi meminang puteri


raja. Awang sembilang pun menjadi sedih. Setiap hari ia Nampak muram. Mak embun tidak mahu awang
sembilang bersedih. Dia pun pergilah ke istana untuk meminang puteri raja.
Sampai di istana, mak embun pun masuk menghadap raja. Ada apa mak embun? Tanya raja.
Hamba ini ingin meminang puteri tauanku, jawab mak embun.
Raja terkejut apabila mendenga permintaan mak embun.
Bukankah kamu tidak menpunyai anak? Tanya raja kehairanan.
Benar tuanku. Hamba meminang untuk awang sembilang. Jawab mak embun.
Raja ketawa mendengar kata-kata mak embun.
Puteri baginda, puteri nilamsari turut tersenyum.
anakanda bersetuju,asalkan awang sembilang memenuhi permintaan anakanda jawab puteri
nilamsari.
Apakah permintaan anakanda Tanya raja.
Sebuah jambatan emas dari istana ke rumah awang jawab puteri nilamsari.
mahukah anakanda bertunang awang sembilang? Tanya raja.
anakanda bersetuju jawab puteri nilamsari.
Mak embun sangat susah hati. Dia pulang memberitahu tentang syarat puteri nilamsari kepada awang
sembilang.
janganlah ibu risau. Awang akan tunaikan permintaan tuan puteri itu kata awang sembilang.
Mak embun masih susah hati. Dia tidak percaya awang sembilang boleh membina jabatan emas itu.
Pada malam itu awang sembilnag keluar dari tong air. Tiba-tiba, seorang pemuda kacak keluar sari
sarung ikan sembilang. Awang sembilang bertukar menjadi manusia.
Awang sembilang pun berseru.
jadikanlah rumahku emas. Jadikanlah istana raja itu emas. Jadikanlah jambatan emas dari rumah ku ke
istana. Seru awang sembilang.
Tiba-tiba rumah awang sembilang berubah menjadi rumah emas dan sebuah jambatan emas terbina
dari rumah nya ke istana.
Esoknya pak aman dan mak embun sungguh terperanjat. Rumah mereka telah bertukar menjadi rumah
emas. Sebuah jambatan emas merentas dari rumah mereka ke istana.
Mereka pun pergi menghadap raja. Raja juga berasa sungguh kagum. Istananya telah bertukar menjadi
istana emas.
Sebagai memenuhi janji, baginda pun mengadakan majlis perkahwinan awang sembilang dengan puteri
nilamsari. Seluruh rakyat dijemput ke majlis itu. Majlis perkahwinan.itu sungguh meriah. Semua orang
bergembira kecuali puteri nilamsari.
Puteri nilamsari bersedih hati kerana suaminya hanyalah seekor ikan sembilang.
Pada malam itu inang membawa tepak serih ke bilik peraduan puteri.
makanlah sirih dan pinang tuan puteri. Bdan tuan puteri akan menjadi segar kata inang.
baiklah inangkata puteri nilamsari .
Puteri nilamsari makan sedikit pinang dan sirih. Tidak lama kemudian, puteri mengantuk. Puteri pun
tidor dia atas peraduan.
Keesokannya puteri terkejut apabila melihat sirih dan pinang di dalam tepak sirih telah tiada. Puteri
berasa sungguh hairan.
eh siapa pula makan sirih pinang ini. Malam tabi masih ada lagi sirih pinang. Bisik puteri nilam sari.
Puteri nilamsari mendapat satu akal. Pada malam esoknya puteri berpura-pura tidur. Selepas tengah
malam, awang sembilang melompat dari pasunya. Tidak lama kemudian keluarlah seorang pemuda dari
sarung ikan itu. Pemuda itu sangat kacak.
Pemuda itu memakan sirih pinang di dalam tapak sirih itu.
Apabila hamper subuh. Pemuda itu masuk semula ke dalam sarung. Kemudian ikan sembilang itu
melompat masuk ke dalam pasu.
Esoknya puteri nilam sari meminta inang mencari sirih pinang pelali. Sirih pinang ini boleh membuat
orang tidak sedarkan diri.
Pada malam itu puteri meletakkan sirih pinang itu di dalam tepak sirih itu. Pada waktu malam. Keluarlah
pemuda itu dari sarungnya. Dia makan sirih pinang itu. Setelah dia makan sirih pinang itu pemuda itu
pun jatuh pengsan.
Puteri mengambil sarung ikan sembilang dan membakarnya. Penuda itu tidak sedarkan diri sehingga
siang hari. Setelah sedar, pemuda itu mendapati sarung nya sudah tiada.
wahai pemuda, sarung ikan itu telah beta bakar siapakah kamu yang sebenarnya? Tanya puteri nilam
sari.
sebenarnya aku adalah putera dewa kayangan. Aku hanya menyamar sebagai ikan sembilang. Jawb
pemuda itu.
Puteri nilamsari sungguh gembira. Puteri membawa suaminya menghadap raj. Tidak lama kemudian ,
awang sembilang pun ditabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai