Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan
Pelajaran Sabah.
Hadirin sekalian,
majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk
memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.
terima kasih.............
para hadirin,
kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan
mempersembahkan.............dipersilakan.
segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian,
wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.
dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta
rombongan.
.......................................................................
Format Secara ringkas.
_____________________________________________________________________
Seorang pengacara perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan ditulis oleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu
program. Namun begitu, hal ini tidak bermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya
pihak penganjur atau tuan rumah menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.
Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan perpisahan dan majlis amal
selalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks sendiri. Walaupun teks ini tidak dibaca sepenuhnya,
sebagai seorang pengacara majlis, anda harus menyediakan teks sebagai garis panduan dalam
mengendalikan sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan dalam majlis tersebut.
2.1 Teknik Menulis Teks Pengacara
Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas kerja, anda perlu
mengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan anda menulisnya. Oleh itu, di sini
diterangkan serba ringkas teknik penulisan teks pengacara majlis sebagai panduan terutama kepada bakal
pengacara majlis dan mereka yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis.
2.1.1 Penyediaan Teks
Sebelum menyediakan teks pengacara majlis, anda terlebih dahulu perlu mengetahui nama majlis tersebut,
tujuan majlis, dan atur cara sesuatu malis dengan lengkap. Pastikan juga anda mendapat senarai nama
jemputan terkini terutama tamu kehormat dan penaja acara jika ada. Setelah itu, baru anda boleh merancang
teks anda agar bersesuaian dengan majlis.
2.1.2 Cara Menyediakan Teks Dan Kandungan Teks
Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan ditulis dalam tiga ruangan, iaitu
masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) seperti:
Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara. Manakala ruangan ‘cue’ pula
merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi sesuatu pengumuman. Dengan kata lain, ‘cue’ ini
merupakan penanda aras bagi menentukan sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan ‘announcement’ pula
ialah ruangan yang perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang mencatatkan setiap perkara
yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.
Yang berikut merupakan contoh penyediaan teks pengacara majlis:
Masa CUE ANN 1
Apabila isyarat, iaitu YAB
8.30 pagi Timbalan Perdana MenteriMENGUMUMKAN KETIBAAN YANG
masuk ke dalam dewan denganAMAT BERHORMAT …............. DENGAN
diiring oleh Yang BerbahagiaDIIRINGI OLEH YANG
Ketua Pengarah… danBERBAHAGIA ............ DAN YANG
Pengarah BERUSAHA ............. MASUK KE DEWAN
DAN SETERUSNYA MENGAMBIL
TEMPAT DI ATAS PENTAS.
Perlu diingatkan di sini bahawa setiap muka surat diperuntukkan untuk satu pengumuman sahaja. Hal ini
penting agar jika terdapat perubahan pada saat akhir berkaitan perjalanan atur cara, maka perkara ini
memudahkan pengacara menyusun semula teks mengikut atur cara tanpa perlu membuat contengan yang
akan mengelirukan. Teks yang telah lengkap perlu diklip untuk diselak ke atas atau ke kanan.