Anda di halaman 1dari 6

5 Kuasa Tingkah Laku Kepimpinan Oleh Pengetua

5 KUASA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PENGETUA


model: Thomas Sergiovanni

1. Kuasa Teknikal
Pemimpin adalah teknikal berkaitan dengan urusan teknikal seperti merancang,
mengarah, mengawal teknik untuk memastikan keberkesanan optimum organisasinya. Ia
juga termasuk pengurusan pejabat yang baik, teknik penjadualan yang baik, menyelia
perakaunan dan pengurusan objektif dan matlamat yang sesuai. Tingkah laku teknikal
adalah secara umumnya untuk memastikan pengurusan yang baik dan efisien.

Pengurus Hal Teknikal:
merancang
mengarah
mengawal keberkesanan organisasi
Contoh:
pengurusan pejabat yang baik
teknik penjadualan
penyelidaan perakauanan
pengurusan objektif/matlamat
Matlamatnya:
memastikan pengurusan yang baik dan efisien
2. Kuasa Kemanusiaan
Tingkah laku kemanusiaan adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi
kemanusian seperti memberi motivasi, membuat rundingan, menasihati serta membentuk
nilai moral dalam organisasinya. Kemahiran ini menjadi penyumbang utama dalam iklim
sesuatu sekolah.

melibatkan kemahiran komunikasi kemanusiaan:
motivasi
membuat rundingn / performance dialog
menasihatimembentuk nilai moral dalam organisasi







3. Kuasa Pendidikan
Tingkah laku kepimpinan pendidikan lebih fokus kepada konsep pengetahuan
pemimpin. Kemahiran yang berkait dengan tingkah laku ini adalah kebolehan untuk
mengenalpasti masalah pendidikan, mengadakan penyeliaan, menilai program pendidikan,
membentuk kurikulum, melaksanakan aktiviti perkembangan staf dan mengembangkan
pendidikan individu yang baik untuk murid-murid.

memberikan perhatian kepada aspek pendidikan
kemahiran berkaitan dengan tingkah laku
mengenal pasti masalah
mengadakan penyelidikan
membentuk kurikulum
aktiviti perkembangan staf
program/aktiviti perkembangan pengetahuan






4. Kuasa Simbolik
Tingkah laku simbolik menunjukkan apa yang dipercayai oleh pemimpin kepada
orang lain yang dipercayai penting dalam sesuatu organisasi. Kuasa simbolik juga boleh
dinyatakan sebagai sesuatu yang tidak tercatat dalam surat pekeliling tetapi sesuatu yang
baik dilaksanakan oleh pemimpin. Contohnya, pemimpin meronda kawasan sekolah,
melawat bilik darjah, memberi hadiah dan sebagainya.

tingkah laku secara simbolik mengenai statusnya sebagai pemimpin, contoh:
melakukan rondaan
lawatan ke bilik darjah
memberikan ganjaran terhadap pencapaian
ucapan penghargaan dan tahnia

5. Kuasa Budaya
Pemimpin budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah.
Sebagai seorang pemimpin budaya, pengetua berperanan mengukuhkan nilai, kepercayaan
dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebuah sekolah yang unik.

tindakan sebagai pemimpin dalam soal menerapan nilai positif sehingga membentuk
budaya unik bagi sesebuah sekolah.



Adalah tidak mustahil untuk mempunyai budaya yang berfungsi atau
disfungsi dalam sesuatu organisasi. Disfungsiboleh berlaku apabila organisasi terlalu
menitikberatkan sesuatu program atau aktiviti yang tidak berfokus kepada matlamat
sekolah. Contohnya, menitikberatkan program muzik sekolah daripada kecemerlangan
akademik boleh menyebabkan disfungsi berlaku. Disfungsi juga boleh berlaku disebabkan
oleh norma sekolah yang menentukan bagaimana guru-guru perlu bertingkah laku.
Contohnya, disfungsi boleh berlaku jika norma sekolah tidak membenarkan guru-guru untuk
membawa pulang kerja sekolah ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai