Anda di halaman 1dari 10

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

150

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN JAWI
BERSAMBUNG MELALUI KAEDAH 3T BERWARNA
Fairuz Aimi binti Baharuddin & Asyraf Ridwan bin Ali
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato Razali Ismail
i_me_5rose@yahoo.com & ara@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis
perkataan jawi bersambung menggunakan kaedah 3T Berwarna dalam
memenuhi objektifnya iaitu menulis perkataan jawi dengan betul di atas
garisan menggunakan 3T Berwarna. Responden kajian terdiri daripada
lima orang murid di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara, Terengganu.
Pemilihan responden adalah kerana mereka masih berada pada tahap
sederhana dan lemah dalam penulisan jawi. Instrumen yang digunakan
adalah ujian pra dan pos, pemerhatian, temu bual, soal selidik dan analisis
rekod Fail Perkembangan Murid (FPM) bagi pengumpulan data. Ujian pra
telah dijalankan bagi mengenalpasti masalah, kemudian gelung pertama
dilaksanakan dan ujian pos 1 diberikan. Dapatan kajian mendapati terdapat
murid yang masih lemah dalam menulis perkataan jawi bersambung
dengan betul di atas garisan, iaitu seramai dua orang memperoleh hanya
11.1% dalam ujian pos 1. Pemurnian terhadap kaedah 3T Berwarna telah
dijalankan, dan ujian pos 2 diberikan menunjukkan dua orang murid
memperoleh peningkatan sebanyak 100% dalam ujian pos 2.
Kata kunci: Kemahiran Menulis Perkataan Jawi Bersambung, Konsep 3T
Berwarna, Garisan
PENDAHULUAN
Setelah menjalani sesi Praktikum III di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara ini, pengkaji
telah mengenalpasti satu masalah dalam kalangan murid-murid iaitu murid lemah dalam
menulis perkataan jawi bersambung dengan betul di atas garisan yang disediakan dalam
ruang jawapan pada kertas lembaran kerja. Pengkaji kerap menyediakan lembaran kerja
bagi pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tahun 3 Mawar oleh kerana Tahun
3 menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan.
Pengkaji telah mengenalpasti seramai 5 orang murid 3 Mawar bermasalah dalam menulis
perkataan jawi bersambung selepas satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
oleh pengkaji. Pilihan jawapan diberikan dan salah satu pilihan jawapannya adalah
dadu. Apabila murid menyalin semula pilihan jawapan tadi pada ruangan jawapan, 5
orang murid ini dikenalpasti menulis semua huruf dal (), alif (), dal () dan wau
() di atas satu garisan sahaja, tanpa mengambil berat huruf yang berekor perlu diletakkan
ekornya di bawah garisan malahan huruf alif () juga ditulis sama tinggi dengan huruf
dal ().
Lembaran kerja seterusnya diberikan kepada murid bagi tajuk akhlak Adab Terhadap al-
Quran, dan 5 orang murid ini dikenalpasti melakukan kesalahan lagi dengan menulis
perkataan malas di atas satu garisan sahaja di mana huruf sin () ditulis di atas
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

151

garisan pada ruangan jawapan. 5 orang murid ini telah ditegur secara terus oleh pengkaji
dan mereka dikehendaki segera membetulkan penulisan mereka.
Kajian lepas telah diteliti, dan menurut Nur Amirah (2011), sekiranya murid bermasalah
dan tidak dapat menguasai jawi dengan sempurna, adalah amat sukar bagi mereka untuk
menguasai bidang lain seperti Ibadah, Sirah dan Akhlak kerana semuanya dipelajari
dalam tulisan jawi. Malahan, Muzni (1995) telah menyatakan bahawa kelemahan murid
dari segi menulis jawi adalah lebih ketara jika dibandingkan dari segi bacaan. Kajian juga
telah dilakukan oleh Mohamad Najib (2010) bertajuk mempertingkatkan kemahiran
menulis huruf jawi menggunakan buku garis enam. Kajian ini berkaitan
menulis jawi dengan betul di atas garisan.
Di samping itu, pengkaji juga telah mencari pelbagai kajian daripada mata pelajaran lain
yang berkaitan dengan tajuk ini antaranya kajian oleh Sharifah (2012) bertajuk
penggunaan buku garis empat dengan kaedah Line and Space secara bimbingan individu
bagi meningkatkan kekemasan tulisan kanak-kanak Prasekolah dan juga kajian oleh
Rasyiqah (2012) bertajuk keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi dan salin jalin
dalam meningkatkan kemahiran menulis murid Pemulihan.
Kajian-kajian yang terdahulu telah membuktikan bahawa kaedah latih tubi berjaya
mengatasi masalah dalam pembelajaran murid. Cooper & Lindsay (1998) menyatakan
bahawa faktor utama latihan atau kerja rumah diberikan kepada murid adalah untuk
meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu tajuk yang dipelajari. Justeru,
konsep 3T Berwarna telah diperkenalkan oleh pengkaji yang menggunakan kaedah latih
tubi iaitu secara Tengok, Tiru, Tulis. Hal ini adalah kerana menurut Abu Bakar &
Ikhsan (2003), proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru
tetapi adalah berpusatkan murid baik secara individu atau kumpulan.
Teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura (1989) menyatakan
semua tingkah laku manusia dipelajari melalui contoh iaitu melihat tingkah laku
seseorang dan mengolah tingkah laku diri seperti dilakukan individu berkenaan. Beliau
melabelkan fenomena ini sebagai modelling. Hal ini juga turut disokong oleh Mazina
(2008) yang menyatakan bahawa alat pembelajaran terbaik bagi kanak-kanak ialah
individu di sekeliling si kecil itu.
Selain itu, penggunaan warna sangat penting bagi menarik minat murid terhadap
pengajaran guru. Jadi, pengkaji menerapkan unsur warna dalam kajian ini supaya dapat
menarik minat dan perhatian murid. Menurut Simone K. Schleifer (2011), Color is one
of the most effective tools in architecture and interior design. Choosing the right color is
all that is required to achieve the desired effect and instantly change the character of the
different rooms and their intended use. Justeru, penggunaan warna yang bijak
membolehkan matlamat sesuatu yang ingin dicapai akan tercapai malahan warna dapat
mengubah watak sesuatu atau seseorang itu.
Sehubungan itu, bertepatan dengan kaedah yang pengkaji gunakan, pengkaji menerapkan
unsur warna dalam kaedah penyelesaian masalah murid ini agar wujud kreativiti dan
inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur ini juga bertepatan dengan
saranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mentransformasi kurikulum pendidikan
negara kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menambahkan unsur
baru dalam Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu elemen kreativiti dan inovasi.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

152

Noor Hidayah (2010) mendapati sebahagian murid beliau di Tahun Satu Pintar di Sekolah
Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu menghadapi masalah menyambung
huruf dan membentuk huruf bersambung dengan betul. Beliau telah mengaplikasikan
kaedah Latih Tubi bagi memperbetulkan kesalahan murid menulis dua suku kata terbuka
yang mengandungi huruf vokal . Kajian tersebut menepati kaedah yang digunakan
oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu latih tubi.
Noor Rahizan (2010) pula menyatakan terdapat murid Tahun Lima Ibnu Khaldun di
Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh menghadapi masalah menyambung huruf Jawi.
Beliau telah membina Kad Warna Jawiku untuk mengatasi masalah tersebut dan beliau
telah berjaya meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid yang terpilih.
Malahan, aspek warna turut digunakan dalam kajian beliau, yang mana turut pengkaji
gunakan dalam kajian ini
FOKUS KAJIAN
Bagi tujuan tinjauan masalah, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, soal
selidik serta temu bual antara pengkaji dengan guru dan juga antara pengkaji dengan
murid. Instrumen lain yang digunakan ialah semakan terhadap rekod Fail Perkembangan
Murid (FPM) setiap murid.
Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji telah dapat mengenalpasti beberapa isu yang
berkaitan dengan masalah ini:

1. Murid menghadapi masalah dalam menulis huruf jawi sama ada perlu ditulis di
atas garisan mahupun ekornya diletakkan di bawah garisan malah sama ada perlu
ditinggikan sedikit kepalanya.
2. Murid keliru dan tidak yakin dalam menulis perkataan jawi bersambung dengan
betul di atas garisan selepas ditegur secara terus oleh guru.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid menulis perkataan
jawi bersambung menggunakan kaedah 3T Berwarna. Manakala objektif khusus kajian
ini adalah supaya murid dapat:
1. Menulis perkataan jawi dengan betul di atas garisan menggunakan 3T Berwarna.
2. Meningkatkan penguasaan murid menulis perkataan jawi murid dengan
menggunakan kaedah 3T iaitu Tengok, Tiru, Tulis.

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dijawab melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah murid dapat menulis perkataan jawi bersambung dengan betul di atas
garisan dengan menggunakan kaedah 3T Berwarna?
2. Adakah penggunaan kaedah 3T iaitu Tengok, Tiru, Tulis dapat meningkatkan
penguasaan murid menulis perkataan jawi bersambung?


SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

153

KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini adalah terdiri daripada murid tahun 3 Mawar Sekolah Kebangsaan
LKTP Belara. Murid kelas ini terdiri daripada 28 orang murid. Semua murid telah
diberikan lembaran kerja (instumen) dalam bidang jawi dan murid yang memperoleh
pencapaian kurang 50% telah dipilih untuk menjalani ujian pra. Hasilnya, seramai 5 orang
murid dipilih sebagai responden kajian terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang
perempuan. Semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kelas ini telah dipilih
kerana mereka masih berada pada tahap sederhana dan lemah dalam penulisan jawi.
Murid ini juga dipilih kerana mempunyai masalah dalam penulisan huruf jawi
bersambung di mana huruf yang ditulis tidak diletakkan di atas garisan dengan betul.
TINDAKAN
Pengkaji telah mengadaptasikan model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang
dipetik daripada buku Rosinah Edinin (2012) dalam menyelesaikan masalah dalam kajian
tindakan ini

Rajah 1: Lingkaran Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Mengenal pasti aspek amalan
Model kajian tindakan ini mengandungi lima langkah seperti mengenal pasti aspek
amalan bagi penambahbaikan, merancang tindakan, melaksana tindakan, mengumpul dan
menganalisis data, dan juga membuat refleksi terhadap tindakan iaitu sebelum, semasa
dan selepas tindakan dilakukan.
Pada peringkat permulaan, pengkaji mengenal pasti masalah yang berlaku di dalam kelas
yang dipilih. Instrumen yang digunakan dalam mengenal pasti masalah ialah pemerhatian,
soal selidik, temu bual dan juga analisis Fail Perkembangan Murid (FPM).
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

154

Perancangan Tindakan
Pengkaji telah memutuskan untuk membina kaedah 3T Berwarna bagi membantu
responden kelas 3 Mawar menulis perkataan jawi bersambung dengan betul di atas
garisan. Rancangan ini termasuk mengadakan ujian pra dan pos, pemerhatian, dan juga
sesi temu bual.
Pelaksanaan Tindakan
Dalam fasa ini, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan mengenalpasti
hasil dapatan. Langkah pertama dalam pelaksanaan tindakan adalah melaksanakan satu
sesi soal selidik bagi menilai pandangan dan pendapat responden tentang tulisan jawi dan
cara penulisannya. Seterusnya, pengkaji telah menjalankan satu ujian pra bagi
mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dalam menulis perkataan jawi bersambung
dengan betul di atas garisan.
Setelah ujian pra dijalankan, pengkaji memberikan intervensi menggunakan kaedah 3T
iaitu Tengok, Tiru, Tulis kepada lima orang responden yang dipilih. Kaedah 3T ini
menggunakan kaedah latih tubi dengan digabungkan dengan kaedah peniruan di mana
murid perlu tengok terlebih dahulu tulisan yang ditulis oleh pengkaji pada board
pengkaji, kemudian tirutulisan pengkaji tadi dengan cara tulis di atas board yang telah
diberikan oleh pengkaji terhadap setiap responden.
Board yang disediakan ini menggunakan kaedah 3T dan dibina menggunakan pelbagai
aspek yang menarik minat responden untuk menulis. Tidak seperti board biasa, alat ini
ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan mempunyai unsur warna yang mampu
menarik minat dan perhatian responden.
Pengumpulan Data
Semasa intervensi dijalankan, pengkaji juga mengumpul data menggunakan pemerhatian
dan temu bual. Pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian secara berstruktur yang
telah dijalankan oleh pengkaji sendiri, guru Pendidikan Islam kelas tersebut, dan juga
guru j-QAF. Seterusnya, pengkaji telah memberikan ujian pos 1 kepada murid bagi
menilai keberkesanan penggunaan 3T Berwarna yang telah dilaksanakan.
Data-data yang dikumpul kemudian dianalisis. Satu dapatan kajian telah dihasilkan dan
penambahbaikan telah diberikan kepada intervensi pengkaji kerana prestasi responden
masih kurang memuaskan dan objektif masih belum tercapai sepenuhnya. Dapatan kajian
ini adalah sebagai pengukur sama ada kajian ini berjaya atau tidak.
Refleksi
Dalam fasa ini, refleksi berkaitan kebaikan dan keburukan serta kekuatan dan kelemahan
kaedah 3T Berwarna yang dijalankan tersebut berjaya ataupun sebaliknya. Justeru, satu
pemurnian dan penambahbaikan telah dibuat terhadap intervensi bagi memperoleh
keputusan dapatan yang lebih baik dan memuaskan serta responden menunjukkan
perubahan yang ketara setelah menggunakan kaedah 3T Berwarna. Sekiranya kajian ini
masih belum mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenalpasti punca kegagalan dan
mengadakan kajian semula dengan pemurnian sebagai penambahbaikan terhadap
intervensi.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

155

Gelung 2 Mengenal pasti aspek amalan
Dalam gelung kedua, pengkaji memulakan semula kajian daripada peringkat mengenal
pasti masalah. Pada masa ini, pengkaji telah menambahkan unsur warna pada alat 3T
Berwarna yang digunakan. Unsur warna yang dipilih mengandungi tiga warna traffic
light iaitu merah, kuning dan hijau sebagai garis panduan.
Tujuan pemilihan tiga warna ini adalah kerana pengkaji ingin menggunakan tiga jenis
warna yang berlainan, dan murid-murid juga telah terbiasa melihat lampu isyarat. Tiga
warna juga dipilih sebagai simbolik penekanan yang lebih terhadap warna hijau di mana
murid perlu terus berjalan dan menarik ekor huruf wau () di bawah garisan (kawasan
berwarna hijau). Warna merah juga turut diberi penekanan kerana murid perlu sentiasa
beringat menulis huruf yang berkepala tinggi seperti huruf alif () dan lam () lebih
tinggi sedikit sehingga ke kawasan berwarna merah.
Perancangan Tindakan Kedua
Pengkaji memutuskan memurnikan bahan 3T Berwarna sebelum ini bagi membantu
responden yang masih lemah dalam menulis perkataan jawi bersambung dengan betul di
atas garisan. Pemurnian yang dibuat diharapkan mampu memberikan kesan yang berbeza
kepada penulisan responden.
Pelaksanaan Tindakan Kedua
Pada peringkat ini, pemurnian intervensi telah dibuat dan telah diberikan kepada
responden bagi melihat perubahan peningkatan responden terhadap penulisan perkataan
jawi bersambung yang betul di atas garisan. Pemerhatian berstruktur juga dibuat pada
masa ini. Bagi menilai keberkesanan intervensi 3T Berwarna yang telah diberi pemurnian
ini, ujian pos 2 telah diberikan kepada setiap responden.
Pengumpulan Data Kedua
Semasa intervensi ini dijalankan, pengkaji turut mengumpul data menggunakan
pemerhatian 2 dan temu bual. Pemerhatian secara berstruktur juga digunakan dalam
gelung kedua ini. Seterusnya, pengkaji telah memberikan ujian pos 2 bertujuan menilai
keberkesanan penggunaan 3T Berwarna yang telah dimurnikan. Data-data yang dikumpul
kemudian dianalisis. Dapatan daripada ujian pos 2 dan pemerhatian 2 ini telah dibuat
perbandingan dengan ujian pos 1 dan pemerhatian 1 sebelum ini. Pengkaji juga membuat
penilaian pandangan responden daripada temu bual yang dijalankan.
Refleksi Kedua
Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian ini berjaya atau tidak
berdasarkan kesemua hasil dapatan kajian yang diperoleh. Pada gelung kedua ini,
pengkaji berasa berpuas hati dengan dapatan yang siperoleh. Oleh itu, gelung seterusnya
tidak dijalankan.




SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

156

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Menulis perkataan jawi dengan betul di atas garisan menggunakan 3T Berwarna
Rajah 2: Perbandingan peratusan ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2.

Berdasarkan rajah 2 di atas, daripada 9 soalan yang telah dikemukakan dalam ujian pra,
pencapaian markah yang paling tinggi adalah sebanyak 3 markah sahaja melalui
responden 4, mewakili 33.3%. Manakala responden 2 pula tidak dapat menjawab
sebarang soalan iaitu 0% melalui ujian pra yang telah dijalankan.
Setelah intervensi dijalankan dalam gelung pertama, ujian pos 1 menunjukkan sedikit
peningkatan terhadap kesemua responden di mana kebanyakan responden masih belum
memperolehi markah penuh bagi ujian ini. Peningkatan yang agak mendadak telah
ditunjukkan oleh responden 5 di mana berjaya menjawab 6 soalan dalam ujian pos 1
berbanding hanya dua soalan pada ujian pra sebelum ini.
Walau bagaimanapun, dalam ujian pos 2 yang telah dijalankan, kebanyakan responden
mencatat hampir kesemua jawapan betul. Responden 4 dan 5 memperoleh markah penuh
iaitu 9 markah mewakili 100%. Manakala responden 1 dan 3 memperoleh 8 markah, di
mana terdapat satu kesalahan dalam menjawab soalan ujian pra 2, mewakili 88.9%.
Malah responden 2 juga menunjukkan peningkatan yang ketara dengan memperoleh 7
markah mewakili 77.8%.




22.2
0
11.1
33.3
22.2
44.4
11.1 11.1
66.6 66.6
88.9
77.8
88.9
100 100
0
20
40
60
80
100
120
R1 R2 R3 R4 R5
Ujian pra
Ujian pos 1
Ujian pos 2
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

157

Rajah 3: Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2 bagi Tingkah Laku Positif setiap
responden

Berdasarkan rajah di atas, pengkaji membuat perbandingan mengenai tingkah laku positif
terhadap kedua-dua gelung. Sebanyak 10 item pemerhatian telah disenaraikan di mana 5
item mewakili tingkah laku positif dan 5 item lagi mewakili tingkah laku negatif. Peratus
tingkah laku positif pada pemerhatian 2 (gelung kedua) lebih tinggi daripada tingkah laku
positif pada pemerhatian 1 (gelung pertama). Kesemua responden menunjukkan tingkah
laku positif yang tinggi pada gelung kedua iaitu sebanyak 50%. Peratusan sebanyak 50%
ini mewakili 5 item tingkah laku daripada 10 item yang telah ditunjukkan oleh responden.
Hal ini menunjukkan intervensi yang digunakan membantu murid dalam menulis
perkataan jawi bersambung dengan betul di atas garisan.
Menulis perkataan jawi dengan betul menggunakan kaedah 3T iaitu Tengok, Tiru,
dan Tulis.
Bagi menentukan murid dapat menulis perkataan jawi dengan betul menggunakan konsep
3T iaitu Tengok, Tiru, Tulis, pengkaji menggunakan instrumen temu bual. Dalam
soalan temu bual, pengkaji telah menganalisis soalan bernombor 2 pada gelung pertama
dan gelung kedua bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian yang dikumpul.

40
20
30
40
10
50 50 50 50 50
0
10
20
30
40
50
60
R1 R2 R3 R4 R5
Pemerhatian 1
Pemerhatian 2
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

158

Rajah 4: Analisis temu bual soalan bernombor 2 pada gelung pertama dan gelung kedua.

Berdasarkan rajah di atas, apabila diajukan soalan bernombor 2, hanya dua orang
responden sahaja yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah 3T Berwarna membantu
dalam menulis perkataan jawi bersambung di atas garisan dengan betul. Sebaliknya, tiga
orang responden lagi menyatakan tidak membantu. Setelah dianalisis soalan temu bual
bernombor 3, didapati ketiga-tiga murid berkenaan tidak menggunakan kaedah 3T
Berwarna yang diperkenalkan oleh pengkaji. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
menulis perkataan jawi bersambung di atas garisan dengan betul.
Pada gelung kedua, terdapat perubahan markah berdasarkan jawapan responden setelah
dibuat penambahbaikan oleh pengkaji. Apabila diajukan soalan bernombor 2, semua
responden (lima orang) menyatakan bahawa kaedah ini membantu dalam meningkatkan
penguasaan mereka dalam menulis perkataan jawi bersambung. Setelah dianalisis soalan
bernombor 3 pula, kesemua responden didapati menggunakan kaedah 3T Berwarna yang
disediakan oleh pengkaji. Hasilnya, kelima-lima responden menunjukkan peningkatan
dalam ujian pos 2 yang telah dijalankan
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Menulis perkataan jawi dengan betul di atas garisan menggunakan 3T Berwarna.
Melalui dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian
responden dalam kemahiran menulis perkataan jawi bersambung dengan betul di atas
garisan, dari segi kefahaman, kemahiran dan keyakinan. Hal ini dibuktikan dengan temu
bual dan pemerhatian terhadap responden kajian. Secara keseluruhannya, kesemua
responden menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis perkataan jawi
bersambung malah responden juga semakin faham dan yakin untuk menulis perkataan di
atas garisan dengan betul berdasarkan kaedah 3T Berwarna yang telah diperkenalkan.
Dalam Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 oleh Aspalaila dan Maslinda yang
bertajuk Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat Yang Mengandungi Perkataan
Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV+KVK, telah menunjukkan
peningkatan respondennya dalam menguasai kemahiran membaca melalui program latih
tubi menyebut perkataan KVK selama lima minit sebelum pengajaran bahasa Melayu
malah meningkatkan lagi kecekapan murid. Justeru, melalui kaedah 3T Berwarna juga,
responden diminta menulis perkataan jawi yang ditunjukkan cara penulisannya oleh guru,
dan secara tidak langsung turut menggunakan kaedah latih tubi.
2
5
3
0
1
2
3
4
5
6
Gelung 1 Gelung 2
Ya
Tidak
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

159

Menulis perkataan jawi dengan betul menggunakan konsep 3T iaitu Tengok, Tiru,
dan Tulis.
Pengkaji berpendapat pengulangan penggunaan huruf dan perkataan yang sama dapat
membantu responden untuk mengingati bentuk huruf dan susunan huruf dalam menulis
perkataan jawi bersambung dengan betul sekaligus boleh mengurangkan dan mengatasi
kesilapan murid dalam menulis perkataan tersebut. Dapatan ini menyokong pendapat
Zainora (2005) yang menyatakan bahawa pengulangan bacaan dan tulisan membantu
murid dalam mengingat bentuk huruf, pola perkataan dan seterusnya bunyi dalam konteks
pembelajaran bahasa. Kaedah 3T Berwarna ini juga turut membantu murid menulis
kerana menggunakan pola pengulangan dalam menulis perkataan jawi bersambung.
Dapatan daripada kajian juga merumuskan, peningkatan kemahiran menulis mampu
mengurangkan kadar kesalahannya. Justeru, kaedah ini mampu meningkatkan kemahiran
menulis bagi bidang Jawi. Hal ini kerana kemahiran menulis ini adalah amat penting dan
merupakan kemahiran yang paling tinggi sepertimana menurut Hashim Othman (2004),
kemahiran menulis sebenarnya merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang
berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang.
RUJUKAN
Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hashim Musa (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mel Silberman penterjamahan oleh Zainab Ahmad (2007) Pembelajaran Aktif 101
Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek. Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Pasukan Penyelidik (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Rosie Turner-Bisset diterjemah oleh Mohd Fauzi Yaacob (2007) Pengajaran Pakar.
Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia Berhad.
Rosinah Edinin (Cetakan Kedua 2012) Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Simone K. Schleifer (2011) 500 Tricks Color. Spain: LOFT Publications.

Anda mungkin juga menyukai