Anda di halaman 1dari 6

1

Encik Lau dan isterinya menerima kad


ucapan hari lahir dan ulang tahun
perkahwinan daripada anak- anak mereka
setiap tahun walaupun semua anak- anak
mereka tinggal berjauhan.
Jawab semua soalan objektif berikut.
1. ________________________yang
baik akan menjamin perhubungan
yang baik dalam keluarga.

A. Perhimpunan
B. Perpaduan
C. Komunikasi
D. Peranan

2. Apakah kesan perpaduan semasa
meraikan sambutan hari khas keluarga?

A. Dapat berbual- bual mesra bersama
B. Bekerjasama membuat persiapan
C. Meraikan tradisi keluarga
D. Merasai pengalaman merayakan
sesuatu perayaan

3. Kita mestilah _____________ pendapat
orang lain.

A. mencaci
B. mengikut
C. mengkritik
D. menghormati

4. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan
konflik dalam keluarga?

A. Membuat pembahagian tugas dengan
adil.
B. Mengutamakan pendapat ahli
keluarga yang lebih tua.
C. Memaksa anak- anak mengikut
pendapat ibu bapa.
D. Merungut-rungut apabila diminta
menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Kemesraan dalam keluarga dapat dicapai
melalui amalan berikut, kecuali

A. memahami antara satu sama lain
B. mengamalkan gaya hidup yang sihat
C. mengelak untuk meluangkan masa
bersama keluarga
D. mengenali tingkah laku setiap ahli
keluarga

6. Apakah peranan bapa dalam sesebuah
keluarga?

A. Sebagai ketua keluarga
B. Mematuhi peraturan keluarga
C. Mendidik dan menjaga anak-anak
D. Menyediakan keperluan rumah
tangga.

7. Peribahasa yang manakah yang tidak
menggambarkan ikatan kekeluargaan
yang erat?

A. Bagai pungguk merindukan bulan
B. Bagai aur dengan tebing
C. Carik- carik bulu ayam, lama- lama
bercantum juga
D. Bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat

8. Peranan anda sebagai anak dalam
keluarga ialah

A. menyelesaikan konflik antara ibu
dengan bapa
B. menyediakan tempat tinggal yang
selesa
C. meringankan beban keluarga dalam
semua aspek
D. memenuhi kehendak sebagai remaja

9.


Apakah nilai yang ditonjolkan oleh
keluarga Encik Lau?
A. Berbelanja dengan baik
B. Mempercayai ahli keluarga
C. Mengekalkan tradisi keluarga
D. Menghargai ahli keluarga

10. Konflik dalam keluarga dapat dielakkan
dengan cara berikut;

I. Perbincangan secara terbuka
2

II. Memahami tingkahlaku ahli
keluarga
III. Bertanggungjawab atas kesalahan
sendiri
IV. Memberi sokongan kepada
anggota keluarga

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

11. Antara cara berikut, yang manakah dapat
menjalinkan hubungan yang mesra dan
akrab sesama anggota keluarga?

I. Hormat menghormati
II. Tolong menolong
III. Tinggal berjauhan
IV. Berkomunikasi

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. I, II dan IV

12. Kecemerlangan diri bagi seseorang murid
biasanya dikaitkan dengan

A. seseorang yang mempunyai cita-cita
yang tinggi.
B. kejayaan dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
C. kemahiran berkomunikasi sesama
rakan.
D. kemahiran menyelesaikan masalah
peribadi.

13. Ciri-ciri berikut menunjukkan
perwatakan terpuji murid, kecuali

A. berbudi bahasa.
B. belajar bersungguh-sungguh.
C. sentiasa berfikiran positif.
D. mengharapkan balasan ketika
bertugas.

14. Antara berikut, yang manakah halangan
dalam komunikasi?

A. Jarak antara dua penutur.
B. Bahasa yang tidak difahami.
C. Bunyi radio yang kuat.
D. Gerak badan pemberi maklumat.

15. Refleksi diri dilakukan bagi

A. menentukan matlamat kehidupan.
B. mengenang zaman kanak-kanak.
C. mencabar seseorang individu.
D. Mengimbas peristiwa suka dan duka.

16. Mengapakah kita perlu membuat refleksi
diri?

A. Untuk mencatat peristiwa dalam
diari.
B. Untuk membuat perbandingan
dengan orang lain.
C. Untuk membaiki kelemahan diri.
D. Untuk memastikan kita dihormati
oleh rakan.

17. Mengapakah kecemerlangan pendidikan
dikatakan asas kepada pencapaian
kerjaya idaman?

A. Mendapat ganjaran yang lumayan
daripada pihak syarikat.
B. Ilmu dan kepakaran boleh
dimanfaatkan untuk kesejahteraan
semua.
C. Majikan akan memuji dan
menghargai kecemerlangan
pendidikan seseorang individu.
D. Seseorang individu akan mudah
mendapat kedudukan penting dalam
kerjaya.

18. Penampilan perwatakan individu akan
menentukan kecemerlangan dirinya.
Berikut merupakan sifat-sifat perwatakan
terpuji, kecuali

A. gigih dan berani.
B. berserah kepada takdir.
C. membuat keputusan sendiri.
3

D. rasional dalam mengambil risiko

19. Sifat-sifat seperti daya juang dan daya
saing yang tinggi perlu disertai dengan
A. keazaman.
B. Penaakulan.
C. keprihatinan.
D. perasaan simpati.

20. Keupayaan menilai kelebihan dan
kekurangan diri merujuk kepada aspek

A. penaakulan.
B. berfikir secara rasional.
C. komunikasi yang berkesan.
D. kemahiran membuat refleksi.

21. _________________dalam
melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan akan membolehkan orang lain
menaruh kepercayaan kepada kita.

A. Kejujuran.
B. Keberanian.
C. Keseronokan.
D. Kesederhanaan.

22. Selain pencapaian pendidikan,
kecemerlangan diri juga perlu disertai
dengan

A. fizikal yang sempurna.
B. perwatakan yang terpuji.
C. pemikiran yang lurus.
D. daya saing yang keterlaluan.

23. Samad mudah dipengaruhi oleh
rakannya, Mahmud untuk melakukan
kegiatan yang tidak berfaedah. Apakah
yang patut Samad lakukan?

A. Mengikut kata-kata Mahmud.
B. Melaporkan kepada pengetua
sekolah.
C. Memberitahu perkara ini kepada ibu
bapa.
D. Berani berkata tidak dengan
mengamalkan sikap agresif.

24. Antara berikut, yang manakah
menunjukkan perlakuan sikap
menghormati ibu bapa?

A. Bertutur dengan sopan dan lemah
lembut
B. Tidak mendengar kata-kata mereka
C. Bergurau sehingga melampaui batas
D. Tidak bersalaman dengan ibu bapa

25. Antara penyataan berikut, yang manakah
menunjukkan perlakuan mematuhi
undang-undang?

A. Memandu melebihi had laju
B. Beratur dalam barisan di bank
C. Berbuat bising ketika di perpustakaan
D. Tidak memakai lencana ketika di
sekolah

26. Manakah yang berikut merupakan sikap
membuat refleksi untuk kejayaan diri?

A. Bertolak ansur dan bertoleransi.
B. Tidak yakin dengan keupayaan diri.
C. Berbincang dengan individu yang
berpengalaman.
D. Menggunakan bahasa yang sopan dan
berhemah.

27. Kita perlu menghormati ibu bapa kerana

A. kita akan mendapat balasan dari
mereka.
B. pengorbanan dan jasa mereka
terhadap kita.
C. kita terpaksa berbuat demikian
D. harus menjaga hati mereka.

4

28. Apakah kesan perpaduan semasa
meraikan sambutan hari khas keluarga?

A. Merasai pengalaman merayakan
sesuatu perayaan.
B. Dapat berbual-bual panjang bersama.
C. Bekerjasama membuat persiapan.
D. Meraikan tradisi kekeluargaan

29. Peranan anda sebagai anak dalam
keluarga ialah

A. menyelesaikan konflik antara ibu
dengan bapa.
B. menyediakan tempat tinggal yang
selesa.
C. meringankan beban keluarga dalam
semua aspek.
D. memenuhi kehendak anda sebagai
remaja.

30. Adik dimarahi oleh ibu kerana tidak
mengunci pagar di luar rumah.
Sebaliknya, adik mengatakan bahawa
andalah yang sepatutnya mengunci pagar
tersebut.
Apakah peranan anda dalam situasi di
atas?

A. Memarahi adik kerana menuduh
anda.
B. Mereka cerita untuk membuktikan
kesalahan adik.
C. Mengungkit kesalahan yang pernah
dilakukan oleh adik.
D. Menceritakan hal sebenar yang
menyebabkan anda terlupa berbuat
demikian.

31. Di antara yang berikut, amalan-amalan
yang manakah akan mendorong ke arah
perpaduan keluarga?


A. Menemani ibu ke pasar membeli
sayur
B. Berkhemah bersama dengan
rakan-rakan
C. Membantu adik untuk mengulang
kaji mata pelajaran yang lemah
D. Membersihkan rumah bersama-
sama keluarga sewaktu cuti
sekolah

32. Mengapakah setiap keluarga digalakkan
menyambut hari khas dalam keluarga?

A. Untuk mengingati hari khas tersebut.
B. Untuk mengekalkan struktur
keluarga.
C. Untuk memberikan penghargaan
kepada ahli keluarga.
D. Untuk membolehkan setiap ahli
keluarga memberikan hadiah kepada
kita.

33. Bagaimana cara untuk menangani konflik
dalam keluarga?

A. Melarikan diri dari rumah.
B. Melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan.
C. Mengadakan perbincangan dengan
ahli keluarga.
D. Mendedahkan masalah yang dihadapi
kepada pihak luar.

34. Apakah kesan buruk penglibatan
seseorang dalam gejala negatif kepada
ahli keluarga yang lain?

A. Menambahkan tanggungjawab ahli
keluarga.
B. Menyusahkan ahli keluarga
meneruskan kehidupan.
C. Merapatkan hubungan antara ahli
dalam keluarga.
D. Mencemarkan maruah dan nama baik
keluarga.
5



35. Bagaimanakah kita boleh mewujudkan
perpaduan dalam keluarga?

A. Mengawal pergerakan ahli keluarga.
B. Mengamalkan ajaran agama.
C. Berkasih sayang antara anggota
masyarakat
D. Mengambil berat masalah rakan-
rakan.

36. Segala masalah dan kesulitan yang
dihadapi hendaklah diluahkan agar

A. mengekalkan reputasi diri.
B. mudah untuk berkomunikasi.
C. tidak membebankan diri sendiri.
D. mendapat penghargaan daripada
keluarga.

37. Hubungan kekeluargaan yang terjalin
tidak mungkin dapat dipisahkan, bak kata
pepatah

A. air dicincang tidak akan putus.
B. melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
C. ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni.
D. bulat air kerana pembentung, bulat
kata kerana muafakat.

38. Antara berikut, yang manakah cara-cara
menghargai anggota keluarga?

A. Membelikan hadiah yang mahal
untuk mereka.
B. Memenuhi segala kemahuan mereka.
C. Mengharapkan balasan apabila
dibantu.
D. Mengucapkan kata-kata sayang
kepada mereka.

39. Apakah kebaikan mengadakan sambutan
Hari Ibu dalam keluarga?

A. Untuk mendapatkan pujian daripada
ibu.
B. Untuk mendapatkan ganjaran
daripada ibu bapa.
C. Untuk mengiktiraf ibu sebagai tokoh
wanita.
D. Untuk menghargai jasa dan
pengorbanan ibu.

40. Apakah tanggungjawab anak terhadap
keluarga?

A. Menyediakan keperluan asas
B. Mematuhi peraturan keluarga
C. Melarikan diri jika keluarga
mengalami masalah
D. Menjadi teladan kepada anggota
keluarga yang lain

41. Abang menduduki tempat pertama dalam
pertandingan nyanyian. Apakah tindakan
yang sewajarnya anda lakukan?

A. Memperlekehkan kebolehan abang.
B. Mencabar abang untuk bersaing.
C. Mengejek- ejek kemenangan abang.
D. Memberikan ucapan tahniah kepada
abang.

42. Rajoo akan menyambut Hari Deepavali
pada minggu hadapan. Apakah perkara
yang wajar Rajoo lakukan untuk
menunaikan tanggungjawab dalam
keluarga?

A. Membantu ibunya mengemas rumah.
B. Melakukan aktiviti harian seperti
biasa.
C. Mengajak rakan-rakannya datang ke
rumah.
D. Membuat kerja rumah yang diberikan
oleh guru.
6



43. Azizah telah berjaya menjawat jawatan
tinggi, hasil daripada penat lelah ibunya
yang bertungkus lumus menyara
pengajiannya, Azizah sepatutnya

A. mengungkit kesusahan yang dialami.
B. membiarkan ibunya terus bekerja.
C. lupakan ibunya setelah berjaya.
D. membalas jasa dan pengorbanan
ibunya.

44. Bagaimanakah anda boleh memberikan
sumbangan dalam majlis sambutan hari
lahir adik?

A. Meminta upah kerana turut
membantu.
B. Membiarkan ahli keluarga
menyediakan persiapan.
C. Bekerjasama dengan ahli keluarga
membuat persiapan.
D. Membantu ibu menyiapkan persiapan
setelah dipujuk.

45. Mengapakah anak-anak perlu berbincang
dengan ibu bapa apabila berhadapan
dengan masalah?

A. Supaya ibu bapa sentiasa berfikir.
B. Untuk menggelakkan salah faham
dengan ibu bapa.
C. Untuk mendapatkan keputusan yang
lebih baik.
D. Untuk mengelakkan diri daripada
dimarahi oleh ibu bapa.

46. Apakah aktiviti yang dapat membantu
mengeratkan hubungan antara ahli
keluarga?

A. Meninggalkan ibu bapa di kampung
kerana hendak hidup berdikari di
bandar.
B. Meluangkan masa untuk menziarahi
keluarga
C. Tidak melawat kakak yang selamat
bersalin di hospital
D. Menonton televisyen seorang diri

47. Aktiviti-aktiviti keluarga yang dilakukan
biasanya melibatkan

A. belanja yang besar
B. percutian ke tempat-tempat menarik.
C. semua ahli keluarga.
D. perancangan yang banyak.

48. Bagaimanakah kasih sayang dan
hubungan erat dalam keluarga dapat
dikekalkan?

A. Memastikan aktiviti keluarga
diadakan di tempat peranginan.
B. Menyambut upacara agama dan
perayaan bersama-sama keluarga.
C. Menunjukkan kelebihan keluarga
kepada orang lain.
D. Berbincang dengan ahli keluarga
selepas masalah timbul.

49. ______________yang baik akan
menjamin perhubungan yang baik dalam
keluarga.

A. Perhimpunan
B. Perpaduan
C. Komunikasi
D. Peranan

50. Konflik akan berlaku apabila anggota
keluarga _____________ dan ________
antara satu sama lain.

A. bosan, waswas
B. membenci, ragu-ragu
C. bertanggungjawab, sayang
D. tidak sepakat, berselisih faham