Anda di halaman 1dari 4

UMA RAMADAS

PSV 2
REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan
Sekolah(PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tun Aminah, selama seminggu iaitu
bermula dari 19 Ogos 2013 sehingga 23 Ogos 2013.Pelbagai pengalaman baru yang
dapat saya rasai kerana ini adalah kali terakhir saya menjejaki kaki ke sekolah sebagai
guru pelatih.
Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar
SJK?(T)Taman Tun Aminah iaitu En.Pubalan di pejabat beliau. Beliau sebagai guru
besar SJK(T) Taman Tun Aminah begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan
bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya
dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para
pelajar dan guru yang lain. Ini merupakan kali keempat saya berada di barisan hadapan
sebagai seorang bakal guru dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika majlis
berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua
guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara
lain lagi.
Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan
persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya di sekolah-sekolah lain. Para
pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap
kebersihan. Pada awal bagi iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di
kawasan persekitaran kelas mereka dan mula membersihkan kawasan mereka.
Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali sehinggakan begitu sukar untuk saya
melihat sampah walaupun dikawasan yang agak tesorok.
Hari pertama berada di SJK(T)Taman Tun Aminah begitu mengujakan saya.
Selepas majlis perhimpunan tamat, saya dan beberapa rakan lain yang menjalani PBS
di SJK(T)Taman Tun Aminah perlu menghadiri satu taklimat khas berkaitan beberapa
perkara tentang PBS ini yang diberikan oleh guru pembimbing iaitu guru penolong
UMA RAMADAS
PSV 2
kanan 1 Pn.Nermala. Hari pertama saya di SJK(T)Taman Tun Aminah tidak berakhir
begitu sahaja, saya dikejutkan dengan latihan kebakaran yang dilakukan oleh pihak
sekolah dengan kerjasama pihak Bomba.. Hari pertama ini saya catatkan sebagai hari
yang begitu menarik kerana pelbagai ragam dan pelbagai perkara yang tidak pernah
saya lalui atau sudah lama saya tidak rasai dapat saya rasai kembali pada hari ini
sebagai seorang bakal guru.
Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan
yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir
seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula
bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk
didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar
tidak mencemarkan maruah saya dan maruah IPGM Kampus Darulaman. Guru-guru
yang terdiri dari pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya
dalam berkomunikasi dengan mereka.
Pada hari kedua berada di SJK(T)Taman Tun Aminah, saya begitu bersemangat
untuk meneruskan tugasan saya dan pada hari ini saya dikejutkan dengan begitu
banyak perkara. Saya telah diberikan tugas oleh penolong kanak 1 untuk menggantikan
kelas guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program diluar sekolah. Saya
begitu terkejut, berdebar dan seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan
memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana
pelajar belajar dalam kelas.
Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik
sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum
memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga saya
lihat begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama
saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana
belajar di sekolah ini.
Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat
saya. Selain menggantikan kelas, saya juga diminta untuk bersama-sama menghadiri
UMA RAMADAS
PSV 2
mesyuarat sekolah mengenai hari kmerdekan yang akan diadakan pada hari khamis ini.
Ketika menghadiri mesyuarat itu, saya telah banyak menimba pengalaman dan belajar
tentang suasana dan cara bermesyuarat dan segala ilmu yang telah saya pelajari telah
saya praktikkan. Ketika mesyuarat tersebut, saya telah diberikan tugas untuk menyelia
makanan dan minuman untuk guru dan para pelajar.
Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada persekitaran sekolah seperti
kantin, taman sains, tapak perkhemahan dan banyak lagi. Antara tempat yang paling
menarik minat saya ialah kantin dan taman sains. Kawasan kantin sangat bersih sama
ada sebelum, ketika dan selepas waktu rehat pelajar. Ketika di kantin, para pelajar
dilihat beratur untuk membeli makanan dan tidak membuat bising. Suasana dikantin
juga begitu ceria dan penuh dengan pelbagai input pengetahuan buat para pelajar
seperti sifir-sifir diletakkan di atas meja, dan banyak lagi input lain. Ini selaras dengan
pendekatan untuk mewujudkan pembelajaran berterusan, menarik, bila-bila masa dan
dimana juga.
Taman sains juga merupakan satu tempat yang begitu indah dan penuh dengan
ketenangan. Bersesuaian dengan ini, satu tempat untuk para pelajar belajar di kawasan
taman telah diwujudkan dan ianya begitu menarik minat para pelajar untuk belajar
disana ketika rehat ataupun ketika waktu petang. Terletak bersebelahan dengan
pondok belajar di dalam taman sains, dua buah kolam ikan air tawar telah dibina dan
antara ikan yang dipelihara oleh pihak sekolah ialah ikan keli dan ikan patin. Program
ini sungguh menarik dimana para pelajar boleh belajar diluar bilik darjah dan
bersesuaian dengan topik atau subjek yang mereka pelajari.
Hari keempat berada di SJK(T)Taman Tun Aminah merupakan hari Rabu iaitu
hari kokurikulum. Pada hari ini dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai
pakaian seragam unit berunifom masing-masing seperti pengakap, tunas puteri dan
lain-lain lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian seragam seperti mereka, saya berasa
agak tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa menjadi perhatian orang lain.
Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari keempat dengan penuh
semangat seperti biasa.Pada hari ini pula saya menyambung dengan tugasan saya
dengan temubual bersama guru panitia bahasa melayu serta guru bahasa
UMA RAMADAS
PSV 2
melayu.Guru-guru telah member respon yang baik terhadap perbualan saya.Saya teleh
memerhati tahap 1 disebabkan mereka menggunakan system pendidikan yang agak
berbeza iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR).
Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SJK(T)Taman Tun
Aminah program hari kemerdekaan dijalankan. Selepas program tersebut di dewan
tamat, kami berarak pulang ke kelas masing-masing .Ketika ini, perasaan sedih mula
menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SJK(T)Taman Tun
Aminah.Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana
banyak membantu saya selama saya berada di sekolah ini dan telah banyak berkongsi
pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa sedih untuk
melangkah keluar dari sekolah ini setelah dapat mengenali ramai para pelajar yang
baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang
pelajar.
Hari-hari berada di SJK(T)Taman Tun Aminah begitu bemakna dalam hidup saya
kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang
untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada Praktikel yang akan
dating untuk saya dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion
keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai