Anda di halaman 1dari 115

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,06000 JITRA,


KEDAH DARUL AMAN.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1
KOD : PBS 3101


NAMA PELAJAR : ANNIE SHANTHI A/P NORIS
NO.KAD PENGENALAN : 920421-02-6252
KUMPULAN KULIAH : PISMP PEM 1 ( BM BI MT )
SEMESTER : 1/2012
NAMA PENSYARAH : EN.NAZRI
TARIKH SERAHAN :12 APRIL 2012






NAMA :ANNIE SHANTHI A/P NORIS
NO.K/P : 920421-02-6252
ALAMAT : 446 LORONG BPJ 2/12,
BANDAR PUTERI JAYA,
O8000 SUNGAI PETENI
KEDAH DARUL AMAN.
ALAMAT TERKINI : PI /A3 /08 KOLEJ KEDIAMAN,
KAMPUS DARULAMAN.
NAMA BAPA : EN.NORIS A/L PITHCEE MARIDASS
NAMA IBU : PN.LEELAVATHY A/P SUBRAMANIAM
SEKOLAH TERDAHULU : SMK BAKAR ARANG
O8OOO SUNGAI PETANI,KEDAH.
HOBI : MEMBACA NOVEL REMAJA
SLOGAN HIDUP : STUDY HARD NOW,AND YOU NEVER NEED
TO BEG OTHERS FOR A LIVING
NO.TEL : 010-5632598

BIODATA DIRI
HALAMAN PENGAKUAN
















Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .
Nama Penulis : ANNIE SHANTHI A/P NORIS
Tarikh : 4 MAC 2012

HALAMAN JUDUL
























PELAJAR DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN SATU ESEI REFLEKTIF DAN KRITIS
BERKAITAN APLIKASI UNSUR-UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK) DALAM ASPEK-ASPEK BERIKUT:

PENGURUSAN
ORGANISASI SEKOLAH
PERANAN GURU
PRASARANA
KEMUDAHAN SEKOLAH
KECERIAAN SEKOLAH
BILIK DARJAH
KURIKULUM
PELAKSANAAN KURIKULUM
SUMBER PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN
PELAKSANAAN KOKURIKULUM



Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga
Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya kita
mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Dalam kesempatan ini, saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS).
Terlebih dahulu, saya ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu, EN.NAZRI BIN kerana telah memberi
bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan kemas
dan sempurna.Pada masa yang sama,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan saya kepada guru besar SJK(T) Kalaimagal, Penolong Kanan 1,Penolong
HEM,Penolong Kanan Kokurikulum, guru disiplin sekolah tersebut dan guru penyeleras
Pemulihan Encik Kanadhasan. Ucapan terima kasih juga saya sampaikan kepada
rakan-rakan saya semasa saya menjalankan PBS di sekolah itu iaitu
Kalayarasi,Priya,dan Uma.Seterusnya, keluarga saya iaitu ibubapa saya juga memberi
sokongan moral dan dorongan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh Jabatan
Ilmu Pendidikan.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan salah seorang guru di sekolah tersebut
Pn.Santha kerana banyak membantu saya untuk menangkap gambar tentang
prasarana sekolah dan lain-lain lagi.
Sekian,terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN
























1.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1998. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan,
asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.









Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting
dalam sistem pendidikan Malaysia seperti :
Penentu hala tuju dan panduan kepada pendidik dalam menentukan generasi
yang bakal dihasilkan.
Dasar dalam menentukan matlamat dan membuat keputusan dalam sistem
pendidikan.
Dasar dan bahan asas pertimbangan dalam menentukan kurikulum, bahan-
bahan pengajaran pembelajaran dan strategi yang digunakan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Alat kawalan daripada berlakunya penyelewengan kesan daripada salah faham,
keraguan dan pertelingkahan.
Asas pertimbangan ketika merancang perubahan dalam pendidikan.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah
dinyatakan di atas, maka matlamat pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.
Matlamat Pendidikan Negara adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:
Percaya kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya iaitu:
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya
sebagai seorang warganegara.
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi
memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun
Negara, dan bersikap toleransi demi mewujudnya perpaduan rakyat berbilang
kaum.
Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Berpandukan kepada penyataan FPK, adalah difahamkan bahawa pendidikan di
Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan
rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan
kemakmuran Negara.
Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi Negara merupakan faktor yang penting
untuk menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan ini akan
menjadi lebih jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur
pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi Negara dijelmakan sebagai penyataan
FPK. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat
dirancang, direformasi dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan
Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.







2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)
Faktor-faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dihasilkan bagi
mencapai Matlamat Pendidikan Negara yang dapat dilihat dalam pelbagai sudut iaitu :
Faktor individu
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan
yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa
menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan
tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan
penyataan utama dalam kandungan FPK.

Faktor ekonomi
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara
memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini
dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran Negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam FPK.

Faktor sosial
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran
Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-
menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam
usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara
Faktor politik
Sebagaimana yang diketahui umum, FPK diubah berlandaskan kepada ideologi Negara
yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan,
Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi Negara,
pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan
Negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan
asas dalam penggubalan FPK. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada penyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh
faktor sosial tersebut di atas.

Faktor agama
Agama Islam ialah agama rasmi bagi Negara Malaysiadan rakyat bebas untuk
menganuti agama Kristia, Budha, Hindu dan sebagainya mengikut undang-undang
negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting
sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat
dihayati daripada penyataannya, iaitu..mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan





3.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)
Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :
Usaha yang berterusan
Manusia perlu menyesuaikan diri pelbagai diri dengan pelbagai perubahan
seperti perkembangan K-ekonomi dalam ICT.
Perubahan membawa kepada pengurusan pengetahuan dengan penekanan
kepada kemahiran dan pengetahuan yang terkini.
Dikaitkan dengan pendidikan seumur hidup.

Mengembangkan potensi individu
Setiap individu mempunyai kebolehan dan potensi semula jadi; anugerah
daripada Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar.
Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan
melalui interaksi denganpersekitaran dan pendidikan yang berkualiti.

Menyeluruh dan bersepadu
Potensi dan kebolehan domain-domain berikut perlu di pupuk secara bersepadu dan
menyeluruh :
Intelektual
Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif
Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain, sebarkan pengetahuan.
Rohani
Percaya kepada Tuhan, memeluk agama, nilai moral dan norma masyarakat,
tingkahlaku baik, setia, rela berkorban untuk pembangunan Negara.
Emosi
Berdikari, tenang, tingkahlaku baik, penyayang, semangat setiakawan.
Menghargai kecantikan dan seni
Fizikal
Tangkas dan sihat
Memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal serta manipulatif.

Seimbang dan harmoni
Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik, ketahanan menghadapi
cabaran
Rasional, sihat, bekerjasama, sentiasa cuba menyelesaikan masalah.

Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan
Saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan
Mengakui Tuhan sebagai pencipta

Warganegara Malaysia berpengatahuan dan berketrampilan
Budaya Ilmu cintakan ilmu, membaca untuk diri dan orang lain
Menyebarkan maklumat
Cekap mempunyi pengetahuan kemahiran dan faham prosedur kerja.

Mempunyai tahap moral yang tinggi
Sopan dan berdisplin
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek kerohanian.
Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyai nilai mulia.




4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)

4.1 PENGURUSAN SEKOLAH
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani adalah elemen-elemen yang penting bagi melahirkan insan yang
mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis. Bagi mereliasasikan hasrat ini,
semua pihak perlu memainkan peranan khususnya pihak pengurusan sekolah yang
perlu menjadi nadi penggerak memperkembangkan potensi pelajar. Sebagaimana
yang kita tahu, sekolah adalah institusi pendidikan yang terawal bagi pelajar sebelum
mencapai kejayaan. Justeru itu, pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar perlu
bertanggungjawab bagi menjayakan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Guru besar adalah tunjang utama dalam usaha ke arah merealisasikan matlamat
FPK tersebut. Kemudian, dibantu oleh barisan pentadbiran dan tenaga pengajar yang
berdedikasi dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah yang akan dihadapi.
Setiap urusan yang melibatkan sekolah adalah dibawah tanggungjawab dan kelolaan
guru besar. Sebarang program atau kegiatan yang akan dilakukan di sekolah hanya
dapat dijalankan jika mendapat kebenaran dari guru besar selepas perbentangnnya di
mesyuarat. Bagi memastikan matlamat FPK dapat direalisasikan dengan jayanya, maka
telah dilantik Guru Penolong Kanan 1 (PK 1), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(PK HEM) dan Guru Penolong Kokurikulum (PK KO) di sekolah. Hal ini bagi
memastikan murid-murid sentiasa dipantau sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani
dan lebih-lebih lagi intelektual. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, guru besar
Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat telah melakukan pelbagai usaha dan bagi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara peranan yang
dimainkan oleh guru besar sekolah itu, ialah merancang takwin sekolah yang
memuatkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun untuk
murid-murid bagi membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang
kokurikulum dan kurikulum.
Setiap sekolah mempunyai misi dan visi mereka tersendiri, begitu juga dengan
Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat. Pihak pengurus sekolah menjadikan FPK itu
sebagai garis panduan utama dalam merencanakan misi dan visi sesebuah sekolah.
Perancangan terbaru KPM, yang telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010, menggariskan 6 teras strategik utama iaitu membina
negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan,
merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan. Jadi, pihak sekolah perlu berganding bahu bagi
mencapai hasrat tersebut, Selain itu juga, dalam memastikan perkembangan pelajar-
pelajar dalam aspek-aspek tersebut berjalan seiring dengan perkembangan negara,
maka sewajarnya pihak pengurus sekolah perlu bekerjasama dan berbincang dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memantapkan lagi perancangan ke arah
mengimplementasikan hasrat FPK.
Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah terdiri daripada Guru Penolong Kanan 1
(PK 1), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) DAN Guru Penolong Kanan
Kokurikulum (PK KO). Ketiga-tiga jawatan ini mempunyai bidang tugas dan
peranannya tersendiri. Tugas-tugas ketiga-tiga Guru Penolong Kanan ini lebih berfokus
kepada kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Selain itu, ia juga berperanan
dalam membantu Guru Besar dalam melicinkan dan memastikan setiap program dan
aktiviti sekolah berjalan lancar.
Sepertimana yang dikupas tadi, peranan Guru Penolong Kanan 1 adalah
sebagai pembantu kepada guru besar dan bidang tugasnya lebih kepada bahagian
kurikulum dan memastikan murid-murid berilmu pengetahuan. Pelantikan guru panitia
bagi setiap mata pelajaran adalah bagi melancarkan proses penyampaian ilmu di
sekolah. Setiap perancangan aktiviti yang melibatkan kurikulum adalah di bawah
pemerhatian PK 1. Jadi, sepanjang sesi persekolahan, guru-guru telah merancang
pelbagai aktiviti yang memerlukan penglibatan murid yang sepenuhnya bagi memantap
dan memperkembangkan potensi murid-murid. Secara tidak langsung aspek intelek dan
rohami telah terisi. Antara aktiviti yang pihak sekolah jalankan ialah bengkel
matapelajaran, baucer tuisyen, kem motivasi, kuiz, celik IT dan lain-lain lagi.
Keberkesanan program ini dapat dilihat melaui peningkatan pencapaian murid-murid
dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi setiap tahun. Selain
itu juga, PK 1 berperanan merancang dan menyediakan jadual waktu dan jadual guru
ganti bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan murid
mendapat faedah melalui pembelajaran mereka itu.
Sahsiah dan kebajikan murid pula dipantau sepenuhnya oleh guru-guru di bawah
pimpinan Guru Penolong Kanan HEM (PK HEM). Setiap masalah murid sentiasa di
dalam perhatiannya dan langkah mengatasi yang efektif akan diambil. Hal ini demikian
adalah bagi merealisasikan matlamat FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dan
berakhlak mulia. Dalam memastikan perkembangan sahsiah, emosi, rohani dan sosial
pelajar, PK HEM dengan bantuan guru disiplin dan guru-guru yang lain berusaha
merancangkan sesuatu bagi melahirkan pelajar yang benar-benar seimbang dari
semua aspek. Maka, nilai-nilai murni telah diterapkan dalam budaya sekolah agar
menjadi amalan murid-murid. Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari semua
aspek, setiap tahun program bulan displin diadakan dan sepanjang bulan itu, pelbagai
aktiviti diadakan seperti ceramah, kuiz, pemilihan tokoh pelajar berdisplin dan program
kepimpinan pelajar. Selain itu, Badan Pengawas Sekolah telah ditubuhkan di bawah
pengawasan PK HEM yang terdiri dari kalangan murid sendiri bagi mengawasi disiplin
dan tatatertib murid. Murid yang melakukan kesalahan akan diberi nasihat dan
hukuman yang sewajarnya dan kesalahan itu akan dimasukkan ke dalam Sistem Salah
Laku Disiplin Murid (SSDM) yang seterusnya akan dihantar ke KPM 3 tahun sekali.
Kebajikan murid juga terjamin melalui peranan yang dimainkan oleh PK HEM ini.
Tindakan-tindakan yang dilakukan ini adalah untuk membentuk dan mendisiplinkan
murid-murid. Murid yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi buruk dari segi
tingkahlaku masih tidak menepati hasrat FPK dan seterusnya boleh mendatangkan
keburukan kepada pihak sekolah. Jadi semua pihak khususnya badan displin sekolah
sewajarnya peka dengan displin murid-murid sama ada di dalam sekolah mahupun di
luar sekolah. Guru yang terlibat akan memastikan semua murid yang kurang
berkemampuan mendapat bantuan yang sepatutnya seperti Rancangan Makanan
Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Susu Sekolah (PSS).
Di samping itu, bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani selaras
dengan matlamat FPK pula telah dipikul oleh Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (PK
KO) di sekolah. Peranannya ialah memastikan setiap murid terlibat secara aktif dalam
bidang ko-kurikulum dan sekaligus dapat mencungkil bakat dan menggilap potensi
murid. PK KO juga berperanan dalam menyelaras takwim sekolah dan menguruskan
hal-hal yang berkaitan kegiatan kokurikulum sama ada di dalam sekolah mahupun di
luar sekolah. Sukan tahunan dijalankan setiap tahun bagi melahirkan atlet di kalangan
murid sekolah. Permainan dan unit beruniform yang wajib disertai di sekolah juga
mempunyai manfaatnya yang tersendiri iaitu melahiran murid yang sihat fizikalnya dan
memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak,
matlamat FPK telah tercapai melalui peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Setiap guru memainkan peranannya masing-masing. Hal yang sama juga
berlaku terhadap ketua guru panitia bagi setiap mata pelajaran. Ketua-ketua panitia ini
perlu peka terhadap perubahan pada zaman sekarang bagi melahirkan murid-murid
yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani. Barisan ketua-ketua guru
panitia sewajarnya bersama-sama memastikan agar kaedah pengajaran yang betul
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta perlu mengikut sukatan
matapelajaran yang betul seiring dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi mengorak langkah untuk memastikan murid mendapat input yang cukup sewaktu
di dalam kelas dan mampu mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Justeru,
pelbagai aktiviti yang dijalankan di bawah kelolaan guru panatia. Contohnya,
mengadakan kuiz bagi setiap mata pelajaran secara bergilir-gilir mengikut minggu.
Kemudian, diadakan juga lawatan bagi memberi murid-murid pengalaman ilmu yang
baru dan dapat meluaskan pengetahuan am mereka. Maka, murid yang tinggi
keintelektualannya dapat dilahirkan di sekolah. Selain itu, pendedahan awal tentang
teknologi maklumat perlu didedahkan kepada pelajar supaya pada masa yang akan
datang mereka dapat mengaplikasikannya dalam mencari maklumat, seterusnya dapat
membendung masalah buta IT dikalangan pelajar.

Disamping itu, guru bilik darjah ialah insan yang paling rapat dengan murid
selepas ibu bapa mereka di rumah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila diperhatikan
peranan yang dimainkan oleh guru bilik darjah di sekolah. Guru yang terlibat
merupakan pendidik yang mendidik anak murid mereka dari semua aspek secara
totalnya. Guru tersebut juga menjadi medium penghubung antara murid-murid dan ibu
bapa. Murid lebih dipantau oleh guru bilik darjah secara menyeluruh sama ada dari segi
intelek, jasmani, emosi, rohani mahupun kebajikan mereka. Keprihatinan guru bilik
darjah lebih-lebih lagi dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapi murid
dan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif pasti mampu melahirkan insan
yang berketrampilan dan berdaya saing dalam semua bidang yang diceburinya.
Jadi, jelaslah bahawa pihak pengurusan sekolah memainkan peranan yang
penting dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial
murid-murid. Guru besar adalah tunjang utama dalam sesebuah sekolah dan dibantu
oleh sub-sub sokongan iaitu guru-guru penolong kanan dan semua guru bagi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berjaya sehingga dapat
melahirkan insan yang mempunyai sahsiah seimbang dan harmonis.










PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)

4.2 PRASARANA
Prasarana sekolah adalah aset sekolah yang amat penting dalam membina
perkembangan fizikal murid. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan sepanjang
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat banyak kemudahan atau prasarana
yang sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid di sekolah seperti ruang
pembelajaran, dewan, kantin, padang, alatan sukan, makmal komputer, pusat sumber,
makmal sains, surau, bilik muzik dan bengkel kemahiran hidup.
Dengan adanya prasarana yang lengkap di sekolah, secara tidak langsung
segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Prasarana atau kemudahan yang terdapat di sekolah merupakan wahana dalam
memperkembang dan memperkasa fizikal murid. Keberkesanannya jelas dilihat selepas
murid menggunakan kemudahan tersebut, murid-murid mampu bergerak setapak ke
hadapan dalam bidang-bidang tertentu. Umpamanya,murid telah pandai bermain satu-
satu jenis permainan selepas menghadiri pembelajaran pendidikan jasmani yang
menggunakan alatan sukan di padang. Murid-murid yang aktif dan sihat dari segi
jasmani juga dapat dilahirkan oleh sekolah terbabit melalui peranan yang dimainkan
oleh prasarana sekolah iaitu dengan kemudahan padang dan alatan sukan yang
mencukupi. Selain itu juga, murid-murid dapat mempelajari tentang pertanian dan
pertukangan melalui sesi pembelajaran kemahiran hidup kerana bengkel kemahiran
hidup dilengkapi dengan pelbagai alatan-alatan pertanian dan pertukangan. Jadi
melalui pembelajaran ini secara tidak langsung murid-murid dapat membantu menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah. Kemudahan yang disediakan ini juga mampu
memberikan suntikan dan ransangan kepada murid-murid untuk lebih gigih dalam
menjalani kehidupan sebagai pelajar.
Manakala, persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah tentu dapat
menarik perhatian dan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan menjadi ahli
keluarganya kerana setiap manusia suka akan kecantikan dan keindahan. Maka,
pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh guru agar murid lebih tertarik terhadap kebersihan
dan seterusnya dapat mendidik murid nilai estetika, kebersihan dan kecintaan terhadap
alam sekitar. Contohnya, mengadakan pertandingan keceriaan kelas, taman angkat
dan projek kitar semula. Hadiah yang lumayan diberikan kepada setiap pemenang.
Galakan seperti ini dapat menarik minat murid untuk turut serta dan sekaligus nilai-nilai
estetika dapat dipupuk. Selain itu, mural yang terdapat di dinding sekolah juga dapat
memupuk murid-murid agar mengingati dan mencontohi mesej yang terdapat pada
mural tersebut. Persekitaran yang cantik juga membuatkan murid menghargai
kecantikan tersebut dan mengurangkan kadar jenayah vandalisme. Maka, di sini
jelaslah nilai estetika dapat dipupuk memalui peranan keceriaan sekolah. Lantaran itu,
kesan daripada aktiviti keceriaan ini suasana yang kondusif di sekolah dapat
diwujudkan seterusnya dapat mendidik dan membentuk keperibadian pelajar yang
unggul iaitu suka akan kebersihan dan keceriaan.












PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)

4.3 PROGRAM DAN AKTIVITI
Peranan pentadbiran dan prasarana tidak cukup bagi melahirkan murid yang
bertepatan dengan hasrat FPK. Oleh sebab itu, program dan aktiviti yang relevan perlu
diadakan di sekolah. Aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah adalah adalah
platform bagi mencungkil dan mengembangkan bakat dan potensi pelajar. Program dan
aktiviti yang dijalankan di sekolah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kurikulum dan kokurikulum. Program kurikulum adalah program yang menjurus kepada
akademik dan perkembangan intelek murid manakala kokurikulum merupakan aktiviti
yang dijalankan di luar kelas seperti permainan dan persatuan.
Aktiviti dan program kurikulum yang dijalankan di sekolah merangkumi
keseluruhan subjek yang diajar di sekolah seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Agama Islam dan Sains. Berdasarkan pemerhatian, sekolah menjalankan
aktiviti seperti kuiz mata pelajaran, baucer tuisyen, motivasi dan celik IT dalam
membina perkembangan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid. Aktiviti
seperti kuiz yang dijalankan memberi galakan yang positif bagi murid-murid agar tidak
mudah putus asa dan menjana intelek mereka semasa menjawab kuiz. Perkembangan
sosial mereka boleh dibentuk semasa mereka menyertai motivasi. Maka, aktiviti yang
dijalankan di sekolah mampu merealisasikan matlamat FPK.
Bakat dan potensi individu boleh diperkembangkan melalui aktiviti kokurikulum
yang dijalankan di sekolah. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang
dijalankan di luar waktu pembelajaran dan lebih menjurus kepada mencungkil bakat
dan menggilap potensi individu, contohnya aktiviti sukan dan permainan, bakat dan
potensi murid dapat diperkembangkan dengan melatih mereka bermain satu-satu jenis
permainan. Selain itu, sifat kepimpinan dapat diperkembangkan melalui aktiviti
berpersatuan yang wajib disertai oleh murid-murid di sekolah. Natijahnya, matlamat
FPK untuk memperkembangkan potensi individu dapat dicapai.
5.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA
KBSR & KBSM merupakan hasil yang diinspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara
(FPK). Begitu banyak perubahan yang timbul bagi menambahbaikkan sistem
pendidikan negara dan seterusnya memastikan matlamat pendidikan negara tercapai
dengan jayanya. Berdasarkan penyataan ini dapatlah kita lihat implikasi FPK terhadap
sistem pendidikan di Malaysia. Antara pihak yang terlibat ialah kurikulum, pendidik dan
institusi pendidikan.

5.1 IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita tan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran.
Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar
dalam bidang vokasional dan teknologi







5.2 IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan
tujuan dan dasar FPK. Ini meliputi:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang
positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya
yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan
serta berakhlak mulia.

5.3 IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN
Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani secara menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan
mereka.







6.0 RUMUSAN/CADANGAN

6.1 RUMUSAN

Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan sepanjang
Pengalaman Berasaskan Sekolah, pelbagai maklumat dan pengalaman baru diperolehi
yang dimana dapat dikaitkan dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang
dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sekolah memainkan
peranan yang amat penting bagi mengimplementasikan hasrat FPK ini khususnya ke
arah pendidikan iaitu secara berterusan bagi memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu juga, FPK
menekankan tentang perkembangan pelajar dalam semua aspek sehingga boleh
menjurus ke arah kepentingan Negara. Bagi mengimplementasikan hasrat FPK ini,
aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah bersesuaian di samping menyemaikan nilai-
nilai moral yang tinggi bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

6.2 CADANGAN
Terhadap lima pihak yang bertanggungjawab bagi merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :
Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan segala
perancangan berjaya dilaksanakan contohnya Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Selain itu juga, pihak kementerian perlu mengkaji skop
sukatan pendidikan agar bertepatan dengan tahap pencapaian pelajar.
Peranan guru ialah dengan memastikan segala aktiviti kurikulum dan
kokurikulum berjalan dengan lancar serta dapat member faedah kepada pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran pula harus meliputi aspek intelektual, emosi,
rohani dan jasmani supaya pembentukan dan perkembangan pelajar adalah
seimbang.
Peranan ibu bapa pula adalah tertumpu kepada pembentukan anak-anak sejajar
dengan hasrat FPK serta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi
membentuk keperibadian pelajar.
Peranan masyarakat adalah dengan menjadi mata-mata kepada semua pihak
dalam mengawal tingkahlaku pelajar serta perlu memberikan nasihat yang
bernas dan bersesuaian.
Peranan individu lebih menjurus kepada pembentukan keperibadian mereka
sendiri bagi mencorakkan diri mereka serta sentiasa berusaha tanpa putus asa
dalam merealisasikan hasrat FPK ini.


















7.0 PENYATAAN SEBELUM PBS
Saya ANNIE SHANTHI NORIS merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana
Muda (PISMP) PEMULIHAN BM BI MT amblilan Januari 2012 di Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman, Kedah. Selepas dua bulan menjalani kursus yang
disebutkan tadi, saya dan rakan-rakan semester saya telah diminta wajib untuk
menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh hal yang demikian,
saya telah menjalani program tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Kalaimagal pada 4 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012.
Pada mulanya, saya tidak berapa jelas tentang apa yang patut buat semasa
PBS. Saya juga tidak pasti bagaimana hendak memulakan tugasan yang dberi ini. Oleh
itu, saya mengambil keputusan untuk mengagihkan masa dan berbincang dengan
kawan-kawan saya dan juga pensyarah. Pensyarah kami iaitu En Nazri telah memberi
gambaran yang jelas tentang apa yang patut dilakukan.
19 Februari 2012 hingga 1 Mac 2012 adalah tempoh di mana saya berada di
kolej kediaman dan kami dapat berbincang tentang PBS. Maka, saya telah mengambil
peluang untuk merancang aktiviti yang bakal saya lakukan semasa saya menjalani PBS
nanti. Saya dan rakan saya dua orang lagi iaitu saudari Priya Segaran dan Kalayarasi
Gnanasegaran juga akan menjalani PBS bersama saya di sekolah yang sama. Oleh
itu, kami tiga orang telah bercadang untuk membuat perbincangan dalam kumpulan.
Sebelum beberapa hari untuk tempoh PBS, kami telah berkumpul di perpustakaan
Kampus Darulaman untuk merancang tugasan yang kami perolehi. Dalam
perbincangan tersebut, kami telah menyediakan soalan-soalan untuk sesi temu bual
dan soal selidik.
Sepanjang tempoh seminggu itu juga, saya telah cuba segala tugasan yang tidak
memerlukan sebarang pemantauan berkaitan dengan PBS. Saya juga telah
menyempurnakan beberapa lagi persiapan untuk kajian pemerhatian perkembangan
fizikal dan kognitif kanak-kanak.Sehari sebelum PBS, saya telah bersedia dengan rapi
walaupun bergelut dengan pelbagai jenis perasaan kerana ini merupakan pengalaman
pertama bagi saya.
8.0 PERANCANGAN AKTIVITI
Sebelum program Pengalaman Berasaskan Sekolah bermula, saya telah merancang
beberapa aktiviti untuk dilakukan semasa saya berada di sekolah nanti. Saya telah
menganalisis rancangan aktiviti saya dalam bentuk jadual mengikut pintaan tugasan
yang diberi. Saya telah merancang segala aktiviti ini dengan teliti dan bersesuaian
dengan tempat dan masa.
HARI/TARIKH AKTIVITI

Ahad (04.03.2012)

Berjumpa dengan guru besar sekolah dan
menjelaskan objektif dan tujuan Pengalaman
Berasaskan Sekolah.
Mengumpul segala maklumat sekolah

Isnin (05.03.2012)

Berjumpa dengan mentor dan menjelaskan objektif
dan tujuan Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Menemu ramah guru-guru di sekolah
Menemu ramah ketua pelajar
Menemu ramah kakitangan sekolah

Selasa (06.03.2012)

Menemu ramah guru besar sekolah
Memerhatikan bilik darjah mentor dan melukis pelan
bilik darjah tersebut

Rabu (07.03.2012)

Mengambil gambar sekeliling sekolah
Berbincang dengan mentor

Khamis (08.03.2012)

Menjalankan aktiviti mengumpul data perkembangan
fizikal dan kognitif murid-murid
Membuat pemerhatian kawasan sekolah
9.0 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
AKTIVITI BACAAN
Tarikh: 04 Mac 2012 hingga 08 Mac 2012
Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Di hadapan bilik darjah
Semasa saya menjalani PBS di sekolah ini, saya telah memberi fokus kepada
salah satu aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut iaitu aktiviti bacaan. Lazimnya,
aktiviti bacaan ini dijalankan pada sesi pagi. Dalam aktiviti ini, semua murid-murid dari
tahun 1 hingga tahun 6 wajib dilibatkan pada pukul 7.30 pagi. Guru kelas adalah guru
yang bertanggungjawab untuk aktiviti pada sesi pagi ini.
Aktiviti ini dijalankan di hadapan bilik darjah masing-masing. Semua murid-murid
harus datang awal ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi agar dapat melibatkan diri
dalam aktiviti sepenuhnya. Aktiviti bacaan ini diamalkan pada setiap hari kecuali hari
Isnin dan Khamis.
Objektif utama aktiviti ini adalah menyemai amalan membaca dalam kalangan
murid-murid sejak dari bangku sekolah. Bah kata pepatah Membaca Itu Jambatan
Ilmu. Oleh itu, pihak sekolah ini sangat menekankan amalan membaca dalam
kalangan murid-murid. Dalam aktiviti tersebut, murid-murid diberi bahan-bahan bacaan
seperti buku cerita dalam Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta
majalah-majalah seperti Dewan Pelajar, kuyil dan sebagainya. Ini bertujuan untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan, mengarang karangan dengan baik, mengetahui kosa
kata yang baru dan dapat bertutur dengan fasih dalam ketiga-tiga bahasa tersebut oleh
murid-murid.
Selepas membaca sesuatu bahan bacaan, murid-murid dikehendaki
memberitahu satu pengajaran yang terdapat bahan bacaan tersebut kepada guru kelas
mereka. Mereka juga dibimbing oleh guru kelas untuk menceritakan apa yang dibaca
oleh mereka dalam bahan bacaan tersebut. Ini menunjukkan bahawa secara tidak
langsung mereka juga belajar kemahiran bercerita dengan baik melalui aktiviti ini.
Secara tuntas, melalui aktiviti bacaan ini, murid-murid dapat dipupuk amalan
membaca dalam jiwa mereka dan ini akan menjadi satu tabiat yang baik kepada
mereka agar mereka dapat meluangkan masa lapangnya dengan secara
berkesan.Diharap aktiviti-aktiviti sebegini terus dijalankan di sekolah ini pada masa
akan datang.




















10.0 PENYATAAN SEMASA PBS
Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 04/03/2012
hingga 08/03/2012 bersama rakan-rakan saya dengan berjayanya. Saya telah pun
melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut jadual rancangan saya.
Saya dengan rakan-rakan saya Kalayarasi dan Priya telah menjalani PBS di
SJK(T) Kalaimagal dan mengumpul bahan-bahan tentang sekolah . Saya mengambil
kesempatan ini untuk beramah mesra dengan guru-guru di sekolah itu. Selepas itu,
saya ke Bilik Guru Besar untuk temuduganya. Beliau memberi penerangan yang jelas
bagi soalan yang saya tujukan.
Pada 04/03/2012 saya ke bilik guru untuk temuduga dengan guru-guru di situ .
Saya juga ke pejabat untuk temubual bersama Guru Penolong Kanan dan Guru
Penolong Kanan Hem. Seperti yang saya rancang, saya menemuduga kakitangan
sekolah yang lain iaitu pengawal keselamatan, pekerja, pembantu pejabat, pengurus
kantin dan kerani.
Pada hari 05/03/2012, saya ke kelas pemulihan bersama mentor saya EN.
Kanadhasan. Beliau mengajar Bahasa Melayu iaitu subtopik yang diajarnya hari itu
ialah perkataan kv+kv. Saya membuat pemerhatian cara beliau mengajar dan mencatat
dalam buku saya. Saya juga mengambil gambar semasa beliau mengajar sebagai bukti
bagi tugasan saya. Saya juga bersama mentor saya mengajar pelajar pemulihan. Saya
menyuruh seorang murid pemulihan untuk menyebut beberapa suku kata yang terdapat
dalam kelas tersebut.
Pada hari keempat Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya menghadiri ke kelas
bersama seorang guru yang bernama Pn.Logeswary. Saya mengambil peluang ini
untuk bertemu duga dengan Ketua Murid dan empat pelajar yang lain. Saya mengambil
15 minit dari masa mengajarnya untuk membuat aktiviti yang berkaitan dengan
tugasan pemulihan. Saya amat bangga kerana guru dan murid-murid memberi
komitmen yang baik.
Pada hari yang terakhir saya mengambil gambar kawasan sekolah seperti mana
saya merancang sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya
memerhatikan suasana kawasan sekolah dan mengambil catatan tentang apa yang
saya perhatikan. Sebelum waktu sekolah habis, saya ke bilik pemulihan, kelas
prasekolah , kelas PPKI dan mengambil dokumen yang berkaitan dengan kelas kelas
tersebut.
Saya amat gembira selepas Pengalaman Berasaskan Sekolah kerana saya
dapat melaksanakan apa yang saya rancang dengan sempurna. Saya berasa lega
selepas PBS ini . Ketakutan yang ada pada diri saya hilang sepanjang saya menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini.














11.0 PENYATAAN SELEPAS PBS
Saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK(T) Kalaimagal.
Selepas menjalani PBS saya menghayati kerjaya seorang guru. Saya memahami dan
menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
Selepas menjalani PBS , semua pelajar PISMP diberi jangka masa sepanjang 2
minggu untuk menghantar portfolio PBS. Sebelum itu, saya mengumpul semua data
yang saya mampu dapat di sekolah tersebut dan menyusun mengikut keperluan
portfolio. Saya mula menaip refleksi harian sepanjang saya berada di sekolah itu.
Saya mengumpul bahan yang photostat dan masukkan dalam portfolio. Saya
menilai data yang saya kumpul itu, dan mengaplikasikan dalam bentuk jadual. Saya
juga mengumpul gambar yang saya ambil dan dimasukkan dalam portfolio PBS.
Akhirnya, saya membuat laporan mengenai Pengalaman Berasaskan Sekolah .
Saya menulis laporan mengenai pemerhatian saya di sekolah, hasil temuduga yang
saya jalankan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang dijalankan di sekolah
itu. Saya masukkan data yang saya kumpul itu dengan penerangan yang kecil.
Secara kesimpulanya, Pengalaman Berasaskan Sekolah ini memberi banyak
faedah kepada saya. Akhirnya saya menyiapkan portfolio saya dengan lengkap.
Pengalaman dan perasaan saya tentang PBS juga dilapor dalam bentuk refleksi dalam
portfolio yang saya siapkan itu.






12.0 PENGENALAN
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu program yang
dijalankan bagi para penuntut di semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG). PBS
dijalani oleh para penuntut yang memasuki Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)
bermula daripada semester satu hingga semester empat.
PBS bertujuan untuk mendedahkan penuntut dengan situasi persekolahan
daripada perspektif seorang guru dan bukannya sebagai seorang pelajar seperti
dahulu. Secara tidak langsung para penuntut belajar bagaimana untuk menjalankan
tugas sebagai seorang guru pada masa hadapan.
Tempoh perlaksanaan bagi program PBS ini hanyalah sekitar satu minggu
sahaja. Bagi penuntut semester satu PISMP, PBS dimulakan pada sebelum cuti
pertengahan iaitu pada 4 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012.Setiap sesi PBS, penuntut
dibekalkan dengan soalan tugasan. Sesi pertama bagi penuntut semester satu PISMP
diberikan tugasan berkaitan subjek EDU 3101, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Selaku penuntut yang pertama kali menjalankan PBS, kami berharap agar dapat
melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya. Selain itu, kami berharap dapat
menimba pelbagai pengalaman baru serta dapat menerokai suasana sekolah daripada
kaca mata seorang guru. Ini amat penting agar kami dapat menyediakan diri sebelum
menjalani sesi praktikum dan lebih penting sebagai persiapan untuk bergelar guru pada
masa hadapan.






13.0 Peranan Pihak Pengurusan, Guru dan Organisasi Sekolah
13.1 PERANAN GURU BESAR






Peranan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal, Kedah telah dikaji.
Peranan guru besar di sekolah tersebut merupakan sebagai seorang ketua di sekolah.
Tidak dapat dinafikan tugas seorang guru besar adalah berat dan bukannya mudah
untuk dipikul. Antara tugas guru besar adalah menjadi pemimpin sekolah, memastikan
peningkatan prestasi sekolah, memastikan komunikasi antara semua warga sekolah,
dan melakukan lain-lain tugas yang membabitkan sekolah.
Antara langkah yang sering kali diamalkan oleh guru besar dalam menjadi seorang
pemimpin yang menguruskan sekolah adalah dengan membuat keputusan secara
kolektif. Guru besar akan memastikan setiap keputusan dibuat mengikut keputusan
majoriti. Guru besar juga akan mengadakan taklimat jika ada perkara penting yang ingin
disampaikan. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan ikatan antara staf-staf
sekolah.
Bagi pelaksanaan kurikulum pula, guru besar akan memastikan murid-murid mesti
mengusai 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira sebelum mereka tamat
persekolahan rendah. Selain itu, beliau juga akan sentiasa memantau peningkatan
peperiksaan peringkatan awam mahupun peringkat sekolah. Bagi pelaksanaan
kokurikulum pula, guru besar akan memastikan setiap murid dan guru akan melibatkan
diri dalam aktiviti yang dijalankan pada setiap hari Rabu.
13.2 PERANAN GURU PENOLONG KANAN
13.2.1 GURU PENOLONG KANAN 1 (PK 1)







Peranan guru-guru penolong kanan juga diambil dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Kalaimagal.Bagi Penolong Kanan 1, peranan beliau sebagaimana yang diketahui umum
adalah umpama seorang penolong guru besar. Pemegang jawatan ini merupakan
individu yang akan membantu guru besar dalam melaksanakan tanggungjawabnya
terutamanya dalam aspek kurikulum sekolah.
Secara lebih terperinci tugas PK 1 adalah menguruskan hal ehwal sekolah jika
ketiadaan guru besar, menguruskan hal guru ganti jika seorang guru tidak hadir,
menyediakan jadual waktu guru dan kelas, memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar, mengetuai mesyuarat panitia dan lain-lain
lagi. Dalam menguruskan sekolah, PK 1 tersebut mengamalkan cara yang berbudi
bicara.
Menurut PK 1 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal, beliau ingin
menjadi seorang pihak pentadbir yang dihormati bukan ditakuti. Beliau akan meminta
bantuan daripada guru-guru khususnya mengikut kesesuaian masa dan keselesaan
guru tersebut. Beliau juga tidak mengamalkan cara paksaan. Jika para guru merasa
selesa dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, maka mereka boleh
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Namun, PK 1 tetap tegas dalam
melaksanakan amanah yang telah diberi. Dalam ketegasan tersebut masih terdapat
perasaan tolak ansur yang beliau amalkan dalam memikul tugas sebagai seorang Guru
Penolong Kanan 1 ini.



















13.2.2 GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PK HEM)







Bagi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula, peranan beliau ialah merancang
dan menyelaras program dan aktiviti yang berkaitan dengan sahsiah, displin, kebajikan
dan keselamatan murid. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab dalam memastikan
murid-murid sentiasa berdisiplin serta persekitaran sekolah menjadi kawasan yang
sesuai untuk penyebaran ilmu pengetahuan.
PK HEM juga merupakan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas beliau.
Beliau akan mengambil tindakan yang tegas terhadap murid-murid yang melanggar
disiplin sekolah. Selain tu beliau juga akan memastikan agar guru-guru terlibat dalam
disiplin murid-murid. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga
mendidik murid-murid menjadi insan yang berdisiplin.
PK HEM akan sentiasa memantau hal berkaitan murid-murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Kalaimagal ini dari semasa ke semasa. Kebajikan murid-murid
merupakan aspek paling penting yang perlu dipantau oleh beliau. Apabila disoal
mengenai nilai-nilai JERI yang diterapkan di kalangan murid, PK HEM mengakui
bahawa sahsiah segelintir murid masih berada pada tahap yang kurang baik dan tidak
sepenuhnya mencapai matlamat JERI.

13.3 GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PK KOKO)







Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah bertumpu kepada aktiviti-aktiviti
kokurikulum khasnya. Selaku guru yang dipertanggungjawab dalam hal berkaitan
kokurikulum, PK KO haruslah memastikan aktiviti kokurikulum sekolah berjalan dengan
baik dan lancar. Tugas beliau juga adalah untuk merangka hal-hal berkaitan dengan
kokurikulum sekolah.
Beliau juga menerangkan bahawa bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta Unit Beruniform. Bagi
sekolah ini juga, aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Rabu, iaitu
selama 2 jam, bermula pada jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Selain itu sekolah
juga amat mengalakkan murid-murid serta guru-guru memakai pakaian Unit Beruniform
masing-masing pada hari Rabu. Hal ini dapat meningkatkan lagi nilai displin dikalangan
warga sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal ini. Menurut beliau juga,
peglibatan warga sekolah terutamanya guru dan murid-murid amat memuaskan.




13.4 GURU PANITIA BAHASA MELAYU







Peranan Guru Panitia telah diselidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Kalaimagal.Guru Panitia Bahasa Melayu telah dipilih untuk sesi temubual. Menurut
Puan Rajeswary, terdapat 16 orang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di sekolah
tersebut dan jumlah tersebut dalam kategori mencukupi untuk sekolah tersebut.
Peranan beliau adalah dalam menguruskan mesyuarat dan taklimat mengenai
mata pelajaran Matematik kepada para guru Bahasa Melayu. Selain itu terdapat
pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut sepanjang tahun. Sebagai
contoh, Kem Bahasa Melayu, Kelas Celik Minda, Kelas Bimbingan dan Gerak Gempur
bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Kelas bimbingan dan teknik menjawab soalan juga akan diberikan kepada
pelajar-pelajar yang lemah dan usaha ini akan membantu untuk menunjukkan
peningkatan dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah tersebut, yang mana akan
menjelma dalam masa yang amat singkat.



13.5 Guru Mata Pelajaran







Bagi guru pula sudah tentunya peranan beliau adalah mengajar dan memastikan murid
faham dengan perkara yang telah diajar dan mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan. Dalam satu sesi temubual bersama guru mata pelajaran Bahasa
Melayu, Pn.Rajeswary, beliau menyatakan bahawa adalah sukar untuk mengajar
subjek yang bukannya major atau elektif bagi seseorang guru itu semasa masih
menuntut di IPG. Akan tetapi, telah termaktub bahawa tugas guru adalah bersiap sedia
menghadapi sebarang cabaran dan perlu mengajar setiap mata pelajaran yang
diberikan dengan menggunakan pendekatan guru itu sendiri agar murid dapat
memahami apa yang diajar. Guru juga perlu mengelakkan daripada menggunakan
pengajaran sehala dan lebih menumpukan kepada pengajaran secara dua hala yang
melibatkan murid dalam proses P&P. Antara langkah yang boleh digunakan ialah
membentuk kumpulan-kumpulan kecil antara pelajar bagi memudahkan lagi proses
pengajaran. Di samping itu, guru perlu mencampurkan murid dalam satu kumpulan
supaya tidak tertumpu kepada murid pintar sahaja. Keberkesanan dalam pengajaran
guru pula dapat dilihat dalam keputusan ujian dan peperiksaan.



14.0 Prasarana Sekolah
Prasarana yang terdapat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal ini meliputi
dua aspek utama iaitu dari aspek kemudahan sekolah dan aspek keceriaan sekolah
dalam memupuk nilai estetika, kebersihan dan kecintaan terhadap alam semulajadi.
14.1 Kemudahan Sekolah
Sekolah ini terdiri daripada pelbagai jenis kemudahan seperti , kantin, tandas, padang,
padang permainan, pusat sumber sekolah, Bilik Media / Mesyuarat,dan sebagainya.
a) Ruang Pembelajaran
Proses pembelajaran berlaku secara seragam tanpa sebarang halangan.Murid-murid
sentiasa memahami ilmu ataupun pembelajaran yang disampaikan oleh guru- guru
mereka.Gurulah yang bertanggungjawab dalam mewujudkan proses pembelajaran
yang sentiasa menarik dan membina keyakinan diri kanak- kanak.Guru guru telah
mengajar sesuatu subjek dengan berlandaskan sukatan pelajaran yang diselaraskan.
Mereka perlulah menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran bagi mengekalkan
tarikan dan juga minat mereka dalam subjek mereka.Pada masa yang sama, pelajar-
pelajar sentiasa akan mencuba untuk berkomunikasi dengan guru ataupun dengan
rakan- rakannya. Mereka juga sentiasa bertanya banyak soalan kepada guru-guru
kerana pergaulan mereka adalah sangat luas tanpa sebarang had.Mereka juga sangat
berminat untuk bergaul dengan semua golongan masyarakat. Guru- guru pula suka
bergaul dengan yang lain dan kebanyakkan daripada mereka akan bergaul tanpa
mengira kepentingan sendiri.Mereka juga akan bergaul rapat antara satu sama lain
dengan lebih rapat manakala mereka jugalah bergaul dengan murid- murid lebih
mesra.Guru haruslah menjalankan dan menyempurnaan tanggungjawab mereka
dengan berdidikasi.Mereka hendaklah sentiasa mencuba sehingga mencapai kajayaan
dan tidak mudah berputus asa.Seterusnya mereka juga perlulah mementingkan
profesion mereka lebih daripada kepentingan dirinya.





















b) Pusat Sumber
Sebagai contoh, antara kemudahan yang terbaik di sekolah ini ialah pusat sumber
sekolah. Pusat sumber ini mendapat anugerah empat bintang. Didalam pusat sumber
ini mempunyai pelbagai sudut ilmu. Terdapat pelbagai jenis buku didalamnya dan
setiap rak buku mempunyai pelbagai jenis buku. Sebagai contoh, terdapat buku subjek
kimia di ruangan rak subjek sains.
Selain itu, setiap ruangan di dinding pusat sumber ini dipenuhi oleh pelbagai
bahan seperti kata-kata hikmah yang terdiri daripada bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris, gambar-gambar dan terdapat juga soalan yang berkaitan dengan gambar
tersebut. Kata-kata hikmah yang ditulis dalam bahasa Inggeris ialah seperti practice
make perfect, losers see the thunderstorm winners see rainbow, it is not how hard you
work but how much you get done dan sebagainya. Manakala kata-kata hikmah yang
ditulis didalam bahasa Melayu pula ialah seperti kalau mereka boleh berjaya saya pun
boleh berjaya, jangan beri dalih tapi kata boleh, semua A bukan susah tetapi bukan
mustahil dan sebagainya. Setiap gambar yang dipamerkan di sekeliling dinding atas
pula boleh menguji minda seseorang murid. Hal ini kerana, terdapat soalan-soalan yang
dipamerkan di bawah gambar tersebut yang menuntut murid-murid untuk berfikir
mengenai jawapannya.
Di samping itu, terdapat sudut ICT. Tempat ini menempatkan beberapa buah
komputer yang telah dikhaskan untuk kegunaan para murid. Murid-murid juga
berpeluang untuk mengakses internet dan pelbagai ilmu boleh diperolehi melalui
kemudahan internet ini. Namun, kemudahan di sini hanya boleh digunakan untuk tujuan
tertentu. Ini bermaksud bahawa murid-murid di sini tidak boleh menggunakan
kemudahan ini sewenang-wenangnya dan mereka haruslah mendapat izin guru
penasihat pusat sumber terlebih dahulu.





















C) Padang Sekolah
Kawasan padang pula kelihatan luas dan selesa untuk murid-murid bermain aktiviti
sukan semasa waktu Pendidikan Jasmani. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan
bertujuan untuk menyihatkan badan. Semasa waktu Pendidikan Jasmani, murid-murid
dibahagikan mengikut jantina. Murid-murid perempuan akan berada di bawah
pengawasan guru perempuan manakala murid-murid lelaki berada di bawah
pengurusan guru lelaki. Aktiviti bagi murid-murid perempuan dan murid-murid lelaki
tidak semestinya sama. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini telah mengaplikasikan
konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang salah satu komponen utamanya
ialah untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani.




















15.0 Keceriaan Sekolah
Sekolah ini juga memupuk para murid untuk menghayati nilai-nilai estetika melalui kata-
kata hikmah dan mural sekolah banyak menghiasi dan menceriakan kawasan sekolah
ini. Perkataan estetika menurut Kamus Dewan Edisi ketiga pada halaman 345
membawa maksud cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan
keindahan, cita rasa dan lain-lain. Setiap kata-kata ini dapat membantu murid-murid
untuk menghayati nilai-nilai keindahan melalui mural dan pada masa yang sama juga,
mereka akan berasa lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dengan wujudnya kata-
kata hikmah di sekitar kawasan sekolah. Antara tempat yang terdapat kata-kata hikmah
ialah seperti laluan menuju ke kantin, laluan untuk pergi ke kelas-kelas, di dinding-
dinding sekitar tangga dan sebagainya. Contoh kata-kata yang terdapat di sekitar
kawasan sekolah ini ialah seperti datang dengan harapan pulang dengan kejayaan,
books and friends should be few but good, success is how high you bounce when you
hit bottom dan sebagainya. Mural sekolah yang menghiasi dinding-dinding sekolah
kelihatan menarik. Pelbagai konsep yang telah diketengahkan melalui mural ini seperti
konsep satu Malaysia yang menunjukkan semangat perpaduan, mural yang tertulis
Rukun Negara dan sebagainya.
15.1 Mural Sekolah
Terdapat beberapa mural di dinding sekolah itu. Khususnya pada dinding yang
menghadap pintu masuk, di hadapan dan dalam bilik perpustakaan serta juga
dinding bangunan yang menghadap pejabat sekolah itu.

































Mural di depan sekolah
yang membawa maksud
kasih sayang terhadap
alam semula jadi
Salah satu mural yang
membawa maksud
cinta akan tanah air
kita.
Mural yang terdapat di
dinding pusat sumber
yang menekankan
amalan membaca
dalam kalangan murid.
15.2 Kata-kata hikmah

























Kebanyakan mural di
sekolah itu, telah dipamerkan di

The Best Time We Ever spend is
the time we spend on planning how
to spend time,kata-kata hikmah
seperti ini dipamerkan dalam kelas.
Nilai-Nilai murni atau kata-kata
hikmah yang sesuai digantungkan
atas dinding sekolah seperti
Rasional, Kebersihan fizikal dan
mental, Kebebasan dan Hilang
bahasa Lenyaplah Bangsa.
Kata-kata hikmah bagi menanam
sikap positif pelajar seperi Cherish
Your Yesterdays, Dream Your
Tommorrows,But live your Todays.
tempat- tempat yang mudah dilihat olehg pelajar- pelajar sekolah itu. Antara
tempat tempatnya adalah seperti berikut:-
Digantung di koridor sekolah itu,
Pintu- pintu bilik darjah, pusat sumber dan juga bilik guru,
Di dalam dan di luar bilik- darjah dan juga perpustakaan,
Di dinding yang terdapat di luar tandas,
Di dinding kantin sekolah,
Di dinding makmal komputer,
Di kawasan persekitaran tapak perhimpunan.
Semua ini dipamerkan bagi menanamkan sikap- sikap positif dikalangan pelajar
dan mewujudkan satu generasi yang bermoral dan sopan santun.
Antara kata- kata hikmah yang terdapat di sekolah itu adalah:
Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
Biar putih tulang, tapi jangan puthi mata.
Usaha tangga kejayaan.
Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan
Sayangilah keluarga anda sentiasa.
Education is not a destiny but it is a journey
Time is precious
Relationship Makes Quality











15.3 Nilai-Nilai Murni ( Amalan dalam kalangan murid )





























Murid-murid sekolah itu rajin
mendengar nasihat guru.
Saya memerhati sekumpulan
murid tahun 6 tidak melengahkan
masa mereka dan menggunakan
masa mereka untuk
mengulangkaji pelajaran.
Sesetengah murid di sekolah itu
berkelakuan baik antara satu
sama lain.
Saya memerhatikan bahawa hampir semua pelajar sekolah itu telah
menunjukkan amalan yang sangat baik dan mempunyai nilai- nilai murni
sepanjang saya berada di sekolah itu untuk menjalankan PBS
Hal ini kerana mereka sentiasa menghormati guru- guru yang berkhidmat di
sekolah tersebut termasuk saya.Mereka juga mengamalkan amalan memberi
salam dan menegur setiap kali mereka berhadapan dengan guru di kawasan
sekolah ataupun di luar kawasan sekolah itu.
Mereka sentiasa membantu antara satu sama lain khususnya sewaktu
mengulangkaji pelajaran ataupun sewaktu aktiviti membaca diadakan.
Mereka juga sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan
aktiviti- aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka juga akan memberi
sambutan, sokongan dan juga dan dorongan yang sepenuhnya kepada rakan-
rakan mereka yang ingin mewakili sekolah mahupun kelas.
Mereka juga rajin dan baik hati kerana kebanyakkan pelajar suka menolong
guru- guru ataupun staf staf yang naik. Misalnya, meraka akan beria- ria
sangat untuk mengangkat bag dan juga buku- buku saya sehingga bilik guru.
Saya juga pernah melihat mereka suka menolong staf- staf sekolah itu untuk
membersihkan setor permainan dan juga membersihkan sekitar kawasan
sekolah tersebut.
Seterusnya, mereka juga dapat menyesuaikan diri ataupun mendekati orang
baru dengan senang kerana kebanyakkan daripada pelajar sekolah itu, sentiasa
akan mencuba untuk berkomunikasi dengan saya dan mereka juga rajin
bercerita tentang sekolah itu. Ini juga memberikan saya banyak maklumat yang
agak penting.
Walaubagaimanapun, mereka juga memiliki budi bahasa yang tinggi kerana,
mereka sentiasa bertutur secara bersopan santun dengan saya. Lebih- lebih lagi
mereka sentiasa akan mandengar dan menghormati nasihat saya lalu berusaha
mengikutinya.
Kebanyakkan daripada mereka juga sentiasa memberi keutamaan kepada
kebersihan diri, kelas dan juga sekolah itu. Sekiranya kotor, mereka terus
membersihkan tempat itu tanpa menira jantina dan juga status.
15.4 Amalan Penghayatan Rukun Negara
Seperti sekolah- sekolah lain, SRJK (Tamil) Kalaimagal juga tidak melupai
tanggungjawapnya untuk memaparkan rukun negara di pejabat sekolah.
Selain itu, rukun negara juga terdapat pada setiap buku latihan pelajar.
Dengan ini, secara automatik mereka akan lebih terdedah kepadanya.
Seterusnya, pelajar-pelajar sekolah itu juga melafazkan Rukun Negara itu
pada setiap perhimpunan minggu.
Kod Rukun Negara adalah seperti berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang - undang
Kesopanan dan Kesusilaan





15.5 Amalan Penghayatan Falsafah Pendidikan Negara


























Guru-guru di sekolah
itu juga tidak dilupakan
untuk mempamerkan
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di setiap
kelas.
Amalan
Penghayatan
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan dalam
bahasa Tamil dan
dengan ini murid
dengan lebih
terperinci dapat
memahami
kandungannya.
15.6 Persekitaran Bilik Darjah
Semasa saya bersama mentor menghadiri kelas, saya memerhatikan guru memberi
penerangan tentang topik yang beliau mengajar . Guru menggunakan ABM untuk
mengajar. Pelaksanaan cara pengajaran yang kreatif menari perhatian murid. Selain itu,
LCD juga digunakan semasa mengajar menggunakan CD . Perbualan dua hala berlaku
dalam kelas. Cikgu menjawab soalan yang ditanya oleh anak murid dan murid juga
menjawab bagi soalan yang ditanyakan oleh guru.
Guru juga mengamalkan kaedah pengajaran berkumpulan dalam kelas. Guru
membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu mengikut taraf pencapaian mereka.
Pelajar kumpulan yang lemah diberikan pemerhatian yang banyak oleh guru. Dengan
pemerhatian saya dalam bilik darjah, saya dapat memahami pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam sesebuah kelas dan juga cara mengawal kanak-kanak yang
nakal.












15.6.1 Sudut pembelajaran dalam kelas























































15.6.2 Paparan maklumat



























































15.7 Kebersihan Sekolah
Antara kawasan yang menekankan aspek kebersihan ialah kantin sekolah.
Kantin sekolah ini secara keseluruhannya kelihatan bersih dan tersusun. Kantin ini
digunakan sepenuhnya oleh semua warga sekolah. Rehat pertama pada pukul 9.40
sehingga 10.00 pagi yang melibatkan murid-murid tahun tiga dan tahun empat
manakala rehat kedua pula pada pukul 10.10 sehingga 10.30 pagi yang melibatkan
murid-murid tahun lima dan enam. Terdapat beberapa kaunter untuk membeli
makanan. Ini lebih memudahkan para murid untuk membeli makanan di situ. Harga
makanan di kantin ini juga berpatutan. Selain itu, murid-murid yang tidak
berkemampuan juga diberikan makanan percuma yang dikenali sebagai Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Tujuan diadakan RMT ini adalah untuk memastikan
bahawa murid-murid yang kurang berkemampuan boleh mendapat makanan yang
berkhasiat.







































15.8 Keselamatan Sekolah
Dari segi keselamatan pula, keselamatan murid-murid terjamin kerana pengawal
keselamatan mengadakan kawalan yang ketat semasa waktu murid-murid datang ke
sekolah dan balik dari sekolah. Pelawat-pelawat yang ingin masuk ke dalam sekolah ini
juga perlu berjumpa dengan pengawal keselamatan dahulu dan mereka juga perlu
memakai pas masuk. Tanpa pas tersebut, pelawat-pelawat dilarang masuk ke dalam
kawasan sekolah. Setelah itu, mereka akan dibawa menuju ke pejabat untuk berurusan
dengan guru-guru tertentu.








16.0 PELAKSANAAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
16.1 Kurikulum
Peranan pentadbiran dan prasarana tidak cukup bagi melahirkan murid yang
bertepatan dengan hasrat FPK. Oleh sebab itu, program dan aktiviti yang relevan perlu
diadakan di sekolah. Aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah adalah platform
bagi mencungkil dan mengembangkan bakat dan potensi murid-murid. Program
kurikulum adalah program yang menjurus kepada akademik dan perkembangan intelek
murid.
16.1.1 Sukatan Pelajaran
Aspek yang difokuskan bagi pelaksanaan kurikulum di sekolah ini adalah dari segi
sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Matematik ini selaras dengan keperluan untuk
menyediakan pengetahuan dan kemahiran Matematik kepada murid-murid yang
mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan
kemahiran tersebut mereka berkemampuan untuk menangani cabaran dalam
kehidupan harian. Hal ini juga sama dengan mata pelajaran yang lain seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan
Sivik, Kajian Tempatan dan Pendidikan seni. Dalam pemerhatian yang dibuat sukatan
pelajaran yang disediakan bertepatan dengan apa yang dimatlamatkan oleh FPK dan
dapat membina perkembangan intelek, jasmani, emosi, rohani dan social murid serta
bakat dan potensi berdasarkan kebolehan individu.
16.1.2 Sumber pengajaran-pembelajaran
Bagi aspek sumber pengajaran dan pembelajaran, sekolah ini mempunyai bahan bantu
mengajar, bahan bantu belajar, sudut bacaan dan paparan bahan pembelajaran yang
lengkap .Bahan bantu mengajar yang diguna oleh guru-guru sekolah tersebut adalah
seperti CD mata pelajaran, carta dan peta minda, patung berupa manusia yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains, penggunaan
LCD, dan sebagainya. Pengunaan bahan bantu mengajar ini menepati dengan amalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk memperkembangkan potensi individu dari
aspek intelek. Dengan pengunaan bahan bantu mengajar ini, murid-murid sekolah ini
berupaya untuk memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan kreatif. Selain
itu, dengan pengunaan bahan-bahan ini dapat membantu murid-murid untuk lebih
memahami pelajaran yang dipelajari dengan lebih mudah.
Dari segi sudut bacaan dan paparan bahan pembelajaran, guru sekolah ini telah
menyediakannya dengan baik dan menarik. Hampir kesemua kelas mempunyai sudut
bacaan dan yang penting adalah dari segi amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang diaplikasikan. Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diamalkan adalah
bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu. Dengan penyediaan sudut
bacaan dan paparan bahan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid-murid ini
secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Ciri-ciri rakyat yang
berilmu yang dapat dilihat adalah seperti suka membaca, mencintai ilmu pengetahuan,
sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, berfikiran terbuka dan lain-lain lagi.

















Pelaksanaan Kurikulum dan kokurikulum












Sumber pengajaran dan pembelajaran




































16.1.3 Program Pemulihan
Bagi program pemulihan yang dijalankan oleh sekolah ini melibatkan murid-murid tahap
satu dan dua yang terdiri daripada murid-murid tahun 2 hingga 6. Antara program
peningkatan pemulihan khas 2010 adalah seperti program BaCepat, program Protim
Tahap 2, program Pemulihan Ekspres Tahap 1 dan program LINUS untuk Tahun 1.
Kesemua program yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Kemahiran ini
penting kerana melibatkan perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial.
Hal ini selaras dengan amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
diaplikasikan melalui program pemulihan yang dijalankan oleh sekolah ini.



















































16.2 Kokurikulum
Kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Dalam pelaksanaan
kokurikulum terdapat 3 jenis struktur yang dikendalikan di bawah unit kokurikulum.
Ketiga-tiga struktur itu adalah unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan dan
permainan. Sekolah ini menjalankan hari kokurikulumnya pada hari Rabu, jam 4 petang
hingga 6 petang. Terdapat 5 unit beruniform, 8 persatuan dan kelab serta 6 jenis sukan
dan permainan. Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan guru mengajar murid-murid
dengan kaedah teori dan praktikal. Sebagai contoh semasa permainan bola baling
dijalankan, guru yang bertugas mengajar teknik-teknik cara menangkap bola sambil
mempraktikkan teknik itu semasa dalam permainan. Hal ini bertepatan dengan amalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengandungi unsur yang ingin membentuk
insan yang seimbang dan harmoni. Permainan ini bukan sahaja dapat menambahkan
ilmu murid-murid akan tetapi ia juga melahirkan murid-murid yang mempunyai tubuh
badan yang sihat dan cergas bertepatan dengan unsur melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni. Aktiviti kokurikulum ini bertepatan dengan perkembangan
potensi murid-murid dalam unsur jasmani. Iaitu berupaya memberi tumpuan kepada
perkembangan anggota-anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Melalui aktiviti
Kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini juga berupaya dalam membentuk rakyat
Malaysia yang berketerampilan. Hal ini melatih mereka untuk menjadi seorang
pemimpin dalam memimpin sesutu persatuan. Dengan ini, mereka akan memiliki ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang sesuai dalam pelaksanaan tugas selain
dapat melatih mereka melaksanakan tugas dengan dedikasi, cekap dan sempurna
menerusi penyertaan murid-murid sekolah ini dalam aktiviti kokurikulum sekolah.

16 2.1. Program dan Aktiviti
Setiap institut pendidikan tanpa mengira peringkat sekolah rendah, sekolah menengah
atau pun universiti, pihak pentadbiran pasti akan merencanakan perjalanan programnya
untuk sepanjang tahun. Hal ini agar semua aktiviti yang diaturkan dapat dilaksanakan
dengan sistematik dan tidak menganggu jadual pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu aktiviti kurikulum, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti yang selain daripadanya. Semua aktiviti yang dijalankan selaras
dengan perkara-perkara yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) iaitu melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
16 .3 Aktiviti kurikulum
Aktiviti kurikulum yang dikelolakan oleh pihak pentadbiran sekolah yang diketuai oleh
guru besar merupakan nadi kepada keputusan-keputusan yang akan diperoleh oleh
para murid. Oleh yang demikian, pelaksanaan aktiviti kurikulum secara berterusan dan
teratur amat penting dalam usaha mencapai matlamat yang telah digariskan. Antara
aktiviti kurikulum yang dijalankan ialah kelas-kelas tambahan, ceramah dan pelbagai
lagi. Aktiviti sebegini akan melengkapkan unsur-unsur intelek khususnya serta yang lain
secara amnya .

16.3.1. Kelas tambahan
Kelas tambahan sering dijalankan oleh pihak pentadbiran terutamanya kepada para
murid yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun, guru
besar Sekolah Kebangsaan Bayan Baru, Puan Suarni binti Ishak tidak melihat kelas
tambahan sebagai kelas persediaan untuk pelajar tahun enam sahaja. Beliau bersama
kakitangan sekolah yang lain turut mengadakan kelas tambahan untuk pelajar tahun
lain.

16.3.2 Kelas tambahan tahun enam
Para calon UPSR perlu bersedia daripada awal bagi menghadapi ujian yang bakal
menjelma pada awal bulan Oktober 2012 iaitu selang beberapa hari selepas
berakhirnya cuti persekolahan penggal kedua.Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah
mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas tambahan bermula dari awal sesi
persekolahan lagi. Hal ini penting bagi memastikan para calon akan memperoleh
keputusan yang cemerlang dan dapat membantu sekolah untuk mengekalkan prestasi
yang cemerlang. Kelas tambahan bagi murid tahun enam diadakan setiap hari selepas
sesi persekolahan rasmi. Mereka bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir sekitar
jam 2.30 hingga 3.00 petang.
16.4 4. Aktiviti kokurikulum
Selain mengadakan aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah, pihak sekolah juga perlu
mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum akan membantu
para murid supaya menjadi lebih cergas dan aktif. Jika aktiviti kokurikulum ini tidak
penting, pihak kerajaan tidak akan menggariskan markah aktiviti kokurikulum sebagai
salah satu syarat penting untuk memohon masuk ke institut pelajaran tinggi.
16.4.1 Unit Beruniform
Para murid telah didedahkan dengan aktiviti unit beruniform sejak di bangku sekolah
rendah lagi. Terdapat banyak unit-unit beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS),
Pandu Puteri, Puteri Islam, Pengakap dan sebagainya. Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil kalaimagal telah memilih hari Rabu, sama seperti sekolah-sekolah lain bagi
menjalankan aktiviti unit beruniform. Para murid berkumpul mengikut unit uniform
masing-masing sejurus perhimpunan pagi melabuhkan tirai. Melalui aktiviti unit
beruniform, para murid didedahkan dengan aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti kawad
kaki dan juga perkhemahan. Aktiviti-aktiviti ini akan mengajar para murid mengenai sifat
kepimpinan. Sifat ini amat penting dalam usaha melahirkan murid yang mampu
menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.
16.5 Kejohanan Sukan Tahunan
Takwim sekolah mencatatkan 3 April 2012 sebagai hari Kejohanan Sukan Tahunan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal. Setiap institut pengajian akan
mengadakan hari sukan bagi setiap tahun. Hal ini bukan sahaja kerana ia merupakan
aktiviti yang wajib diadakan tetapi ia merupakan acara untuk menenangkan fikiran
sebelum meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Aktiviti sukan
merupakan satu medium khusus untuk membantu para murid menonjolkan bakat yang
ada pada diri mereka. Sesetengah pelajar malu untuk melibatkan diri kerana merasa
rendah diri dengan rakan-rakan mereka yang lebih aktif. Melalui aktiviti inilah para
tenaga pengajar mampu untuk menarik para pelajar menyertai dan menunjukkan
kebolehan yang ada.
16.6 Akhbar dalam darjah (ADD)
Akhbar dalam darjah merupakan satu program yang direka bagi murid tahun enam. Ini
merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah bagi mengelakkan murid
membazirkan masa di waktu pagi.
Program ini bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 7.25 pagi dan dihadiri oleh
murid tahun enam yang tiba awal di sekolah. Mereka tidak dibenarkan berada di dalam
kelas walaupun tiba awal. Oleh yang demikian, program ini dicipta dan dijalankan di
sekitar kantin sekolah. Program ini mungkin hanya terdapat di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Kalaimagal kerana ia merupakan idea asal daripada guru besar
sendiri iaitu Encik.V.Padmanadhan

16.7 Extensive reading
Program ini mempunyai konsep yang sama dengan program akhbar dalam darjah.
Namun ia hanya dibezakan dengan peserta yang menghadirinya. Program ini dihadiri
oleh para murid bermula daripada tahun tiga sehingga tahun lima.Program ini dapat
membantu para murid meningkatkan tatabahasa yang pasti akan membantu dalam
penghasilan penulisan yang baik. Selain itu, ia dapat mendidik para murid untuk lebih
menghargai masa yang terluang. Istimewanya kedua-dua program ini, pihak sekolah
tidak mewajibkan semua murid untuk menghadirinya dan ianya terpulang kepada diri
murid itu sendiri.
16.8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Menurut Guru Besar,pada tanggal15 Februaru 2012, Mesyuarat Tahunan PIBG telah
dilaksanakan di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kalaimagal. Mesyuarat
tahunan ini diadakan untuk mewujudkan interaksi antara tenaga pengajar serta ibu
bapa dan penjaga para murid.Melalui mesyuarat ini, para ibu bapa dan penjaga dapat
meluahkan rasa tidak puas hati atau menyuarakan pendapat dalam usaha untuk
menambah baik segala keperluan anak-anak mereka ketika berada di sekitar kawasan
sekolah.Terdapat pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam
merencana perjalanan sekolah bagi tahun 2012 ini. Antaranya ialah program merentas
desa, program jaya waris, program bumi hijau prasekolah, hari bersama guru besar,
latihan kebakaran, kem bestari solat, hari terbuka serta hari kecemerlangan akedemik.














17.0 PEMERHATIAN
Sekolah mencerminkan sebuah organisasi atau masyarakat kecil yang
mengamalkan nilai-nilai peradapan. Hasil daripada pembentukan tamadun, nilai-nilai
dan ciri-ciri ketamadunan masih diamalkan di sekolah. Nilai-nilai ini boleh diterjemahkan
dalam tingkahlaku kumpulan dalam komuniti sekolah.
Organisasi dan institusi sosial dalam bidang pendidikan menggalakkan ciri
sebuah tamadun dicerminkan di sekolah . Ini membuka peluang untuk komuniti sekolah
mengamalkan nilai-nalai peradaban. Penggunaan bahasa adalah penting sebagai
bahasa penghantar bagi sekolah. Kelahiran kekreatifan seni,sastera,falsafah dan juga
peningkatan sains dan teknologi mendorong pengamalan nilai-nilai peradapan di
sekolah.
Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai murni memandangkan
masyarakat yang menghayat nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada kecintaan
ilmu. Oleh itu, boleh dikatakan nilai-nilai peradapan banyak terdapat dalam tingkahlaku
kumpulan dalam komuniti sekolah seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan , guru-
guru dan pelajar. Ini kerana ilmu yang mereka memiliki mendorong kepada pengamalan
nilai-nilai peradapan.
Sepanjang saya menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Jenis
Kebangsaan(Tamil) Kalaimagal, saya telah membuat pemerhatian tentang kemudahan
sekolah, peranan pihak sekolah dan kebersihan sekolah. Saya telah memerhatikan bilik
darjah, perpustakaan, tandas, pusat sumber, padang, makmal sains dan kantin
sekolah.
Semasa saya bersama mentor menghadiri kelas, saya memerhatikan guru
memberi penerangan tentang topik yang beliau mengajar . Guru menggunakan ABM
untuk mengajar. Pelaksanaan cara pengajaran yang kreatif menari perhatian murid.
Selain itu, LCD juga digunakan semasa mengajar menggunakan CD . Perbualan dua
hala berlaku dalam kelas. Cikgu menjawab soalan yang ditanya oleh anak murid dan
murid juga menjawab bagi soalan yang ditanyakan oleh guru.
Guru juga mengamalkan kaedah pengajaran berkumpulan dalam kelas. Guru
membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu mengikut taraf pencapaian mereka.
Pelajar kumpulan yang lemah diberikan pemerhatian yang banyak oleh guru. Dengan
pemerhatian saya dalam bilik darjah, saya dapat memahami pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam sesebuah kelas dan juga cara mengawal kanak-kanak yang
nakal.
Selain itu saya juga memerhatikan makmal sains sekolah itu. Didapati makmal
sains dipenuhi dengan lukisan-lukisan berkaitan dengan alam semester. Makmal sains
juga dipenuhi dengan alat-alat ujikaji dan makmal kelihatan bersih dan barangnya
disusun rapi. Saya mengetahui bagaimana hendak mengendalikan bahan ujikaji yang
bersalut kaca.
Tambahan pula, saya juga memerhatikan kantin sekolah. Kantin sekolah
kelihatan bersih dan tidak berlalat. Murid-murid amat selesa menggunakan kantin
sekolah kerana meja dan kerusi cukup untuk mereka. Harga makanan yang dijual
mengikut kemampuan pelajar. Dari pemerhatian saya, saya dapat mengenali nilai
pengurus kantin yang melayan anak murid dengan baik walaupun mereka merebut
untuk membeli makanan.
Saya juga telah memerhatikan kawasan sekolah yang bersih dan menarik
perhatian oang lain. Kawasan sekolah yang tidak bersampah sarap menyediakan
suasana yang tenang dan kondusif kepada pelajar. Dengan ini, saya memahami,
suasana sesuatu kawasan yang menentukan perasaan atau emosi seseorang individu
terutamanya murid-murid.
Seterusnya, saya juga memerhatikan pencapaian akademik dan kokurikulum
sekolah ini. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa statistik kelulusan murid
dalam peperiksaan UPSR meningkat tahun demi tahun. Bilangan murid yang mendapat
keputusan cemerlang seperti 7A, 6A, dan 5A juga turut menampakkan peningkatan
yang realistik. Maka, tidak hairanlah jika sekolah ni diiktiraf sebagai sekolah Gred A.

Di samping itu, murid-murid sekolah ini juga aktif dalam mengambil bahagian
dalam kesemua jenis pertandingan yang diadakan di dalam mahupun di luar sekolah.
Menurut GPK Kokurikulum Pn. Manimala, sememangnya murid-murid sekolah ini
berlumba-lumba untuk mengambil bahagian dalam apa jua pertandingan yang diadakan
di sekolah ini. Beliau berkata keadaan ini membuatkan beliau untuk merasa cukup
bangga dan gembira.
Saya juga tidak lupa untuk memerhatikan pentadbiran sekolah ini. Guru besar
sekolah ini adalah En. V.Padmanadhan. Dari pemerhatian saya, mendapat bahawa
beliau adalah seorang yang amat berkepimpinan tinggi. Beliau sebenarnya mempunyai
hubungan yang sangat baik antara warga sekolah ini. Beliau sentiasa berkomitmen
dengan tugasan yang dilakukannya. En. V.Padmanadhan adalah seorang yang amat
berdisiplin. Bukan hanya beliau sendiri mengamalkan nilai tersebut tetapi beliau juga
memastikan bahawa semua warga SJK(T) Kalaimagal mengamalkan nilai tersebut.
Sifat berdisiplin beliau membantunya bagi mentadbir sekolah ini dengan baik. Ia juga
menjadi tunjang kepada beliau untuk menjadi seorang warganegara yang baik.
Secara kesimpulanya, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang
pengurusan sebuah organisasi sekolah. Saya telah mempelajari bagaimana kita harus
mengendalikan kelas, cara mengambil bahagian dalam aktiviti kelas, penggunaan ABM
dan ICT, dan pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat
iktibar daripada guru-guru sekolah ini bahawa saya juga harus menjadi seorang
pendidik yang berkaliber dan berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial, dan
amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiaran dan amalan nilai-nilai keguruan,
serta berupaya mencapai kecemerlanan pendidikan untuk pengisisan tuntutan
Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21 seperti yang termaktub dalam Matlamat
Pendidikan Guru.
Pengalaman daripada pemerhatian ini saya mendapat banyak ilmu tentang
suasana sekolah. Saya berharap pengalaman daripada pemerhatian ini dapat
menyediakan saya sebagai seorang guru masa depan.

SENARAI SEMAK
Senarai semak adalah borang dimana kita menggunakan untuk menandakan
apa yang kita perhatikan. Senarai semak ini membantu saya mengumpul data dengan
cepat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jasin. Saya membawa senarai semak ini
ke setiap tempat yang saya perhatikan dan mencatat apa yang saya lihat dan apa yang
tidak ada di situ.
TEMUBUAL
Saya telah bertemubual dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-
guru dan kakitangan lain di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jasin. Guru Besar
sekolah itu telah memberi layanan yang baik pada saya. Soalan-soalan yang saya
kemukakan kepada pengurus sekolah ialah berkaitan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK) dan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Semua kakitangan sekolah memberi layanan yang baik dan meluangkan masa dengan
saya semasa saya membuat perbincangan.
SOAL SELIDIK
Saya menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data daripada murid-
murid sekolah mengenai nilai-nilai moral yang ada pada mereka.. Borang ini diberi
kepada mereka di mana mereka dikehendaki menandanya. Keputusan soal selidik
menunjukkan kebanyakkan murid mempunya nilai-nilai moral yang tinggi. Dengan
menggunakan cara ini, saya dapat mendekati murid-murid sekolah ini dengan lebih
mudah.




TARIKH : 04 Mac 2012
Hari ini ialah hari pertama saya menjejak kaki di sekolah yang ditempatkan untuk
Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sekolah yang saya ditempatkan ialah Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Kalaimagal. Saya diberi tugasan untuk mengkaji alam
persekolahan.
Hari ini saya ke sekolah pada pukul 6.45 pagi. Saya telah melaporkan diri di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kalaimagal bersama dua orang guru pelatih dari
institut yang sama dengan saya iaitu Kalayarasi dan Priya dari kelas saya. En.
Padmanadhan, Guru Besar sekolah tersebut telah membenarkan kami menjalankan
tugasan .
Saya bersama rakan-rakan saya telah pun menghadiri perhimpunan pagi di
tapak perhimpunan. Selapas itu, kami diberi tempat duduk di bilik guru . Sebagai
langkah pertama, saya ke bilik guru besar untuk menemuduganya. Saya mencatat
soalan yang saya tujukan dan jawapan yang diberi oleh Guru Besar dalam kertas.
Saya juga ke bilik guru untuk menemuduga seorang guru sekolah itu. Guru yang
berkerjasama dengan saya ialah Pn. Santha. Beliau menerangkan secara ringkas
untuk semua soalan yang saya tujukan. Beliau telah dapat menjawab soalan saya
dengan jelas dan tepat.
Selepas itu, saya ke kelas pemulihan , dimana guru pemulihan En.Kanadhasan
mengajar. Beliau menjawab soalan saya dengan lebih jelas kerana kebanyakan soalan
saya berkaitan subjek major saya iaitu Pemulihan . Beliau juga menasihati saya agar
menjadi Guru Pemulihan yang berkasih sayang dan prihatin supaya dapat
mendampingi murid-murid pemulihan .
Arah pandangan saya juga menuju ke pondok keselamatan. Saya menemuduga
EN. Halim Bin Hassan pengawal keselamatan. Dia menerangkan tentang prosedur
keluar masuk dan alat-alat keselamatan sekolah. Dia juga menunjukkan tempat letak
pemadam api .
Sebelum habis sekolah, saya sempat berjumpa dengan Pejaga Kebersihan
sekolah. Saya memilih Pn.Mariamma daripada empat pekerja yang lain. Dia memberi
penerangan tentang kebersihan kawasan sekolah dan tandas. Pada pukul 1.45petang
saya pulang ke rumah .
Hari ini, saya memahami tentang Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jasin lebih
mendalam dan puas kerana mengumpul data yang cukup banyak dalam masa yang
singkat.

















TARIKH : 05 Mac 2012
Hari ini ialah hari kedua saya ke sekolah. Seperti hari pertama saya ke bilik
Guru Besar untuk menyatakan kehadiran. Saya bersama rakan-rakan saya, telah pergi
ke bilik guru untuk meletakkan barang kami.
Saya dan rakan-rakan saya ke bilik guru untuk menemuduga Guru Penolong
Kanan HEM. Beliau memberi carta tugasan setiap warga sekolah dan silibus semua
matapelajaran.Bahan yang diberi olehnya penting bagi tugasan kami sepanjang minggu
ini.
Selepas itu, saya ke Darjah 6 untuk bertemubual dengan ketua murid yang
bernama S.Kaviarasu. Dia memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa saya
membuat perbincangan. Dia janji membawa sijil-sijil pencapaiannya dalam sukan dan
akademik.
Seterusnya, saya ke pejabat untuk photostat bahan yang saya kumpul. Saya
kembali ke bilik guru dan susun semua bahan dalam folder dan menaip bahan yang
tidak dapat photostat.
Hari ini, saya tidak mengkaji suasana luar kerana hari hujan. Saya sangat
gembira sebab semua bahan yang dikehendaki telahpun siap dikumpul. Saya harap,
keesokkan hari, saya dapat membuat pemerhatian di kelas semasa guru mengajar.







TARIKH : 06 Mac 2012
Hari ini saya dan rakan saya telah diberi tugas oleh GPK 1 iaitu kami
dikehendaki masuk kelas ganti disebabkan oleh kekurangan guru pada minggu
tersebut. Saya telah masuk ke kelas Tahun 6 Vetri untuk waktu Pendidikan Jasmani.
Saya telah membawa semua murid dari kelas ke tempat lapang di mana bersebelahan
kantin sekolah.
Selepas saya dapat waktu lapang, saya pergi ke setiap kelas untuk mencari
maklumat tentang ukuran saiz badan pelajar. Saya mengambil gambar semasa
mengukur saiz badan pelajar . Data yang saya perolehi dimasukkan dalam bentuk
jadual. Saya memlih tiga orang pelajar dari satu kelas secara rak dan menjalankan
ujikaji Jean Piaget.
Saya juga tidak terlupa mengambil gambar-gambar kawasan sekolah. Rakan
sekelas saya membanu saya mengambil gambar.Selepas itu saya ke perpustakaan
untuk menganalisis data dan menghuraikannya.
Saya amat gembira hari ini kerana saya telah siap mengumpul data tugasan
Perkembangan Kanak-kanak.









TARIKH : 07 Mac 2012
Hari ini pun saya dan rakan saya telah masuk ke kelas ganti untuk mengajar.
Har ini saya masuk 3 buah kelas iaitu kelas tahun enam , tahun satu dan tahun
dua.Selepas waktu rehat saya memerhatikan kelakuan pelajar di bilik darjah,
perpustakaan, makmal sains dan kelakuan mereka dengan guru yang diajar.
Selepas itu, saya pergi ke kelas pemulihan bersama mentor saya. Beliau
mengajar subjek Matematik. Semasa beliau mengajar, kanak-kanak di situ suka
berjalan dan ada yang berbaring atas lantai sambil mendengar apa cikgu yang
mengajar kepada mereka. Beliau telah mengajar topik Addition. Semasa beliau
mengajar, beliau telah banyak menggunakan ABM yang menarik agar murid-murid
tersebut tdak cepat bosan. Selepas itu, saya meminjam buku rekod mentor saya dan
telah fotostat untuk meletakkan dalam bahagian lampiran. Saya juga turut mendapatkan
bahan-bahan tambahan yang berkaitan dengan pemulihan.
Tambahan pula, saya mengumpul maklumat tentang pelaksanaan ko-kurikulum
dan kurikulum. Saya rasa bahan yang kami kumpul itu cukup lengkap.Hari ini saya
mendapat tahu bagaimana harus kawal pelajar-pelajar yang nakal . Saya telah
menemuduga Guru Disiplin dan beliau menerangkan cara mengawal pelajar yang
nakal.
Selepas tamat waktu sekolah, saya jumpa Guru Penolong Kanan dan mengambil
fail hal ehwal pelajar. Saya pulang ke rumah selepas siap mengumpul bahan yang saya
perlukan.





TARIKH : 08 Mac 2012
Hari ini adalah hari terakhir saya di sekolah itu. Pada awal pagi saya berjumpa
dengan Guru Besar dan mendapatkan tandatangan beliau bagi pihak Guru Penolong
Kanan. Beliau juga mencatat ulasan tentang kelakuan saya sepanjang saya menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Hari ini saya ke kelas pemulihan untuk mengambil gambar pelajar. Saya juga
merekod cara seorang guru mengajar dalam kelas. Saya tidak kesempatan untuk
bertemubual dengan pengasas kantin ,
Sebelum habis sekolah, saya ke bilik guru besar untuk mengambil tandatangan
beliau. Selepas itu, saya ke bilik guru untuk mengucapkan terima kasih pada para guru
yang membantu saya sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Saya dan rakan saya juga telah menunggu sampai pukul 1.00 tengah hari untuk
mengambil gambar kelas-kelas tambahan yang dijalankan pada waktu petang. Dari
pemerhatian saya, kehadiran murid-murid ke kelas tambahan amat memuaskan.
Mereka telah menunjukkan kesungguhan mereka semasa belajar di kelas tambahan
tersebut. Manakala, guru-guru yang mengajar pula sanggup menggorbankan masa
mereka demi mengajar murid-murid kelas mereka.
Kesimpulannya, saya amat menghargai kerjaya saya sebagai seorang guru.
Pengalaman di sekolah ini memberi banyak pengetahuan kepada saya.



























Ruang Bahasa Ruang Pengajaran Dan
Pembelajaran
Ruang Matematik
Ruang Pengamatan
Rak
Fail

Rak
Buku
Meja
Murid
Meja
Murid

Rak
Buku



















Lukiskan pelan bilik darjah tempat anda bersama
membantu
mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

SJK (T) Kalaimagal (Pelan Kelas
Pemulihan)

Meja
Murid
Ruang Pengurusan


A
L
M
A
R
I

Bilik Guru Bilik BBM/Stor
BAHAN DAN SUMBER PENGAJARAN
PEMBELAJARAN DIPAMERKAN DI BILIK DARJAH
TERSEBUT DIGUNAKAN SECARA BERKESAN .






Persediaan mengajar merupakan salah satu pelan bertindak bagi melaksanakan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar membantu guru
mengingati dan memahami ilmu pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang
keraguan. Guru boleh turut menggunakan atau menyediakan bahan bantu mengajar
sarta menggunakanya pada masa yang sesuai sebagaimana yang dirancangkan dalam
persediaan mengajar. Bahan dan sumber pengajaran membantu guru untuk mengajar
sesuatu ilmu dengan efektif dan membantu murid memahami dengan jelas ilmu yang
diajar oleh guru. Bahan pengajaran ini boleh menjadi maklumat berbentuk visual seperti
tulisan atau lukisan , kad-kad cetakan; atau berbentuk audio seperti penerangan guru ,
nyanyian dan muzik penyiaran video. Bahan-bahan pengajaran ini boleh diperoleh
daripada buku teks , buku rujukan, internet ,majalah , akhbar dan bahan-bahan bacaan
lain.
Saya telah menjalani latihan pengalaman berasaskan sekolah di SJK (Tamil)
Kalaimagal selama seminggu bersama dengan dua guru pelatih dari institut yang sama
dengan saya. Dalam tempoh masa seminggu ini, saya dapat menjalankan pemantauan
di beberapa buah kelas. Semasa kami memantau kelas tahun satu iaitu kelas Pn.
Sanggetha, kami dapati beliau menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran
untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan di bilik darjah. Kami menjalankan
pemantauan semasa guru tersebut mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas
Tahun 1. Beliau telah menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk
mengalih halakan tumpuan dan minat murid untuk mempelajari bab tatabahasa yang
baru iaitu suku kata.
Beliau telah menggunakan kad manila yang mengandungi suku kata . Kad itu
dihias dengan warna-warni dan menarik perhatianmurid-murid Tahun 1. Pn. Sanggetha
mengajar cara membaca suku kata itu dan diikuti oleh murid lain. Selepas itu, setiap
pelajar membaca suku kata itu dengan urutan. Didapati semua pelajar tahun 1 dapat
menguasai suku kata itu kerana cara beliau mengajar itu amat berkesan.
Pada akhir pembelajaran, beliau menggunakan lagi bahan bercetak untuk
memberi latihan. Sumber pengajaran ini diambil daripada buku teks. Bahan ini juga
memberi kesan yang amat baik, kerana dengan bahan tersebut murid dapat
menggunakan kefahaman mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu,
guru tersebut juga dapat mengesan murid yang dapat menguasai suku kata ini dan
murid yang belum dapat mengusainya. Bahan latihan tersebut mengandungi gambar
gambar yang menyeronokkan murid. Justeru, ia dapat melahirkan satu rangsangan
semula jadi bagi menarik perhatian pelajar dan memberi fokus kepada pengajaran.
Pada hari kedua, kami memantau sebuah kelas pemulihan di mana saya
berjumpa dengan mentor saya. Guru Kelas Pemulihan yang bernama En Kanadhasan
sentiasa berkelihatan begitu berminat untuk mengajar murid-murid Kelas Pemulihan.
Beliau menggunakan kadkad gambar dan tulisan yang berwarnawarni sebagai bahan
pengajaran untuk mengajar tajuk nombor. Kadkad itu diperbuat daripada kad manila.
Dengan bantuan bahan ini, murid-murid sentiasa menumpukan perhatian tanpa
membuat sebarang bising di dalam kelas. Kadkad ini juga meluaskan pengetahuan
dan pemahaman mereka dalam tajuk nombor. Kadkad ini dapat merangsangkan
muridmurid untuk belajar dengan penuh efektif di samping membantu mereka
memahami dengan lebih mendalam pengajaran guru mereka. Ini dapat dikesan apabila
murid boleh mengira benda yang terdapat pada kad kad itu dengan betul dengan
merujuk kepada gambar.
Selepas itu, mentor saya telah menjalankan satu permainan kecil dimana murid-
murid dikehendaki mengira barang yang senaraikan yang ada dalam kelas. Contohnya,
cikgu menyuruh semua murid mengira bilangan kerusi yang ada dalam kelas..Sumber
pengajaran ini menampilkan keaktifan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini dapat berkesan dengan baik kerana bahan tersebut dapat
membangkitkan minat murid kerana boleh digunakan dalam bentuk permainan yang
menyeronokkan. Ia juga berkesan kerana ia dapat dipegang dan diamati sendiri oleh
murid. Selepas tamat, waktu Matematik, guru tersebut telah menampal semua bahan
pengajaran di dinding kelas demi manfaat kepada murid-murid.
Secara umumnya, sumber pengajaran dalam bilik darjah biasanya digunakan
oleh para guru dalam pengajaran mereka. Selepas pengajaran bahan itu akan
digantung balik di tempat yang asal di dalam bilik darjah. Dengan adanya bahan
pengajaran ini, para guru tidak perlu bersusah payah untuk menerangkan sesuatu
konsep atau proses apabila mengajar sesuatu topik baru. Dan juga pelajar akan
menghafal jika mereka sentiasa lihat bahan itu di dalam kelas.
Bahan pembelajaran yang dipamerkan di dalam bilik darjah sentiasa dilihat oleh
para pelajar. Apabila mereka melihat, mereka dapat mengimbas kembali apa yang
mereka telah belajar berdasarkan bahan tersebut. Contohnya, kita boleh ambil mata
pelajaran Sains. Seperti yang kita tahu, dalam mata pelajaran Sains, terdapat banyak
gambar digunakan untuk menerangkan sesuatu topik. Jadi apabila mereka sentiasa
melihat gambar gambar ini, mereka tidak cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Murid-
murid juga dapat hafal sesuatu gambar rajah atau fakta fakta yang penting dengan
lebih senang dan mudah.
Bahan pembelajaran seperti ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi untuk
menarik minat pelajar terhadap pengajaran berbanding dengan penyampaian secara
lisan oleh guru. Bahan ataupun sumber pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja
membantu para murid tetapi turut membantu para guru untuk menerangkan sesuatu
konsep yang agak sukar dijelaskan.Contohnya, hukum-hukum dalam matematik dapat
diajar dengan mudah melalui penggunaan carta- carta.
Secara keseluruhannya, bahan bantu pelajaran di sekolah ini digunakan secara
berkesan oleh pelajar. Jadi, semua guru digalakkan menggunakan berbagai bagai
bentuk bahan pengajaran untuk merangsangkan pelbagai deria murid. Bahan bahan
yang digunakan pada semua peringkat pengajaran dan pembelajaran mengikut harus
sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. Ini dipastikan oleh pihak pentadbiran sekolah
ini dan guru sendiri memang mengambil berat dalam pencapaian murid-murid mereka.
Jenis dan bahan bergantung pada minat serta umur dan pencapaian murid.
Namun begitu, guru tidak boleh menggunakan bahan dan sumber pengajaranya
sewenang-wenangnya tanpa perancangan dan tujuan yang tertentu. Para guru harus
memahami objektif penyediaan ABM dalam proses pengajaran dan harus memikirkan
cara-cara penggunaanya. Oleh yang demikian mereka sendiri memastikan murid-murid
mereka menggunakan bahan bantu belajar dengan sempurna dan betul.















bahan dan sumber pengajaran pembelajaran
yang mudah digunakan oleh murid.




Penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah harus
memainkan peranan yang penting dan ia perlu memberi kesan yang efektif kepada
semua murid di dalam bilik darjah. Setiap murid mempunyai tahap pembelajaran yang
berbeza, maka guru haruslah peka semasa memilih bahan dan sumber pengajaran.
Bahan dan sumber pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah perlu dikaitkan
dengan objektif pelajaran kerana bahan yang digunakan itu mestilah benar-benar
membantu pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sesuatu matlamat.
Mengikut pemerhatian saya semasa latihan pengalaman berasaskan sekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kalaimagal, bahan dan sumber pengajaran
diletakkan di bahagian belakang sesebuah bilik darjah. Bahan-bahan pembelajaran
yang disediakan adalah seperti buku-buku cerita, buku rujukan, buku aktiviti majalah
akademik, buku komik dan sebagainya. Selain di bilik darjah, perpustakaan juga
menjadi tempat sumber pengajaran pembelajaran para pelajar.
Saya perhatikan para pelajar sentiasa pergi ke perpustakaan dan meminjam
bukubuku yang mereka perlukan. Surat khabar dan majalah-majalah ilmiah juga
disediakan di pusat sumber. Semua bahan bahan ini akan menarik minat murid-murid
untuk belajar lebih tekun lagi. Selain itu, dengan adanya banyak bahan bacaan, pelajar
akan lebih berminat untuk belajar dan ini menjadikan pelajar lebih berpengetahuan.
Apabila mereka banyak berpengetahuan, mereka akan cuba bertanya banyak soalan
lagi semasa pembelajaran di bilik darjah untuk meningkatkan tahap kemahiran ilmu
mereka. Dengan ini, sesebuah sekolah dapatlah melahirkan budaya membaca dalam
kalangan murid-murid.
Semasa saya bersama mentor saya di dalam bilik darjah saya dapati bahan dan
sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid ialah buku teks. Ini kerana buku
teks menjadi panduan utama para murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Kalaimagal. Para murid juga berasa mudah untuk menggunakan buku teks yang
merangkumi semua aspek kurikulum yang perlu belajar. Isi pelajaran dalam buku teks
mengikut seperti terkandung dalam sukatan pelajaran yang diberikan oleh bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh sebab itu, buku teks adalah sumber pengajaran
yang paling berkesan kepada murid-murid sekolah rendah.
Bagi murid-murid Tahap 1, kad-kad manila yang berwarna- warni yang dihias
dengan gambar yang berwarna menjadi bahan pembelajaran yang diminati. Kad-kad itu
direka seperti watak-watak kartun itu menyanyikan hukum-hukum, numbor-nombor dan
lain-lain. Pada tahap ini, para murid akan menjadikan guru mereka sebagai inspirasi
dalam situasi tertentu. Mereka amat berminat dalam pembelajaran sekiranya guru
mereka melakonkan sesuatu perkara atau menyanyikan lagu yang berkaitan dengan
ilimu pelajaran.
Dari pemantauan saya, didapati dalam semua bahan dan sumber pengajaran
yang digunakan oleh mentor, bahan bercetak seperti kad-kad, buku latihan dan buku
teks sebagai sumber pengajaran adalah paling berkesan untuk murid Tahap 1. Ini
kerana, bahan bercetak ini hanya memerlukan kos yang rendah dan ia senang untuk
disediakan. Kad-kad yang mengandungi gambar-gambar yang mengikut angka senang
untuk disediakan dan ia amat berkesan kepada para murid.
Semasa mentor mengajar, murid-murid sendiri telah memegang dan meneliti kad
tersebut. Dengan sentuhan secara fizikal ini mentor dapat menggalakan murid
mengingati pelajaran hari itu, dan ada kalanya bahan itu ditampalkan di sudut bacaan
Bahasa Melayu.
Sumber pengajaran yang berbentuk penceritaan dalam pembelajaran amat
menarik perhatian para murid khususnya, tahap rendah untuk melibatkan diri secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemantauan saya, didapati
terdapat juga sudut penceritaan di dalam Kelas Pemulihan. Maka, jelaslah bahawa
teknik penceritaan ini akan membolehkan para murid belajar secara berkesan kerana
pada tahap umur ini mereka lebih berminat kepada cerita berbanding dengan
pembelajaran secara teori dan fakta.
Secara keseluruhanya, saya dapati bahan bantu pembelajaran yang digunakan
kepada para murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin adalah terdiri daripada
buku teks, kad manila, serta bahan dari pusat sumber. Bahan-bahan serta sumber
pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan di kelas digunakan secara berkesan
oleh para murid. Ia bukan sahaja menolong murid malah turut menjadi panduan
kepada para guru.


















Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan
diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?






Peranan guru amat penting dalam menjalankan proses pengajaran dan pengajaran di
bilik darjah. Guru haruslah sentiasa memastikan semua pelajar bergiat secara aktif
semasa pengajaran dijalankan. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, guru perlu
menimbulkan minat murid terlebih dahulu terhadap topik yang akan diajar. Guru harus
memastikan bahawa pengajaran mereka tidak membosankan pelajar. Bagi
menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru harus memikirkan strategi
yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta
keberkesanaan penyampaian sesuatu pelajaran. Strategi itu hendaklah dipelbagaikan
dari semasa ke semasa agar kebosanan dan kemerosotan minat murid-murid terhadap
pelajaran dapat dielakkan.
Semasa saya memantau setiap bilik darjah ketika proses pengajaran dijalankan,
saya perhatikan mentor saya memberi peluang untuk murid-murid melibatkan diri
dalam aktiviti. Selain itu, mentor saya juga mengadakan aktiviti secara individu untuk
murid -murid Kelas Pemulihan. Mentor telah menulis beberapa suku kata di papan
hitam dan meminta semua murid untuk berdiri. Mentor telah memberi peluang untuk
duduk kepada murid yang dapat membaca suku kata tersebut. Kaedah ini juga
memberi peluang kepada mentor kami untuk menilai tahap pemahaman mereka dalam
Matapelajaran Bahasa Melayu.
Mentor saya juga berkata bahawa menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza-beza juga sentiasa mengaktifkan murid dalam
pembelajaran. Beliau mengadakan kuiz untuk para murid. Beliau juga menyediakan
beberapa hadiah untuk murid. Menurut beliau, kaedah ini adalah sebagai
mengulangkaji apa yang murid belajar di kelas sebelumnya. Saya berpendapat bahawa
ia adalah satu strategi yang amat baik. Murid berasa sangat gembira apabila mereka
dapat menjawab soalan dan seterusnya dapat hadiah daripada guru mereka. Aktiviti ini
juga menyebabkan mereka sentiasa aktif untuk Matapelajaran Matematik.
Pembelajaran secara realistik adalah murid-murid mempelajari sesuatu dengan
menggunakan bahan bahan yang benar. Mengikut mentor saya, beliau telah
memperkenalkan batu-batu yang terdapat dalam laut kepada para murid semasa
menceritakan tentang dunia laut . Apabila para murid melihat batu-batu itu dengan
mata sendiri mereka berasa amat seronok untuk mengkaji tentangnya. Secara tidak
langsung, mereka mula menyoal guru tentang benda yang mereka lihat. Maka, mereka
mula melibatkan secara aktif dalam pembelajaran pada hari itu.
Persoalan dua hala adalah pelajar jawab untuk soalan guru dan guru menjawab
untuk soalan yang ditanya oleh pelajar. Dalam mengamalkan cara ini, seseorang guru
perlu membenarkan para pelajar untuk menanya soalan dan perlu memberi sokongan
yang hebat untuk murid-murid bersuara tentang persoalan dan pandangan mereka
terhadap sesuatu topik. Jadi, ini akan menjadikan murid-murid dapat melibatkan diri
secara langsung dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, aktiviti pembelajaran secara kumpulan dijalankan , ia memberi peluang
kepada para murid untuk berinteraksi antara satu sama lain. Ini akan menggukuhkan
lagi nilai sosial dalam diri setiap murid. Guru pula memastikan setiap murid mengambil
bahagian dalam aktiviti kumpulan tersebut.Para murid yang berinteraksi dalam
kumpulan akan mewujudkan suasana kerjasama antara satu sama lain. Dengan ini,
mereka dapat mempelajari cara mengawal emosi mereka dan pada masa yang sama
mereka dapat mempelajari nilai-nilai moral dari aspek rohani. Kaedah secara kumpulan
ini biasanya digunakan oleh Guru Sains dimana beliau akan membuat eksperimen
secara kumpulan. Murid akan berusaha untuk mendapat hasil eksperimen dan dapat
menjawap soalan-soalan yang berkaitan dengan eksperimen. Ini menunjukkan kaedah
kumpulan ini sangat berkesan jika dijalankan di bilik darjah.
Secara keseluruhannya, melalui pemerhatian saya didapati di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Kalaimagal, penglibatan para murid dalam setiap aktiviti
pembelajaran di sekolah ini adalah sangat baik.Para guru juga membimbing semua
murid dan memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran.























Pengajaran berkumpulan ialah satu kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid
menjalankan aktiviti dalam kumpulan, sama ada kumpulan kecil mahupun kumpulan
besar. Aktiviti perbincangan dan perkongsian maklumat memerlukan murid-muird
dikelompok untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan.
Pengelompokan murid ini memerlukan kerusi, meja dan beberapa perabot lain serta
bahan-bahan pengajaran disusun mengikut kedudukan tertentu.
Tujuan murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu adalah untuk
memberikan peluang yang lebih banyak kepada setiap murid untuk melibatkan diri
dalam sesuatu perbincangan. Ia juga menggalakkan semua murid berkerjasama
dengan yang lain dan juga membolehkan murid yang cerdas membantu murid yang
lemah dalam pembelajaran. Pembentukan kumpulan murid boleh dibuat berdasarkan
tahap pencapaian mereka yang dikesan melalui ujian prestasi atau penilaian formatif
guru atau kedua-duanya sekali.
Saya telah memantau kelas Pn.Sumathi. Beliau telah menjelaskan bagaimana
membahagikan kumpulan-kumpulan tertentu. Beliau mengagihkan 15 murid kepada
kumpulan mengikut pecapaian murid-murid tersebut dalam akedemik. Ini kerana, murid-
murid tahun 1 dalam kelas tersebut terdiri daripada kumpulan murid-murid cerdas
(KUMPULAN A), murid-murid sederhana (KUMPULAN B), dan murid-murid lemah
(KUMPULAN C).
Beliau menjelaskan bahawa , cara pembahagian kumpulan ini amat berkesan ini
kerana beliau senang mengajar pada masa P&P. Beliau menumpukan banyak
perhatian kepada pelajar yang lemah dan memberi latihan tambahan untuk mereka
supaya mereka dapat bertanding dengan pelajar yang cerdas.
Murid murid dibahagikan dalam
kumpulan-kumpulan tertentu.
Selain itu, semasa memberi kerja kumpulan guru tersebut telah mencampurkan
murid-murid cerdas , murid-murid sederhana dan lemah untuk membentuk 5 kumpulan.
Dimana setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar lemah, seorang pelajar
sederhana dan seorang pelajar cerdas. Ini kerana, dalam kelas tersebut murid cerdas
yang mempunyai prestasi yang baik tidak mempunyai prestasi yang sama dalam
semua matapelajaran. Kadangkala, murid yang sederhana mempunyai prestasi yang
lebih tinggi daripada murid cerdas. Ini menyebabkan, Pn.Sumathi mencampurkan murid
cerdas, sederhana dan lemah kerana murid sederhana mempunyai potensi yang agak
tinggi untuk menjadi murid cerdas dan murid yang lemah ada potensi menjadi murid
yang sederhana.
Guru tersebut berpendapat bahawa semasa melakukan aktiviti kumpulan pelajar
cerdas boleh membantu pelajar yang lemah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini
membolehkan semua kumpulan bergerak dengan aktif kerana adanya berlainan
kumpulan pelajar. Ini juga meningkatkan cara interaksi antara pelajar yang lemah dan
cerdas.
Guru kelas tersebut, telah mengagihkan kedudukan kumpulan dengan lebih
berkesan. Beliau juga mencampurkan murid perempuan dan murid lelaki agar murid
dapat berinteraksi dengan semua pelajar dan tidak terikat dengan sama jantina sahaja.
Menurut beliau, pengagihan kumpulan juga harus mempunyai unsur perpaduaan. Oleh
sebab, semua murid di sekolah itu bangsa India, maka beliau tidak dapat berbuat
demikian.





Contoh pembentukan kumpulan bagi proses pengajaran
dan pembelajaran yang saya dapat dikenali pasti semasa
Pengalaman Berasaskan Sekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kalaimagal.




















PAPAN HITAM
MEJA
GURU
K C
U E
M R
P D
U A
L S
A
N

K
U L
M E
P M
U A
L H
N

K S
U E
M D
P E
U R
L H
A A
N N
A
A
Melalui pemerhatian saya, kebanyakkan guru kelas telah mengamalkan
penyusunan kumpulan secara tradisi. Penyusunan kumpulan secara tradisi adalah
dimana, kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. Dalam setiap baris itu,
terdapat murid-murid akan duduk sebelah-menyebelah. Selalunya, penyusunan
mengikut tradisi tidak digalakkan kerana kerja kumpulan sukar dijalankan dan program
pemulihan juga susah untuk dilaksanakan. Suasana fizikal bilik darjah ini, tidak
menggalakkan interaksi di antara guru dengan murid dan juga diantara murid dengan
murid. Jadi, saya berpendapat bahawa para guru harus menitikberatkan hal ini, dan
harus menukar penyusunan kumpulan di bilik darjah tersebut.
Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran berkumpulan ialah kaedah yang
dititikberatkan oleh KBSR bagi menjamin murid mendapat layanan dan pembelajaran
semaksimum yang mungkin. Kejayaan aktiviti ini bergantung pada inisiatif dan daya
kreatif guru untuk megadakan aktiviti yang disediakan.
Sebagai kesimpulannya, mengikut pandangan saya murid-murid haruslah
dibahagikan dalam kumpulan yang mempunyai gabungan daripada tenaga masing-
masing. Murid-murid tahap satu digolongkan secara rawak dan murid-murid tahap 2
hendak dibahagikan dalam kumpulan yang ada gabungan kemampuan.










18.0 Kesimpulan
Konklusinya Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah memberi pendedahan awal
kepada kami tentang situasi sebenar keadaan iklim dan budaya yang diamalkan di
sekolah. Antara yang difokuskan adalah berkaitan peranan pihak pengurusan, guru
dan organisasi sekolah. Melalui perkara yang difokuskan ini kami dapat mengetahui
tentang budaya pengurusan sesebuah sekolah dan mengaplikasikannya dalam konteks
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, melalui pemerhatian terhadap prasarana
sekolah kami juga dapat mengetahui bahawa pentingnya prasarana sekolah dalam
mewujudkan sesuana sekolah yang kondusif sebagai tempat menuntut ilmu bagi
murid-murid. Aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah memberi pendedahan
awal dan pengetahuan kepada kami tentang profesion perguruan ini. Ini secara tidak
langsung dapat menjadikan kami yakin untuk menjadi seorang pendidik. Selain itu, ilmu
yang dikutip melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah ini akan mematangkan kami
untuk menempuh alam pendidikan pada masa yang akan datang nanti.











TEMU BUAL
Temu bual bersama Guru Besar, ENCIK PADMANADHAN A/L VEERAPATHIRAN








Annie Shanthi- Penuntut IPG: Apakah peranan yang Encik mainkan sebagai seorang
Guru Besar SJK (T) Kalaimagal?
Guru Besar: Sebagai maklumat tugas yang diamanahkan untuk saya adalah berat
kerana saya merupakan umpama ketua bagi sekolah ini. Antara tugas saya adalah
menjadi pemimpin sekolah ini, memastikan peningkatan prestasi sekolah, memastikan
komunikasi antara semua warga sekolah, dan melakukan lain-lain tugas membabitkan
sekolah.
Annie Shanthi- Penuntut IPG: : Apakah cara yang dipraktikan oleh Encik bagi
mengurus sebuah sekolah ?
Guru Besar: Antara cara yang sering kali saya amalkan dalam menjadi seorang
pemimpin adalah dengan membuat keputusan secara kolektif. Saya akan pastikan
setiap keputusan dibuat mengikut keputusan majoriti. Saya akan adakan taklimat jika
ada perkara penting yang ingin disampaikan. Secara tidak langsung ia mewujudkan
ikatan antara staf-staf sekolah.
Annie Shanthi- Penuntut IPG: Bagaimana pula cara pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum yang Encik jalankan ?
Guru Besar: Bagi pelaksanaan kurikulum saya akan pastikan murid-murid mesti
mengusai 3M sebelum mereka tamat persekolah rendah dan saya juga akan sentiasa
memantau peningkatan peperiksaan peringkatan awam mahupun peringkat sekolah.
Bagi pelaksanaan kokurikulum pula saya akan pastikan setiap murid-murid dan guru-
guru akan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadalak setiap hari Rabu.
















Temu Bual bersama Penolong Kanan 1 ( Puan LETCHEMY A/P MURUGIAH)








Annie Shanthi-Penuntut IPG: Apakah peranan Puan selaku Penolong Kanan 1 di
SJK (T) Kalaimagal?
PK 1: Sebagaimana umum mengetahui tugas PK 1 adalah umpama seorang penolong
Guru Besar yang membantu Guru Besar dalam melaksanakan tanggungjawabnya
terutamanya dalam aspek Kurikulum sekolah. Secara lebih terperinci tugas saya adalah
menguruskan hal ehwal sekolah jika ketiadaan Guru Besar, menguruskan hal guru
ganti jika seorang guru tidak hadir, menyediakan jadual waktu guru dan kelas,
memastikan P&P berjalan dengan lancar, menguatuai mesyuarat panitia dan lain-lain
lagi berkaitan dengan Kurikulum sekolah.
Annie Shanthi-Penuntut IPG: Bagaimanakah cara Puan menguruskan sekolah ini ?
PK 1: saya mengamalkan cara budi bicara. Saya mahu saya sebagai pihak pentadbir
dihormati bukan ditakuti. Saya akan meminta bantuan daripada guru-guru khususnya
mengikut kepada kesesuaian masa dan keselesaan guru tersebut. Saya tidak
mengamalkan paksaan. Jika mereka rasa mereka selesa dengan tanggungjawab yang
saya beri maka mereka boleh laksanakan dengan baik. Akan tetapi saya tetap tegas
dalam melaksanakan amanah yang telah diberi. Dalam ketegasan masih ada tolak
ansur yang saya pegang dalam memikul sebagai Penolong Kanan 1 ini.
Annie Shanthi- Penuntut IPG: Sebagai PK 1 yang mengendalikan hal ehwal kurikulum
bagaimana pula Puan melaksanakan hal yang berkaitan Kurikulum sekolah ?
PK 1: Saya akan pastikan kurikulum sekolah ini akan sentiasa berjalan lancar. Saya
memastikan setiap guru masuk ke dalam kelas untuk memulakan P&P pada masa yang
telah yang ditetapkan. Jika guru tidak hadir maka adalah tanggungjawab saya untuk
memastikan setiap guru ada semasa P&P sedang berjalan. Selain itu saya juga
sentiasa harapkan prestasi kurikulum sekolah ini akan setiasa berjalan dengan baik dan
menjadi salah satu sekolah yang cemerlang dari segi Kurikulum mahupun Kokurikulum.













Temu Bual bersama Penolong Kanan HEM ( Puan JEYENTHI A/P RETHINAM )









Annie Shanthi-Penuntut IPG: Apakah peranan Puan sebagai seorang Penolong
Kanan Hem ?
PK HEM: Sebagai seorang Penolong Kanan HEM saya berperanan dalam merancang
dan menyelaras program dan aktiviti yang berkaitan dengan sahsiah, displin, kebajikan
dan keselamatan murid. Selain itu, merupakan tanggungjawab saya untuk memastikan
murid-murid saya sentiasa berdisplin dan juga memastikan sekolah sebagai tempat
yang sesuai untuk penyebaran ilmu pengetahuan.
Annie Shanthi-Penuntut IPG: Bagaimana pula Puan menguruskan hal ehwal murid
SJK (T) Kalaimagal?
PK HEM: Saya seorang yang tegas dalam menjalankan tugas saya. Oleh itu saya akan
mengambil tindakkan yang tegas kepada murid-murid yang melanggar displin sekolah.
Selain tu saya juga memastikan agar guru-guru terlibat dalam displin murid-murid.
Adalah tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik
murid-murid menjadi insan yang berdisplin. Saya juga akan sentiasa memantau hal
berkaitan murid-murid SJK (T) Kalaimagal ini dari semasa ke semasa. Kebajikan murid-
murid merupakan aspek paling penting yang perlu saya sentiasa pantau.
Annie Shanthi-Penuntut IPG: Apakah pandangan Puan berkaitan dengan nilai-nilai
JERI dikalangan murid-murid SJK (T) Kalaimagal. Adakah nilai ini telah diterapkan
sepenuhnya?
PK HEM: Secara jujurnya saya akui unsur nilai ini tidak diterapkan sepenuhnya lagi
dikalangan murid-murid sekolah ini. Sahsiah segelintir murid-murid masih di tahap
kurang baik untuk saya katakan kesemua murid-murid telah mencapai matlamat dalam
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.














Temu bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum ( Puan YASOTHAI A/P
MUNIANDY)







Annie Shanthi Penuntut IPG: Apakah peranan Puan selaku PK Kokurikulum?
PK Kokurikulum: Jika sudah digelar sebagai PK Kokurikulum maka sudah tentu tugas
saya hanya tertumpu pada hal berkaitan kokurikulum sekolah. Saya selaku guru yang
dipertanggungjawab dalam hal berkaitan kokurikulum haruslah memastikan
kokurikulum sekolah berjalan dengan baik dan lancar. Tugas saya juga adalah untuk
merangka hal-hal berkaitan dengan kokurikulum sekolah.
Annie Shanthi Penuntut IPG: Apakah maklumat yang boleh Puan kongsi dengan
saya tentang Kokurikulum sekolah ini?
PK Kokurikulum: Sebagai mana yang anda maklum semua sekolah di Malaysia ini
mempunyai 3 bidang Kokurikulum yang utama iaitu Persatuan dan Kelab, Sukan dan
Permainan serta Unit Beruniform. Bagi sekolah ini aktiviti kokurikulum akan dijalankan
pada setiap hari Rabu pada setiap minggu. Selama 2 jam aktiviti Kokurikulum ini akan
berjalan iaitu pada jam 4 petang hingga 6 petang. Selain itu sekolah juga amat
mengalakkan murid-murid serta guru-guru memakai pakaian Unit Beruniform masing-
masing pada hari Rabu. Hal ini dapat meningkatkan lagi nilai displin dikalangan warga
sekolah SJK (T) Kalaimagal ini.
Annie Shanthi Penuntut IPG: Bagaimana pula pandangan Puan tentang penglibatan
murid-murid dan guru sekolah ini dalam aktiviti Kokurikulum?
PK Kokurikulum: Peglibatan warga sekolah terutamanya guru dan murid-murid amat
memuaskan. Semua memberi penglibatan yang sangat baik dan komitmen yang
mereka beri sangat baik.

















Temu bual bersama Mentor ( Encik KANADHASAN)










Annie Shanthi-Penuntut IPG: Apakah peranan Encik sebagai seorang guru?
Guru: Sebagai guru saya haruslah mendidik dan mengajar murid-murid saya menjadi
seorang insan yang berguna. Sambil saya mengajar saya mendidik.
Annie Shanthi Penuntut IPG: Bagaimana Encik mengendalikan P&P di kelas Encik
mengajar?
Guru: Saya seorang guru yang tegas dan ketegasan saya amat dikenali dikalangan
murid-murid sekolah ini. Di dalam kelas saya amat tegas. Bagi murid yang tidak
melakukan tugasan yang saya beri maka saya akan mengenakan denda yang
setimpalnya kepada mereka. Selain itu saya akan sentiasa membahagikan murid-murid
mengikut tahap keupayaan mereka. Sebagai guru yang mengajar subjek Bahasa Tamil
dan Pemulihan Bahasa Melayu, amatlah penting bagi saya mengenalpasti tahap
keupayaan murid-murid saya. Saya juga akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni
dikalangan murid-murid saya. Setiap kali P&P berakhir saya akan pastikan saya
menyampaikan walaupun sepatah kata-kata yang berunsur nilai pengajaran untuk
murid-murid saya.
Annie Shanthi Penuntut IPG: Sebagaimana Encik ketahui sekolah ini mengalami
masalah kekurangan ABM, bagaiman Puan mengatasi kekurangan ini?
Guru: Untuk mengatasinya saya cuba untuk mencari maklumat-maklumat yang ada di
internet dan bagi masalah LCD saya sentiasa membawa murid-murid saya belajar di
Pusat Sumber terutamanya. Hal ini kerana, di tempat tersebut LCD dibekalkan.















Temu bual bersama guru sekolah ( Puan Santha)









Annie Shanthi Penuntut IPG : Sebagai guru yang mengajar bagi mata pelajaran
Bahasa Malaysia bagaimana Puan mengendalikan P&P bagi kelas yang Puan ajar?
Guru: Saya suka jika murid-murid saya belajar dalam kumpulan dan bagi saya cara ini
berkesan untuk mata pelajaran BM. Dalam kumpulan itu saya akan bahagikan murid-
murid saya mengikut keupayaan mereka. Yang lemah akan saya beri tumpuan yang
lebih manakan yang lebih bijak saya beri mereka peluang untuk menampilkan
kebolehan mereka agar lebih cemerlang. Kaedah yang saya guna adalah mengajar
dengan cara yang laju bagi murid yang bijak dan teknik yang agak lambat untuk murid
yang lambat menerima pengajaran. Saya juga menggunakan ABM seperti contoh carta,
peta minda, gambar tungga, buku latihan dan sebagainya.
Annie Shanthi-Penuntut IPG: Bagaimana pula dengan nilai murni yang Puan terapkan
di kalangan murid-murid?
Guru: Nasihat adalah cara yang berkesan. Nasihat yang saya beri adalah secara
langsung mahupun tidak langsung. Nilai perpaduan juga amat saya titik beratkan. Hal
ini kerana sekolah ini merupakan sekolah yang berbilang bangsa murid-muridnya.
Temu bual bersama Guru Panitia Bahasa Melayu ( PUAN RAJESWARY)









Annie Shanthi-Penuntut IPG: Apakah peranan Puan selaku guru Panitia Bahasa
Melayu?
Guru Panitia: Peranan saya adalah mempengerusikan mesyuarat panitia bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu jika adanya mesyuarat adau sebarang taklimat tentang
subjek ini. Selain itu saya juga selaku AJK Kurikulum sekolah dan saya haruslah
memastikan fail panitia Bahasa Melayu sentiasa kemas dan lengkap dengan maklumat-
maklumat yang dikehendaki. Hal ini memudahkan pihak atasan menyemak kerja panitia
kami.
Annie Shanthi-Penuntut IPG: Apakah program atau aktiviti yang dijalankan oleh
Panitia Bahasa Melayu sepanjang tahun 2010?
Guru Panitia: Bagi tahun ini program yang dijalankan oleh kami adalah seperti
mengendalikan minggu bahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, mengadakan
pertandingan Karangan setiap bulan dan program celik Minda yang bakal kami
laksanakan bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada akhir tahun
nanti.
Annie Shanthi-Penuntut IPG : Bagaimana pula dengan budaya yang diamalkan dalam
panitia Bahasa Melayu ini?
Guru Panitia: Kami sentiasa merancang yang terbaik bagi peningkatan subjek Bahasa
Melayu. Kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada murid-murid tahun 6, akan tetapi
kami mula melihat prestasi murid-murid sejak dari awal lagi. Ini bagi memastikan murid-
murid sekolah ini dapat memperolehi keputusan A setiap kali peperiksaan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu ini.
















SOAL SELIDIK
Soal selidik staf sokongan ( PN MARIAMMA)










Membuat soal selidik tugas yang dijalankan oleh staf-staf sokongan terutama
dalam aspek prasana sekolah
Keceriaan sekolah diwujudkan dalam memupuk nilai estetika, kebersihan dan
keselamatan di kalangan guru, murid-murid dan staf-staf sokongan
Keselamatan dititik beratkan dalam mengaja keselamatan seluruh warga sekolah
Soal selidik tentang bilangan staf kebersihan dan keselamatan.
Pengawal keselamatan: 2 orang berjaga malam, 1 orang untuk siang
Kebersihan prasana sekolah: Kerajaan seorang, swasta 3 orang
: Sesi pagi 3 orang, sesi petang seorang

Anda mungkin juga menyukai