Anda di halaman 1dari 23

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,06000 JITRA,


KEDAH DARUL AMAN.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) PSV
KOD : PBS3101












NAMA PELAJAR : UMA A/P RAMADAS
NO.KAD PENGENALAN : 920115-04-5498
KUMPULAN KULIAH : PISMP PSV/BI/BM 2
SEMESTER : 1/ 2012
NAMA PENSYARAH :












NAMA :UMA RAMADAS
NO.K/P : 920115-04-5498
ALAMAT : J6776 BUKIT TINGGI(B),
SEMPANG KERAYONG,
77000 JASIN,MELAKA
ALAMAT TERKINI : PI /A2 /02
NO TELEFON :010-5633231
HOBI : MEMBACA NOVEL
SLOGAN HIDUP : USAHA TANGGA KEJAYAAN

BIODATA DIRI
HALAMAN PENGAKUAN















Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .
Nama Penulis : UMA A/P RAMADAS
Tarikh : 05hb MAC 2012


HALAMAN JUDUL



















NAMA JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN
NAMA INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.
TAJUK TUGASAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1

PENGHARGAAN

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga
Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya kita
mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Dalam kesempatan ini, saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Terlebih dahulu, saya ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu, Encik Hamzah Bin Omar kerana telah
memberi bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan kemas dan sempurna. Seterusnya masalah wang menjadi punca utama dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga saya sampaikan kepada ahli
keluarga saya iaitu ibubapa yang sudi memberi duit dan mendorong saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang turut membantu saya dalam membuat kerja kursus ini dalam masa yang tertentu
dan juga memberi sokongan moral serta dorongan semasa menyiapkan kerja kursus
ini.

Sekian,terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
BIODATA
HALAMAN PENGAKUAN i
HALAMAN JADUAL
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGENALAN SENI VISUAL
PENGENALAN KESENIAN BUDAYA ISLAM
PENGENALAN KESENIAN BUDAYA ALAM MELAYU
PENGENALAN KESENIAN BUDAYA BARAT
PENGENALAN KESENIAN BUDAYA CHINA
PENGENALAN KESENIAN BUDAYA INDIA
PENGENALAN KESENIAN BUDAYA JEPUN
RUJUKAN ( ikut fomat APA )
LAMPIRAN





KONSEP DAN MATLAMAT
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1998. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan,
asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting
dalam sistem pendidikan Malaysia seperti :
Penentu hala tuju dan panduan kepada pendidik dalam menentukan generasi
yang bakal dihasilkan.
Dasar dalam menentukan matlamat dan membuat keputusan dalam sistem
pendidikan.
Dasar dan bahan asas pertimbangan dalam menentukan kurikulum, bahan-
bahan pengajaran pembelajaran dan strategi yang digunakan.
Alat kawalan daripada berlakunya penyelewengan kesan daripada salah
faham, keraguan dan pertelingkahan.
Asas pertimbangan ketika merancang perubahan dalam pendidikan.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah dinyatakan di
atas, maka matlamat pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan
sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Matlamat
Pendidikan Negara adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:
Percaya kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,
adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikannya iaitu:
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi
kewajibannya sebagai seorang warganegara.
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan
pembangunan.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun
Negara, dan bersikap toleransi demi mewujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum.
Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
berada.

Berpandukan kepada penyataan FPK, adalah difahamkan bahawa pendidikan di
Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan
rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan
kemakmuran Negara.
Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi Negara merupakan faktor yang penting untuk
menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan ini akan menjadi
lebih jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur
pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi Negara dijelmakan sebagai penyataan
FPK. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat
dirancang, direformasi dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan
Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.








FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Faktor-faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dihasilkan bagi
mencapai Matlamat Pendidikan Negara yang dapat dilihat dalam pelbagai sudut iaitu :
Faktor individu
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi
individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi
individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan
menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan
harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati
ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang.
Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan
penyataan utama dalam kandungan FPK.

Faktor ekonomi
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu
Negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya
pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran Negara.
Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu
matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam FPK.






Faktor sosial
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan
kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi,
bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang
positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang
merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial
yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu
matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Faktor politik
Sebagaimana yang diketahui umum, FPK diubah berlandaskan kepada
ideologi Negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti
Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam
usaha membentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan peranan
penting dalam penentuan dasar pendidikan Negara. Sehubungan ini,
matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam
penggubalan FPK. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada penyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam
pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

Faktor agama
Agama Islam ialah agama rasmi bagi Negara Malaysiadan rakyat bebas
untuk menganuti agama Kristia, Budha, Hindu dan sebagainya mengikut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan
faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses
penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dihayati daripada penyataannya,
iaitu..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
ELEMEN-ELEMEN DALAM
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)
Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :
Usaha yang berterusan
Manusia perlu menyesuaikan diri pelbagai diri dengan pelbagai perubahan
seperti perkembangan K-ekonomi dalam ICT.
Perubahan membawa kepada pengurusan pengetahuan dengan penekanan
kepada kemahiran dan pengetahuan yang terkini.
Dikaitkan dengan pendidikan seumur hidup.

Mengembangkan potensi individu
Setiap individu mempunyai kebolehan dan potensi semula jadi; anugerah
daripada Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar.
Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasa diperkembangkan dan
dipertingkatkan melalui interaksi denganpersekitaran dan pendidikan yang
berkualiti.

Menyeluruh dan bersepadu
Potensi dan kebolehan domain-domain berikut perlu di pupuk secara bersepadu
dan menyeluruh :

Intelektual
o Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif
o Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain, sebarkan
pengetahuan.
Rohani
o Percaya kepada Tuhan, memeluk agama, nilai moral dan norma
masyarakat, tingkahlaku baik, setia, rela berkorban untuk
pembangunan Negara.
Emosi
o Berdikari, tenang, tingkahlaku baik, penyayang, semangat setiakawan.
o Menghargai kecantikan dan seni
Fizikal
o Tangkas dan sihat
o Memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal serta manipulatif.

Seimbang dan harmoni
Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik, ketahanan menghadapi
cabaran
Rasional, sihat, bekerjasama, sentiasa cuba menyelesaikan masalah.

Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan
Saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan
Mengakui Tuhan sebagai pencipta

Warganegara Malaysia berpengatahuan dan berketrampilan
Budaya Ilmu cintakan ilmu, membaca untuk diri dan orang lain
Menyebarkan maklumat
Cekap mempunyi pengetahuan kemahiran dan faham prosedur kerja.

Mempunyai tahap moral yang tinggi
Sopan dan berdisplin
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek kerohanian.
Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyai niali mulia.





PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

PENGURUSAN SEKOLAH
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani adalah elemen-elemen yang penting bagi melahirkan insan yang mempunyai
sahsiah yang seimbang dan harmonis. Bagi mereliasasikan hasrat ini, semua pihak
perlu memainkan peranan khususnya pihak pengurusan sekolah yang perlu menjadi
nadi penggerak memperkembangkan potensi pelajar. Sebagaimana yang kita tahu,
sekolah adalah institusi pendidikan yang terawal bagi pelajar sebelum mencapai
kejayaan. Justeru itu, pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar perlu
bertanggungjawab bagi menjayakan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Guru besar adalah tunjang utama dalam usaha ke arah merealisasikan matlamat FPK
tersebut. Kemudian, dibantu oleh barisan pentadbiran dan tenaga pengajar yang
berdedikasi dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah yang akan dihadapi.
Setiap urusan yang melibatkan sekolah adalah dibawah tanggungjawab dan kelolaan
guru besar. Sebarang program atau kegiatan yang akan dilakukan di sekolah hanya
dapat dijalankan jika mendapat kebenaran dari guru besar selepas perbentangnnya di
mesyuarat. Bagi memastikan matlamat FPK dapat direalisasikan dengan jayanya, maka
telah dilantik Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah. Hal ini bagi memastikan
murid-murid sentiasa dipantau sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani dan lebih-
lebih lagi intelektual. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, guru besar Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil, Jasin telah melakukan pelbagai usaha dan bagi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara peranan yang
dimainkan oleh guru besar sekolah itu, ialah merancang takwin sekolah yang
memuatkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun untuk
murid-murid bagi membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang
kokurikulum dan kurikulum (rujuk lampiran).
Setiap sekolah mempunyai misi dan visi mereka tersendiri, begitu juga dengan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil, Jasin. Pihak pengurus sekolah menjadikan FPK itu sebagai
garis panduan utama dalam merencanakan misi dan visi sesebuah sekolah.
Perancangan terbaru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang telah
melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,
menggariskan 6 teras strategik utama iaitu membina negara bangsa, membangunkan
modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan,
memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan. Jadi, pihak sekolah perlu berganding bahu bagi mencapai hasrat tersebut,
Selain itu juga, dalam memastikan perkembangan pelajar-pelajar dalam aspek-aspek
tersebut berjalan seiring dengan perkembangan negara, maka sewajarnya pihak
pengurus sekolah perlu bekerjasama dan berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) bagi memantapkan lagi perancangan ke arah mengimplementasikan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah terdiri daripada Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum. Ketiga-tiga jawatan ini mempunyai bidang tugas dan peranannya
tersendiri. Tugas-tugas ketiga-tiga Guru Penolong Kanan ini lebih berfokus kepada
kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Selain itu, ia juga berperanan dalam
membantu Guru Besar dalam melicinkan dan memastikan setiap program dan aktiviti
sekolah berjalan lancar.
Sepertimana yang dikupas tadi, peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah
sebagai pembantu kepada guru besar dan bidang tugasnya lebih kepada bahagian
kurikulum dan memastikan murid-murid berilmu pengetahuan. Pelantikan guru panitia
bagi setiap mata pelajaran adalah bagi melancarkan proses penyampaian ilmu di
sekolah. Setiap perancangan aktiviti yang melibatkan kurikulum adalah di bawah
pemerhatian Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Jadi, sepanjang sesi persekolahan,
guru-guru telah merancang pelbagai aktiviti yang memerlukan penglibatan murid yang
sepenuhnya bagi memantap dan memperkembangkan potensi murid-murid. Secara
tidak langsung aspek intelek dan rohani telah terisi. Antara aktiviti yang pihak sekolah
jalankan ialah bengkel matapelajaran, baucer tuisyen, kem motivasi, kuiz, bengkel
kesihatan dan lain-lain lagi. Keberkesanan program ini dapat dilihat melalui peningkatan
pencapaian murid-murid dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
bagi setiap tahun. Selain itu juga, Guru Penolong Kanan Pentadbiran berperanan
merancang dan menyediakan jadual waktu dan jadual guru ganti bagi memastikan
setiap pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan murid mendapat faedah
melalui pembelajaran mereka itu.
Sahsiah dan kebajikan murid pula dipantau sepenuhnya oleh guru-guru di bawah
pimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Setiap masalah yang di hadapi oleh
murid sentiasa akan dalam pemerhatiannya dan langkah mengatasi yang efektif akan
diambil. Hal ini demikian adalah bagi merealisasikan matlamat FPK iaitu melahirkan
insan yang seimbang dan berakhlak mulia. Dalam memastikan perkembangan sahsiah,
emosi, rohani dan sosial pelajar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan
bantuan guru disiplin dan guru-guru yang lain berusaha merancangkan sesuatu bagi
melahirkan pelajar yang benar-benar seimbang dari semua aspek. Maka, nilai-nilai
murni telah diterapkan dalam budaya sekolah agar menjadi amalan murid-murid. Bagi
melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek, setiap tahun program bulan
displin diadakan dan sepanjang bulan itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah,
kuiz, pemilihan tokoh pelajar berdisplin dan program kepimpinan pelajar. Selain itu,
Badan Pengawas Sekolah telah ditubuhkan di bawah pengawasan Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid yang terdiri dari kalangan murid sendiri bagi mengawasi disiplin
dan tatatertib murid. Murid yang melakukan kesalahan akan diberi nasihat dan
hukuman yang sewajarnya dan kesalahan itu akan dimasukkan ke dalam Sistem Salah
Laku Disiplin Murid (SSDM) yang seterusnya akan dihantar ke Kementerian Pelajaran
Malaysia tiga (3) tahun sekali. Kebajikan murid juga terjamin melalui peranan yang
dimainkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ini. Tindakan-tindakan yang
dilakukan ini adalah untuk membentuk dan mendisiplinkan murid-murid. Murid yang
cemerlang dalam bidang akademik tetapi buruk dari segi tingkahlaku masih tidak
menepati hasrat FPK dan seterusnya boleh mendatangkan keburukan kepada pihak
sekolah. Jadi semua pihak khususnya badan displin sekolah sewajarnya peka dengan
displin murid-murid sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Guru yang
terlibat akan memastikan semua murid yang kurang berkemampuan mendapat bantuan
yang sepatutnya seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Susu
Sekolah (PSS).
Di samping itu, bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani selaras
dengan matlamat FPK pula telah dipikul oleh Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di
sekolah. Peranannya ialah memastikan setiap murid terlibat secara aktif dalam bidang
ko-kurikulum dan sekaligus dapat mencungkil bakat dan menggilap potensi murid. Guru
Penolong Kanan Ko-kurikulum juga berperanan dalam menyelaras takwim sekolah dan
menguruskan hal-hal yang berkaitan kegiatan kokurikulum sama ada di dalam sekolah
mahupun di luar sekolah. Sukan tahunan dijalankan setiap tahun bagi melahirkan atlet
di kalangan murid sekolah. Permainan dan unit beruniform yang wajib disertai di
sekolah juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri iaitu melahiran murid yang sihat
fizikalnya dan memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid. Secara tidak langsung,
sedikit sebanyak, matlamat FPK telah tercapai melalui peranan yang dimainkan oleh
pihak sekolah.
Setiap guru memainkan peranannya masing-masing. Hal yang sama juga berlaku
terhadap ketua guru panitia bagi setiap mata pelajaran. Ketua-ketua panitia ini perlu
peka terhadap perubahan pada zaman sekarang bagi melahirkan murid-murid yang
seimbang dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani. Barisan ketua-ketua guru
panitia sewajarnya bersama-sama memastikan agar kaedah pengajaran yang betul
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta perlu mengikut sukatan
matapelajaran yang betul seiring dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi mengorak langkah untuk memastikan murid mendapat input yang cukup sewaktu
di dalam kelas dan mampu mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Justeru,
pelbagai aktiviti yang dijalankan di bawah kelolaan guru panatia. Contohnya,
mengadakan kuiz bagi setiap mata pelajaran secara bergilir-gilir mengikut minggu.
Kemudian, diadakan juga lawatan bagi memberi murid-murid pengalaman ilmu yang
baru dan dapat meluaskan pengetahuan am mereka. Maka, murid yang tinggi
keintelektualannya dapat dilahirkan di sekolah. Selain itu, pendedahan awal tentang
teknologi maklumat perlu didedahkan kepada pelajar supaya pada masa yang akan
datang mereka dapat mengaplikasikannya dalam mencari maklumat, seterusnya dapat
membendung masalah buta IT dikalangan pelajar.
Disamping itu, guru bilik darjah ialah insan yang paling rapat dengan murid selepas ibu
bapa mereka di rumah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila diperhatikan peranan yang
dimainkan oleh guru bilik darjah di sekolah. Guru yang terlibat merupakan pendidik
yang mendidik anak murid mereka dari semua aspek secara totalnya. Guru tersebut
juga menjadi medium penghubung antara murid-murid dan ibu bapa. Murid lebih
dipantau oleh guru bilik darjah secara menyeluruh sama ada dari segi intelek, jasmani,
emosi, rohani mahupun kebajikan mereka. Keprihatinan guru bilik darjah lebih-lebih lagi
dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapi murid dan menyediakan
suasana bilik darjah yang kondusif pasti mampu melahirkan insan yang berketrampilan
dan berdaya saing dalam semua bidang yang diceburinya.
Jadi, jelaslah bahawa pihak pengurusan sekolah memainkan peranan yang penting
dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-
murid. Guru besar adalah tunjang utama dalam sesebuah sekolah dan dibantu oleh
sub-sub sokongan iaitu guru-guru penolong kanan dan semua guru bagi merealisasikan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berjaya sehingga dapat melahirkan
insan yang mempunyai sahsiah seimbang dan harmonis.







PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
PRASARANA
Prasarana sekolah adalah aset sekolah yang amat penting dalam membina
perkembangan fizikal murid. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan sepanjang
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat banyak kemudahan atau prasarana
yang sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid di sekolah seperti ruang
pembelajaran, dewan, kantin, padang, alatan sukan, makmal komputer, pusat sumber,
makmal sains, surau, bilik muzik dan bengkel kemahiran hidup.
Dengan adanya prasarana yang lengkap di sekolah, secara tidak langsung segala
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Prasarana atau kemudahan yang terdapat di sekolah merupakan wahana dalam
memperkembang dan memperkasa fizikal murid. Keberkesanannya jelas dilihat selepas
murid menggunakan kemudahan tersebut, murid-murid mampu bergerak setapak ke
hadapan dalam bidang-bidang tertentu. Umpamanya,murid telah pandai bermain satu-
satu jenis permainan selepas menghadiri pembelajaran pendidikan jasmani yang
menggunakan alatan sukan di padang. Murid-murid yang aktif dan sihat dari segi
jasmani juga dapat dilahirkan oleh sekolah terbabit melalui peranan yang dimainkan
oleh prasarana sekolah iaitu dengan kemudahan padang dan alatan sukan yang
mencukupi. Selain itu juga, murid-murid dapat mempelajari tentang pertanian dan
pertukangan melalui sesi pembelajaran kemahiran hidup kerana bengkel kemahiran
hidup dilengkapi dengan pelbagai alatan-alatan pertanian dan pertukangan. Jadi
melalui pembelajaran ini secara tidak langsung murid-murid dapat membantu menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah. Kemudahan yang disediakan ini juga mampu
memberikan suntikan dan ransangan kepada murid-murid untuk lebih gigih dalam
menjalani kehidupan sebagai pelajar.
Manakala, persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah tentu dapat menarik
perhatian dan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan menjadi ahli keluarganya
kerana setiap manusia suka akan kecantikan dan keindahan. Maka, pelbagai aktiviti
boleh dijalankan oleh guru agar murid lebih tertarik terhadap kebersihan dan seterusnya
dapat mendidik murid nilai estetika, kebersihan dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Contohnya, mengadakan pertandingan keceriaan kelas, taman angkat dan projek kitar
semula. Hadiah yang lumayan diberikan kepada setiap pemenang. Galakan seperti ini
dapat menarik minat murid untuk turut serta dan sekaligus nilai-nilai estetika dapat
dipupuk. Selain itu, mural yang terdapat di dinding sekolah juga dapat memupuk murid-
murid agar mengingati dan mencontohi mesej yang terdapat pada mural tersebut.
Persekitaran yang cantik juga membuatkan murid menghargai kecantikan tersebut dan
mengurangkan kadar jenayah vandalisme. Maka, di sini jelaslah nilai estetika dapat
dipupuk memalui peranan keceriaan sekolah. Lantaran itu, kesan daripada aktiviti
keceriaan ini suasana yang kondusif di sekolah dapat diwujudkan seterusnya dapat
mendidik dan membentuk keperibadian pelajar yang unggul iaitu suka akan kebersihan
dan keceriaan.












PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
KURIKULUM

PROGRAM DAN AKTIVITI
Peranan pentadbiran dan prasarana tidak cukup bagi melahirkan murid yang
bertepatan dengan hasrat FPK. Oleh sebab itu, program dan aktiviti yang relevan perlu
diadakan di sekolah. Aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah adalah adalah
platform bagi mencungkil dan mengembangkan bakat dan potensi pelajar. Program dan
aktiviti yang dijalankan di sekolah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kurikulum dan kokurikulum. Program kurikulum adalah program yang menjurus kepada
akademik dan perkembangan intelek murid manakala kokurikulum merupakan aktiviti
yang dijalankan di luar kelas seperti permainan dan persatuan.
Aktiviti dan program kurikulum yang dijalankan di sekolah merangkumi keseluruhan
subjek yang diajar di sekolah seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Tamil dan Sains. Berdasarkan pemerhatian, sekolah menjalankan aktiviti
seperti kuiz mata pelajaran, bengkel kelas tambahan, motivasi dan dalam membina
perkembangan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid. Aktiviti seperti kuiz
yang dijalankan memberi galakan yang positif bagi murid-murid agar tidak mudah putus
asa dan menjana intelek mereka semasa menjawab kuiz. Perkembangan sosial mereka
boleh dibentuk semasa mereka menyertai motivasi. Maka, aktiviti yang dijalankan di
sekolah mampu merealisasikan matlamat FPK.
Bakat dan potensi individu boleh diperkembangkan melalui aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan
di luar waktu pembelajaran dan lebih menjurus kepada mencungkil bakat dan
menggilap potensi individu, contohnya aktiviti sukan dan permainan, bakat dan potensi
murid dapat diperkembangkan dengan melatih mereka bermain satu-satu jenis
permainan. Selain itu, sifat kepimpinan dapat diperkembangkan melalui aktiviti
berpersatuan yang wajib disertai oleh murid-murid di sekolah. Natijahnya, matlamat
FPK untuk memperkembangkan potensi individu dapat dicapai
RUMUSAN/CADANGAN

RUMUSAN

Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan sepanjang Pengalaman
Berasaskan Sekolah, pelbagai maklumat dan pengalaman baru diperolehi yang dimana
dapat dikaitkan dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
iaitu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sekolah memainkan peranan yang amat
penting bagi mengimplementasikan hasrat FPK ini khususnya ke arah pendidikan iaitu
secara berterusan bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu juga, FPK menekankan tentang
perkembangan pelajar dalam semua aspek sehingga boleh menjurus ke arah
kepentingan Negara. Bagi mengimplementasikan hasrat FPK ini, aktiviti kurikulum dan
kokurikulum adalah bersesuaian di samping menyemaikan nilai-nilai moral yang tinggi
bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

CADANGAN
Terhadap lima pihak yang bertanggungjawab bagi merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :
Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan segala
perancangan berjaya dilaksanakan contohnya Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Selain itu juga, pihak kementerian perlu mengkaji
skop sukatan pendidikan agar bertepatan dengan tahap pencapaian pelajar.
Peranan guru ialah dengan memastikan segala aktiviti kurikulum dan
kokurikulum berjalan dengan lancar serta dapat member faedah kepada
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran pula harus meliputi aspek intelektual,
emosi, rohani dan jasmani supaya pembentukan dan perkembangan pelajar
adalah seimbang.
Peranan ibu bapa pula adalah tertumpu kepada pembentukan anak-anak
sejajar dengan hasrat FPK serta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah
bagi membentuk keperibadian pelajar.
Peranan masyarakat adalah dengan menjadi mata-mata kepada semua pihak
dalam mengawal tingkahlaku pelajar serta perlu memberikan nasihat yang
bernas dan bersesuaian.
Peranan individu lebih menjurus kepada pembentukan keperibadian mereka
sendiri bagi mencorakkan diri mereka serta sentiasa berusaha tanpa putus
asa dalam merealisasikan hasrat FPK ini.

Anda mungkin juga menyukai