Anda di halaman 1dari 7

Punca-punca Pencemaran Air

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan


buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke
dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik
mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini
mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan
akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan
buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila
cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa
cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni
biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-
hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan
pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan
insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini
menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan
kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam
mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan
minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan
tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur
dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi
kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang
seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut
juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif
yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-
sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen
nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran
air laut.
Kesan Pencemaran Air
Dari aspek ekonomi, pencemaran sungai yang berlaku ini telah menambahkan
bebanan kerajaan bagi membaikpulih keadaan sungai yang telah tercemar. Hal ini
telah menyebabkan kos pembersihan meningkat. Umpamanya, dalam RMK-8,
sebanyak RM250 juta telah diperuntukan untuk pembersihan dan pengindahan
sungai yang tercemar ini. Bagi mengurangkan bebanan kerajaan, kempen Cintai
Sungai Kita perlu diperkasakan lagi dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana
pencemaran sungai telah membazirkan kewangan negara. Alangkah baiknya jika
kewangan ini dapat disalurkan bagi meningkatkan lagi pembangunan negara.
Oleh sebab itu, masyarakat setempat seharusnya memastikan kebersihan sungai
sentiasa terpelihara agar tidak menambahberatkan lagi bebanan kerajaan.
Seterusnya, pencemaran sungai yang semakin menjadi-jadi ini akan
menjejaskan industri pelancongan bagi negara kita. Hal ini disebabkan oleh
tumpahan minyak dan sampah-sampah sarap telah menyebabkan bau yang tidak
selesa serta menjejaskan kawasan terumbu karang apabila berlakunya
pencemaran air di negara kita. Bukan itu sahaja, pulau dan pantai akan kurang
dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing seandainya tarikan alam marin ini
terjejas dan musnah. Pelancong-pelancong asing yang menginginkan sungai dan
tasik yang bersih akan berasa kecewa apabila melihat pencemaran air di negara
kita. Tiada lagi aktiviti rekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing kerana
persekitaran telah tercemar dan tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai tempat
yang berkesan bagi menenangkan fikiran sesetengah pelancong.

Manakala, kesan pencemaran sungai dari aspek sosial ialah pencemaran sungai
ini akan mengakibatkan kepupusan hidupan akuatik kerana pencemaran sungai
ini telah menjejaskan semua hidupan akuatik di sungai. Hal ini menyebabkan
binatang marin seperti ikan dan udang akan terjejas disebabkan pencemaran
sungai serta membunuh tumbuhan air seperti pokok bakau. Selain itu,
pencemaran sungai ini juga akan mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi
hidupan akuatik di sungai. Hal ini kerana setiap hidupan air mempunyai hubungan
saling bergantung antara satu sama lain. Akhirnya, ketidakstabilan rantaian
makanan ini akan menyebabkan kepupusan haiwan akuatik menjadi semakin
berleluasa. Selain itu, pencemaran sungai ini akan menjejaskan kesihatan manusia
yang terdedah dengan air kotor. Disebabkan air sungai menjadi kotor, manusia
juga akan kehilangan sumber air bersih. Menurut laporan Alam Sekitar Bangsa-
bangsa Bersatu, hampir 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak akan
mendapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka.
Persoalannya, salah siapa?. Lantaran itu, pencemaran sungai ini akan
menatijahkan penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan yang
dibuang ke dalam sungai dengan mudah. Akhirnya, penyebaran mikroorganisma
ini akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan
muntah-muntah semakin meningkat. Pada tahun 2005, WHO memperkirakan
sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pencemaran sungai ini menjejaskan
sumber pendapatan penduduk setempat khususnya bagi para nelayan. Hal ini
kerana hidupan air yang tinggal di kawasan air kotor akan berpindah habitat yang
lebih selamat. Apa yang kita dapat lihat ialah melalui tumpahan minyak atau
pembuangan sampah ke dalam sungai akan menyebabkan segala peralatan yang
digunakan para nelayan rosak. Seterusnya, nelayan yang kurang pendapatan ini
terpaksa membaikpulih segala kerosakan peralatan-peralatan penting bagi
nelayan untuk menangkap ikan, udang dan sebagainya. Misalnya, tumpahan
minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ
memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai
nelayan
Konklusinya, ternyata sungai amat penting bagi setiap penduduk di bumi untuk
meneruskan hidup. Tambahan pula, pencemaran sungai di negara kita telah
meninggalkan parut yang sukar untuk disembuhkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Senario ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan
memberi kesan negatif terhadap aspek-aspek tertentu. Oleh itu, sebagai
masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, bersama-samalah kita
berhempas-pulas memelihara dan mengekalkan keindahan serta kebersihan
sungai kita.
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki
takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan
usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air
(Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya
sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian
dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air
buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam
sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan
sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang
menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil
kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu
supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit
utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan
tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau
2 kali sebulan. Dengan caraini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan
sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa'
perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak
mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang
terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi
harapan agar individu mula mencerminkan diri.








Rumusan.
August 26th, 2008 by Augustine Towonsing
Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar
dan jika kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di
kawasan kajian ini sebagai sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai
sumber keguanaan air domestik.
Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah
yang membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air
sungai ini tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan sungai
membuang sampah dan tidak memikirkan akibatnya.
Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri
Utama dilihat menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak
terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.
Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di
kawasan kajian mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya
pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa
menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan. Oleh itu kita perlu
menjaga sistem perparitan dan kebersihan sungai untuk bukan sahaja untuk
kegunaan harian tetapi juga sungai adalah sumber air percuma.






Sumber Rujukan
1) www.malaysian-ghost-research.org/education/kgt-1/langkah-mengatasi-
pencemaran-sungai.html#.U7Fqf5SSyoo
2) http://dubb95.blogspot.com/2013/07/stpm-kesan-pencemaran-
sungai.html
3) http://cikgushakinah.blogspot.com/search?q=punca+pencemaran+udara

Orang Sumber
Encik Abdul Aziz bin Mustafa , 45 tahun , PT 716 , Jalan Rahmat 18/51 Desa
Rahmat Guchil Bayam , 15200 , Kota Bharu , Kelantan .
Puan Hasma binti Hasan , 42 tahun , PT 716 , Jalan Rahmat 18/51 Desa Rahmat
Guchil Bayam , 15200 , Kota Bharu , Kelantan .

Anda mungkin juga menyukai