menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya jaudal waktu tersebut
mengikuti standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu
tersebut tidak bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang sama. Itu
adalah tugas yang amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta kecekapan yang
tinggi. Apatah lagi kalaujumlah guru yang sedikit dan pembahagian mata pelajaran
tidak adil. Tentu amat menyulitkan.
Namun, masalah ini dapat dikurangkan dan pembinaan jadual waktu menjadi lebih
terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc Time Tables. Perisian ini
boleh digunakan dengan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Ini akan
memudahkan penguna memahami cara mengunakan perisian ini. Bagi pengguna
baru, tutorial juga ada disertakan. Tutorial ini akan mengajar pengguna
menggunakan perisian ini dengan betul.
Perisian aSc TimeTables boleh dimuat turun secara percuma. Perisian versi
percuma ini sudah cukup bagi membina jadual waktu. Jika mahu perisian yang lebih
lengkap, ia boleh dibeli.
Pembinaan Draf Jadual Waktu
Terdapat beberapa langkah awal yang perlu dilakukan secara manual. Antaranya
ialah:
1. Penentuan guru-guru kelas.
2. Penelitian terhadap prasyarat-prasyarat khas yang ditentukan seperti
di dalam pekeliling khususnya KSSR dan KBSR.
3. Prasyarat khusus untuk GB, GPK, Guru Penyelaras Bestari, Guru
Data, Guru Media/Sumber, Guru Disiplin dan yang berkaitan.
4. Prasyarat pembahagian susunan dan berapakah
waktu single dan double.
5. Prasyarat dalaman seperti menggabungkan 2 kelas Pendidikan Moral
menjadi 1 kelas sahaja pada waktu Pendidikan Islam.
6. Menentukan guru yang berpasangan, seperti guru jQAF dan guru
pemulihan.
7. Mentiadakan waktu PJ pada hari Isnin kerana perhimpunan rasmi.
8. Menjadikan kelas PJ tahap 2 serentak 3 atau 2 kelas dengan diajar
oleh guru lelaki dan guru perempuan supaya memungkinkan pengasingan
murid L/P jika diperlukan.
9. Menjadikan kelas B.Cina 1 kelas dan B.Tamil 1 kelas pada waktu
serentak dengan waktu B.Arab.
10. Penetapan kelas ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal
sains.
11. Menyediakan draf induk secara manual atau dlm microsoft
excell yang mengandungi
1. Kolum 1: Kelas-kelas dari darjah 1 hingga 6
2. Kolum 2: Guru kelas masing-masing
3. Kolum 3: Guru-guru utk subjek BM
4. Kolum 4: Guru-guru utk subjek BI dan subjek-subjek seterusnya.
Pembinaan Jadual Waktu Menggunakan Perisian aSc TimeTables
1. Download aSc software di sini (free unlimited trial!)
2. Install
3. Mulakan software
4. Semak tutorial
5. Mulakan satu jadual baru (creat new)
6. Isikan data asas
7. Isikan data semua matapelajaran
8. Isikan data semua kelas
9. Isikan data semua bilik khas spt makmal, bilik media dll
10. Isikan data semua nama guru
11. Isikan data pengajaran (lessons)
12. Semak semua data mengikut peruntukan KBSR dan KSSR.
13. Test & Generate
14. Jadual pun siap. ( jadual boleh dimurnikan lagi secara manual)
Perincian Data Input
Isi penting
1. Bagaimana saya boleh menyusun data guru, kelas, matapelajaran dan
bilik khas mengikut susunan abjad?
2. Time-off, iaitu waktu rehat guru yang boleh ditetapkan secara khusus.
Data Mata Pelajaran (SUBJECTS)
1. Menentukan waktu: single, double atau mungkin triple period.
2. Menentukan sesuatu matapelajaran di Bilik Khas spt Makmal Sains dll
3. Menentukan Time-off bagi sesuatu matapelajaran seperti menghalang
P.Jasmani (PJ) yang tidak sesuai pada hari Isnin kerana murid diwajibkan
berpakaian rasmi pada hari Isnin. Manakala P.Kesihatan dibolehkan.
Data Kelas
1. Menentukan Time- off iaitu waktu rehat kelas terutamanya perbezaan
bagi tahap 1 dan tahap 2.
2. Menentukan Division, iaitu pembahagian murid di dalam kelas kepada
beberapa kumpulan spt murid P.Islam dan Murid P.Moral, mungkin juga murid
pemulihan.
3. Menentukan Joint kelas, iaitu penggabungan 2 division menjadi satu
kelas, spt menggabungkan dua atau tiga kelas P.Moral menjadi satu kelas
yang berasingan pada waktu yang sama.
Data Guru
1. Menentukan Time- off iaitu waktu rehat guru terutamanya GB, GPK
dan guru tahap 1 dan 2.
2. Menentukan guru-guru kelas.
3. Menyemak jumlah waktu mengajar setiap guru dalam seminggu.
4. Menentukan jumlah waktu mengajar maksima guru dalam sehari
supaya tidak lebih 8 waktu.
5. Menentukan nama ringkas guru.