Anda di halaman 1dari 19

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA
BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama
sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu
secara am atau umum.
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
binatang ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh-
tumbuhan
Pokok betik, rumput, bunga ros
benda pasir, sampan, radio, rumah, motorsikal, pen, buku
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa,
atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau
dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan
kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf
kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor
gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat














Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan
untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku,
nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,
khusus atau khas.
a) benda; misalnya : kereta Volvo, pen Parker, buku Harry Potter, dll
b) orang; misalnya : Encik Ali, Inspektor Ahmad, Dr. Koh
c) binatang ; misalnya : Si Putih (kucing), Pak Belang (harimau),
Sang Kancil (kancil)
d) tempat ; misalnya : Kampung Putih, Kuantan, Kuala Lumpur
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis
dengan huruf besar.
manusia Puan Siti, Cik May , Tok Ali
binatang Snoopy (anjing), Garfield,Tom (kucing),
Jerry (tikus)
tempat Muar (daerah), Johor Bahru (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Berkembar Petronas (pejabat)
judul buku Vogue (majalah),
Twilight (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana(kereta), Pilot(pen),
Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas
Benda bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
K





Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke-
-an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri
daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata kata dasar kata terbitan
kata kerja peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama lombong
rumah
guru
perlombongan
perumahan
perguruan
kata adjektif cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesaran
ketinggian

Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan
NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama
Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama
orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang
berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti
Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba
(tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau
(tunggal) sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang
kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal
dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua
apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan
sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang
diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata
seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka
Kata Ganti Diri
Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia
(tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang
biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, . akan berangkat esok pagi , kepada
bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang
lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada
pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda,
orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah kah dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama Penggunaannya
apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang
berikut:
Kata
Ganti
Tempat
Penggunaannya
sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda,
orang,
Binatang
ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan
penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti
tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah
sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat
dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang
berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh
apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

Sudut Uji Diri 2-Kata Ganti Nama Diri
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
1. "Janganlah___________bersedih atas kekalahan kita pada hari
ini",pujuk pasukan bola sepak itu kepada para pemain.
2. "Semoga___________lulus dengan cemerlang pada peperiksaan
nanti",kata Ahmad kepada Afifi.
3. "____________akan mengiringi tuanku ke negeri Johor",kata
bendahara kepada Sultan Alauddin Shah.
4. Timbalan Perdana Menteri akan melawat ke tempat tinggal kami
esok.___________akan merasmikan sekolah baharu ini.
5. "Dengarlah nasihat ibu bapa___________",kata nenek kepada
Muhaimin.
6. "Tugas yang diberikan akan__________laksanakan dengan
jujur,amanah,dan bertanggungjawab",ikrar semua pengawas.
7. Sultan dan putera______________ sedangbersantap.
8. Bunyamin dan rakan-rakan_______________bermain badminton
di sekolah pada setiap petang.
9. Atika dan farhana mengikut keluarga_____________berkelah di
tepi pantai pada hari minggu yang lalu.
10. Sungguhpun pemuda itu cacat,tetapi____________suka berdikari
dan enggan meminta-minta.
Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama
Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan
tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.
1. Aku minta diri dulu kata Zalina kepada Profesor Azman
Mentali. [ _______ ______ ]
2. Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila? Tanya Lily
kepada Cikgu Imran.[_______ _____]
3. Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya? Ming Ho
kepada Cikgu Nazrin. [_________________]
4. Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____
_________ ]
5. Engkau ada berapa orang adik-beradik tanya Amran
kepada Kak Izlin.[ _____ ____ ]
6. Dikau mesti mempercayai ku. (_______________________]
7. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [ ____ __________ ]
8. Kamu mesti datang ke pejabat saya kata Puan Suzanty
kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _ _____ ___ ]
9. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan
reman selama lapan hari. [ _________ __________ ]
10. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [__________]
11. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori.
[________ ____]
12. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja.
[________________]
13. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab
semua pihak. [____________ ___]
14. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris.
[_________________ __]
15. Kami kurang setuju dengan cadangan ia.
[_________________]
16. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____________]
17. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan!
[___________ _____]
18. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya.
[___________]
19. Saya amat memerlukan bantuan dia. [______________]
20. Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-
belah Pasaraya Aeon Jusco. [_________________]
21. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap
pantun. [______________]
22. Kamu ada nampak Liza? Adasaya bertemu dengan
dia perpustakaan tadi. [______________]
23. Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan
engkau kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu
Rahimah. [_________________________]
24. Bantuan biasiswa itu mesti kau terima.
[________________________]
25. Tolong kau ambilkan aku segelas air kata Sri.
[___________]
26. Saya berasa seronok dapat berkawan dengan
dia. [________]


Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama
Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan
tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.
27. Aku minta diri dulu kata Zalina kepada Profesor Azman
Mentali. [ _______saya______ ]
28. Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila? Tanya Lily
kepada Cikgu Imran.[_______cikgu_____]
29. Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya? Ming Ho
kepada Cikgu Nazrin. [___________cikgu______]
30. Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [
_____Aku_________ ]
31. Engkau ada berapa orang adik-beradik tanya Amran
kepada Kak Izlin.[ _____Kakak____ ]
32. Dikau mesti mempercayai ku.
(_____________Kau__________]
33. Kau tidak bersalah dalam hal ini.
[ ____Engkau__________ ]
34. Kamu mesti datang ke pejabat saya kata Puan Suzanty
kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _Kalian_____
___ ]
35. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan
reman selama lapan
hari. [ _________Dia__________ ]
36. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [___Kucing
itu_______]
37. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [____Pokok itu
tumbang kerana dilanggar lori____ ____]
38. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja.
[_______dia_________]
39. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab
semua pihak. [________bahasa____ ___]
40. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris.
[__________bahasa_______ __]
41. Kami kurang setuju dengan cadangan ia.
[________cadangannya_________]
42. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____kau mesti
buang________]
43. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan!
[_________Tuhanku___pada-Mu__ _____]
44. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya.
[___kehendak-Nya________]
45. Saya amat memerlukan bantuan dia.
[____bantuannya__________]
46. Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-
belah Pasaraya Aeon Jusco. [__Pasar
Raya_______________]
47. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap
pantun. [_____Kata alu-aluan_________]
48. Kamu ada nampak Liza? Adasaya bertemu dengan
dia perpustakaan tadi. [__dengannya____________]
49. Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan
engkau kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu
Rahimah. [_______ayat ini betul__________________]
50. Bantuan biasiswa itu mesti kau terima.
[_______kauterima_________________]
51. Tolong kau ambilkan aku segelas air kata Sri.
[____kauambilkan_______]
52. Saya berasa seronok dapat berkawan dengan
dia. [__dengannya______]
Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.

Maksud : Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih
baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Maksud : Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara.

Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Maksud : Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar
akan diri.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Maksud : Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka
kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik.

Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.

Maksud : Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita
hargai dan ingati setiap masa.

Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.

Maksud : Sekali kita telah melalukan sesuatu perkara yang tidak
baik masalah akan berterusan dan semakin berat.

Tema
Nasihat yang dapat membina

Persoalan
Pentingnya mendapatkan ilmu.
Pentingnya mempunyai perasaan.
Pentingnya menjaga kesihatan diri.
Perlunya mendengar nasihat.

Bentuk
Terdiri daripada enam rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua
baris.
Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
Setiap baris terdiri daripada tujuh hingga tiga belas suku
kata.
Rima akhir setiap rangka aa.
Ada pembayang dan maksudnya.

Unsur-unsur bunyi
Asonasi - Contohnya, Jika ada padi
berhampalah (pengulangan vokal a)
Aliterasi - Contohnya, Mahal demam, murahlah
sakit(pengulangan konsonan m)
Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa
mendeklamasikan pantun. Contohnya, Dengar cakap
enggang / makan buah belolok, Dengar cakap orang /
terjun masuk lubuk.[tanda (/) bermaksud tanda
jeda/pemenggalan puisi/sizura]

Gaya bahasa
Imej alam - gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang.
Sinkope - tak.
Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pasa awal
baris) Sakit pandan tak tahukan diri, Sakit badan tak
tahukan diri.
Responsi - (pengulangan perkataan yang sama di tengah
ayat) Ada beras taruh dalampadi, Ada ingat taruh
dalamhati.

Nilai
Mendengar nasihat.
Menjaga diri.
Jati diri.

Pengajaran
Ki t a hendakl ah sent i asa mendengar dan mengi kut i
nasi hat yang di beri kan.
Ki t a hendakl ah sent i asa menj aga di ri dari pada
mel akukan per kara yang si a-si a.
Ki t a hendakl ah mempunyai j at i di ri ki t a sendi ri agar
ki t a t i dak mudah t erpedaya ol eh per kara negat i f .

Anda mungkin juga menyukai