Anda di halaman 1dari 16

PERANAN

KAUNSELOR
SEBAGAI
PEMUDAHCARA
Berbanding dengan peranan dalam
kaunseling individu, peranan kaunselor
dalam kaunseling kelompok agak berbeza.
Dalam kaunseling kelompok, kaunselor
lebih berperanan sebagai pemudahcara.
Peranan kaunselor sebagai pemudahcara
mempunyai impak dan pengaruh yang kuat
bukan sahaja ke atas kelompok malah
matlamat yang ingin dicapai dan hasil yang
diperoleh nanti.
Definisi pemudahcara
Memudahcara ditakrifkan sebagai menjadi
mudah.
(Kamus Collins)

Dalam konteks kaunseling kelompok:-
Bermaksud kaunselor akan melaksanakan
fungsi dan aktiviti-aktiviti tertentu pada tiga
peringkat sesi iaitu sebelum, semasa dan
selepas.

(Gerard, dalam Kane, 2006).
PENGARAH
Menetapkan matlamat dan tujuan kelompok serta
menjalankan proses pemilihan ahli dengan
sempurna.
Pada peringkat orientasi kelompok, pemudahcara
mengubah peranan menjadi seorang pemerhati
untuk mengenalpasti apa yang sedang berlaku,
tingkah laku yang ditunjukkan, arah mana yang
sedang ditujui oleh kelompok dan adakah arah
tersebut akan membawa kepada pencapaian
matlamat kelompok.

ORANG YANG BERKECUALI
Pemudahcara harus bersifat objektif
terhadap isu perbincangan ahli.
Bersifat adil
Membantu menumpukan pemerhatian
kepada proses dinamika kelompok.
ORANG YANG TIDAK CAMPUR
TANGAN
Guru bimbingan dan kaunseling harus
bersifat empati, tulen dan menerima klien
secara positif tanpa syarat.
Elak melibat diri dalam membincangkan
tentang kandungan isu yang berkenaan.
Campurtangan dalam hal menunjukkan
ketidakprihatianan atau tidak
mengendahkan perasaan dan masalah ahli-
ahli kelompok.

MANIPULATOR
Membawa ahli-ahli kembali ke pangkuan
yang betul.
Menggunakan kemahiran memimpin dan
menyokong.
Menghargai dan mengiktiraf secara positif
sumbangan semua ahli tanpa menunjukan
pilih kasih.
Pengurus
Peranan sebagai pengurus kelompok
merupakan satu peranan penting bagi
pemudah cara.
Bertindak sebagai pengadil atau refri
agar perbincangan lancar dan tidak
menyimpang daripada tajuk.
Perbincangan yang tidak relevan harus
dihentikan dengan cara yang diplomasi
agar tidak menyinggung hati sesiapa pun
dalam kelompok.
Pemangkin
Adalah sukar untuk mendorong penyertaan
semua ahli dalam perbincangan.
Kemungkinan masalah yang timbul :
I. Ahli yang bertindak agresif terhadap ahli lain
II. Sengaja mencari masalah dengan ahli lain
III. Monopoli sesi perbincangan dengan bercerita
panjang
IV. Suka menarik perhatian orang lain
V. Pasif
VI. Segan
VII. Submisif tidak pertahankan pendapat
Pemudahcara harus bijak mencapai
keseimbangan di mana semua ahli diberi
peluang untuk mengemukakan pendapat.
Secara tidak langsung, beliau berperanan
sebagai pemangkin dalam memaksimumkan
penyertaan ahli dan meminimumkan sifat
dominasi.
Mengoptimumkan pencapaian dan
kepuasan ahli-ahli.
Harus beri pengukuhan positif terhadap
sumbangan setiap ahli.



Corey Pemudahcara membawa bersama kualiti, nilai,
dan pengalaman hidup masing-masing ke dalam
kelompok yang mereka kendalikanyang paling
berkesan bagi ahli-ahli ialah apa yang dilakukan oleh
pemudahcara, bukannya apa yang diperkatakan.
Ciri-ciri peribadi pemudah cara
Keprihatinan sifat prihatin yang tulen dan
sentiasa berada di sisi klien semasa sesi
berlangsung;

Kuasa peribadi keyakinan diri dan kesedaran
tentang kuasa yang dipunyai;

Keberanian kebolehan untuk mengambil risiko;

Kerelaan untuk membuat konfrontasi ke atas diri
bersifat jujur dan mempunyai kesedaran kendiri ;
Keikhlasan dan autentisiti benar-benar
berminat ke atas kebajikan dan kepentingan
ahli tanpa berpura-pura

Kepunyaan identiti ketahui nilai, kekuatan
dan limitasi diri;

Kepercayaan dan semangat terhadap proses
kelompok;

Sifat inovatif dan kreatif terbuka kepada
idea dan pengalaman
Kemahiran asas pemudahcara
kaunseling kelompok

Memberi sokongan : memberi
pengukuhan, penghargaan;

Membuat refleksi : mencerminkan isi,
perasaan dan pengalaman;

Meminta penjelasan : menjelaskan idea,
memaklumkan implikasi idea;
Menyoal : menjelma perasaan yang
mendalam, mempelawa respons lanjutan ;

Memberi maklumat : menjadi ahli resos,
mengajar;

Mentafsir : menerangkan kesignifikan data,
menggunakan analogi;

Merumus : memaklumkan perkembangan
sesi
SEKIAN,
TERIMA KASIH


Disediakan Oleh:-

Chelvarani A/P Subramanian
Vasanthaa A/P Sundram
KS 1/ PJ/ BT

Anda mungkin juga menyukai