Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang.

Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun


Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah
pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor
Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut
Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap
pada tahun 1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor
dan ibunya, Tun Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja
Tun Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Syah dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat
dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606.
Beliau juga menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh.
Sebagai contoh, beliau telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23
September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
Sulalatus Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di
Hilir, Sultan Abdullah Maayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi
nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai
keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga
ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan
kezaliman raja, cara hidup masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa
mutlak. Di samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada
semua. Contohnya kisah Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh
gagah dan sebagainya. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada
kisah-kisah ini.
Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika
yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah
untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk
menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan
bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan
bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan
kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.
Seterusnya ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap
sebagai kemanusiaan sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi
peristiwa Waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Perjanjian ini adalah
untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja tidak boleh
menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh derhaka kepada raja. Hal ini akan
membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan negeri.
Unsur keadilan pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja
Melayu. Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu
sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain. Contoh pertama dapat dilihat pada
kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun
kesalahan yang dilakukak itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar
Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga
Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya.
Hal ini kerana Sultan Mahmud apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan
Melaka menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi
keadilan telah terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai