Anda di halaman 1dari 2

Kesan ke atas keluarga remaja

Apabila kehamilan remaja berlaku, seluruh keluarga yang terlibat akan menghadapi tekanan dan ini boleh
menjejaskan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa serta remaja tersebut perlu membuat keputusan sama ada remaja
tersebut akan menjaga bayi yang akan lahir, menggugurkannya atau memberikan anaknya kepada keluarga angkat.
Jika remaja di bawah umur dan belum berkahwin, kehamilan remaja ini melibatkan masalah undang-undang yang
menambahkan lagi tekanan/stres kepada remaja serta ahli keluarganya.
Kesan kehamilan ke atas mental remaja
Remaja yang hamil berisiko tinggi menghadapi masalah mental seperti kemurungan, tekanan dan stres untuk
menjadi ibu/bapa. Kurang sokongan dari keluarga dan masyarakat boleh membawa remaja kepada kemurungan,
membuat keputusan yang tidak tepat dan masalah penyalahgunaan dadah.
Disebabkan stigma kehamilan remaja yang masih tinggi dalam masyarakat, remaja menghadapi masalah malu, rasa
bersalah, rasa marah, denial dan murung. Ini akan membawa kepada perasaan kurang harga diri dan akhirnya
mereka akan takut untuk memberitahu atau meminta pertolongan kawan, keluarga atau sesiapapun tentang
kehamilan mereka dan seterusnya akan memencilkan diri sendiri.
Kesan jika pengguguran bayi dilakukan
Pengguguran bayi jika dilakukan boleh mengakibatkan kesan jangka panjang kepada remaja berkenaan termasuk
kemurungan, masalah stress post trauma, rasa bersalah, masalah tidur dan juga masalah anxiety/resah gelisah.
Kesan sosial
Stigma masyarakat kepada remaja yang mengandung di luar nikah akan membuat remaja berasa terpinggir dan
tidak akan mendapat banyak sokongan daripada keluarga dan rakan.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan remaja.
Masalah kepada bayi yang akan lahir
Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)
Kelahiran awal (premature). Remaja yang mengandung selalunya melahirkan anak awal dari jangkaan atau
kurang daripada 37 minggu.
Kematian, disebabkan bayi yang lahir di kalangan remaja yang hamil selalunya tidak mendapat penjagaan
kesihatan yang mencukupi.
Masalah kepada remaja yang hamil
Tekanan darah tinggi. Ini kerap berlaku semasa kehamilan pertama.
Kesukaran semasa proses kelahiran disebabkan pinggul remaja yang sempit (Obstructive labour) termasuk
penggunaan alat untuk membantu proses kelahiran (Instrumentation delivery)
Kurang darah/anaemia
Komplikasi kelahiran yang boleh mengakibatkan kematian.
Kesan kewangan/ekonomi
Kehamilan remaja akan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan persekolahannya dan menyebabkan remaja
sukar mendapat pekerjaan serta pendapatan yang baik dan ini akan mengurangkan peluangnya untuk membina
hidup yang lebih baik di masa hadapan. Pendapatan yang kurang akan memberi kesan ke atas penjagaan dan
pemakanan anak yang akan lahir.
Kesan jangka panjang
Remaja hamil berisiko tinggi hidup dalam kemiskinan, tidak mendapat kerja yang stabil, mempunyai rumah tangga
yang tidak stabil, mempunyai anak-anak yang mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah dan akan mempunyai
anak perempuan yang akan berkesudahan hamil juga semasa remaja. Fakta ini didapati daripada kajian yang
dijalankan oleh American Academy of Child and Adolescent Psychiatry.
Setiap remaja perlu mengetahui akibat serta kesan daripada tingkah laku yang akan membawa kepada kehamilan
remaja. Remaja yang hamil akan menghadapi berbagai-bagai masalah seperti yang telah dibincangkan di atas dan
akan mempengaruhi hubungan keluarga dan juga masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai