Anda di halaman 1dari 2

9/14/14 //Tokoh Sejarah.

tokohdalamkenangan.blogspot.com/2011/07/tokoh-negara-antanom-pahlawan-anak.html 1/2

Welcome Buddies !
Hello and welcomes to Tokoh Sejarah
Tokoh Dalam Kenangan. Hope this informations
can helps you.May leave you linkies at shout
box.You May choose the Navigations up there to
to know more .
Updates -
16 November our class will make some farewell party !
t okoh negara | Ant anom Pahlawan Anak Rimba
Berjiwa Besar
Jumaat, 15 Jul ai 2011 | 8:57 PG | 0 c o m m e n t s
Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar
Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah mengenai perjuangan Antanom menggerakkan pemberontakan
Rundum menentang penjajah pada tahun 1915 yang ditulis oleh sejarawan Barat; ada fakta yang perlu
dibetulkan dari segi nama sebenarnya yang memimpin pemberontakan itu.
Menurut tradisi orang-orang I nggeris, mereka lazimnya menyebut nama keluarga daripada nama peribadi.
Orang yang memimpin pemberontakan Rundum itu ialah anaknya bernama Ontoros dan bukan Antanom
bapanya. Disinilah berlakunya kekeliruan fakta. Bagaimanapun, oleh kerana nama Antanom sudah terkenal dan
tercatat dalam sejarah tanahair, buku yang akan terbit mengenai pemberontakan itu mengekalkan nama
Antanom itu sebagai Ontoros.
Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan " Masinpunon " sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur
dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan.
Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum
murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman
pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah " Pengayau ".
Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar
menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya
bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.
Orang pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh
permusuhan kaum yang berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada
berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kacamata I nggeris, kerana tidak tunduk kepada
kuasa mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi suasana persekityarannya
yang memaksa Antanom/Ontoros bertindak demikian.
Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi,
bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan.
Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan
kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.
Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang Kompeni
I nggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda
sengketa dan perpecahan. I nggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan
suku-suku Murut yang bermusuhan itu.
Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni I nggeris didorong oleh
beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan menentang I nggeris sudah
dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan
penentangan itu terhenti buat sementera waktu. Api yang tidak menjilat batang, daun dan ranting; tidak
bererti api tidak bersembunyi dibawah tanah memakan akar.
Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni I nggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak
mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman.
Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara
Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja.
Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada
pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas
itu telah terganggu.
Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni I nggeris menghantar buat pertama kalinya
seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan
memburu kepala.
Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan
dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Beberapa buah kubu
pertahanan telah dibina di Selangit sebagai kubu induk atau digelar Silar Pinikit, diikuti oleh beberapa buah
kubu lagi di Menining ulu sungai Telokoson, Kubu Liohon, Kubu I mpal dan Kubu Salang. Kubu-kubu ini dibina
sekitar tahun 1913 sehingga 1915 dengan paduan tenaga seluruh kaum Murut di kawasan Pedalaman.
Serangan ke atas setesen Rundum merupakan serangan pramasa. Antanom/Ontoros sebenarnya tidak mahu
melancarkan serangan terburu-buru, kerana banyak lagi kubu mereka belum siap dibina.
3 S a y H e l l o | F o l l o w / / D a s h b o a r d |
9/14/14 //Tokoh Sejarah.
tokohdalamkenangan.blogspot.com/2011/07/tokoh-negara-antanom-pahlawan-anak.html 2/2
Dalam pertempuran di kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat
untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan I nggeris telah memenggal kepalanya. Bagaimanapun,
banyak fakta yang sebenar berlaku, telah dipesongkan oleh sejarawan Barat. Kalaupun bukan dengan
sengaja, niat melindungi maruah Empayar British itu tetap ada, sehingga segala fakta menjadi kabur.
Label: t o k o h n e g a r a
O l d e r p o s t s | N e w e r p o s t s

Anda mungkin juga menyukai