Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 11

KAUNSELOR DALAM KOMUNITI


1. Pengenalan
Kaunselor Komuniti seperti ahli profesional
lain, hidup bersama lingkungan profesional
dan lingkungan komuniti.
Oleh itu perlu bertindak sebaik mungkin
sebagai seorang profesional dan juga ahli
komuniti untuk memenuhi keperluan
komuniti dan keperluan profesional.
Soalnya, apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh seorang kaunselor dalam
komunitinya.
2. Orientasi Dalam Komuniti
Kaunselor komuniti tidak perlu mengasingkan dirinya
daripada komuniti.
Untuk membantu klien yang terdiri daripada ahli komuniti
yang sama kaunselor dapat membantu agar klien boleh
meningkatkan kemampuan dalam konteks komuniti
tersebut.
Terdapat 2 bentuk pendekatan yang boleh dimainkan oleh
kaunselor Secara Langsung atau Tidak Secara Langsung.
Pendekatan secara langsung sesuai untuk program
pendidikan dan pencegahan, dan program2 outreach untuk
melegakan stress dan masalah
Pendekatan tidak secara langsung sesuai untuk
perkhidmatan dlam membuat dasar & perubahan serta
melibatbankan badan penganjur.
Apa yang sangat penting kaunselor
komuniti perlu biasa dgn sumber komuniti
agar mudah bagi mereka membuat rujukan
sekiranya perlu.
Dengan jarak yang hampir dengan komuniti,
kaunselor komuniti lebih faham dengan latar
belakang dan budaya klien.
Namun dalam proses kaunselor berada
dalam lingkungan komuniti mereka perlu
menseimbangkan pelbagai peranan yang
perlu dimainkan sebagai ahli komuniti dan
dalam masa yang sama sebagai seorang
kaunselor.
3. Peranan Kaunselor Bekerja
Dalam Komuniti
Berlaku perubahan nilai peranan kaunselor
komuniti berbanding kaunselor tradisional di
tengah masyarakat.
Kaunselor komuniti perlu bertindak aktif
dalam bidang perkembangan dan pendidikan
dalam komunitinya.
Dalam banyak hal kaunselor komuniti perlu
menjangkaui kehidupan umum masyarakat.


Peranan Kaunselor Komuniti
1. Agen perubahan dalam komuniti isu-isu yang sering menimbulkan
masalah dalam komuniti. Kaunselor perlu menggunakan pelbagai
strategi secara langsung untuk mengelakkan atau menghadapi
masalah tersebut.
2. Perunding cara (konsultan) menjadi perunding untuk
membangunkan komuniti.
3. Penasihat dalam komuniti isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan
mental dan perkembangan emosi.
4. Mengetuai badan-badan dan pertubuhan sokongan dalam komuniti
terutamanya berkait dengan aspek pemulihan seperti dadah, AIDS dll
5. Pemudah cara mempertingkatkan fungsi sistem sokongan sosial
dalam komuniti
6. Pendidik terutamanya mendidik sikap ahli komuniti terhadap
kesihatan mental, kesedaran tentang kesihatan mental. Kesedaran
tentang terapi psikologikal bukan sekadar kepada pesakit mental
serius, tetapi juga terhadap orang awam yang memerlukan.
7. Agen penyelesaian kepada pelbagai masalah dalam komuniti
penderaan, AIDS, gengterisme, penagihan dll masalah sosial dalam
komuniti.
4. Isu-isu Profesional
Penerimaan ahli-ahli komuniti terhadap kaunselor komuniti
Kadar kos/bayaran terhadap perkhidmatan profesional.
Latihan profesional sebagai kaunselor komuniti latihan dan
penyeliaan.
Tempuh masa khusus yang perlu dilalui oleh kaunselor
komuniti banyak pandangan dan pendapat.
Keberkesanan peranan memerlukan penglibatan ahli2
komuniti secara sukarela. Oleh itu tidak setakat kepada latihan
dan penyeliaan paling penting diri kaunselor sendiri utk
berani melibatkan diri dlm masyarakat.
Kaunselor komuniti perlu bekerja di tengah2 sistem sosial
komuniti di mana mereka berada.
Oleh itu kaunselor perlu; i. Faham dan mahir tentang sistem
sosial, ii. Meletakkan diri di tengah-tengah sistem sosial
komuniti dan iii. Hubungan kukuh dengan agensi2 utama dalam
komuniti klinik, sekolah, balai polis dll.. Penting untuk
membuat rujukan.
5. Penutup
Peranan kaunselor komuniti sangat luas.
Tidak hanya terbatas hubungan profesional antara
kaunselor dan klien dalam sesi tetapi melangkau
keseluruhan kehidupan komuniti.
Peranan kaunselor tidak terbatas dalam bentuk
kaunseling individu, kelompok dan keluarga, tetapi
juga lebih luas untuk meningkatkan fungsi sistem
dalam masyarakat
Oleh itu kaunselor komuniti perlu lebih bertindak
secara proaktif dalam komuniti dan masyarakatnya.