Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah
Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3012. Untuk kerja kursus ini saya telah dikehendaki,
secara berpasangan, untuk menjelaskan konsep,pengertian dan ciri-ciri Tamadun
Islam;perbezaan antara Tamadun Islam dan Barat;kebaikan dan keburukan interaksi antara
tamadun di Asia; peranan dan kesan kedatangan Islam dalam tamadun Melayu.
Melalui pendapat saya, kerja kursus ini telah mengajar saya tentang pentingnya mengambil
iktibar daripada sejarah-sejarah dan bagaimana Tamadun lain. Saya juga mula memahami
tentang kebangkitan dan kejatuhan beberapa Tamadun berdasarkan pemerintahan beberapa
tokoh dan saya akan cuba sedaya upaya berkongsi maklumat ini dengan orang lain.
Di samping itu, saya dapat menggunakan dan mengaplikasi dasar pemerintahan tokoh pada
zaman dulu dengan mengubahsuai beberapa aspek yang sesuai digunakan di dalam kelas.
Saya juga berpeluang untuk mengenali budaya-budaya masyarakat luar yang mempunyai
kelainan sendiri sepanjang proses mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. InsyaAllah
saya boleh aplikasikan pengetahuan tersebut jika diberi kesempatan untuk melawat ke negara-
negara lain pada masa hadapan kelak.
Konklusinya setiap Tamadun ada menitikberatkan mengenai kepentingan menimba ilmu.
Semua pihak mempunyai kesedaran tentang kepentingan menimba ilmu dan mula memperbaiki
kelemahan diri dengan membaca buku dan berkongsi idea dengan orang lain. Bak kata
pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah rumusan yang dapat saya
sampaikan setelah melalui tempoh yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya
berharap agar ilmu dan pengalaman yang saya peroleh daripada tugasan ini dapat
diaplikasikan dengan sebaik-baiknya pada masa akan datang kelak.

Anda mungkin juga menyukai