Anda di halaman 1dari 3

Konstruktivisme

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan
tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut
Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu
ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya.
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada
mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan
interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan &
bukannyahanya menerima pengetahuan orang lain.

Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan mereka dgn
menguji idea & pendekatan berdasarkan pengetahuan & pengalaman sedia
ada,mengaplikasikannya kpd situasi baru & mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian pembelajaran
secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut:
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
@ konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru.


Prinsip Teori Konstruktivisme

Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input
sensori (deria) untuk membinanya.
Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina
sistem makna.
Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman
langsung.
Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan
pembelajaran saling berhubung kait.
Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain ,
guru, rakan sebaya , dan lain-lain hubungan.


implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai
pengumpulan , penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu dikatakan telah
dipelajari apabila ia disimpan agar kekal sebagai pengetahuan , dan dapat
digunakan untuk menyelesaikan masalah.
2. Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan (persepsi)
dan konsep (tanggapan). Pengamatan ialah mengenali peristiwa atau mengaitkan
maksud pada sesuatu perkara.
3. Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikberatkan penggunaan bahan
maujud.
4. Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu idea
spesifik mengenai sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan untuk untuk
memahami sesuatu pengalaman atau menyelesaikan masalah.
ii) Jean Piaget

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak
sebagai murid aktif yang belagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori
sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan
hati nurani ini.

Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu
pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai soalan epistemology. Piaget
berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat
peringkat pemikiran secara kualitatif.

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu
pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di
dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk
memahami bagaimana dunia berfungsi.

Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh
mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi
pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman
mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau
mencadangkan empat prinsip konsep berikut:

Organisasi
Ia adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam
sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman
ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang
membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori,
skema penyelesaian masalh matematik dan lain-lain.


Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian
terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini
hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi
data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi
melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara
menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998).
Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekot
hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba
memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara
mengenal pasti binatang.


Akomodasi
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada
situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk
skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat
baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran
kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru
untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini
dikatakan akomodasi.


Metakognisi

Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus
maklumat.

a) Pengetahuan personal ; tahu kekuatan dan kelemahan diri.
b) Pengetahuan tugas ; tahu guna kemahiran selesaikan masalah.
(formula-matematik).
c) Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan.

John Flavell (1976) Metakognisi ialah pengetahuan seseorang tentang proses
kognitifnya.
Metakognisi terbahagi kepada 3 variable (pemboleh ubah)


Faktor Mempengaruhi Metakognisi

Individu itu sendiri
Tugas yang diberikan
Strategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
Persekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikir