Anda di halaman 1dari 9

1

1.0 PENDAHULUAN
Kaunseling kanak-kanak boleh diberikan definisi sebagai proses
interpersonal yang berasaskan teori untuk membantu kanak-kanak yang pada
asasnya sihat dari segi psikologinya tetapi mempunyai isu-isu perkembangan.
Hubungan kaunselor dengan lien mewujudkan komunikasi yang dapat menimbulkan
kesedaran untuk mengembangkan pemahaman, meneroka pilihan dan ingin berubah.
Kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh kaunselor menetapkan hala tuju
dan memaksimumkan potensi klien untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam
sesi kaunseling.

2.0 PEMAHAMAN TENTANG PERBINCANGAN
Pengkaji bagi jurnal ini terdapat dua orang iaitu Jamaludin Ramli dan
Zainudin Hassan. Kedua-dua pengkaji dari Jabatan Asas Pendidikan, Fakuti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tajuk yang dikaji adalah Aplikasi
Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja
Di Sekolah: Satu Kajian Kes. Tujuan pengkaji dalam kajian ini untuk mengkaji
bahawa adakah pendekatan kaunseling pemusatan klien dapat menangani masalah
emosi remaja di sekolah. Tajuk kajian ini sangat baik dan menepati keperluan
kaunseling zaman sekarang. Pengkaji telah mengaplikasikan teori pemusatan klien
yang dikemukakan oleh Carl Rogers yang mana penyelesaian masalah lebih
ditekankan kepada penyelesaian melalui klien itu sendiri seperti yang diperkatakan
oleh Carl Rogers melalui penulisan Corey, (2000) yang menegaskan bahawa
manusia manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternatif, boleh
memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh
menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu.

Seperti yang dikatakan tadi, tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi
masalah pengurusan emosi dalam kalangan remaja dengan menggunakan
pendekatan kaunseling pemusatan klien. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan tiga instrumen untuk menguji keberkesanan pendekatan kaunseling
pemusatan klien dalam mengatasi masalah pengurusan emosi remaja. Antara
instrumen yang digunakan adalah bahagian A (latar belakang klien, gaya penampilan,
sikap dan perangai klien, tingkahlaku dan perasaan, pengalaman, sejarah perbuatan,
latar belakang pendidikan), bahagian B (senario masalah klien) yang mana berkaitan
2

masalah yang dihadapi klien, dan bahagian C aplikasi teori dalam mengatasi
masalah serta pendekatan yang digunakan.

Pengkaji telah menggunakan beberapa langkah dalam pengendalian sesi
kaunseling dengan mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling yang sesuai supaya
kajian dapat dijalankan dengan lebih lancar. Antaranya, penstrukturan, membina
hubungan, menyatakan masalah melalui penerokaan, meneroka masalah, alternatif,
pemilihan alternatif, penilaian dan penamatan. Dalam kajian ini, pengkaji telah
membahagikan pengendalian ini kepada empat langkah. Setiap langkah terdiri
dengan kemahiran asas kaunseling yang berbeza mengikut kesesuaian langkah.


















3

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Selepas membaca dan memahami jurnal ini, terdapat beberapa kelebihan dan
kelemahan yang saya dapat kenal pasti. Tajuk yang baik adalah tajuk yang jelas dan
mempunyai tiga aspek iaitu isu, pendekatan yang digunakan dan kumpulan sasaran.
Kekuatan yang pertama adalah cara penyampaian tajuk sangat jelas ia mempunyai
kumpulan sasaran, isu, dan pendekatan yang digunakan. Kumpulan sasaran dalam
kajian ini adalah kalangan remaja, isu adalah menangani masalah emosi dan
pendekatan yang digunakan adalah pemusatan klien.

Seterusnya, penulisan ini juga menjaga kerahsiaan klien dengan tidak
menggunakan nama sebenar klien. Dengan ini, klien tersebut tidak akan rasa malu
dan terganggu kehidupannya. Tambahan pula, klien tersebut mempunyai ciri-ciri
pemimpin dan kemungkinan akan menjadi pemimpin pada masa depan. Dengan
tidak menggunakan nama sebenar klien, ia dapat melindungi keperibadian klien.

Selain itu, cara pengkaji menyusun dialog bagi klien ini amat sesuai
kerana klien tersebut merupakan seorang yang aktif dan mempunyai ciri-ciri
keterbukaan. Justeru, kaunselor perlu memberikan dorongan minima dan klien
tersebut akan ceritakan semua. Sekiranya klien tersebut merupakan seorang yang
pasif, kaunselor membuat penambahbaikan dengan berkongsi pengalaman yang
berkaitan dengan masalah klien supaya memudahkan sesi membina hubungan dan
kepercayaan klien terhadap kaunselor. Justeru, klien akan lebih selesa semasa sesi
perkongsian dan juga menerima pandangan dan bimbingan dari kaunselor.
Kepercayaan klien terhadap kaunselor akan timbul apabila klien tersebut tahu
bahawa kaunselor mempunyai pengalaman yang sama dan yakin bahawa kaunselor
akan dapat menolong klien menyelesaikan masalah.

Dalam penulisan ini, penggunaan dan pengaplikasian kemahiran asas
kaunseling banyak ditekankan oleh penulis. Pengkaji mengaplikasikan pelbagai
kemahiran asas kaunseling dalam setiap langkah dengan mengikut kesesuaian.
Contohnya, dalam langkah pertama pengkaji mengaplikasikan kemahiran
penstrukturan sebagai permulaan manakala langkah yang seterusnya telah
mengaplikasikan kemahiran seperti mendengar dan melayan, parafrasa, penjelasan,
menyemak persepsi, refleksi, mentafsir, konfrontasi, menyoal, dorongan minimum,
4

memberi maklumat dan merumus. Oleh demikian, ia telah membantu pengkaji
menjayakan kajian ini dan meningkatkan tahap kebolehpercayaannya.

Langkah yang telah diatur dengan begitu sempurna dan teratur mengikut
perkembangan dalam penulisan ini mampu membina sikap dan pemikiran positif
murid. Ia bermula dengan mengenal pasti latar belakang murid sehingga sesi
kaunseling. Bimbingan yang minima dalam pendekatan pemusatan klien dapat
membantu klien membuat keputusan sendiri, yakin dengan diri sendiri, faham
keperluan diri sendiri, serta membina pemikiran dan sikap yang positif melalui cara
merenung sendiri dengan menganalisis masalah yang dihadapi.

Tidak ada yang sempurna dalam dunia ini kecuali Tuhan. Setiap kajian
yang dilakukan pasti ada kelemahannya, dalam penulisan ini terdapat juga beberapa
kelemahan yang perlu membuat penambahbaikan. Kelemahan pertama yang saya
dapat mengesan adalah masalah format penulisan jurnal dalam penulisan abstrak.
Dalam penulisan jurnal ini, pengkaji hanya menekankan isi kajian iaitu huraian dari
segi teori yang digunakan dan tidak menyatakan gambaran kasar dapatan hasil
kajian. Hal ini akan menyebabkan pembaca kurang berminat untuk membaca
selanjutnya kerana penulisan abstrak tidak menunjukkan dapatan kajian
membuatkan pembaca beranggapan bahawa kajian ini hanya sekadar nota sahaja.

Tambahan pula, penulisan ini kurang lengkap dari segi formatnya.
Antaranya, dalam penulisan kajian ini tidak mempunyai metodologi kajian. Tujuan
metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. Pengkaji tidak menyatakan metodologi kajian telah
menyebabkan pembaca tidak pasti pemilihan reka bentuk, kaedah kumpul data,
penentukan populasi, dan kaedah penganalisis data yang digunakan dalam kajian ini.

Kemudian, tinjauan literatur memainkan peranan yang amat penting bagi
mengukuhkan dan memberi motivasi bahawa kajian yang akan dijalankan
mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi, sukar dipertikaikan dan mengurangkan
keraguan pembaca pada hasilnya nanti. Tinjauan literatur juga membolehkan
5

pengembangan idea tentang cara penyerapan dan penambahbaikan kajian-kajian
orang terdahulu yang membantu dalam menjalankan kajian dan membuat penulisan.

Penulisan ini kurang berkualiti. Hal ini kerana terdapat beberapa
kesalahan dalam penggunaan kata dari segi kesalahan ejaan dan perkataan yang
tidak bersambung ditulis dalam satu perkataan. Sebagai contohnya, dalam penulisan
abstrak terdapat kesalahan ejaan iaitu lebih menjadi lenih, dan dalam langkah
penstrukturan, perkataan dan jangka ditaip dalam keadaan bersambung iaitu
danjangka. Hal ini telah menyebabkan penulisan jurnal ini kurang berkualiti. Sebaik-
baiknya, dalam penulisan jurnal seperti ini, kesalahan-kesalahan seperti ini harus
dielakkan kerana ia akan mencacatkan pemandangan bagi pembaca.

Tuntasnya, setiap pengkaji harus berhati-hati dalam memilih tajuk
mengkaji. Cara menyampaikan tajuk juga haruslah tetap dan jelas supaya pembaca
tidak keliru dan faham. Penulisan jurnal juga hendaklah berpandukan format yang
betul dan menyatakan item-item yang perlu dalam sebuah penulisan jurnal. Elakkan
dari kesalahan ejaan supaya kualiti penulisan jurnal dapat ditingkatkan.












6

4.0 PENGGUNAAN TEORI DALAM TERAPI BIBLIO
Terapi bilio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong klien menyelesaikan
masalah. Dalam konteks kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bahan
penulisan yang terbimbing. Ia bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau
menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga
dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan

Fleshman dan Fryrear menyatakan bahawa konsep utama kaunseling
atau tetapi biblio berasal daripada teori psikoanalisis iaitu:
- Unsur kesejagatan
- Identifikasi
- Catharsis
- Celik akal
- Penyelesaian masalah
-
Melalui terapi ini dalam aspek unsur kesejagatan, klien akan
mengurangkan perasaan malu, serba salah, dan terasing apabila dapat berkongsi
masalah. Seterusnya, dalam aspek identifikasi, klien mengaitkan dirinya dengan
watak tertentu dalam buku dan menjadikan sebagai role-model dari segi sikap dan
nilai. Cartharsis iaitu pengubat hati, dalam terapi ini klien akan membuat pendedahan
kendiri di mana mereka membuat luahan perasaan tanpa had. Mereka akan melihat
bagaimana watak menyelesaikan masalah yang dialami dan membuat perbandingan
dengan alternatif penyelesaian yang digunakan oleh watak dalam buku. Seterusnya,
pada peringkat penyelesaian masalah, klien akan mengambil masa untuk mencapai
matlamat kaunseling yang berlaku secara beransur-ansur dengan mencuba pelbagai
alternatif penyelesaian.

Dari segi sejarah, teori ini merupakan sistem pertama dalam psikoterapi.
Teori Psikonalitik yang diperkenalkan oleh Sigmud Freud. Tujuan rawatan teori
psikoanalisis adalah menjadikan klien sedar akan bahan tidak sedar dan
menstrukturkan semula sahsiah supaya dapat menyeimbangkan tenaga. Rawatan ini
adalah terapi terarah dengan menggunakan format temu duga yang meliputi teknik
seperti interpretasi, analisis mimpi, pemindahan, ingat kembali dan teknik projektif.
7

Rawatan psikoanalitik ini menuntut suatu hubungan terarah dan autoritatif antara
kaunselor dengan klien.

Justeru, teori psikoanalitik telah diaplikasikan dalam terapi biblio kerana
adanya kuasa-kuasa motivasi dalam diri individu yang tidak disedari, bagaimana
orang melindungi diri dengan menggunakan helah bela diri, pentingnya pengalaman-
pengalaman peringkat awal kanak-kanak serta proses pemindahannya.




















8

5.0 PENUTUP
Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk
kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang
berkenaan. Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang
menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial.

Tidak dapat dinafikan bahawa bimbingan dan kaunseling membantu
murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi
mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksimum yang dibekalkan
oleh sesuatu persekitaran. Bimbingan dan kaunseling ini penting dalam sekolah
kerana ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri dan
membantu mereka dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di
sekeliling mereka.

Selain itu, bimbingan dan kaunseling ini juga dapat membantu murid
untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai
efisensi kendiri dan sosial. Ia juga bertujuan mengakhiri pembaziran resos manusia
dan fizikal dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka
dalam masyarakat.

Justeru, kita dapat lihat bahawa betapa pentingnya bimbingan dan
kaunseling bagi kanak-kanak di sekolah. Atas bantuan bimbingan dan kaunseling,
banyak murid dapat jalan yang betul dan menyelesaikan masalah mereka tidak kira
masalah akademik ataupun masalah emosi.







9

PENULISAN REFLEKSI
Selepas menyiapkan tugasan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kanak-kanak ini,
saya lebih faham tugas sebagai kaunselor. Selain itu, saya juga dapat belajar banyak
kemahiran asas kaunseling yang perlu diaplikasikan mengikut keperluan klien.

Ini dapat membantu saya pada masa depan semasa berkhidmat di
sekolah. Terdapat juga pendekatan yang pelbagai dalam kaunseling. Pendekatan
yang berbeza ini diaplikasikan berdasarkan kesesuaian klien tersebut. Sekiranya
klien tersebut mempunyai sifat yang aktif, maka kaunselor boleh menggunakan
pendekatan pemusatan klien. Dalam pemusatan klien ini, kaunselor hanya
memainkan peranan sebagai fasilitator dan menggunakan kemahiran dorongan
minimum untuk memastikan perbualan tidak terputus.

Pelbagai pendekatan ini disertakan dengan pelbagai terapi mengikut
pendekatan tersebut. Sebagai contohnya, dalam pendekatan psikoterapi mempunyai
terapi biblio. Terapi ini merupakan terapi yang paling awal digunakan. Ia merupakan
satu terapi penggunaan buku-buku untuk menolong klien menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, saya lebih faham dan berminat jadi seorang kaunselor
yang dapat memberi bimbingan kepada murid selepas menyiapkan kerja kursus ini.
Hal ini kerana, semasa saya membuat kritikan jurnal saya telah banyak mengkaji dan
menerima ilmu dalam bidang kaunseling. Ini telah menyebabkan saya menambah
minat menjadi seorang kaunselor dan saya telah anggap ini sebagai persediaan
untuk menjadi seorang kaunselor yang cemerlang.