Anda di halaman 1dari 1

AKU INGIN PERGI

Aku tidak lagi


bercerita tentang cinta
antara dua jiwa
Aku tidak lagi
berlari mengejar mimpi
di pelangi senja semalam
Aku tidak mahu
menari dengan gendang
rentak irama rindu
Aku tidak mahu
meniti hari-hari ini
hingga ke sempadan akhir
Aku ingin damai
di sungai hayat ini
tenang menuju ke muara
Aku ingin pergi
sejauh hari berlari
tanpa menoleh lagi...