Anda di halaman 1dari 6

Aku sebuah kereta. Namaku Saga.

Aku dilahirkan di kilang proton di


Shah Alam. Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa
pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku dan
rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.
Sempena pelancaran kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah
mendapat sambutan hangat daripada para pengungjung. Mereka memandu
ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang datang ke majlis pelancaran
kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.
Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis
ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali telah
menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat
tuanku.
Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga
dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke
sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas
dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama
semakin disayangi oleh tuanku.
Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi
ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku
telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk
dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi
meratapi akan nasib tuanku.









Tajuk : Aku Sebiji Bola

Aku sebiji bola. Nama aku ialah Adidas. Aku dibuat di
sebuah kilang di Shah Alam.

Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan dimasukkan ke dalam
sebuah kotak yang besar. Kami dihantar ke sebuah pasar raya di
Setiawan. Di situ, kami dipamerkan untuk dijual.

Pada suatu petang, seorang wanita telah membeli aku.
Akudihadiahkan kepada anak lelakinya.

Tuan aku selalu membawa saya ke padang. Biasanya, dia akan
bermain dengan kawan-kawannya. Badan aku sakit kerana
selalu ditendang.

Walau bagaimanapun, tuan aku pandai menjaga aku. Setelah
bermain, dia akan memastikan badan aku bersih. Apabila badan
aku kempis , aku akan dipam oleh tuan aku.

Aku berasa gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku.










Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang
yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke
sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori
kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik
dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual
dengan harga yang mahal, iaitu RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman
permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada
hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku.
Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah
digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di
badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di
bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai
sebuah basikal.







Aku Seutas Rantai

Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat cantik
dan berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku menemui
kawan-kawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku berasa
sungguh bangga.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan aku
ke lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki aku.
Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus dua.
Wanita itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota polis
di situ. Dia pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.
Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai emas.
Dia menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.
Hidup aku tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan
dileburkan oleh tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.



Aku Sekaki Payung

Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan
plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah.
Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur
sebulan, seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak rakan
aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang berwarna
biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan kami.
Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka
ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk
berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke
sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan seorang
wanita. Tolong! Tolong! rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah merampas tas
tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk mencangkuk kaki
pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.
Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu
menangkap pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada
polis. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada tuanku.
Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap pemuda
itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku
berharap peristiwa itu jadi pedoman.







Aku Sebiji Bola

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasanperindustrian di Pulau
Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah.
Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan
aku.Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut
aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang dan di kawasan lapang.
Aku diberikan nama Puma. Badanku berwarna hitam dan merah. Setelah aku
dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Sungai Petani bersama-sama
rakanku yang lain. Di kedai, aku dipamerkan. Aku dijual denganharga
RM399.00. Seorang budak lelaki sangat berminat kepada akuk.Dia telah
meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah dibeli dan dibawa pulang ke
rumah. Nama tuan baharuku ialah Amjad. Dia bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Seri Permata.
Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana,Amjad dan rakan-
rakannya menendang aku ke sana dan ke mari. Badakku terasa sakit apabila
ditendang, ditanduk, dan dilambung. Digawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga
gol.
Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan akumenyimpan aku di dalam
stor. Setelah berbulan-bulang aku berehat didalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu
bapa tuan aku mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan aku ke timbunan
sampah kerana akutidak digunakan lagi.
Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budak yang ingin bermain
bola. Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badan terasa bertambah
sakit. Akhirnya, setelah badanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku
pun dibuang. Berakhirlah riwayat hidupku sebagai sebiji bola.






Aku Sepasang Kasut


Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Petaling Jaya. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku paling
digemari oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Setelah siap dibungkus, aku
dan kawan-kawan ku dihantar ke Pahang dengan sebuah lori.
Apabila sampai di Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah
kedai menjual kasut yang terkenal diKuantan. Di sini aku berkenalan dengan kawan-
kawan baru seperti Puma, Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM29.90.
Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dan
tawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku
berasa gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan baruku
ini seoarang cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai untuk pergi
ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.
Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku
di luar. Semasa aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari,
tiba-tiba badanku koyak. Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku dibiarkan
di atas padang selepas mereka berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas sehingga
tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur. Tuan aku tidak ingat kepada diriku lagi.
Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut. Pada
waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat
seperti dulu. Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.