Anda di halaman 1dari 5

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin..

Wasssala tuwassalamu
alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...

1. Yang berusaha En. Mohmad bin Man, YDP PIBG SK Mempaga 1.
2. Yang Berusaha, En. Azman bin Dahlan, Guru Besar SK Mempaga 1.
3. Turut berusaha
- (Guru Penolong Kanan pentadbiran)
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
- (Guru Penolong Kanan HEM)
4. Yang dihormati tetamu-tetamu jemputan
- Ustaz ustazah
- Guru guru
- AJK PIBG
- Ibu bapa
5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2014 serta
semua murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan
limpah hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan tertutup SK Mempaga 1
pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
Tahun 2014.
Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda
tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan
ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran
sebagai satu budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan
anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama2 kita dahulukan dengan bacaan
ulmul kitab Al Fatihah.
1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-
Fadhl Ustz Ahmad bin Harun bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..
- DOA
Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz Ahmad bin
Harun atas bacaan doa itu tadi...
Bagi menyerikan majlis pada pagi ini, beberapa pertandingan telah diaturkan.
Bagi pengetahuan hadirin sekalian, pada masa ini juga dijalankan pertandingan membaca
dan menulis jawi serta pertandingan murid Moral di bilik2 dan kelas2 yang telah ditetapkan.
Tanpa membuang masa, marilah sama2 kita menyaksikan pertandingan laungan azan dan
iqamah.
-JEMPUT-
Seterusnya marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid,
Persembahan pertama ini murupakan persembahan yang diwakili oleh murid2 prasekolah,
dipersilakan.
Berikan tepukan yang gemuruh.
Seterusnya persembahan nasyid daripada murid tahun 5 bestari, dipersilakan.
sama sama lah menghadiahkan satu tepukan yg gemuruh utk mereka.
Persembahan Marhaban..


2. Ucapan alu-aluan Guru Besar
Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK
Mempaga 1, En. Azman bin Dahlan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
- UCAPAN -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azman bin Dahlan atas ucapan beliau
sebentar tadi.
3. Ucapan alu-aluan PIBG Sekolah
Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segalasukacitanya dipersilakan En. Mohmad bin
man, YDP PIBG SK Mempaga 1 bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis
pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

- UCAPAN PERASMIAN -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan
ini maka rasmilah sudah MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Mempaga
1 pada pagi ini.


4. Majlis Khatam Al-Quran
Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun
inidimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Ustz rozikin bin md din bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh ____ orang murid
SK mempaga 1 tahun 2014. Tahniah diucapkan.







Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini
diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________
yang akan menyampaikan persembahan Nasyid yang bertajuk Al-Quran Teras Keilmuan dan
Kemuliaan Ramadhan .
Dengan sukacitanya dipersilakan.

-NASYID-

Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman sidang
dewan, Kumpulannasyid ini dipimpin oleh Ustazah Maisarah Mastur dan Ustazah Subariati
Naharu.



---------------------------------------------------------------------

Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

6. Penyampaian Cenderahati dan Sijil.
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid
khatam Al-Quran. Pada tahun in seramai ______ orang berjaya khatam Al-Quran mengikut
kriteria yang ditetapkan.Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya
YgBerusaha En. Jeniar Subeh, GB SK Sahabat 16 diiringi oleh Yg Berusaha GPK Kokurikulum,
Pn. Aisyah Wong bt Abdullah bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala
hormatnyadipersilakan..
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Jeniar Subeh kerana sudi
menyempurnakan majlis.
7. Penyampaian Cenderahati kepada Guru.
Hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian Dengan komitment dan usaha murni
kalangan guru-gurukita, murid-murid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan baik.
Justeru bagi menghargai jasa-jasa mereka,cenderahati dihulur mengenang bakti.
Moga Allah SWT juga yang akan membalasnya.Majlis dengan ini mempersilakan En. Markus
Sungkiam , YDP PIBG SK Sahabat 16 diiringi oleh En Khaironi Jazuli (GPK Kanan 1) bagi
menyampaikancenderahati kepada guru-guru Al-Quran yang terlibat dalam usaha
memastikan anak didik mereka khatam Al-Quran dengan jayanya.. Dengan segala
hormatnya dipersilakan..

8. Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011
menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan ucapan terima kasih
tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih
juga atas sokongan semua ibu bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa,
tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya



Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami
jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz
yangmulia...Wabillah....Majlis bersura