Anda di halaman 1dari 3

Secara umumnya, kriptografi adalah teknik menukar mesej biasa kepada mesej yang tidak

boleh dibaca secara kasar. Teknik ini menjadi suatu kepentingan pada zaman kini di mana kita
tidak boleh buat banyak kerja tanpanya. Kriptografi digunakan dalam banyak bidang dalam
kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, apabila seseorang mengganggu
perbualan kita dengan rakan, kita akan menggeleng kepala dan menukar topik perbualan
antara rakan kita. Perbuatan menggeleng kepala itu sebenarnya adalah kriptografi kerana
orang yang mendengar apa yang kita telah bualkan tidak tahu apakah yang sebenarnya sedang
dibualkan dengan rakan kita.

Mel Elektronik (E-mail)
Kita hidup di dunia yang moden di mana mel elektronik (e-mail) penting dalam urusan seharian
kita. E-mail dihantar dengan tujuan perniagaan, kepada kawan-kawan, syarikat dan lain-lain.
Secara purata, mel elektronik dihantar 210 bilion sehari. Apabila kita menghantar mel
elektronik, ianya haruslah menggunakan internet; rangkaian yang sangat besar mengandungi
kompuer yang banyak di mana kebanyakannya tidak dilindungi dan mudah diserang. Data-data
mudah dicuri dari komputer, kadang kala hanya bertujuan untuk keseronokan, akan tetapi ia
adalah merbahaya apabila data-data penting contohnya maklumat peribadi, jumlah wang dalam
bank dan sebagainya dicuri.

Bagaimana mel elektronik mendapat perlindungan apabila ia dihantar? Semua
rangkaian antara penghala (router) dan penghala yang lain perlulah dipastikan tahap
keselamatannya terlebih dahulu. Hal ini demikian dilakukan dengan menggunakan data
enkripsi. Terdapat dua kaedah untuk memastikan keselamatan komputer terjamin.
Pertamanya adalah menggunakan PGP (Prety Good Privacy). PGP adalah merupakan
gabungan nama kedua-dua komputer program dan protokolnya. PGP protokol adalah sebuah
kaedah untuk memastikan keselamatan mel elektronik dalam sebuah standart kriptografikal.
Pada asasnya, ia digunakan dengan MIME Security. Sebelum mengenkripsi mel elektronik
dengan PGP, message body dan headers perlulah ditukar kepada format MIME (Multipurpose
Internet Mail Extensions). multipart/encrypted menunjukkan data enkripsi PGP dan mesti
mengandungi parameter seperti berikut :
protocol=application/pgp-encrypted
multipart/encrypted terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah jenis
kandungan MIME Body dengan application/pgp-encrypted dan ia mengandungi informasi
kawalan (control information). Message body pula mengandungi barisan berikut :
Version: 1
Sebuah data yang lengkap untuk dekripsi mengandungi format pgp. Bahagian yang kedua juga
merupakan MIME body dengan struktur yang lebih mudah. Ia mengandungi data enkripsi
tersebut dan dilabelkan dengan jenis kandungan apllication/octet-stream.

Kaedah kedua dalam memastikan keselamatan komputer terjamin adalah lebih rumit
berbanding kaedah pertama. Pengirim memiliki laman web selamat, penerima mempunyai
username dan kata laluan dan penerima boleh membaca mesej hanya selepas masuk ke dalam
laman web tersebut. Walaubagaimanapun, IPS hanya boleh menenkripsi komunikasi antara
server menggunakan TLS (Transport Layer Securiy) dan SASL (Simple Authentication dan
Security Layer). Server mel elektronik menggunakan perlindungan jenis ini antara satu sama
lain. Sebagai contohnya, server ini memerlukan komunikasi mereka dilindungi supaya server
lain yang tidak berkaitan tidak dapat membuat salinan apa-apa mel elektronik yang melalui
server-server tersebut.

Virtual Private Network (VPN)
VPN mengandungi bilangan komputer yang banyak dan server yang banyak berkait antara satu
sama lain. Sebagai contohnya Internet. Pada asasnya, pengguna mempunyai ISP (Internet
Service Provider) untuk mengakses kepada internet. VPN menggunakan litar maya atau
sambungan terbuka untuk mendapatkan rangkaian internet. Pengesahan diperlukan sebelum
akses kepada rangkaian VPN. Jika kita merupakan pengguna yang dipercayai, kita boleh
mengakses kepada resos yang di mana pengguna lain tidak boleh mengaksesnya. Terdapat
pelbagai mekanisme pengesahan yang digunakan dalam VPN. Antaranya adalah firewalls,
access gateways dan sebagainya. Mekanisme pengesahan VPN menggunakan kata laluan,
kaedah biometrik atau kriptografik di mana mungkin digabung bersama mekanisme
pengesahan yang lain. Keselamatan VPN direka untuk menyediakan privasi kepada
penggunanya. Ia juga mengandungi protokol kriptografik. Dengan menggunakan Virtual
Private Network, ia memastikan keutuhan data, kerahsiaan dan ketulenan pengirim.
Virtual Private Network juga digunakan dalam urusan pentadbiran di sekolah.
Maklumat-maklumat tentang keputusan peperiksaan murid, markah Ujian Berkala Bulanan
(UBB) dan kehadiran murid diisi oleh guru data sekolah untuk dihantar kepada Jabatan
Pelajaran Negeri. Setiap sekolah pula mempunyai username dan kata laluan yang berbeza.
Hanya individu tertentu sahaja mempunyai akses kepadanya. Pada pandangan saya, hal ini
adalah untuk memberikan akses kepada pengguna yang tertentu sahaja dan untuk
mengelakkan maklumat-maklumat sekolah dicuri dan diubah oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Kesimpulan
Kita telah lihat bagaimana kriptografi digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan
harian kita. Secara tidak langsung, kita menggunakan kriptografi. Pada zaman dahulu,
kriptografi kebanyakannya diguna untuk menghantar amaran, untuk meminta bantuan dan
sebagainya. Aplikasi kaedah kriptografi masa kini juga dapat dilihat pada penggunaan mel
elektronik, televisyen pra bayar dan juga pada telefon bimbit. Tanpa kriptografi, data-data akan
tidak dapat dihantar dengan selamat ke destinasi yang sepatutnya. Ini menunjukkan
pentingnya kriptografi dalam kehidupan harian kita.

Anda mungkin juga menyukai