Anda di halaman 1dari 1

Cabang-Cabang Falsafah Pendidikan

Metafizik (Ontologi)
Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang
perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang
wujud di dunia ini dan susun aturnya.
Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan
yang jauh melampui penyiasatan saintifik.
Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada
perkaitan sebab-akibat.
Axiologi
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud nilai.
Merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.Mempersoalkan tentang
baik@buruk, benar@salah, cantik@hodoh.
ETIKA
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku
manusia.Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu :

Meta ethics
Normative ethics
Applied ethics

ESTETIKA
Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian,
alam sekeliling dan kehidupan.
Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen
.

Epistemologi.
Berasal dari perkataan Yunani episteme yang
bermaksud ilmu atau sains dan logos yang
bermakna keterangan.
Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan.
Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan
tuntutan ilmu.

Sumber-sumber ilmu :
Wahyu
Berasaskan pengalaman pancaindera
Intuisi
Pandangan pakar
Logik
Kaedah saintifik




Logik.
Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi
alasan bagi jawapan yang diberi.
Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai
sah dan yang mengelirukan.

Logik Induktif :
Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat
penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya
membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya

Logik Deduktif :
Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari
contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan
ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik

Anda mungkin juga menyukai