Anda di halaman 1dari 14

MESYUARAT GURU KALI KE-3

Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


(PBS)
PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada
program transformasi pendidikan
Merupakan sistem pentaksiran yang digunakan bagi
menjamin pencapaian seseorang murid tidak lagi
dinilai berdasarkan peperiksaan semata-mata
PBS adalah dasar yang melibatkan pentaksiran
secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian
dan perkembangan pembelajaran murid
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan kajian semula dan melakukan
penambahbaikan pelaksanaannya agar menjadi lebih
mesra guru :
Dokumen Standard Prestasi (DSP)
DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid yang lebih fleksibel bagi
membantu guru untuk memberi fokus
terhadap PdP
Guru mentaksir perkembangan pembelajaran murid
berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka
sendiri dengan merujuk kepada Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan
murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri
Perekodan ini menggambarkan perkembangan
pembelajaran murid semasa proses PdP. Guru
tidak lagi perlu mengumpul data dan evidens
hasil kerja murid
Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail
Showcase (FS) dan Rekod Transit
Guru tidak perlu lagi menyediakan FPM, FS dan
melengkapkan Rekod Transit
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Penguasaan murid dalam pembelajaran boleh
direkodkan secara tidak formal yang boleh
memberi maklumat berkaitan perkembangan
pembelajaran murid
Perekodan perkembangan pembelajaran murid
boleh dilakukan mengikut keperluan, kreativiti
dan kesesuaian masa guru
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS)
Guru tidak lagi perlu mengisi data secara online.
Guru boleh merekod perkembangan
pembelajaran murid secara offline atau secara
manual mengikut kesesuaian masa guru
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pelaporan perkembangan pembelajaran murid
boleh dicetak untuk kegunaan guru dan
makluman kepada ibu bapa
Maklumat terperinci sila rujuk Surat Pekeliling
Lembaga Peperiksaan Bil. 1/ 2014:
Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)
MESYUARAT GURU KALI KE-3
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1
Tarikh akhir menghantar draf soalan kepada Ketua
Panitia 19 April 2014
Tarikh akhir reso kertas soalan pada 26 April 2014
Tarikh peperiksaan mulai 05 09 Mei 2014
Tarikh akhir mengisi SAPS pada 20 Mei 2014
Tarikh akhir menghantar rekod profail kepada GB
pada 23 Mei 2014
Hari Terbuka pada 27 Jun 2014
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1
Guru yang menggubal soalan mestilah memastikan
kualiti soalan yang digubal
Soalan mestilah mengikut JSU dan merangkumi
kemahiran yang telah diajar
JSU dan skema jawapan mestilah dihantar bersama-
sama draf soalan kepada Ketua Panitia
Ketua Panitia mestilah memastikan draf soalan
adalah mengikut format yang telah ditetapkan
Ketua Panitia juga mesti memastikan tiada kesilapan
semasa menyemak draf soalan
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1
Sebarang kesilapan hendaklah dimaklumkan kepada
guru yang menggubal soalan untuk dibuat
pembetulan
Soalan yang telah disemak oleh Ketua Panitia
hendaklah dihantar ke pejabat untuk diperakukan
oleh GB atau Penolong Kanan
Guru yang menggubal soalan hendaklah
mencatatkan jumlah kertas soalan mengikut kelas
dan tarikh penghantaran kertas soalan ke pejabat
untuk direso di dalam buku penghantaran bahan reso
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1
Pn. Huda akan mereso kertas soalan mengikut
penghantaran awal
Guru adalah bertanggungjawab sekiranya gagal
menghantar kertas soalan untuk diperbanyakkan
mengikut tarikh yang telah ditetapkan
Kertas soalan yang telah siap dicetak mestilah dikira
mengikut bilangan murid di dalam kelas dan
dimasukkan ke dalam plastik
Labelkan tarikh peperiksaan, kelas dan bilangan
kertas soalan pada sampul plastik
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1
Semasa hari peperiksaan, guru matapelajaran
dikehendaki mengambil kertas soalan di bilik
peperiksaan bersama-sama borang SPSK PK 05/4
Rekod Pengambilan Kertas Soalan
Ketua Panitia diminta untuk memastikan semua
kertas soalan diseal dan disimpan dengan selamat
di dalam bilik peperiksaan
Satu salinan kertas soalan beserta JSU dan skema
jawapan mestilah diserahkan kepada Pn. Rohaya
untuk simpanan bank soalan
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1
Guru matapelajaran semasa tamat waktu
peperiksaan hendaklah mengumpulkan kertas
jawapan, memastikan bilangannya cukup dan
mengisi borang SPSK PK05/5 Rekod
Penyerahan Skrip Jawapan sebelum
menghantarnya ke bilik peperiksaan
Sepanjang minggu peperiksaan, murid akan balik
pada pukul 1.00 tengahari
Penyusunan semula murid Tahap 2 akan dilakukan
berdasarkan pencapaian PKSR 1. Walau
bagaimanapun nama murid yang terlibat dalam
penyusunan semula masih kekal di kelas asal
Hal-hal lain (Kurikulum)
Minggu Semakan Buku Latihan / Kerja mulai dari 21
April 2 Mei 2014
Guru matapelajaran akan menyemak dan
menghantar semua buku latihan/ kerja murid kepada
GB/ PK/ KP
Guru matapelajaran akan memastikan semua buku
latihan/ kerja murid disemak dan ditandatangani oleh
ibu bapa selepas disemak oleh GB/ PK/ KP
GB/ PK/ KP akan memilih secara rawak buku
latihan/ kerja murid sebanyak 10 buah untuk
semakan
Hal-hal lain (Kurikulum)
Pencerapan Guru Kali Pertama akan diadakan pada
19 Mei 27 Jun 2014
Program Team Building semua guru dan kakitangan
dirancang untuk diadakan di Kem Sungai Tekali
pada 28 30 Mei 2014
Semua guru diminta agar dapat memaklumkan
kepada pengawal sekiranya ternampak individu yang
tidak dikenali di dalam kawasan sekolah
Semua guru diminta agar melaporkan sebarang
kerosakan yang terdapat di dalam kelas supaya
tindakan awal dapat diambil
Hal-hal lain (Kurikulum)
Semoga usaha KITA hari ini melakarkan
KECEMERLANGAN SKBUD2 PADA MASA HADAPAN

Anda mungkin juga menyukai