Anda di halaman 1dari 5

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL

SOALAN TUGASAN PROJEK
1.0 MAKLUMAT AM
NAMA


KURSUS PENGURUSAN
KESELAMATAN BENGKEL
KOD KURSUS RBT 3112
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
TAHUN/SEM. 2013/SEM 2

KUMPULAN

RBT SEM 6 A & B TEMPOH
PELAKSANAAN
6 MINGGU
TARIKH
MULA

15 Julai 2013
TARIKH
HANTAR

6 September
2013

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menghuraikan fakta-fakta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
2. Mengenal pasti punca dan pencegahan kemalangan serta amalan keselamatan
bengkel.
3. Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel.
4. Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.
5. Menghuraikan prinsip reka bentuk sebuah bengkel yang efisien.
6. Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan.
7. Mengenal pasti peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel.
8. Mengaplikasikan pengurusan personel di dalam bengkel

(Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 3,4,5,6,7 dan 8 )

3.0 OBJEKTIF TUGASAN PROJEK
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Mengumpul maklumat mengenai kurikulum RBT dan KHSR di Malaysia melalui
kaedah & strategi pengajaran pembelajaran pendidikan teknikal.
2. Menghuraikan dan mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.
3. Membina modul pembelajaran bagi salah satu topik yang dipilih.
4. Menyediakan aktiviti dan latihan dalam melaksanakan sesi pengajaran dengan
2
2

menggunakan modul tersebut.
5. Membuat dan menulis refleksi bagi sesi pengajaran dengan menggunakan modul
yang telah dihasilkan.
6. Menghasilkan modul sebagai satu bahan bacaan dan rujukan.
.

Bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amat diperlukan supaya dapat
memaksimumkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu,
bahan pengajaran yang dapat memberi cabaran yang betul kepada para pelajar dan
menyediakan maklumbalas yang tepat terhadap pencapaian mereka, boleh membuatkan
proses P&P lebih menarik, produktif dan cekap. Modul Pembelajaran merupakan bahan P&P
yang terancang yang dibentuk secara empiris. Pengajaran bermodul telah berjaya
meningkatkan kualiti P&P, misalnya dari segi pencapaian akademik, penguasaan konsep, sikap
pelajar terhadap mata pelajaran, ketrampilan dalam pembelajaran serta beberapa aspek lain
(Shaharom, 1996)

Pernyataan diatas menunjukkan keberkesanan dan kelebihan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan modul.
Anda dikehendaki menghasilkan satu modul pengajaran dan pembelajaran bagi topik
yang disediakan. Tajuk/topik:
1. Organisasi dan pengurusan bengkel yang berkesan.
2. Pengurusan alatan, bahan dan kewangangan yang cekap dan efisen
3. Peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel.
4. Baik pulih dan penyelenggaraan alatan dan perabot bengkel Kemahiran Hidup..






3

SUB-TUGASAN
1. Kaitkan keberkesanan pengurusan bengkel yang terdapat di sekolah anda menjalani
praktikum.
2. Huraikan kelebihan (keberkesanan) dan kelemahan bengkel KHB di sekolah tersebut.

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK
1. Anda dikehendaki melaksanakan projek ini secara berkumpulan (2 hingga 3
pelajar bagi satu kumpulan mengikut pasangan praktikum anda)
2. Dokumentasi projek hendaklah menggunakan perisian komputer (font arial, saiz
12, spacing 2 dan saiz kertas A4).
3. Semua hasil kerja hendaklah dihantar dalam bentuk folio yang mengandungi
biodata, borang kolaborasi, modul pembelajaran, refleksi keberkesanan
penggunaan modul, bibliografi (Format APA) dan berserta soft copy disalin ke
dalam CD.(gunakan perisian MS office).
4. Plagiat tidak dibenarkankan.
5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%

PANDUAN PENULISAN MODUL MENGIKUT SUSUN BERIKUT:

1- Kulit modul (seperti lampiran)
2- Biodata penulis (muka dalam)
3- Sinopsis (Tiada perengan)
4- Isi kandungan
5- Hasil pembelajaran/objektif
6- Penggunaan ikon (Anda boleh memilih simbol/gambar yang bersesuaian )

Contoh:

HASIL PEMBELAJARAN/OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi hasil pembelajaran yang dicapai
selepas penggunaan modul ini.

4


INPUT/HURAIAN
Input atau isi kandungan yang mengandungi maklumat yang
akan dipelajarai.

AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif
untuk menguji kefahaman. Boleh dipelbagaikan aktiviti/
soalan seperti memadankan, isi tempat kosong, melabelkan
dan sebagainya mengikut arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan
yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman dalam keseluruhan isi.
Boleh dipelbagaikan format soalan dan aras.

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan
yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

INFO
Bahagian ini mengandungi info isu-isu semasa mengenai
tajuk dan kaitannya dengan pengurusan keselamatan bengkel.
5


INTERNET
Bahagian ini mengandungi alamat URL yang anda dapat
dari laman web untuk dijadikan isi.

5. RUJUKAN- Menggunakan format APA.
6. Penulisan refleksi setiap ahli dalam kumpulan.

6.0 KRITERIA PENILAIAN SECARA UMUM
1. Memenuhi semua keperluan khas seperti yang dinyatakan dalam soalan
tugasan
2. Maklumat yang menyeluruh, lengkap,tepat dan terkini mengikut skop
soalan tugasan
3. Mengaplikasikan elemen kritis, kreatif dan pemikiran aras tinggi (HOTS)
4. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong penulisan anda perlu
dilampirkan.
5. Penulisan, laporan dan refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa,
laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan
hujah
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan boleh dipercayai
dan memenuhi kehendak tugasan ini ( 2 buah buku, 2 sumber internet
dan 2 bahan bercetak yang lain.)

Disediakan oleh Disahkan oleh

.............................................................. .....................................................
(MOHD YUSOFF BIN HJ. MOHD SHARIFF) (ISMAIL BIN BAHARUDIN )
Pensyarah Kursus RBT3112 Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Teknikal

Anda mungkin juga menyukai