sekolah Perhimpunan diadakan pada setiap pagi di mana semua guru dikehendaki hadir ke perhimpunan tersebut walaupun perhimpunan itu tidak rasmi seperti hari Isnin untuk memberikan kerjasama kepada guru yang bertugas pada minggu tersebut. Perhimpunan yang diadakan setiap pagi ini memberi ruang sesama guru baru dan lama untuk saling mengenali antara satu sama lain kerana di perhimpunan ini semua guru akan berkumpul untuk mendengar sebarang maklumat yang terkini.
Mesyuarat guru adalah wajib dan akan melibatkan semua guru. Mesyuarat guru diadakan bertujuan membincangkan isu-isu semasa, program sekolah dan perkara-perkara berkaitan. Persetujuan bersama akan dicapai dalam mesyuarat dan ini akan mengelakkan dari berlakunya sebarang masalah berbangkit. Dengan adanya mesyuarat, secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan antara semua guru. Ketidakhadiran mana-mana guru ke mesyuarat haruslah disertakan dengan alas an-alasan yang kukuh dan mendapat kebenaran majikan. 2. Visi dan Misi sekolah Visi dan misi merupakan sasaran untuk pihak sekolah mencapai tahap kecemerlangan. Hal ini bertujuan untuk sekolah melahirkan modal insan pada masa hadapan yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.
Visi Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang Misi Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
3. Mengenali persekitaran sekolah Pemerhatian dilakukan dengan melakukan lawatan ke sekitar sekolah bersama guru mentor. Kami melihat kedudukan kelas, bilik guru, bilik-bilik khas, makmal, pejabat, kantin, dewan dan sebagainya. Kami juga merujuk pelan kebakaran sekolah yang disediakan untuk lebih memahami reka bentuk sekolah.
Temu bual juga dilakukan dengan berjumpa PK1, PK2 dan PK3 untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang tiga bahagian utama dalam sekoalh iaitu Akademik, Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum. Pertemuan rasmi juga kami lakukan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang keperluan kami sebagai guru baharu.
Maklumat tentang pentadbiran sekolah pula boleh dirujuk pada buku manual pengurusan berserta takwim sekolah. Dalam buku tersebut terdapat pelbagai maklumat yang di lampirkan seperti organisasi pentadbiran, pengurusan, peta sekolah, kelas-kelas, bilik- bilik khas dan pelbagai lagi. 4. Persediaan mengajar dan pedagogi Penerangan mengenai persediaan mengajar dan pedagogi diberikan oleh PK Akademik iaitu Puan Hajah Saadiah. Jadual waktu pengajaran tidak dapat disediakan lagi ketika ini kerana rombakan jadual pengajaran dilakukan secara besar-besaran oleh kerana kemasukkan guru baharu ke sekolah ini 5. Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan / RPH / RPT Taklimat ringkas berkaitan rancangan pengajaran harian dijalankan setelah mandapat jadual yang khusus untuk mengajar. Saya telah diberikan tugas untuk mengajar bagi mata pelajaran Matematik tahun 3, Pendidikan Moral tahun 3, Pendidikan Jasmani tahun 1,2 dan 3 serta Pendidikan Muzik tahun 2. Setelah mendapat jadual yang khusus saya telah berjumpa dengan ketua panitia bagi setiap matapelajaran yang akan saya ajar untuk mendapatkan penerangan yang lebih khusus bagi membuat rancangan pelajaran harian.
Rancangan pelajaran harian yang diajar di IPG agak sedikit berbeza kerana rancangan pelajaran harian yang dibuat di sekolah adalah lebih ringkas namun memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dalam setiap aktiviti. Ilmu yang saya perolehi di IPG dapat melengkapkan lagi pengetahuan saya serba sedikit dalam membuat rancangan pelajaran harian semasa berada di sekolah.
Bagi Rancangan Tahunan pula, saya telah mendapatkannya daripada Ketua panitia untuk setiap mata pelajaran yang diajar. Selain itu, rancangan tahunan boleh diperolehi di bilik fail bagi memudahkan semua guru untuk membuat rujukan. 6. Pengurusan Buku Rekod Mengajar Penyerahan buku rekod mengajar dilakukan oleh PK Akademik dan sedikit penerangan ringkas tentang pengurusan buku rekod dimana buku pengurusan rekod mengajar merupakan dokumen rasmi untuk setiap guru. Buku tersebut wajib diisi maklumatnya dan rancangan pengajaran harian untuk setiap hari dan perlu di bawa ke kelas setiap kali sesi pengajaran.
BIL GAMBAR FUNGSI 1 PENTAS PERHIMPUANAN PAGI
Tempat bagi guru berucap dan membuat pengumuman setiap perhimpunan pagi. 2 BLOK PENTADBIRAN
Terdiri daripada 4 bilik darjah di aras bawah, pejabat, bilik pentadbiran dan bilik mesyuarat di aras 1, 4 bilik darjah di aras 2. 3 PEJABAT DAN BILIK PENTADBIRAN
Pejabat dan bilik pentadbiran iaitu tempat segala urusan rasmi berkaitan dengan sekolah dan pentadbiran. 4 TAPAK PERHIMPUNAN
Tempat berhimpun semua murid sebelum sesi persekolahan bermula. 5 BILIK GURU
Tempat guru bekerja selain daripada mengajar di bilik darjah.
KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH BIL GAMBAR FUNGSI 1 PINTU PAGAR UTAMA
Pintu pagar utama yang menjadi laluan keluar masuk ke sekolah. 2 PAPAN TANDA KATA-KATA HIKMAH
Papan tanda yang memaparkan peringatan dan nasihat berguna kepada murid.
3 PAPAN TANDA DASAR KPM
Papan tanda yang memberikan semangat dan panduan kepada guru dan murid dalam menjalani sesi persekolahan.
4 MURAL
Mural yang memaparkan moto sekolah supaya menjadi pembakar semangat. 5 TAMAN LANDSKAP
Landskap yang indah memberikan suassana yang indah serta menenangkan fikiran.
MAKMAL, BENGKEL DAN BILIK KHAS BIL GAMBAR FUNGSI 1 PUSAT AKSES
Pusat yang menjadi kemudahan kepada guru dan murid untuk mengakses maklumat secara TMK 2 PUSAT SUMBER SEKOLAH
PSS atau perpustakaan menjadi tempat yang mengandungi bahan rujukan seperti buku, akhbar dan bahan ilmiah. 3 BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Bengkel bagi matapelajaran KH yang menjadi tempat P&P KH berjalan seperti teori dan amali.
4 DEWAN
Tempat bagi perhimpunan sesi petang dan acara-acara rasmi yang melibatkan ramai murid dan guru.
5 MAKMAL TM
Makmal TMK yang menjadi tempat bagi guru dan murid menjalani P&P yang melibatkan bahan TMK.
6 BILIK J-QAF
Bilik yang menjadi tempat P&P bagi matapelajaran J-QAF