Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK


( Jadual Spesifikasi Tugasan JST )
Jabatan : Ilmu Pendidikan
Mata Pelajaran : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan PKP 3173
Kumpulan : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP (& PBMPBC) Ambilan Januari 2011
Semester : 8
Tarikh Mula 18.08.2014 Tarikh Hantar 18.09.2014
Hasil Pembelajaran Kursus :
1. Menghuraikan konsep keindahan bahasa pelbagai genre.
2. Memilih unsur-unsur bahasa yang santun dalam aktiviti lisan dan penulisan dalam kelas pemulihan.
3. Mengaplikasi kemahiran penggunaan bahasa mengikut konteks dalam situasi formal dan tidak formal.
4. Menganalisis ciri-ciri genre sastera Melayu yang sesuai untuk kelas pemulihan.
5. Mempraktikkan amalan nilai murni dalam aktiviti berbahasa

Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.
Objektif Projek :
1. Menghasilkan dua kit bahan pembelajaran yang mengandungi elemen-elemen seni bahasa dan sastera.
2. Mengintergrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) bagi genre yang dipilih.
3. Merancang dan membina Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) dengan menggunakan genre yang dihasilkan.
4. Menyediakan satu laporan penuh tentang penggunaan bahan-bahan tersebut bersama-sama RPH yang disediakan.
5. Menghasilkan satu penulisan reflektif.
SPESIFIKASI
TUGASAN
TAJUK
TUGASAN WAJARAN CATATAN
Prosa Tradisional
- Cerita penglipur lara
- Cerita binatang
- Cerita jenaka
- Mitos
- Lagenda
Puisi tradisional
- Pantun
- Syair
- Gurindam
- Seloka
- Nyanyian rakyat
Prosa moden
- Cerita/novel kanak-
kanak
- Cerpen
- Drama kanak-kanak
- Biografi
Puisi moden
- Sajak
Tugasan 1 Penghasilan Produk-kit pembelajaran
Merancang, merangka dan menghasilkan dua kit bahan
pembelajaran kelas pemulihan Bahasa Melayu yang
berasaskan Seni Bahasa dan sastera.
Diintegrasikan dengan kemahiran TMK.
Didemonstrasikan penggunaannya dalam bilik kuliah.
Tugasan 2
Menghasilkan satu laporan penuh tentang penggunaan bahan-
bahan tersebut bersama-sama RPH yang disediakan.
1800-2000 patah perkataan ( tidak melebihi 8-10 muka surat ).
Tugasan 3
Menghasilkan satu penulisan relfektif berkaitan dengan tugasan
ini dari aspek pengalaman yang dilalui, cabaran-cabaran yang
dihadapi dan strategi yang diambil untuk mengatasinya dan
pengalaman baharu melalui tugasan ini untuk meningkatkan
kefahaman terhadap tugas yang bakal dilaksanakan pada masa
akan datang.
400-500 patah perkataan ( tidak melebihi 4-5 muka surat ).
60%






20%




20%
Kriteria penilaian keseluruhan :
o Kandungan
o Perbincangan kritikal
dan reflektif
o Persembahan,
organisasi
o Bahasa, rujukan dan
bahan-bahan sokongan.
Panduan Pelaksanaan Projek
Tugasan ini adalah dilaksanakan secara individu (3) dan Kumpulan (1 dan 2)
Format penyediaan tugasan adalah seperti berikut :
i. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz font 12 Arial
dan langkau baris 1.5.
ii. Rujukan mengikut format penulisan American Psychological Association
(APA).
iii. Semua lampiran perlu disertakan seperti soalan temu bual, borang
pemerhatian, hasil temubual dan bahan-bahan lain yang berkaitan
dengan tugasan anda.
iv. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
v. Panjang tugasan keseluruhan lebih kurang 15 muka surat ( tidak
termasuk lampiran dan rujukan )
vi. Tugasan ini membawa 100 markah dan wajaran 50%.

Rubrik Skema Pemarkahan Tugasan

1. Tugasan 1 ( 60% )
Skala Wajaran
( 60% )
KRITERIA
Amat
Cemerlang
90 100
50 60 Kebolehan Merancang
Menghasilkan Kit Pembelajaran Bahasa Melayu
yang amat lengkap dan terperinci.
Menghasilkan RPH yang amat sesuai dengan kit
pembelajaran.
Kebolehan Melaksana
Menyerap aspek Seni Bahasa dan sastera dalam
kit pembelajaran dengan amat terperinci.
Menghasilkan kit pembelajaran mengikut
kesesuaian RPH dengan amat berkesan dan
menarik.
Kebolehan Menghubungkait
Menghubungkait Seni bahasa dan sastera dalam kit
pembelajaran dengan amat tepat dan terperinci.



2. Tugasan 2 ( 20% )
Skala Wajaran

KRITERIA
Amat
Cemerlang
90 100
17 20 Kandungan
Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas
menyeluruh dan terkini.
Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan
sangat berkesan.
Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat
serta menunjukkan keupayaan membincangkan
penyelidikan terkini yang berkaitan.
Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan
mempunyai keupayaan menganalisis dan
mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh.
Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan
berkesan.

Organisasi
Organisasi maklumat yang cemerlang.
Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan
setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara
logik.
Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan
cemerlang.

Bahasa
Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata
yang pelbagai, luas dan bersesuaian.
Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang
menarik dan menepati isi yang hendak
disampaikan.
Ejaan betul.
Sebutan jelas dan betul

Kemahiran Merujuk
Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan
yang sangat luas dari pelbagai sumber.
Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication
Manual of the American Psychological Association
(APA) serta konvensyen penulisan akademik.
Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang
amat sesuai.

3. Tugasan 3 ( 20% )
Skala Wajaran
( 20% )
Kriteria
Amat cemerlang
90 100
17 20 Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan
menyeluruh terhadap kemahiran dan strategi
pengajaran.
Kebolehan untuk menganalisis secara mendalam
kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran secara
mantap.
Menggunakan banyak contoh dan bukti yang
spesifik dan menyakinkan untuk menyokong hujah.
Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea
logikal dan koheren.
Perbincangan yang amat jelas dan kritis dan
mempunyai keupayaan menganalisis dan
mensintesis beserta cadangan penambahbaikan
yang menyeluruh.
Penggunaan bahasa sangat lancar. Struktur ayat
betul dengan gaya bahasa yang menarik dan
menepati isi yang hendak disampaikan.
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat
baik. Mempunyai pelbagai sumber utama dan
sekunder.

Anda mungkin juga menyukai