Anda di halaman 1dari 6

Teori Kecerdasan Pelbagai

Labels: Rekabentuk dan teori pengajaran


1. Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang
diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada
kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya
yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka.
Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana
kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan
seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada
orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran
kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one
or more cultural setting
(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan
pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan
penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses
pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau,
kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau
matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia
berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai
kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu
tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai
lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa
dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata
dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan,
suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard
Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam
menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi
pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang
dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan
pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan
penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner.



5. Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat
adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini
adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada
satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia
mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan
penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada
pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi
pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat
membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan
dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka
dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap
dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara
pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua
bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita
tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga
mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa
kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan
kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara
pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru
dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan
pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka
akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar
juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat
membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah
kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar
itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah.
Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi
perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-
matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih
bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada
pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga
kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk
memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri
mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan
secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas
pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh
mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat
penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke
atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan
modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia,
maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk
merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan
terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari
ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing.
Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada
dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang
kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai
satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang
sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua
pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat
mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan
pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi
masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka
kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar
akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri
mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran
sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam
pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak
membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit.
Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar
dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat
untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk
masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian
ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena
dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua
kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut
yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan
melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah
sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-
matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan
penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak
bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak
meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar
dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia
tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau
individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu
contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa
perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan
potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang
ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

6. Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti
kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji
selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu
juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru
menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka
pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri
daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru
hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran,
maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih
kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering
memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar
lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru
yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan
salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan
berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu
dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya,
hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini,
seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan
pelajar tidak dapat berkembang.

7. Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun
sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai
untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada
pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan
dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan
keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang
tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang
menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan
kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada
aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan
projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada
pembangunan negara.


Biblografi
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember
2, 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember
2, 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-KECERDASAN-PELBAGAI-
DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight Training
and Publishing.
En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Diakses
pada 4 Disember 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/
Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf