PENSYARAH : PUAN ZAHARAH BINTI ABDUL MANAP WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN Muzik adalah diakui sebagai satu seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa.
(Modul OUM, HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan)
Muzik adalah seni atau ilmu menyusun nada atau suara yang diutarakan, kombinasi dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi (suara) yang mempunyai keseimbangan dan kesatuan, nada atau suara yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandungi irama, lagu dan keharmonian (terutama yang dapat menghasilkan bunyian itu). Dalam kamus Besar Bahasa Indonesia (1990:602)
Muzik adalah antara salah satu media ungkapan kesenian, muzik itu sendiri mencerminkan kehebatan,ketinggian budaya sesuatu masyarakat pendukungnya dimana didalam muzik itu norma-norma dan nilai yang menjadi bahagian dari proses enkulturasi budaya baik dalam bentuk formal ataupun informal.
Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Seni muzik adalah cetusan ekspresi perasaan atau fikiran yang hasilnya dikeluarkan secara teratur dan tersusun dalam bentuk bunyi.
(http://gamelanmaher.blogspot.com/2010/01/pengenalan-pada-umumnya muzik) Bunyi (suara) yang baik adalah hasil gabungan atau interaksi tiga elemen utama iaitu irama,melodi dan harmoni. # Irama adalah susunan atau pengaturan suara dalam jangka suatu masa waktu,panjang,pendek dan temponya,dan akan menghasilkan dan memberikan karakter tersendiri pada setiap muzik.
sambungan... # Apabila wujudnya gabungan dan kombinasi yang baik antara irama dan melodi,ini akan menghasilkan bunyi yang harmoni dan menarik. # Gabungan dan kombinasi beberapa tangga nada dan irama akan menghasilkan melodi tertentu.
Sahsiah seseorang individu itu amat dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik,sastera,lukisan dan juga ukiran.
Dengan itu beliau berpendapat bahawa akhlak seseorang individu itu boleh diperbaiki jika individu itu didedahkan dengan muzik dan seni-seni yang lain. Plato Oleh kerana bunyi-bunyian tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian, maka kita patut bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dapat menikmati bunyi-bunyian dengan tenang dan tidak melanggar hukum-hakam yang telah ditetapkan. AMIN.