Anda di halaman 1dari 2

SEBAB DAN AKIBAT TEKANAN EMOSI GURU

Perubahan dalam dunia pendidikan terutamanya masalah murid, bebanan kerja


dan perubahan dasar tidak pernah selesai. Punca masalah yang paling utama yang
dapat dikenalpasti ialah kawalan disiplin dalam kalangan murid-murid. Banyak kes yang
telah berlaku yang melibatkan kawalan disiplin murid. Murid-murid yang tidak lagi
menghormati guru menjadi penyumbang kepada masalah disiplin ini. Tambahan pula,
guru-guru sekarang tidak dibenarkan untuk merotan dan mendenda murid jika mereka
melakukan kesalahan. Selain itu, guru juga dibebani dengan pelbagai tugas lain di
sekolah disamping tanggungjawab mereka untuk mengajar. Guru perlu menjadi kerani,
pengawal keselamatan dan bermacam lagi bagi memastikan amanat yang diterima
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Disamping itu, salah satu penyumbang kepada
masalah emosi guru ialah persepsi ibu bapa terhadap guru. Ada kalangan ibu bapa
yang melebihkan anak mereka dan menyalahkan guru terhadap kesalahan yang
dilakukan oleh anak mereka. Mereka juga beranggapan tanggungjawab untuk memberi
pendidikan terhadap anak mereka adalah tanggungjawab guru sepenuhnya. Disamping
itu, sistem pendidikan yang diamalkan sekarang juga membebankan emosi guru.
Dengan bebanan tugasan yang banyak, ditambah lagi dengan sistem kemasukan
sistem markah murid secara online menyebabkan guru-guru terutamanya guru-guru
lama ingin bersara lebih awal. Akibat daripada masalah yang berlaku, murid-murid
sekarang tidak lagi menghormati guru. Pembentukan sahsiah murid-murid tidak dapat
dibentuk dengan baik. Masalah sosial juga tidak dapat dibendung malah boleh menjadi
lebih teruk. Di samping itu, profesion perguruan akan dipandang rendah oleh
masyarakat sekeliling terutamanya pihak ibu bapa. Guru tidak lagi dihormati sebagai
golongan yang mendidik. Selain itu, hubungan interpersonal antara guru dan murid juga
akan menjadi renggang. Guru ke kelas hanya untuk mengajar semata-mata tanpa
mengambil peduli sama ada murid-murid faham apa yang ingin disampaikan. Kualiti
pengajaran guru-guru juga menurun dan tidak terjamin. Oleh itu, bagi mengelakkan
masalah ini berlaku, guru perlu bijak dalam mengawal emosi mereka supaya tidak
menjejaskan kerja dan tugas mereka sebagai pendidik di sekolah.