Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERHIMPUNAN ORGANISASI BULANAN,


MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA,
MAJLIS PERSARAAN PENGARAH IPG KAMPUS PERLIS
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2014
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN (DIK)
MASA : 8.30 PAGI 9.30 PAGI
PENGACARA : MOHD TAUFIQ BIN MOHD DESA
: SITI NORAISYAH BINTI SALIM

MASA CUE ANN

8.00
8.20
pagi

8.30
pagi

Ketibaan pelajar. Dan
pensyarah

Ketibaan Pengarah dan
tetamu


Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha En. Tan Ying Kee,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Diiringi Tn. Hj. Ideris b. Abu Bakar,
Timb. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.



8.35
pagi

Nyanyian lagu :
- Negeri Perlis
- Pendidikan
Teras Kemajuan
- Perkhidmatan
Awam


Hadirin diminta berdiri
untuk menyanyikan lagu Negeri Perlis,
lagu Pendidikan Teras Kemajuan,
dan lagu Perkhidmatan Awam.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
atas nyanyian sebentar tadi.




8.45
pagi


Ucapan alu-aluan
pengacara majlis



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
selamat sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha En. Tan Ying Kee,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Yang Berusaha Tn. Hj. Ideris b. Abu Bakar,
Timb. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.



Yang Dihormati,
En. Mohd Nor b. Chin,
Pensyarah Jabatan Sains Sosial merangkap
Pengerusi Program Sambutan Hari Kemderdekaan dan Hari
Malaysia 2014,

Yang dihormati,
Pensyarah-pensyarah kanan,
Ketua-ketua jabatan,
Ketua-ketua unit,
para pensyarah,
para staf sokongan
dan seterusnya
para mahasiswa pendidik sekalian.

Selamat datang juga kami ucapkan
Kepada mantan-mantan pensyarah
Dan staf sokongan IPG Kampus Perlis
Yang telah bersara pada tahun ini.


Syukur Alhamdulillah
bersama kita panjatkan kesyukuran
kehadrat Illahi atas limpah kurnia dan keizinan-Nya
dapat kita berkumpul pada hari ini
bagi bersama-sama memeriahkan
majlis kita pada hari ini.





Hadirin sekalian

Untuk makluman anda semua
Majlis kita pada hari ini
diadakan bersempena
Perhimpunan Organisasi Bulanan,
Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2014
Dan Majlis Persaraan En. Tan Ying Kee
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.



Bacaan doa


Kalau tuan ke Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan saudara
Mohd Zaki b. Rosnan
Pelajar PISMP Pendidikan Islam B Semester 8
bagi memimpin lafaz doa.

Majlis mempersilakan.










Amin amin Ya Rabbal Aalamin.
majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada saudara Mohd Zaki b. Rosnan
atas kesudiannya memimpin lafaz doa sebentar tadi.




Lafaz Ikrar Penjawat
Awam










Perutusan Merdeka











Upacara Simbolik
Merdeka




Para hadirin yang dihormati sekalian

Kini, majlis mempersilakan
En. Amran b. Pa,
Ketua Unit Khidmat Pengurusan,
Untuk mengetuai
Lafaz ikrar penjawat awam.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih
Kepada En. Amran b. Pa
Atas bacaan lafaz ikrar itu tadi.

Seterusnya,
Marilah kita bersama-sama mendengar
Perutusan daripada Perdana Menteri Malaysia
sempena hari kemerdekaan negara yang ke-57.
Oleh itu,
Majlis dengan sukacitanya
Menjemput Puan Zaiton bt. Mat Non
Ketua Jabatan Sains Sosial
Bagi membaca perutusan tersebut.

Dipersilakan

Seterusnya, majlis mempersilakan
Pn. Zaiton bt. Mat Non
Untuk menyempurnakan
Upacara simbolik sempena
Majlis kita pada pagi ini.


















Montaj Pengisian Bulan
Kemerdekaan












Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Zaiton bt. Mat Non
atas bacaan perutusan
dan penyempurnaan
upacara simbolik itu tadi.

Untuk makluman warga dewan sekalian,
Simbolik kemerdekaan yang dihasilkan
daripada 4296 batang penyepit baju itu tadi
Merupakan hasil kreativiti
para mahasiswa pendidik
PISMP Sejarah Semester 4.
Simbolik itu tadi akan dipamerkan
Di dalam Pusat Sumber IPG Kampus Perlis
Berserta pameran mengenai kemerdekaan Negara.
Seluruh warga IPG dijemput hadir.


Hadirin hadirat sekalian,

Berikutnya ialah acara persembahan
montaj pengisian bulan kemerdekaan.
Untuk makluman hadirin hadirat sekalian,
Montaj merdeka ini telah disediakan
Oleh mahasiswa pendidik
PISMP Sejarah Sem. 4.

Mari sama-sama kita saksikan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
Atas persembahan montaj itu tadi.

Deklamasi Sajak





















Tarian 1Malaysia








Warga dewan sekalian,
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan
Persembahan deklamasi sajak
Yang akan disampaikan oleh
En.Mohd Nor b. Chin,
En. Ahmad Salehee b. Abdul,
Saudari Michelle Chai Pei Rong dan
Saudari Chua Xiao Hui
Dari PISMP Sejarah Semester 1.
Mereka berempat akan mendeklamasikan
Sebuah sajak yang bertajuk
Aksara Merdeka dengan diiringi alunan muzik
Yang akan dimainkan oleh
Saudari Tham Chi Ying
Dari PPISMP PSV Semester 1.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
atas persembahan deklamasi sajak
sebentar tadi.

Kini, kita teruskan lagi
Majlis kita pada pagi ini
Dengan menyaksikan sebuah persembahan
Tarian Satu Malaysia
Yang akan ditarikan oleh
Mahasiswa pendidik PPISMP Sejarah Semester 1.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian yang
cukup menarik itu tadi.
Penyampaian Hadiah Sidang hadirin yang dihormati,

Sekarang, tibalah kita
ke upacara penyampaian hadiah
bagi aktiviti yang telah berlangsung
sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya
Menjemput dan mempersilakan
Puan Zaiton bt. Mat Non,
Ketua Jabatan Sains Sosial
Bagi menjemput dan mengiringi
Tn. Hj. Ideris b. Abu Bakar,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Perlis
Untuk menyampaikan hadiah
Kepada para pemenang.

Dipersilakan.

Bagi pertandingan .
Tempat ketiga dimenangi oleh.
Naib johan jatuh kepada.. dan
Johan pertandingan disandang oleh
.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah.
Dan terima kasih diucapkan kepada
Tn. Hj. Ideris b. Abu Bakar dan
Puan Zaiton bt. Mat Non
atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.



Persembahan Koir
Merdeka


Sidang dewan sekalian,

Sebelum berakhirnya
Majlis sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia 2014
Marilah kita sama-sama menyaksikan
Sebuah persembahan koir merdeka
Yang akan dinyanyikan
Oleh gabungan mahasiswa pendidik
PISMP Sem. 1 Ambilan Jun 2014.

Untuk makluman sidang dewan sekalian,
Persembahan koir ini telah dibimbing
Oleh En. Megat Mohd Noor b. Megat Teh
Pensyarah Jabatan Sains Sosial dan
Akan dipimpin oleh saudari Aisya Fitriah bt. Sepian,
dari PISMP Muzik Semester 1.
Mereka akan menyanyikan dua buah lagu iaitu
Lagu Warisan dan
Lagu tema hari kemerdekaan 2014 iaitu
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih
atas persembahan koir sebentar tadi.


Penutup






Warga dewan sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan koir sebentar tadi,
maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili majlis
memohon maaf sekiranya
















Serah Majlis
terdapat sebarang kelemahan
dan kekhilafan sepanjang penganjuran
bulan kemerdekaan
dan hari Malaysia 2014.

Bunga seroja di atas para,
J atuh ditimpa buah berangan;
Andai tersilap tingkah bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan itu,
Kami serahkan majlis ini
Kepada pengacara berikutnya
Bagi majlis persaraan tuan pengarah.

Sekian.
Pengumuman sebelum
majlis bermula

Mohon perhatian,
Majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.
Mohon kerjasama hadirin sekalian
Agar dapat mengambil tempat duduk
Dan mematikan telefon bimbit
Sepanjang majlis berlangsung.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai