Anda di halaman 1dari 42

KEMAHIRAN HIDUP/ REKA

BENTUK TEKNOLOGI
ANALISIS KURIKULUM KEMAHIRAN
HIDUP SEKOLAH RENDAH
1
Analisis Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah (KHSR)/Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT)
Definisi Kurikulum
Konsep dan J enis Kurikulum
Sejarah Perkembangan KHSR/RBT
Definisi Kurikulum

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan
(akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan
oleh sesebuah institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan.
Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-
ahlinya.





Kamus Dewan Edisi Keempat 2007






Kamus Pelajar Edisi Kedua
Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai
kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan
institusi pendidkan
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej
dan lain-lain institusi pendidikan.
Definasi Kurikulum (KPM)

Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan
oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi
pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan
1. Meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata
pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan
pembelajaran
2. Meliputi kegiatan pendidikan di luar bilik darjah
(kokurikulum) - Suatu rancangan pendidikan yang
membandung segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang
terpilih untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.


3. Peranan kurikulum adalah untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan
membina perkembangan berpandukan rukun
negara.
Sekolah tempat kurikulum
Guru individu pelaksana kurikulum

Konsep Kurikulum
Kamus Dwibahasa bidang pelajaran di
sekolah.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) -
segala rancangan yang dikendalikan oleh sebuah
sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk
mencapai matlamat pendidikan.
Caswell dan Campbell (1935) kesemua
pengalaman yang disediakan dengan panduan guru.



Franklin Bobbit(1918) satu siri perkara yang
kanak-kanak dan golongan muda perlu lakukan
serta mengalami dengan cara memupuk kebolehan
untuk melakukan perkara tersebut dengan
sempurna seperti mana yang dilakukan oleh orang
dewasa.
David Warwick - struktur terancang ideal-ideal
sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan
keperluan-keperluan psikologi pelajar-pelajar,
kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta
keperluan-keperluan budaya semasa.


Jenis-jenis Kurikulum
Berlandaskan teori dan matlamat kurikulum maka
wujudlah pelbagai jenis kurikulum dari semasa ke
semasa mengikut perubahan keperluan pendidikan
negara.

Kurikulum
Ideal
Rasmi
Formal
Tersembunyi
Kurikulum Ideal
Kurikulum ideal ialah kurikulum yang digubal
dan dibentuk berlandaskan pedagogi, psikologi
dan teori kurikulum.Kurikulum Ideal
mengandungi unsur unsur utama yang
terdapat dalam falsafah dan matlamat
pendidikan Negara, kehendak dan aspirasi
masyarakat.
Komponenkomponen yang terdapat dalam
kurikulum ideal antaranya ialah Matlamat dan
Tujuan Kurikulum, Sukatan Pelajaran dan
Huraiannya, Bahan Bahan Pelajaran termasuk
Buku Panduan Guru, Sistem Pelaksanaan dan
Penilaian Kurikulum.
Kurikulum idea dibentuk oleh pakar kurikulum
dengan merujuk kepada pandangapandangan
orang yang terlibat dalam sistem pendidikan
persekolahan termasuk ahliahli pendidikan
tinggi.


Kurikulum Rasmi

Di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum
adalah bertanggungjawab mengubal dan
membentuk kurikulum rasmi bagi sekolah rendah
dan sekolah menengah seperti KBSR dan KBSM.
Kurikulum rasmi menjadi panduan asas untuk
penulisan buku teks, persediaan ringkasan
mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
serta panduan dalam setiap peringkat persekolahan
kebangsaan.



Kurikulum Formal

Kurikulum formal adalah berlandaskan
matlamat pendidikan negara dan mengandungi
segala isi pengajaran dan pembelajaran serta
penilaian di dalam bilik darjah, termasuk
aktivitiaktiviti kokurikulum yang merujuk
kepada aktivitiaktiviti persatuan, kelab,
permainan dan unit beruniform.
Kurikulum formal merangkumi kurikulum
akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum
pengajaran dan kurikulum operasi. Penggubalan
kurikulum ini adalah diuruskan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Negara.

Kurikulum Tersembunyi
Semua perkara yang dipelajari secara tidak
langsung oleh murid sekolah.
Berlaku disebabkan cara kurikulum disusun,
kaedah-kaedah pengajaran, guru-guru dan
pegawai-pegawai lain yang terlibat dalam
pembentukan dan pelaksanaan kurikulum itu.
Contoh : Melalui peraturan seperti perbarisan
sebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan
mingguan, jadual harian pembersihan bilik darjah,
disiplin semasa di bilik darjah dan sebagainya.



Sejarah Perkembangan KHSR/RBT
Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu
Sekolah Rendah

Kemahiran Hidup merupakan satu mata
pelajaran bercorak amali yang diajar dalam
Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Mata pelajaran ini digubal untuk
mengembangkan keupayaan dalam bidang reka
bentuk dan teknologi serta perniagaan dan
keusahawanan.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat
membantu murid memenuhi naluri ingin tahu
dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan,
bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.
Ini memberi peluang kepada murid untuk
mencuba, mereka cipta, mengubah suai,
mengendali dan meneliti pelbagai hasil
teknologi yang sesuai dengan perkembangan
intelek mereka.
Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid
berpeluang mengamalkan budaya kerja yang
baik seperti mengutamakan keselamatan,
bekerja secara bersistematik, bekerjasama,
bertanggungjawab dan berdisiplin.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, pihak
kerajaan sentiasa memberi perhatian bidang
pendidikan.
Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet
telah mengambil keputusan untuk mengadakan
pendidikan kemahiran hidup (KH) sebagai satu
mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada
tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia.
Perkembangan ini juga adalah ekoran daripada
pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di
Malaysia ketika itu sudah tidak sesuai lagi
kerana terlalu banyak memberi tekanan kepada
mata-mata pelajaran akademik dan peperiksaan
sahaja.
Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah
dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang
dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian
Pendidikan pada masa itu.
Program KBSR ini telah diuji pada tahun 1982 di
beberapa buah sekolah yang terpilih dan
dilaksanakan di seluruh negara pada tahun
1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik
sejarah yang amat penting bagi mata pelajaran
KH di Malaysia.
Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah
pada tahun 1982 telah memartabatkan mata
pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang wajib
di semua sekolah rendah.
Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal
semula mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada
generasi masa kini dan akan datang.
Dalam usaha memantapkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran satu semakan
semula telah dijalankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Penyemakan kurikulum bertujuan
memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan
menyediakan warga Malaysia menghadapi
cabaran pendidikan pada abad 21.
Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan
dan komponen elektrik dan elektronik juga
diterapkan bagi memantap serta membentuk
minda yang kreatif dan inovatif.
Murid juga melakukan aktiviti menyenggara dan
membaiki kerosakan kecil pada alatan dan
mesin mudah di samping menjalankan kerja-
buat-sendiri.
Murid juga didedahkan kepada amalan
penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta
pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara
membaiki pakaian dan menghasilkan artikel
jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja
dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa
melakukan aktiviti ini.
Sejarah Perkembangan KHSR/RBT
Reka Bentuk dan Teknologi
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk
membolehkan murid mereka bentuk dan
menghasilkan produk berasaskan kepada idea-
idea yang kreatif.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
Pembentukan minda yang kreatif dijalankan
melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas,
melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk
produk mengikut kesesuaiannya.
ANALISIS HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN KHSR
Objektif KHSR/RBT
Organisasi Kandungan
Penekanan Dan Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran
OBJEKTIF KHSR
Objektif
Mengetahui dan mengamalkan langkah
keselamatan
Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
Mengenalpasti komponen elektrik dan
elektronik

Mengapa objektif diperlukan?
Memastikan setiap tajuk yang diajar dapat
digunakan pada masa akan datang
Menentukan apa yang ingin dicapai
ORGANISASI KANDUNGAN
KHSR

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
ORGANISASI KANDUNGAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Bagaimanakah kepentingan topik mengikut
keadaan semasa?
Dapat melahirkan murid @ rakyat yang kreatif,
inovatif dan inventif.
Adakah ia berguna kepada pelajar?
Pelajar dapat menggunakannya pada masa akan
datang.
Tidak semestinya digunakan untuk bekerja
tetapi untuk kehidupan seharian.

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Bagaimanakah kepentingan topik mengikut
keadaan semasa?
Dapat melahirkan murid @ rakyat yang boleh
menguruskan sesebuah perniagaan.
Adakah ia berguna kepada pelajar?
Pelajar dapat menggunakannya pada masa
hadapan
Tidak semestinya digunakan untuk bekerja
makan gaji tetapi boleh membuka perniagaan
sendiri.
PENEKANAN DAN KAEDAH
PENGAJAAN DAN PEMBELAJARAN
PENEKANAN
Bagaimana ia berguna kepada pelajar?
Untuk berpeluang melakukan setiap aktiviti.
Dapat memupuk nilai-nilai murni.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Adakah kaedah yang digunakan relevan?
Dapat menarik perhatian pelajar
Tunjuk cara, lawatan, bercerita dan sebagainya.
Menggalakkan murid bersoal jawab.
PENGENDALIAN AKTIVITI DAN
PENILAIAN
PENGENDALIAN AKTIVITI
Kenapa ia perlu dilakukan?
Membolehkan murid menguasai kemahiran
Menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik

PENILAIAN
Adakah ia berguna?
Dapat membezakan pencapaian murid sebelum dan
selepas belajar.
Guru dapat membantu murid yang lemah.
KESELAMATAN
Langkah-langkah keselamatan
Sediakan kit pertolongan cemas serta alat
pemadam api jika perlu.
Labelkan semua alatan dan bahan
Pakai pakaian yang kemas dan kasut yang
bertutup.

Bagaimana ia boleh membantu murid?
Dapat melatih murid agar sentiasa menjaga
keselamatan.
Memberi pengalaman tambahan.
Murid akan lebih berhati-hati dan bersedia.
PEMETAAN DAN KESINAMBUNGAN
KANDUNGAN
Mengapakah ia perlu dilakukan?
Membantu guru membuat penyediaan
rancangan mengajar mengikut masa yang
ditetapkan.
FORMAT
HURAIAN
CADANGAN
AKTIVITI
BIDANG, UNIT
DAN TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL
PEMBELAJARAN
FORMAT HURAIAN
BIDANG, UNIT DAN TAJUK PEMBELAJARAN

Mangapa ia diperlukan?
Memudahkan guru
Proses P&P berjalan dengan lancar
Supaya tidak terpesong jauh dari topik
HASIL PEMBELAJARAN
Mengapa ia penting?
Guru dapat memastikan murid mencapai hasil
yang diingini.

CADANGAN AKTIVITI
Mengapa ia perlu dimasukkan?
Membantu guru dalam P&P
Sebagai panduan kepada guru

ANALISIS PEKELILING-PEKELILING
IKHTISAS BERKAITAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1992

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
dilaksanakan bermula pada Tahun 1993

Pengisian Pekeliling:

Peruntukan masa dua waktu seminggu ( 30 minit X 2 )

Satu waktu diambil daripada bahasa pengantar

Satu waktu lagi diambil daripada masa yang diubahsuai.

KHSR menggantikan Kemahiran Manipulatif dan Amalan
Perdagangan.

Inovasi Kurikulum KHSR/RBT

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), inovasi
bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan atau perihal
(tindakan dan sebagainya), mengadakan, memulakan sesuatu
yang baru.

Dalam konteks pendidikan, inovasi bermaksud sebagai
usaha yang dirancang dengan teliti bagi memperbaiki amalan
proses pendidikan untuk mencapai beberapa objektif bagi
kebaikan masyarakat dan Negara.

Menurut Razali Arof (1991),Inovasi pendidikan diertikan
sebagai penghasilan idea dalam bentuk mujarad
berdasarkan proses pengubahsuaian dan penyusunan
semula unsur sedia ada dengan tujuan untuk memperkemas
dan mempertingkatkan lagi beberapa aspek dalam
pendidikan.

Perlaksanaan Inovasi Kurikulum
KHSR/RBT

1. Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu matapelajaran
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap
II.

2. Kurikulum KHSR digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi
melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta
pemupukan sikap positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menjalankan semula semakan bagi
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Penyemakan semula kurikulum bertujuan memantapkan Akta
Pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan


Sambungan
5. Pentadbir sekolah sentiasa memberi sokongan dan peka terhadap
keperluan-kerperluan yang diperlukan terhadap pelaksanaan
matapelajaran Kemahiran Hidup disekolah.

6. Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan
sesuatu inovasi kurikulum.

7. Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang
dirancang sukar untuk dicapai.

8. Murid mempelajari kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan
teknologi dan keusahawanan

9. Sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pembangunan dan pemupukan
pemikiran dalam inovasi kurikulum
MOTIVASI GURU

Sekiranya guru mempunyai tahap motivasi yang tinggi,hasil
kerja mereka akan meningkat, pelaksanaan tugas menjadi
cekap. (Hargreaves ,1994)

Kakitangan bermotivasi lebih berdaya saing, kreatif,positif,
komited terhadap tugas dan menumpukan perhatian
terhadap pencapaian matlamat.

Pertambahan tugas guru disebabkan pengenalan sesuatu
inovasi akan membangkitkan tekanan emosi dikalangan guru.

Sambungan..
SIKAP GURU

Sikap guru perlu dikenal pasti dan dianalisis bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan inovasi.(Tobin danMcRobbie,1996)

Little (1990) menyatakan bahawa guru yang bersikap positif terhadaptugas
akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu inovasi.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU

Penguasaan guru dalam aspek tersebut memandu mereka untuk
melaksanakan tugas dengan berkesan

Wiles dan Bondi (1998) berpandangan tanpa pengetahuan dan kemahiran
yang mencukupi akan menjejaskan tahap kesediaan guru untuk
melaksanakan sesuatu inovasi

Anda mungkin juga menyukai