Anda di halaman 1dari 24

1

PENGENALAN.
Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran
secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Manusia
mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain.
Kelebihan dan keistimewaan ini adalah kerana manusia dikurniakan akal. Akal fikiranlah
yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah
sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses
pemikiran dan penaakulan minda. Melaluinya manusia boleh membuat pentaakulan
(rationalize), membentuk konsep (conceptualize), memahami (comprehend) dan sebagainya
(Ghazali, 2000).
DEFINISI PEMIKIRAN
Berfikir ialah suatu aktiviti akliah dan rohaniah yang berlaku pada seseorang akibat
adanya kecenderungan mengetahui dan mengalami. Ia disusun dengan teratur supaya lahirnya
makna, fakta dan kefahaman. Akal manusia berfungsi untuk mengingat, berfikir dan
menaakul. Daripadanya kegiatan berfikir berlaku.Manusia diberi daya kognitif yang
membolehkannya berfikir. Manusia juga diberi daya efektif yang membolehkan emosi,
perasaan dan kerja hati berhubung dengan daya kognitif. Daripadanya lahir pemikiran.
Pemikiran yang berkembang boleh memberi asas kepada lahirnya ilmu. Pada diri manusia
terdapat sumber ilmu. Persekitaran yang ada pada diri manusia terkandung ilmu. Pohon-
pohon yang subur, haiwan pelbagai jenis, sumber-sumber hasil bumi yang banyak terkandung
ilmu. Peristiwa yang berlaku, perubahan yang terjadi, rahmah dan nikmat yang banyak
terkandung ilmu. Allah jadikan semuanya adalah untuk manfaat manusia. Ia mendorong
manusia berfikir kerana daripada aktiviti berfikir manusia akan dapat manfaat ilmu.Ilmu
menyebabkan manusia tahu dan menerima makna akan sesuatu. Akhirnya dengan ilmu
manusia tahu nilai guna sesuatu dan hikmah daripada sesuatu kejadian.
2

ALAT ALAT PEMIKIRAN MANUSIA.
Alat alat berfikir merupakan instrument yang dapat membantu kita menggunakan
minda kita dengan lebih tersusun dan terancang. Alat-alat ini sesuai digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran dan juga dapat dilakukan pada kehidupan seharian kita. Dengan
adanya alat pemikiran ini, manusia mampu berfikir secara lebih kreatif dan kritis.
Alat alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran kita lebih tersusun,
jelas,luas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis
dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat ini.
Alat-alat berfikir membolehkan kita melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara
visual dan holistik. Kita dapat juga meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka
teratur.

SOALAN DAN PENYOALAN.
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat
Soalan dan penyoalan Peta minda
Pengurusan grafik CoRT
alat-alat
pemikiran
3

dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan
melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang
sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung
kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti
pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
teknik penyoalan.

TUJUAN SOALAN DAN PENYOALAN
Memperkembangkan proses berfikir secara kreatif dan kritis di mana ia
menggalakkan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Mengumpul dan menganalisis maklumat secara berkesan.
Menggalakkan serta meningkatkan penggunaan metakognitif dalam kalangan
pelajar di mana ia menekankan konsep bagaimana dan bukan apa.
Mengulang kaji perkara yang telah dipelajari dengan cepat.
Merangsangkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan suasana yang
4

ceria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menggalakkan pencetusan idea-idea baru dan penggunaan idea-idea yang sedia
ada dengan baik.
Mewujudkan suasana untuk perkongsian idea antara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan pelajar.
Menguji dan menilai kebolehan, prestasi dan kemajuan pelajar dari semasa ke
semasa oleh guru mahu pun pelajar itu sendiri.
Mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru secara serta
merta menerusi sesi pengajaran yang kebiasaannya dilakukan semasa
pemerhatian oleh guru pembimbing atau penyelia.
Mengenal pasti sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai atau
tidak pada suatu sesi pengajaran.

Menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus kekal dan tekal dalam
pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung secara
kondusif.
Mewujudkan suasana muhibah dan takrif antara guru dengan pelajar, guru
akan seronok mengajar dan pelajar gembira belajar.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENYOALAN.
Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru
perlulah menyediakan soalan-soalan yang dapat mengasah pemikiran kreatif di kalangan
pelajar.

5

Berikut ini merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi memungkinkan
kejayaan teknik ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran:


i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang
ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar
iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar
v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan
vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan
soalan kepada murid tertentu sahaja.
vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.
viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.
ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir
xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.


CIRI-CIRI SOALAN YANG SESUAI DIGUNAKAN :
i. Pengetahuan
Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna ingatan
mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya ketika
menyampaikan tajuk, topik atau idea baru kepada pelajar.

6

ii. Pemahaman
Setelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru seharusnya menyoal
soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan berlangsung dalam dimensi memahami atau kegiatan memahami.
iii. Aplikasi
Seterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan informasi yang
diberikan kepada pelajar. Soalan-soalan aplikasi bertujuan untuk membantu pelajar
menggunakan pengetahuan menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iv. Analisis
Ciri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk memisahkan idea. Pada
peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan
menganalisis dan guru perlulah berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi
pembelajaran dan menggunakan semua kemahiran yang diterapkan kepada mereka.
v. Sintesis
Soalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar mencantum dan
mewujudkan suatu idea baru menerusi maklumat awal yang didedahkan kepada
mereka. Kemahiran ini juga menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat
membimbing pelajar sehingga mereka mampu mensintesis maklumat.
vi. Menilai
Pada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan diberikan kepada
pelajar. Menilai bermakna pelajar harus dapat membuat dan juga mempertahankan
justifikasi mereka.


7

KATEGORI-KATEGORI SOALAN LAIN

i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question) : Soalan bentuk ini adalah soalan
mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan mengikut urutan kerana ia mengikut
urutan pendedahan maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ii. Soalan-soalan mencungkil : Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang
dapat mencungkil pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini juga
menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta jelas dan
mudah agar pelajar tidak berasa bosan.
iii. Soalan-soalan terbuka : Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang
berupaya menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga
boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan kepastian dan penjelasan
lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang diharapkan agar guru dapat
mengenal pasti kedudukan pemahaman pelajar.
iv. soalan-soalan bercapah : Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu
menjana pemikiran secara meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan membantu
pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka.

8

PETA MINDA
Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik
untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta
minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu
dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan
otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini
agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.
Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi
perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea dimasukkan ke dalam peta
berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan pada tahap
seterusnya), merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai
contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan
peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta
minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga
digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti
berasaskan pensil warna.
Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai nota kasar,
sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga dikenali sebagai
Swiss army knife for the brain adalah satu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh
lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta
minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002).
Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu
membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta
minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang
melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang
9

dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi
kemampuan otak yang tiada batasannya.

TUJUAN PETA MINDA ADALAH UNTUK MEMBOLEHKAN PELAJAR:
Mencatat nota dengan mudah.
Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek
dan sebagainya.
Mengingat sesuatu dengan mudah.
Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.

KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA.
Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya
menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak
dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi
dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah
diimbas kembali berbanding nota berciri linear.
Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah
berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana
otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang
sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat
rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian
baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu
dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan
individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan.
10


KEPENTINGAN PETA MINDA DAPAT DIKAITKAN PERKARA DI BAWAH:

(a) Menghasilkan Nota :
Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk
ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan
untuk membuat nota bagi sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat,
bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.
(b) Ingat Kembali :
Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea
yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang
dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan
berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan
perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti :
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta
minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan
idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap
setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.
(d) Penyelesaian Masalah :
Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang
profesional atau peribadi peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-
isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu
mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan
perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
11

(e) Perancangan :
Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta
minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat
hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh
digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan,
kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan.
(f) Pembentangan :
Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin
membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam
mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh
secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda
sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil
perbincangan dan sumbangsaran.
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak :
Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar.
(h) Membuat sinopsis :
Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis
atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali
dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.




12

PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan
dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan
sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan.
Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi
dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang
sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu idea yang
hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun
secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah
spesifik untuk tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan
khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan
membanding beza suatu perkara. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah
terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding
fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota
kuliah.
CONTOH-CONTOH PENGURASAN GRAFIK
PG membanding dan membezakan
PG membuat kategori
PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan
PG menerangkan sebab
PG membuat ramalan
PG membuat periksa andaian
PG membuat keputusan
PG menyelesaikan masalah

13

PENGGUNAAN PENGURSAN GRAFIK
PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya
supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contoh-
contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada
mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar.
Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan.
Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka
dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses
pemikiran itu dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini,
maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan
objektif-objektif tertentu.
Contoh pengurusan grafik :


ALAT CORT (Cognitve Research Trust)
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau
14

berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT meltih seseorang membentuk kemahiran dalam penyelesaian masalah
dan kemahiran pemikiran lateral.Ini dilakukan dengan menggalakkan penggunaan engetahuan
yang biasa dan umum tetapi mengaplikasinya kepada masalah dari perseptif yang luas.
Alat-alat berfikir membantu seseorang menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan. Pemikiran kita akan menjadi lebih tersusun, luas, jelas, dan tidak terburu-buru
dalam melakukan sesuatu. Alat-alat berfikir merupakan instrumen yang boleh membantu
dalam membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan lebih terkawal.
Ianya juga membantu proses pemikiran secara mendalam dan meluas.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6
bahagian CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.

CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1
diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan
persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.
1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).
2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).
15

3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).
4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).
5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).
6. Other Peoples View (Pandangan orang lain).
7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CORT 1: NAFAS - MELUASKAN PERSEPSI DENGAN MEMPAMERKAN BEBERAPA
ARAH YANG BERLAINAN PEMIKIRAN BOLEH.
1. PMI (Plus, Minus, Interesting)
Direka untuk memastikan bahawa keputusan atau komitmen berlaku selepas kedua-
dua belah perkara itu telah dipertimbangkan dan tidak berlaku seperti sebelumnya.
2 CAF (Consider all options)
Operasi ini pada asasnya adalah berkaitan dengan tindakan, keputusan, perancangan,
penghakiman, dan membuat kesimpulan.
3 PERATURAN (rules)
Menyediakan peluang untuk mengamalkan kedua-dua pelajaran sebelumnya: PMI dan
CAF
Satu peraturan yang sedia ada atau yang dicadangkan ini adalah peluang untuk
mengamalkan PMI. Faktor-faktor yang terlibat dalam membuat peraturan
menyediakan amalan dalam CAF
4 C & S (Consequence and Sequel)
Penghabluran bagi proses melihat ke depan untuk melihat kesan daripada beberapa
16

pelan tindakan keputusan ciptaan dan sebagainya peraturan, Perhatian ditumpukan
secara langsung pada masa depan. Serta-merta, pendek, sederhana dan jangka panjang
akibat diperiksa oleh kumpulan-kumpulan yang berbeza.
5 AGO (Aims Goals Objectives)
Pelajaran ini memberi tumpuan kepada niat di sebalik tindakan pada idea
tujuan.Dalam sesetengah situasi, ia adalah lebih sesuai untuk menggunakan matlamat
dan bukannya matlamat objektif. Utama di sini ialah untuk memberi tumpuan kepada
maksud lebih daripada tindak balas.
6 PERANCANGAN (planing)
Idea ini adalah untuk menggunakan perancangan sebagai keadaan pemikiran yang
membawa bersama-sama. Objektif (yang lalu), akibat (C & S), faktor-faktor yang
terlibat (CAF) dan rawatan idea-idea (PMI)
7 FIP (First Important Priorities)
FIP adalah situasi penghakiman yang tidak memerlukan jawapan mutlak. Ia adalah
orang, dan / atau keadaan tertentu. Ia adalah penghabluran proses memilih idea-idea
yang paling penting, faktor-faktor, objektif, concequences, dan sebagainya. Setiap
keperluan keadaan tertentu.
8 APC (Alternatives, Possibilities, Choices)
APC merupakan satu cubaan untuk memberi tumpuan kepada meneroka alternatif,
pilihan, kemungkinan - luar yang jelas
9 KEPUTUSAN (decisions)
Pelajaran ini memberi peluang untuk membawa bersama dua pengajaran terakhir
khususnya, FIP dan APC: dan juga pelajaran lain dengan cara yang lebih umum
17

Dalam membuat keputusan anda mempunyai:
Mempertimbangkan semua faktor
Akan jelas tentang matlamat / objektif
Menilai prioriries
Lihat pada kesan-kesan
Cari kursus alternatif tindakan
Anda boleh juga melakukan PMI atas keputusan yang dibuat sekali

10 OPV (Other People's View)
Ini berpendapat proses mencari pada pandangan orang lain supaya proses tersebut
boleh digunakan secara sedar dan sengaja untuk melarikan diri dari sudut pandangan.


18

CARA MENGAPLIKASI PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM BILIK DARJAH
Ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk
kreativiti dalam bilik darjah:

Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.
Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan
bersepadu secara sosial.
Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas
kepada pemikiran divergen.
Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh
pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan
jelas.
Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel.
Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang
mereka keluarkan.
Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-
sungguh.
Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan
menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan.
Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan
kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan
luarbiasa.



19

STRATEGI PENGAJARAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH GURU IALAH:
1. Guru harus berperanan untuk membantu dalam mengkonstruk pemikiran pelajarnya
sendiri. Dalam konteks ini, guru harus menilai soalan-soalan pelajar dengan serius. Guru
hendaklah mendapatkan pandangan, penerangan dan keinginan datau minat pelajar dengan
tekun untuk membantu mengannalisis isu-isu atau situasi-situasi pembelajaran yang
memberangsangkan dan mencabar. Guru tidak seharusnya mempunyai pandangan negatif
dengan mencari jawapan yang satu atau simple sahaja. Guru dan pelajar tidak seharusnya
bergantung pada buku-buku teks dan latihan sahaja untuk menjana ilmu pengetahuan.
2. Guru harus menganalisis strategi megajar dengan cara mengemukakan soalan-soalan
berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia dapat membantu pelajr memahami sesuatu
topik dengan lebih mendalam.Dalam pengajaran, guru juga boleh mempraktikkan dengan
bertanyakan soalan berdasarkan enam aras taksonomi Bloom,iaitu menguji pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Usaha guru ini dilihat sebagai
pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu idea atau topik pengajaran dengan lebik efektif.
3. Guru hendaklah menyediakan model peranan yang posotif untuk pemikiran. Guru
hendaklah mengenal pasti tokoh-tokoh model yang tinggal dalam komuniti untuk
menjemput mereka berkongsi pengalaman sebenar yang mereka lalui sehingga muncul
sebagai tokoh yang disegani. Pelajar dapat berinteraksi dengan idea-idea sebagai maklumat
primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang efektif.
4. Guru harus mengemas kini perkembangan isu-isu terkini dalam pemikiran. Guru harus
terus belajar dengan aktif tentang perkembangan isu-isu baru dan terkini. Ia membantu guru
mengajar pelajar memikir secara efektif. Guru boleh mendalami aspek-aspek teknologi
terkini dalam mengetengahkan kemahiran pemikiran pelajar. Ilmu pengetahuan yang baru
melalui pembcaan meluas iaitu pembacaan jurnal-jurnal pendidikan, contohnya dapat
membantu guru melengkapkan informasi tentang pemikiran.
20

KESIMPULAN

Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreativiti dalam kalangan
pelajar. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru. Walaupun warga pendidik
telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang boleh membantu mereka memupuk
kreativiti para pelajar tetapi kebanyakkan teknik-teknik pengajaran ini tidak digunakan dalam
bilik darjah. Salah satu sebab utamanya perkara ini berlaku ialah kerana polisi sistem
pelajaran kita yang masih lagi secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu
kerjasama dari semua pihak amat diperlukan supaya sistem yang berorientasikan peperiksaan
dapat diubah kepada sistem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensi minda
pelajar.

Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis dapat membantu para pelajar menjana
idea baru dan meneroka sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan adanya
teknik yang bersesuaian dalam memupuk idea kreatif, para pelajar dapat mengembangkan
bakat yang sedia ada dan sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan
bakat dan kebolehan tersebut. Pemikiran kreatif dan kritis merupakan aspek yang penting
dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru dan bersifat holistik yang merangkumi semua
aspek perkembangan. Perubahan suasana pembelajaran yang menuntut pelajar supaya
sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif kearah menganalisis, mengsintesis dan
menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kreatif, kritis, dan inovatif.




21

BIBLOGRAFI.
Abdul Rahim Hussein (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Skudai ; Umida Industries
Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Selamat (1999). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise
Ainon Mohd (2002). Kemahiran Berfikir Untuk Pelajar Kolej dan Universiti. Kuala Lumpur:
Utusan Publications
Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya Fikir. Kuala Lumpur :
Utusan Publications
Alat Alat Berfikir (02.03.2012)
http://www.ppsk.usm.my/lecturers/naz/htv201/AlatAlatBerfikir/AlatAlatBerfikirSenai
03.htm
Alat Alat Berfikir (01.02.2012)http://www.scribd.com/doc/56569885/Alat-Alat-Berfikir-
Oleh-Rashida-Binti-A
Alat Alat Berfikir (02.03.2012)http://www.scribd.com/doc/16273559/AlatAlat-Berfikir
Alat Alat Berfikir (01.03.2012)
http://starsegamat.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=151:alat-
alat-berfikir&catid=79:mutiara-kata
Alat Berfikir : Soalan dan Penyoalan (02.03.2012)
http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.com/2011/05/alat-berfikir-soalan-dan-
penyoalan.html

De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral. Kuala Lumpur ; Golden Books Centre Sdn. Bhd
De Bono, E (1993). Atlas of Management Thinking. England : Penguin Books Dunn, R.,
Dunn, K (1997). Teaching Secondary Students T
kemahiran berfikir (02.03.2012) http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/
kemahiran berfikir (01.03.2012)
http://jamr3.brinkster.net/bahan/KEMAHIRAN%20BERFIKIR%201.pdf
kemahiran berfikir (03.03.2012)
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html
kemahiran berfikir (01.03.2012) http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir
Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam (01.03.2012)
http://www.scribd.com/doc/14164166/Konsep-Umum-Pemikiran-Dan-Pemikiran-
Islam
22

LAMPIRAN.




SOALAN DAN PENYOALAN


PETA MINDA
23



PENGURUSAN GRAFIK


ALAT CoRT

24

PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS