Anda di halaman 1dari 13

ANALISIS ITEM

Oleh
Kamaruzaman Moidunny
Institut Aminuddin Baki, KPM
Genting Highlands
kamaruzaman@iab.edu.my

ARTIKEL INI MEMPUNYAI KAITAN DENGAN ARTIKEL12b. JIKA ANDA INGIN
MENYEMAK JAWAPAN LATIHAN, SILA HUBUNGI SAYA.


Pendahuluan

Kebiasaannya, soalan (item) yang dibina dan ditadbir dalam bilik darjah adalah
berdasarkan Taksonomi Bloom yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian (Bhasah 2003; Bloom 1959; Mohd Najib
1997; Mok 1997; Sulaiman 1997). Bagi Sulaiman (1997), Taksonomi Bloom
merupakan taksonomi objektif kognitif di mana objektif tingkah laku
mementingkan potensi murid daripada segi intelek. Ia meliputi unsur penerimaan
pengetahuan yang berguna, memperkembangkan daya pemikiran dan
menyelesaikan masalah.

Item-item pada aras pengetahuan menghendaki murid mengingat kembali
atau mengenal fakta, istilah, strategi menyelesaikan masalah atau peraturan
(Bhasah 2003). Sementara Abu Bakar (1986) menyatakan bahawa pengetahuan
meliputi semua tingkah laku yang menekankan pengenalan dan pengingatan
idea, pendapat, prinsip, bahan, prosedur dan peristiwa yang berlaku. Manakala
item-item kefahaman akan menguji kebolehan murid untuk memahami apa yang
telah dipelajari dan menyatakan alasannya sekali. Item-item dalam aras aplikasi
pula memerlukan kemahiran murid menggunakan apa yang telah dipelajari
kepada masalah atau situasi yang baru. Seterusnya, item-item pada aras analisis
memerlukan kemahiran murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada
bahagian-bahagiannya dan mengenal pasti tentang hubung kait antara bahagian-
bahagian berkenaan. Selanjutnya, pada aras sintesis, item-item akan dapat
menentukan kemahiran murid mengumpulkan unsur-unsur dan bahagian-
bahagian tertentu supaya dapat menunjukkan satu pola atau struktur yang jelas
dan nyata. Dan akhirnya pada aras penilaian, murid memerlukan kemahiran
membentuk pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah,
idea atau produk yang mempunyai tujuan tertentu (Bhasah 2003; Mok 1997;
Sulaiman 1997).

Bagi Sax dan Newton (1997), ujian pencapaian seperti ini merupakan
suatu tugasan yang digunakan untuk mendapatkan pemerhatian sistematik yang
mewakili trait atau atribut pendidikan atau psikologi. Bagi Siti Rahayah (2003),
ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana murid menguasai isi
suatu mata pelajaran yang diajar. Ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi
mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan
psikomotor. Bagi Bhasah (2003) pula, ujian pencapaian akademik mengukur
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran pelajar yang menjadi fokus dalam
pengajaran di kelas-kelas. Antara atribut yang diukur dalam sesuatu ujian
pencapaian termasuklah pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat dan sikap.
Manakala, ujian pencapaian piawai adalah bertujuan untuk mengenal pasti
penguasaan yang meliputi kandungan sesuatu mata pelajaran bagi sesuatu
peringkat pengajaran dan pembelajaran. Bhasah (2003) dan Siti Rahayah (2003)
menyatakan bahawa ujian pencapaian dilaksanakan bagi tujuan rujukan kriteria
atau rujukan norma.

Lyman (1986) berpendapat bahawa ujian pencapaian digunakan untuk
menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan yang diperoleh oleh
seseorang individu. Sementara Sax dan Newton (1997) pula
menyatakan bahawa tujuan ujian adalah untuk membuat keputusan terhadap
pemilihan, penempatan, pemulihan, maklum balas, motivasi, penambahbaikan
program atau pembangunan teori. Bagi tujuan maklum balas, Ujian Rujukan
Norma (URN) akan membekalkan perkembangan murid berbanding rakan-
rakannya yang lain. Manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK) pula, memberikan
maklumat tentang kebolehan murid terhadap sesuatu tugasan yang diberikan.


Ujian Objektif

Bagi Yap et al. (1985) antara kebaikan ujian objektif adalah seperti dapat
menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan kefahaman dengan
berkesan, lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang rangkuman yang luas,
analisis item mudah dilaksanakan, jawapan dapat diperiksa dengan cepat serta
lebih sesuai sebagai ujian sumatif. Bagi Sax dan Newton (1997) pula, soalan
objektif mempunyai beberapa kekuatan seperti berkebolehan mengukur objektif
dari aras pengetahuan hingga ke aras yang lebih kompleks, soalan yang banyak
boleh dikemukakan dalam waktu singkat, objektivitinya adalah tinggi kerana
hanya ada satu jawapan yang betul, boleh mendiskriminasikan murid
berdasarkan pilihan jawapan, mengurangkan kesan akibat tekaan dan analisis
item boleh digunakan. Analisis item digunakan untuk mengesan kelemahan, item
berambiguiti, kesukaran item dan sejauh mana item boleh mengukur perbezaan
individu. Manakala bagi Wood (1961), analisis item merujuk kepada aplikasi
teknik-teknik statistik untuk menilai dua ciri item iaitu kesukaran item dan sejauh
manakah item berkorelasi dengan pengukuran yang lain.


Tujuan Analisis Item

Kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian ditentukan dengan
membuat analisis item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item
yang baik dengan item yang lemah. Analisis item dilaksanakan adalah bertujuan
untuk menghasilkan ujian yang bermutu atau berkualiti. Analisis item akan dapat
membekalkan maklumat berikut iaitu:
1. Respons murid terhadap setiap item iaitu sama ada murid
menjawab atau tidak item tersebut.
2. Menyediakan maklumat tentang bagaimana setiap item berfungsi
iaitu sama item berkenaan senang atau sukar.
3. Mendiskriminasikan antara murid daripada kumpulan tinggi (KT)
dengan kumpulan rendah (KR).

Analisis item bagi setiap ujian dilaksanakan dengan menentukan Indeks
Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D)
seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961)
menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan yang mendapat
jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin senang.
Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60
peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyai
aras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang
rendah menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-
soalan yang dikemukakan kepada murid adalah sukar. Macintosh dan Morrisson
(1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang rendah boleh dibaiki.
Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indeks pembezaan (D)
sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Jadual 1: Indeks Kesukaran dan Indeks Pembezaan

Indeks Kesukaran (F)
Indeks Pembezaan
(D)
Kurang
daripada
40 %
40 %
hingga
60 %
Lebih
daripada
60 %
Lebih daripada 0.40 Sukar Diterima Senang

0.30 0.39 Sukar Perlu dibaiki Senang

0.20 0.29 Sukar Marginal (Diterima
tetapi perlu dibaiki)

Senang
Kurang daripada 0.20 Dibuang Dibuang Dibuang
Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67

Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakan antara
kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan murid yang
memperolehi skor rendah. Indeks Pembezaan, D, mempunyai nilai antara 1.00
hingga + 1.00. Nilai D yang negatif menunjukkan item tersebut gagal
membezakan kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan yang
memperolehi skor rendah. Jika nilai D bersamaan dengan 1.00, ini menunjukkan
bahawa 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor tinggi berjaya
memberi jawapan betul dan 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi
skor rendah memberi jawapan salah. Manakala jika nilai D bersamaan dengan
sifar, menunjukkan kedua-dua kumpulan murid memberi jawapan yang serupa
bagi item berkenaan. Ini bermaksud bahawa item tersebut gagal membezakan
antara kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan memperolehi skor
rendah. Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga 1.00
menggambarkan bahawa item tersebut boleh diguna pakai. Sementara Ebel
(1979) pula menyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar
daripada 0.20 adalah sesuai bagi item ujian.

(Nota: Ada pendapat lain menyatakan bahawa selain ambil 27 %, boleh ambil 20 30 %
atau 1/3 skrip jawapan untuk melaksanakan analisis item).



Indeks Kesukaran / Facility Index (F)

Jadual 2: Contoh Maksud Indeks Kesukaran

Item F Penilaian Maksud Indeks Kesukaran
Pertama 87 % Senang 87 peratus murid menjawab betul
Kedua 52 % Sederhana 52 peratus murid menjawab betul
Ketiga 16 % Sukar 16 peratus murid menjawab betul



Indeks Pembezaan / Discrimination Index (D)

Jadual 3: Contoh Maksud Indeks Pembezaan

Item D Penilaian Maksud Indeks Pembezaan
Keempat 0.63 Terima Dapat membezakan murid dengan
sangat baik

Kelima 0.38 Terima Dapat membezakan murid dengan
baik

Keenam 0.21 Terima Dapat membezakan murid

Ketujuh 0.10 Buang Tidak dapat membezakan murid


Rumus Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Item

T + R
Indeks Kesukaran, F = --------------- x 100 %
N
T
+ N
R






T - R
Indeks Diskriminasi, D = --------------
N
R






di mana

T Bilangan pelajar daripada kumpulan berpencapaian tinggi menjawab betul
R Bilangan pelajar daripada kumpulan berpencapaian rendah menjawab betul
N
T
Jumlah pelajar daripada kumpulan berpencapaian tinggi
N
R
Jumlah pelajar daripada kumpulan berpencapaian rendah

Sumber: Siti Rahayah (2003): 156















Hitungan Indeks Bagi Soalan Esei

Ada lima soalan esei (S1, S2, S3, S4 dan S5) (N = 5)
Setiap satu soalan mempunyai markah penuh = 10. Oleh itu 4 orang murid = 40
(MP = 40)
Ada 4 orang murid kumpulan tinggi (KT) iaitu Abu, Barry, Cacha dan Dudu.
Ada 4 orang murid kumpulan rendah (KR) iaitu Endang, Fan, Gano dan Hah.

Nama Kump S1 S2 S3 S4 S5
Abu 6 7 8 10 9
Barry 6 7 8 10 8
Cacha 6 8 9 10 7
Dudu 6 7 10 10 9
Jumlah skor T 24 29 35 40 33

MP = 40
Endang 3 6 2 1 9
Fan 2 5 2 1 9
Gano 1 7 2 0 7
Hah 2 8 3 0 8
Jumlah skor R 8 26 9 2 33

MP = 40
T + R 24 + 8

= 32
29 + 26

= 55
35 + 9

= 44
40 + 2

= 42
33 + 33

= 66


Indeks
Kesukaran , F


(T + R)
MP + MP
32
40 + 40

= 0.44

(44 %)
55
40 + 40

= 0.69

(69 %)
44
40 + 40

= 0.55

(55 %)
42
40 + 40

= 0.53

(53 %)
66
40 + 40

= 0.66

(83 %)

T - R 24 8

= 16
29 26

= 3
35 9

= 26
40 2

= 38
33 33

= 0


Indeks
Pembezaan, D

(T R)
MP
16
40

= 0.40
3
40

= 0.07
26
40

= 0.65
38
40

= 0.95
0
50

= 0

Keputusan

Sederhana
URN
Senang
URK
Sederhana
URN
Sederhana
URN
Senang
URK


Rujukan


Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Siri Maktab Perguruan.
Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum
Books.

Bloom, B. S. (pnyt.).1959. Taksonomi objektif pendidikan - buku pedoman 1: domain
kognitif. Terj. Abdullah Junus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ebel, R. L. 1979. Essentials of Educational Measurement Ed. ke-3. New Jersey:
Prentice-Hall Inc.

Lyman, H. B. 1986. Test scores and what they mean Ed. Edisi ke-4. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc.

Macintosh, H. G., & Morrisson, R. B. 1969. Objective testing. London: University of
London Press Ltd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

Mok, S. S. 1997. Pedagogi 2 - pelaksanaan pengajaran. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Sax, G., & Newton, J. W. 1997. Principles of educational measurement and
psychological measurement and evaluation. Edisi ke-4. California: Wadsworth
Publishing Company.

Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM.

Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi - teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Wood, D. A. 1961. Test construction - development and interpretation of achievement
test. Ohio: Charles E. Merril Books, Inc.

Yap, Y. K., Wan, C. S., & Ismail Abu Bakar. 1985. Pengukuran dan penilaian dalam
pendidikan. Edisi Baru. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.








Lampiran I


ANALISIS ITEM OBJEKTIF

Item
Calon
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Ravicandran / / / / / /
Chong Eu / / / / / /
Jani / / / / / / /
Munah / / / / / /
Minah / / / / / / /
T 5 4 4 5 4 5 5
Muniandy / /
Ling Oi /
Jenal /
Besah /
Jamil / /
R 2 1 1 1 1 0 1
T + R 7
(T + R)
F = ---------
N
T
+ N
R

7/10
=
0.7

70
T - R 3
(T - R)
D = ---------
N
R

3/5
=
0.6

0.6

Senang
URN


LAMPIRAN II

RINGKASAN ANALISIS ITEM

Item /
No.
Soalan
Nilai Indeks
Kesukaran, F
(%)
Nilai Indeks
Pembezaan,
D
Penilaian/Catatan
1 60 0.40 Sederhana - URN
2
3 15 -0.10 Buang
4
5 50 0.00 Sederhana - URK
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40


LAMPIRAN III

PENGESANAN OPSYEN/DISTRAKTOR

Item /
No.
Soalan
Opsyen Bilangan
Murid
Peratus Penilaian/Catatan
1 A 3 15 Distraktor berfungsi
B 0 0 Distraktor tidak berfungsi
C* 12 60 Kunci
D 5 25 Distraktor berfungsi
2 A* 17 85 Kunci
B 0 0 Distraktor tidak berfungsi
C 1 5 Distraktor berfungsi
D 2 10 Distraktor berfungsi
3 A
B
C
D
4 A
B
C
D
5 A
B
C
D
6 A
B
C
D








LAMPIRAN IV

Hitungan Indeks bagi Soalan Esei


Nama Kump S1 S2 S3 S4 S5
Ramasamy 5 7 8 10 9
Julia 4 7 8 9 8
Johnny 9 8 9 10 7
Ramzul Danish 6 7 10 10 9
Jumlah skor T


Ramizatun 9 5 5 2 1
Raou 9 6 5 2 1
Julianus 7 8 5 2 0
Ajan 8 8 5 3 0
Jumlah skor R


MP = 40
T + R




Indeks
Kesukaran , F

(T + R)
MP + MP


MP = 40

T - R





Indeks Pembezaan, D

(T R)
MP



Keputusan



http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2013/01/artikel-12a-analisis-item.html

Anda mungkin juga menyukai