Anda di halaman 1dari 2

Laporan Semasa

Pada 20 Julai 2013, semua guru pelatih G3.5 diminta berkumpul di hadapan
Jabatan Pengajian Sosial pada jam 7.30 pagi. Guru pelatih diberikan sedikit taklimat
ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan di Asrama Rumah Sentosa kelak oleh
Divakaran A/L Murugesan. Selain daripada itu, Pengerusi juga memastikan segala
keperluan dan kelengkapan yang bakal digunakan di Asrama Rumah Sentosa telah
disediakan. Semua AJK yang terlibat dikehendaki menyatakan bidang tugas masing-
masing agar semua AJK tahu peranan masing-masing ketika berada di Asrama Rumah
Sentosa.
Tepat jam 8.00 pagi, semua guru pelatih seramai 40 orang diminta berkumpul di
hadapan perkarangan bas. AJK pengangkutan harus memainkan peranan. Pada jam
8.30 pagi bas bertolak ke Rumah Sentosa dan tiba pada pukul 9.00 pagi. Pensyarah
pengiring iaitu En. K. Uthayakumaran dan En. Hj.Rosly bin Mohd Sani yang merupakan
pensyarah bagi Nilai Dan Etika Dalam Pengajian Sosial. Semasa tiba di Rumah
Sentosa, guru pelatih disambut baik oleh Warden Rumah Sentosa iaitu pelatih di rumah
tersebut. Mereka telah menyediakan tempat untuk semua guru pelatih tempat
mengadakan majlis.
Majlis pelancaran Program Tautan Kasih ini di Asrama Rumah Sentosa bermula
pada jam 9.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diminta untuk memberikan
ucapan kata alu-aluan. Ucapan pengerusi program merupakan ucapan mewakili semua
guru pelatih yang hadir pada hari tersebut. Lepas itu, pensyarah pengiring iaitu En. K.
Uthayakumaran juga memberikan sedikit ucapan tanda terima kasih kepada warga
rumah sentosa kerana sudi menerima kami guru pelatih daripada Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas untuk menjalankan kajian dan program. Kemudian warden
Asrama Rumah Sentosa iaitu Daud diberikan masa untuk memberikan ucapan. Beliau
sangat berbesar hati menerima kedatangan kami guru pelatih pada hari tersebut. Beliau
juga ada meminta maaf kepada semua guru pelatih kerana tidak dapat keluarkan
semua penghuni rumah tersebut memandangkan terdapat kes yang terjadi pada hari
sebelum itu. Lepas itu, acara penyampaian cenderamata daripada pihak guru pelatih
kepada warga Asrama Rumah Sentosa. Majlis pelancaran ditutup setelah penyampaian
cenderamata.
Semua AJK program diminta untuk menyediakan peralatan yang akan
digunakan. Semasa AJK teknikal menyediakan peralatan, guru pelatih dibenarkan
menyoal warden Asrama Rumah Sentosa untuk maklumat lanjut. Aktiviti pertama yang
dilakukan ialah Warming-up. Aktiviti ini diketuai oleh.Mereka berdua akan mengawal
aktiviti ini. Semua guru pelatih harus mengikuti arahan dan aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti ini merupakan aktiviti memanaskan badan bersama-sama dengan penghuni
Asrama Rumah Sentosa dengan semua guru pelatih Dalam aktiviti ini, para penghuni
Asrama Rumah Sentosa harus mencari pasangan dari kalangan guru pelatih.
Kemudian bersama-sama melakukan aktiviti ini. Rasional aktiviti ini adalah untuk
mengeratkan lagi hubungan guru pelatih dengan penghuni Rumah Sentosa. Aktiviti
memberikan gambaran awal kepada penghuni Asrama Rumah Sentosa bahawa semua
guru pelatih tidak pernah memilih anak murid mereka. Bagi guru pelatih semua orang
adalah sama. Kesalahan yang kita lakukan tidak bermakna akan menghukum
seseorang itu sehingga akhir hayat mereka. Setiap orang tidak lari untuk melakukan
kesalahan.
Aktiviti yang kedua pula ialah Ice-Breaking yang diketuai oleh Aktiviti ini
merupakan aktiviti sual kenal dengan penghuni Asrama Rumah Sentosa dan guru
pelatih. Dengan ini guru pelatih boleh memantau dan memerhati sikap penghuni
Asrama Rumah Sentosa. Guru pelatih juga melahirkan minat penghuni Asrama Rumah
Sentosa dengan mengikuti aktiviti yang bakal dilaksanakan. Semua penghuni Asrama
Rumah Sentosa harus memperkenalkan diri masing-masing kepada semua guru
pelatih. Guru pelatih harus mengingati nama semua penghuni Asrama Rumah Sentosa
agar lebih mesra semasa melakukan aktiviti yang seterusnya. Sebagai seorang
guru,kita perlu mengingati semua nama murid kita agar mereka akan berasa selesa
dengan kita kelak.

Anda mungkin juga menyukai