Anda di halaman 1dari 2

APA YANG TELAH DILALUI DAN DILAKSANAKAN SEPANJANG PRAKTIKUM

Alhamdulillah selama beberapa minggu saya menjalani prakikum fasa kedua


di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan ini, telah banyak memberi pengetahuan
baru serta pengalaman yang banyak sepanjang saya menjalani praktikum ini. Praktikum
adalah salah satu platform yang dapat memberi didikan serta kemahiran kepada guru
pelatih yang bakal mendidik generasi yang akan datang. Oleh itu,sepajang praktikum
kali ini adalah sangat berbeza dengan yang sebelumnya. Hal ini kerana pada praktikum
kali ini masanya lebih panjang dan kami diselia begitu banyak kali. Oleh yang demikian,
ia dapat memberi banyak pendedahan bagaimana proses pengajaran yang baik .
Jadi, apa yang telah saya lalui sepanjang praktikum ini adalah bagaimana
hendak merancang proses pengajaran yang sempurna. Apakah hasil pembelajaran
yang hendak saya capai terhadap anak murid saya. Oleh itu, saya berusaha untuk
membuat perancangan pengajaran yang baik serta menarik agar murid berminat dan
memhami isi pelajaran yang hendak saya sampaikan. Tambahan lagi, apa yang telah
saya lalui sepanjang praktikum ini adalah dapat melahirkan hubungan sosial yang baik
bersama anak murid serta guru pembimbing. Melalui proses pengajaran ia dapat
mendekatkan guru dengan murid-murid .Oleh itu, guru dapat mengetahui kelemahan
serta kepakaran murid. Selain itu, melalui praktikum ini juga dapat memberi
pendedahan terhadap hubungan kolaborasi yang baik antara saya dan guru. Melalui
cara ini ia bukan sahaja melahirkan seorang guru pelatih yang mahir dalam pengajaran,
bahkan dapat melhirkan individu guru pelatih yang boleh berkolaborasi dengan warga
sekolah dengan baik.
Di samping itu, melalui apa yang telah dilalui oleh guru pelatih sepanjang
praktikum ini haruslah di ambil buat pedoman dan rujukan agar di masa akan datang,
guru pelatih akan bersedia untuk mendidik dan berkhidmat dengan lebih cemerlang
dimana sahaja penempatan mereka yang akan di tempatkan di masa akan datang.


APA YANG TELAH DICAPAI SEPANJANG PRAKTIKUM
Sepanjang praktikum fasa kedua ini, telah banyak perkara yang saya
rencanakan telah tercapai antaranya dapat menjalankan proses pengajaran yang dapat
memberansangkan minat dan menjana kemahiran berfikr murid-murid. Selain itu,
perkara yang telah saya capai sepanjang praktikum kali ini adalah dapat mengenali
latar belakang murid serta saya dapat memahami serba sedikit kekuatan dan
kelemahan mereka. Oleh yang demikian, melalui apa yang telah dicapai ini membantu
memudahkan guru merancang isi pengajaran yang sesuai dengan tahap murid.
Selain itu, melalui proses pengajaran yang saya jalankan sepanjang praktikum
ini dapat menjadikan saya lebih kreatif dan teliti dalam menghasilkan sebuah bahan
pengajaran yang menarik untuk proses pembelajaran. Bahkan melalui apa yang telah
saya laksanakan sepanjang praktikum ini telah membantu meningkatkan pengetahuan
saya dalam mengenali murid serta merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
Disamping itu, apa yang telah saya capai sepanjang praktikum ini adalah dapat
berkhidmat dengan sekolah dengan melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang telah
dianjurkan oleh sekolah seperti majlis program ihya ramadhan, majlis sambutan jamuan
raya dan perasmian bulan kemerdekaan. Melalui aktiviti yang telah dilaksanakan ini
dapat memberi satu pendedahan baru kepada guru pelatih dan melalui pelaksanaan ini
dapat membolehkan guru pelatih belajar cara menguruskan sesuatu. Jadi, melalui
tugas-tugas khas yang telah diberikan kepada saya membolehkan saya melihat
bagaiman cara menguruskan sesuatu program besar ini, melalui pengalaman ini akan
dapat memberi gambaran baru didalam kamus seorang guru pelatih supaya dimasa
akan datang dapat menjalankan aktiviti sebegini.
Akhir sekali, apa yang telah dicapai oleh guru pelatih sepanjang praktikum ini
ialah dapat berkolaborasi baik bersama warga guru SKPPH dan warga pentadbiran
sekolah. Melalui kolaborasi baik bersama warga sekolah ini membolehkan hubungan
baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang erat,serta guru pelatih boleh
turus minta tunjuk ajar agar dapat memperbaiki diri dan terus berjaya di masa akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai