Anda di halaman 1dari 1

5 ASAS KAJIAN CORAK KEPIMPINAN

Empat corak kepimpinan yang disebutkan di atas tadi pada hakikatnya cuba mempamerkan perlakuan
pengurus dalam usaha mereka untuk mempengaruhi ahli-ahli atau kakitangan supaya bertindak sejajar
dengan perkara yang telah
dirancangkan. Kesemua corak kepimpinan itu akan mirip kepada salah satu pilihan dengan tindakan
yang lebih condong kepada tugas dan/atau tindakan yang lebih mementingkan hubungan dengan
kakitangan. Di dalam kajian kepimpinan, para penyelidik cuba memahami sikap dan perlakuan pemimpin
terhadap:

1. Pelaksanaan tugas.
2. Kakitangan yang terlibat di dalam pelaksanaan tugas.

Mereka ingin mengenal pasti satu corak kepimpinan yang lebih berkesan. Terdapat beberapa istilah yang
digunakan untuk menerangkan kedua-dua jenis perlakuan tersebut. Seseorang pemimpin yang sangat
mengambil berat tentang
pelaksanaan sesuatu tugas dikenali sebagai pemimpin yang berorientasikan tugas (pemusatan kepada
tugas). Sementara seseorang pemimpin yang memberi perhatian kepada kakitangan dikenali sebagai
pengurus yang bertimbang rasa, mementingkan perhubungan yang baik di antara kakitangan dan
berorientasikan pekerja (pemusatan kepada pekerja). Walau apa pun istilah yang digunakan, kedua-dua
sikap dan perlakuan pemimpin itu dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Seseorang pemimpin yang mengambil berat tentang tugas akan:
(a) Merancangkan dan menetapkan tugas yang akan dibuat.
(b) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab.
(c) Menghuraikan piawaian dengan jelas.
(d) Mementingkan penyelesaian tugas dan mengawasi kemajuan dengan rapi.


21. Setiap komuniti sekolah mempunyai konteksnya sendiri yang unik di keadaan kerja
yang berbeza berlaku. Para pengetua hendaklah berusaha supaya mereka perlu
menjadi lebih fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai
persekitaran tempat kerja bagi menyokong pembelajaran pelajar-pelajar dan guru-guru.
Selain itu, para pengetua dan guru hendaklah memahami prasyarat-prasyarat yang
menyumbang kepada kesejahteraan kakitangan di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai