Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari
penyelesaian kepada masalah murid Tahun 4 Thamarai yang kurang menguasai
cara menjawab soalan bahagian B yang melibatkan soalan-soalan subjektif. Kajian
ini melibatkan 12 orang murid Tahun 4 Thamarai yang terdiri daripada 7 murid lelaki
dan juga 5 murid perempuan. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan
kaedah membuat pemerhatian, ujian bulanan dan juga kerja rumah yang diberikan
dalam bilik darjah dan juga rumah.
Soalan-soalan yang diberi dalam bahagian B susah untuk dijawab oleh murid.
Ada segelintir murid cuba untuk menjawab manakala, ramai yang membawa buku
kosong tanpa jawapan. Ada juga yang meniru jawapan kawan ataupun menunggu
jawapan dari guru.Saya menjalankan kajian ini untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya juga telah menjalankan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini. Saya
memberi latihan yang banyak dalam bahagian B, memberi penerangan cara
bagaimana untuk mendapatkan maklumat dari soalan, graf, gambarajah, jadual
serta memantapkan kosa kata sains murid. Selain daripada itu, saya juga memberi
nota dalam bentuk peta minda.