Anda di halaman 1dari 19

ISU-ISU MORAL

ISU BULI
- Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam
pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.
- Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana
individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku
aggresif yang cenderung menyebabkan ketidakselesaan kepada
individu yang kurang dominan atau lemah (mangsa buli).

Faktor-faktor terjadinya kes buli?

Antara sebabnya adalah:

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak
puas hati mereka.

Pernah menjadi mangsa buli.


- Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak
pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
- Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.

AIDS
- Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh
dikatakan tidak boleh dilepaskan dari digandingkan bersama.
- Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan
moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali
sebagai AIDS dan penyakit ini menjangkiti individu melalui seks
bebas.

VANDALISM
Vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh
segolongan remaja yang tidak merasa berpuas hati terhadap
keadaan masyarakat.
Sebagai contoh, Segelintir golongan pelajar suka menconteng
dinding-dinding tandas dengan lukisan yang menjijikan atau
perkataan yang tidak bagus.
PENDERAAN KANAK-KANAK
Faktor yang boleh kaitkan dengan isu ini :
Tekanan di tempat kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi
mereka akan menjadikan anak-anak sebagai medium melepaskan
geram dan tekanan yang mereka hadapi.


Tekanan ekonomi yang dihadapi: Masalah yang kewangan sering
berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini
dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih
sayang daripada kedua-dua insan mulia ini.

PORNOGRAFI
Golongan yang ketagihan dengan pornografi akan lebih terdedah
terhadap melakukan perlakuan zina.
Kegilaan melihat gambar-gambar pronografi di internet merupakan
tanda-tanda awal penyerapan ke arah penzinaan.
Perlakuan zina mempunyai kaitan yang jelas dengan pergaulan bebas
dan ketiadaan kawalan sosial yang ketat.



- Perlakuan zina mempunyai kaitan yang jelas dengan pergaulan
bebas dan ketiadaan kawalan sosial yang ketat.
- Zina bukan sahaja menjadi krisis moral, malah turut mengakibatkan
bencana sosial yang lebih besar.

PENCEMARAN
Pencemaran Air:
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan
memberi kesan apabila digunakan.
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Faktor Pencemaran Air :
Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan
mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai
walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani yang dibawa
oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai turut menyumbang
dalam pencemaran air.

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis
sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa
tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Pencemaran Udara :
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,
cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya
perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.

Faktor :
- Berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan
pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan
pembakaran terbuka di bandar.
- Pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan
pencemaran udara berlaku.
- Aktiviti membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang
masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok.
BERBOHONG, MENIPU, MEMUNGKIR JANJI DAN
MENCURI.
Berbohong:
Definisi bohong berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
percakapan yang berlainan daripada perkara yang sebenarnya.
Jika seseorang yang selalu berbohong akan menyebabkan
kepercayaan orang lain terhadapnya berkurang.
Menipu:
- Perbuatan atau perkataan yg tidak jujur (bohong,
palsu) dengan motif untuk menyesatkan, mengakali, atau
mencari untung.
- Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang
menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan
sahaja membawa impak negatif diri penipu, tetapi kadangkala
memberi kesan kepada masyarakat.



Memungkir Janji
- Apabila kamu telah menjanjikan sesuatu dengan orang lain/
kawan namun kamu tidak menepati janji tersebut.
- Contohnya : Ali telah berjanji untuk membeli hadiah Hari Jadi
untuk adiknya. Namun pada hari tersebut , dia gagal untuk
membelikannya hadiah.

Mencuri:
- Mencuri adalah mengambil harta milik orang lain dengan tidak
hak untuk dimilikinya tanpa sepengetahuan pemilikinya.
Kesan mencuri:
- Bagi Pelakunya
> Mengalami kegelisahan batin, pelaku pencurian akan selalu
dikejar-kejar rasa bersalah dan takut jika perbuatanya
terbongkar
- Mendapat hukuman, apabila tertangkap, seorang pencuri akan
mendapatkan hukuman sesuai undang-undang yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai