Anda di halaman 1dari 54

Tayangan Video

ALAT KOMUNIKASI
Kepentingan Alat Komunikasi
Dalam PSV
Simbol dan makna
Laras seni bahasa
Generasi masa kini dapat memahami dan
menghayati luahan perasaan yang ingin
disampaikan oleh pejuang terdahulu
Menggambarkan pengorbanan dan kegigihan
pejuang terdahulu
Pentingnya mensyukuri nikmat kemerdekaan

Bidang Alat Komunikasi

Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan
Sentuh)
Bahasa Seni (Laras Bahasa)
Kandungan/Isi/Mesej (Contents / Makna)

Pengalaman 2D/3D
(Sensasi Visual dan Sentuh)
Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat
dalam konteks ini.
Arca, ukiran merupakan karya yang boleh
dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D.
Catan, lukisan, cetakan merupakan produk
seni yang boleh dinikmati dengan deria
penglihatan dan bersifat 2D.


Bahasa Seni (Laras Bahasa)


unsur-unsur seni
prinsip rekaan
bahan dan alat
teknik dan gayaan
Kandungan/Isi/Mesej
(Contents / makna)
merakamkan pencapaian manusia dan
menggambarkan tentang nilai, kepercayaan
dan sikap sosial.
Karya seni merupakan rakaman sejarah dan
budaya secara tampak
hanya diketahui secara jelas oleh pengkarya
sendiri
Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak
kedua/audien
The Oath of The Horatti (1784) karya Jacques Louise David

Mona Lisa karya Leonardo da Vinci
EKSPRESI
Kepentingan Ekspresi Dalam PSV
Tindakan emosi
Kestabilan emosi
Nilai dan ilustrasi perasaan
Madah ekspresi untuk membangkitkan
semangat patriotik
Seseorang boleh termotivasi untuk meluahkan
perasaan atau maklum balas terhadap apa
yang dilihat dan diamati
Ekspresi
Luahan perasaan secara bebas
Dapat dilihat pada karya-karya seni
Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi,
idea dan manifestasi fikiran.
melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar
melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan
konsepsi.
melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan
merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan,
stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan
perasaan.



PERANAN EKSPRESI
Menggambarkan
Perasaan
Menghasilkan Idea
Menghasilkan
Pengucapan Lisan
Menghasilkan
Ekspresi Bukan
Lisan
Menggambarkan
Emosi
Menghasilkan
Reaksi
KEMAHIRAN
Kepentingan Kemahiran Dalam PSV
Memahami fenomena
Memproses maklumat
Menterjemahkan maklumat secara visual
Menjana idea dan maklumat kepada masyarakat
sejagat tentang inisiatif dan persediaan untuk
mengelakkan sejarah sama berulang
Dapat menarik perhatian ramai dengan
binaannya yang unik dan mesej yang mudah
difahami masyarakat.

Menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir
serta bertindak secara rasional dan fleksibel
melalui :
penjanaan idea
penerokaan unsur
Inkuiri
integrasi maklumat serta idea
pengolahan simbol nyata atau abstrak
melihat sesuatu dari pelbagai perspektif
Mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti
ketika pembentukan konsep dalam minda,
yang harus dijelmakan dalam bentuk visual
secara manual
Belajar melalui tindakan membuat (learning
by doing), yang kemudiannya dilanjutkan
kepada (learning to be) dan (learning to live
together), apabila tiba masanya untuk berada
dalam masyarakat dan pasaran kerja


PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa
lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan
dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah
daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.

Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan
untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang
sukar.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep
pembelajaran seumur hidup (learning throughout
life)yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk
menghadapi dunia abad ke-21.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang
mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran

Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by
doing),yang kemudiannya kelak dapat dilanjutkan
kepada learning to be dan learning to live
together,apabila tiba masanya untuk berada dalam
masyarakat dan pasaran kerja

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah
kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat
pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan
sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik.

Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang
berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja
melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga
berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada
Learning is fun.
MENAJAMKAN KEPEKAAN PENGAMATAN
Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
Pemerhatian secara aktif
merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid.
Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui
kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian
terhadap objek alam dan objek buatan manusia.
Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea,
imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif

dengan alat dan bahan .
Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.
Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik
mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman
kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja..
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual
secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka.
Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar,
nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.




KREATIVITI
berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang
membawa maksud membuat
daripada perkataan Greek pula creare bermaksud
memenuhi.
Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan
kekreatifan.
Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti
analitik.
Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan
melalui penambahbaikan.
Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila
kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif
biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
a) Perkembangan Kreativiti Fisher

i) Peringkat Rangsangan merangsang minda
pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa,
mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.

ii) Peringkat Penerokaan peringkat rangsangan
telah berjaya
- merangsang pelajar untuk berusaha menjawab
persoalan yang
- dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan
yang timbul.



iii) Peringkat Perancangan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang
dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti
pada peringkat ini akan dilakukan melalui 2 cara iaitu;
Perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan
sebagai.
Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.

iv) Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran
kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan
dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana harus kita
mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?.

v) Kajian semula peringkat ini menilai
keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi
proses penambahbaikan selain melihat
pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa
memberikan pendapat dan komen terhadap
apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk
refleksi diri.


CIRI-CIRI KREATIVITI

a) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk
menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain
mempunyai keyakinan optimis.
b) Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang
tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan,
perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
c) Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering
mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain
sumber.
Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak.
Hasil kerja
mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
d) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam
menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai
hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.
e) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan
tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu
bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.
f) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya
pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja
sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar.
Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak
membuat keputusan



PERTIMBANGAN DAN KESEDARAN ESTETIK
PERTIMBANGAN DAN
KESEDARAN ESTETIK
DEFINISI ESTETIKA
Perkataan Greek iaitu aisthetikos merujuk
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
persepsi deria.
Bagi Bates (2000), - satu kajian falsafah yang
berkaitan dengan kecantikan.
Gazalba (1978) - satu cabang ilmu normatif yang
membawa nilai- nilai kecantikan dan kebaikan.
Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja
dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia
juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya.
Lankford (1992) satu konsep dan kaedah di dalam
falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat
untuk menerangkan dan memahami pengalaman
estetik yang berkaitan dengan perkembangan
artistik dan penghasilan produk.


ESTETIK DAN KANAK-KANAK
perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru
menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan Bahasa
Visual luar biasa
Lowenfeld (1975) perkembangan estetik kanak-kanak
bersesuaian dengan kretaiviti dipengaruhi oleh faktor
tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan
corak pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak
dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang
dan budaya

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni
visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini
termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar,
nilai patriotisme, nilai kebersihan,
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan
dengan semua pelbagai situasi.
MERANSANG PERKEMBANGAN DAN TINDAK BALAS ESTETIK KANAK-
KANAK
Koster (2001)- kanak-kanak perlu diransang
dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun
supaya tindak balas semulajadi estetik yang
dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peringkat
umur mereka.
PERANAN GURU UNTUK MERANSANG PERKEMBANGAN
DAN TINDAK BALAS ESTETIK MURID
Memilih karya yang berkualiti
Mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya

Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik
Mempunyai kepelbagaian teknik dan media penghasilannya
seperti memilih arca,kolaj,lukisan dan tidak tertumpu hanya
kepada catan sahaja.
Kepelbagaian Gaya,Budaya dan Artis
Memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan
oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang
termasuk pengkarya muda dan artis wanita.

Mempamerkan Budaya
Mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid
mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan
kepelbagaiannya.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK
Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
Menggalakkan interaksi di antara murid dan
guru,menjadikan proses pembelajaran lebih
menyeronokkan.

Meningkatkan Kefahaman Terhadap Imej dan Bahasa Visual
Membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak
dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah
baru.
Menyemai Kefahaman Terhadap Di Antara Satu Sama Lain
Murid memahami bahawa karya yang dihasilkan
mempunyai makna berbeza.

Meningkatkan Keupayaan Pemikiran
Pelajar perlu membuat perbandingan,perbezaan
menganalisa dan menilai karya.Semua ini
membantu murid menggerakkan daya pemikiran
mereka.


PEMBANGUNAN MANUSIA

PEMBANGUNAN MANUSIA
dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan
besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih
kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih
bidang ini untuk membentuk satu profesion baru
seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh
masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup
selesa melalui bidang ini.
penggunaan bahan peralatan di rumah,
susunan perabut
pemilihan warna
fesyen pakaian
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh
dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan
melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif,
berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam
menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu
melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-
norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota
masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang
sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin
diri.
Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar
untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang
sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini
untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni
sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang
mampu hidup selesa melalui bidang ini.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam
kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi
dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah
penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini.
Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang
kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan
manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian
awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.
BIBLIOGRAPHY
http://bz-li.blogspot.com/2012/01/kreativiti-
dalam-pendidikan-seni-visual.html
http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepenti
ngan-pendidikan-seni-visual.html
http://www.scribd.com/doc/36152531/SENI-
DALAM-PENDIDIKAN-Kepentingan-Imaginasi-
Kreativiti-Ekspresi-Dan-Emosi
http://oase.kompas.com/read/2012/05/03/2203
1711/Mengembalikan.Seni.Sebagai.Media.Komu
nikasi.Sosial

Anda mungkin juga menyukai