Anda di halaman 1dari 3

Surat Kiriman Tidak Rasmi

1. Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau
sahabathandai.
2. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti
antaranya;
Surat ucap tahniah
Surat ucap takziah
Bertanya khabar berita
Menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
Membalas surat yang dihantar oleh orang lain.

3. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan
kesihatanpenulis.
4. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab
pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
5. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Peringatan :Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

6. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus
surat lagi.









Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


( Nama Penulis )...........
( Alamat ).....................
....................................
....................................
Tarikh : .......................

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat) ....
......................................................................................................
..............................................................................................

Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu
isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.........................................................................................
Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )
CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Alif Bin Arif.
No 1, Lorong 2.
Taman Tambun,
14000 Simpang Ampat,
Pulau Pinang.
14 Mei 2014
Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan. Semoga sihat
sejahtera.
Saudara,
Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah
selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati
saya.
Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR.
Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya
tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR.
Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal
lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa
untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini
saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan
setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan
bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan
peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya.
Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak
mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi
di lembaran yang lain.

Sahabatmu,
....................
(ALIF BIN ARIF)