Anda di halaman 1dari 1

ANAS AMIRUL BIN AHMAD ANNUAR

Refleksi
Pada tanggal 15 Mac 2013, pelajar-pelajar PISMP Pendidikan Jasmani
bersama PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011 telah mengelolakan aktiviti
pertandingan permainan tradisional. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
dan kurniaNya, kami telah menjayakan aktiviti itu dengan jayanya. Sekalung ucapan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Encik Chula Ak bina atas
tunjuk ajar dan perkongsian maklumat kepada kami untuk menjayakan aktiviti ini.
Permainan tradisional ini merupakan permainan yang biasanya dijalankan
dalam komuniti tertentu suatu ketika dahulu dan sehinggalah sekarang, permainan
ini masih lagi popular. Oleh itu, dengan adanya pertandingan ini, memberikan
peluang kepada saya untuk mengenali, memahami dan mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada berkaitan permainan tradisional.
Antara kekuatan yang saya dapati ketika pertandingan ini dijalankan sama
ada sebelum, semasa atau selepas, semangat kerjasama yang jitu di antara
kumpulan Pendidikan Jasamani dengan kumpulan Bahasa Melayu. setiap daripada
ahli kumpulan telah melakukan tanggungjawab mereka dengan amanah untuk
menjayakan pertandingan ini. Selain itu, saya dapati, peserta menunjukkan tahap
semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap aktiviti yang mereka sertai.
Selain itu, antara kelemahan yang dapat dikesan ketika pertandingan ini ialah
disiplin diri penganjur mahupun peserta. disiplin ini berkaitan dengan disiplin untuk
menepati masa. perkara ini selalu sahaja menjadi penghalang untuk sesuatu
program berjalan dengan lancar. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan
segala alatan gagal dilaksanakan dalam masa yang sepatutnya. Hal ini
menyebabkan keadaan menjadi agak kelam kabut ketika para VIP sudah tiba ke
tapak perasmian sedangkan terdapat beberapa kawasan permainan yang belum
bersedia.
Oleh itu, secara kesimpulannya segala penambahbaikan harus dilakukan
untuk menjadikan penganjuran pertandingan seperti ini berjalan dengan lancar. Saya
merasakan bahawa penganjuran permainan tradisional ini dapat dijadikan sebagai
pengalaman yang dapat digunakan oleh saya ketika berada di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai