Anda di halaman 1dari 4

SOALAN OBJEKTIF PERGERAKAN ASAS

1. Pergerakan asas adalah suatu pergerakan yang mudah dan asas untuk melakukan
pelbagai jenis aktiviti, manakah antara berikut merupakan konsep pergerakan asas?

I. Kesedaran tubuh badan
II. Hubungan
III. Kesedaran ruang
IV. Kesedaran ketinggian

A. I dan II C. II , III dan IV
B. I , II dan III D. I, II , III dan IV

2. Kesedaran tubuh badan pembelajaran mengenai apa yang boleh dilakukan oleh
tubuh badan masing-masing. Apakah matlamat kesedaran tubuh badan

A. Mengenalpasti bentuk dan kedudukan badan
B. Menyesuaikan daya untuk memenuhi keperluan sesuatu pergerakan.
C. Mengenal pasti hubungan antara tubuh badan dengan pelbagai objek.
D. Mengenal ruang diri

3. Apakah yang dimaksukan daya dalam konsep pergerakan asas?

A. Merujuk kepada kelajuan dan rentak sesuatu pergerakan
B. Merupakan beberapa rangkaian yang berturutan.
C. Merujukan kepada penggunaan ruang ketika bergerakan.
D. Merujuk kepada jumlah tenaga yang dihasilkan oleh otot untuk melakukan
pergerakan.

4. Manakah antara berikut pergerakan bukan lokomotor?

I. Berlari
II. Menbongkok
III. Mengilas
IV. Melompat

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

5. Murid telah diarahkan untuk melakukan aktiviti seperti jongkang-jongket. Aktiviti ini
adalah secara berpasangan. Murid A adalah berdiri manakala murid B mencangkung
dan kedua-duanya berpegangan tangan. Pada pandangan apakah kemahiran yang
cuba diaplikasikan dalam aktiviti ini?

A. Berpusing dan mengilas. C. Menarik dan menolak.
B. Bergolek dan menahan. D. Menari dan melompat


6. Berikut merupakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Bil Tajuk aktiviti Kemahiran pergerakan
1. Perigi beracun Menarik dan menolak
2. Memutar skru Memusing
3. Beku dan cair Mengimbang

Aktiviti di atas tergolong dalam pergerakan :
A. Pergerakan lokomotor C. Manipulasi alatan
B. Pergerakan bukan lokomotor D. Pergerakan setempat

7. Semua kemahiran tersebut adalah pergerakan bukan lokomotor kecuali :

A. Melompat C. Menolak
B. Meringkuk D. Mengayun

8. Kemahiran = x
Butirang Mengajar = - Duduk membelakang kawan yang sama saiz
- Letakkan tangan paras dada
- Menghantar bola kepada rakan di belakang.
Bedasarkan butiran mengajar di atas, apakah kemahiran yang digunakan?
A. Menendang C. Mengilas
B. Menggelecek D. Menghayun


9. Manakah antara berikut menerangkan erti pergerakan bukan lokomotor?

I. Melibatkan ruang diri sahaja
II. Tidak mengubah tapak sokongan
III. Merangkumi kemahiran mengimbang, membongkok, meringkuk dan
meregang.
IV. Pergerakan memusing di sekitar paksi mendatar atau menegak pada
kedudukan badan yang sama.

A. I dan II C. II, III dan IV
B. I, II dan III D. I,II,III dan IV




10.
Berdasarkan gambar apakah kemahiran dan pergerakan yang digunakan ?
I. Pergerakan bukan lokomotor
II. Pergerakan lokomotor
III. Menghayun
IV. Melompat

A. I dan III C. II dan III
B. I dan IV D. II dan IV

JAWAPAN
1. B
2. A
3. D
4. B
5. C
6. B
7. A
8. C
9. D
10. A

Anda mungkin juga menyukai