Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh/ Hari : 05 Mac 2014 (Rabu) Tahun : 4 Arif Bil. Murid : 30 Orang Masa : 7.20 pagi 8.20 pagi (1 Jam) Tema : Sentiasa Selamat Tajuk : Malang Tidak Berbau
Standard Kandungan Standard Pembelajaran 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat daripada lima kata nama khas tak hidup berdasarkan petikan cerita. ii. Mengenalpasti sekurang-kurangnya empat kata nama khas tak hidup dan bukan kata nama khas tak hidup dengan bimbingan guru. iii. Membina sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dengan menggunakan kata nama khas tak hidup.
Sistem Bahasa : Tatabahasa Kata nama khas tak hidup Kosa Kata : Perhentian bas, sekolah, lorong Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Kesihatan Nilai : Keberanian, rasional EMK : Kreativiti dan inovasi, sains dan teknologi Kepelbagaian Kaedah dan Teknik : KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman KP : Muzik, kinestetik, verbal linguistik, interpersonal, intrapersonal BCB : Mencari maklumat Pembelajaran Kontekstual : Menghubungkait dengan amalan menjaga keselamatan Pembelajaran Konstruktivisme : Menghubungkait Bahan Bantu Mengajar : Bil. Jenis Jumlah 1. Lirik lagu Rasa Sayang 1 2. Petikan cerita 36 3. Kad imbasan 1 4. Kad kata nama khas tak hidup dan bukan kata nama khas tak hidup 10 5. Lembaran kerja 36
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah diberi nasihat daripada ibu bapa dan guru untuk menjaga keselamatan
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set induksi
7.20 pagi 7.25 pagi
(5 minit) Lagu Rasa Sayang Soalan - Adakah penting kita menjaga keselamatan? - Mengapakah ia penting? 1. Guru melekatkan lirik lagu Rasa Sayang pada papan tulis. 2. Murid diminta menyanyikan lagu Rasa Sayang dengan penuh semangat. 3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai lirik lagu tersebut. 4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini. BBB : Lirik lagu Rasa Sayang
KP : Muzik
Nilai : Menjaga keselamatan Langkah 1
7.25 pagi 7.35 pagi
(10 minit) Petikan cerita Malang Tidak Berbau
Kata nama khas tak hidup - Kata nama yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang tidak bernyawa. 1. Guru mengedarkan petikan cerita kepada murid. 2. Murid diminta membaca petikan secara senyap. 3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk membaca petikan cerita tersebut. 4. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai kata nama khas tak hidup. BBB : Petikan cerita
KP : Interpersonal Langkah 2
7.35 pagi 7.50 pagi
(15 minit)
Kata nama khas tak hidup
- Tahun 4 Amanah - Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan - Lorong Sang Kancil - Simpang Kenari 1. Murid diminta menyenaraikan kata nama khas tak hidup yang terdapat di dalam petikan. 2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyatakan kata nama khas tak hidup yang mereka dapat di dalam petikan tadi.
BCB : Mencari maklumat
Nilai : Berdikari - Proton Wira - Balai Polis Tuaran 3. Guru mencatat jawapan murid pada papan tulis dan menyemaknya. Langkah 3
7.50 pagi 8.00 pagi
(10 minit)
Permainan kereta api
Kata nama khas tak hidup - Lorong Sang Kancil - Tahun 4 Amanah - Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan - Simpang Kenari - Balai Polis Tuaran
Bukan kata nama khas tak hidup - Cikgu Lee - Diana - Pemuda - Balai polis - Kereta 1. Guru memilih dua orang murid di hadapan. 2. Murid pertama menjadi kepala kereta api bagi kata nama khas tak hidup dan murid kedua menjadi kepala kereta api bagi bukan kata nama tak hidup. 3. Guru mengedarkan kad yang mengandungi kata nama khas tak hidup dan bukan kata nama khas tak hidup kepada beberapa orang murid. 4. Murid yang menjadi kepala kereta api tadi diminta mengambil rakan mereka mengikut kata nama khas tak hidup dan bukan kata nama khas tak hidup. 5. Guru menyemak jawapan bersama-sama murid. BBB : Kad perkataan
KP : Kinestetik
Nilai : Kerjasama, kepatuhan Langkah 4
8.00 pagi 8.15 pagi
(15 minit)
Ayat tunggal 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Guru memberi sedikit penerangan mengenai ayat tunggal kepada murid. 3. Murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan kata nama khas tak hidup yang diberikan.
BBB : Lembaran kerja
KB : Menjana idea
Pengayaan 1. Murid diminta membina ayat majmuk dengan menggunakan kata nama khas tak hidup pada buku latihan mereka.
Pemulihan 1. Murid diminta mengenalpasti kata nama khas tak hidup dan kata nama khas hidup yang diberikan. Penutup
8.15 pagi 8.20 pagi
(5 minit) Penutup sosial
Penutup kognitif - Berikan satu contoh kata nama khas tak hidup 1. Guru memberikan pujian kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. 2. Guru meminta murid menyanyikan semula lagu Rasa Sayang. 3. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini dengan bersoal jawab dengan murid. KP : Verbal linguistik
Dokumen Serupa dengan Rph Bm Kata Nama Khas Tak Hidup