Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI BANDAR RAYA LESTARI, menurut rumusan Persidangan URBAN 21 di Berlin, Jerman

pada Julai 2000, merujuk kepada gagasan untuk meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi
komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan
datang.

Dengan kata lain, bandar raya lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme, kemudahan
dan prasarana lestari dari segi penggunaan sumber tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa efisien,
sistem pengangkutan canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana mesra alam dengan dikelilingi
kehijauan pelbagai flora dan fauna. Bandaraya lestari juga seharusnya ditunjuangi pelbagai aktiviti
martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda, penyuburan rohaniah, hubungan sosial dan
kegiatan perdagangan.

Dari aspek pelestarian alam sekitar, proses perbandaran biasanya menghadapi enam cabaran
utama, iaitu sistem pengangkutan, bekalan tenaga, pengurusan air sisa dan sisa pepejal, pengurusan
sistem pemparitan dan saliran bandar, pemuliharaan kawasan hijau, riadah serta siar kaki, dan
kemudahan infrastruktur. Masalah-masalah lain juga seringkali meruncing, seperti peluang pekerjaan,
kepadatan penduduk, pembangunan industri, keselamatan dan zon pemisah antara bangunan.

Selain aspek fizikal dan ekosistem, sesebuah bandar raya lestari juga perlu mengekalkan ciri-ciri
kemanusiaan, adat resam dan agama, khususnya dalam konteks pembangunan kemasyarakatan
prihatin, dan nilai-nilai lain seperti rekabentuk dan senibina unik berlatar belakang ciri-ciri budaya
tempatan.

Pemuliharaan bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga,
udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.


Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber
semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

Jadi, Pembangunan mampan atau pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dijalankan
secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan keadaan alam sekitar, bukan sahaja untuk
generasi semasa malah untuk generasi akan datang. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan
konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini
tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Akta-akta berkaitan

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
- pencemaran udara (seksyen 20)
- pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
- pencemaran tanah (seksyen 24)
- pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
- pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran
dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976 - seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas
kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980 - menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985