Anda di halaman 1dari 11

Learning To Score 2005

3756/1
SULIT
3756/1
Prinsip
Perakaunan
Kertas 1
Mei. – Okt.
2005
1 14 jam
JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2005

SET 1

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan yang disediakan.

4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
[Lihat sebelah
3756/1 SULIT
Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 2
Learning To Score 2005
Jawab semua soalan

1 Antara berikut, yang manakah merupakah perbezaan antara simpan kira dengan
perakaunan?

Simpan kira Perakaunan


A Digunakan oleh peruncit kecil- Digunakan oleh peruncit besar-
kecilan besaran
B Meliputi proses merekod urus Meliputi proses mengenalpasti urus
niaga niaga
C Membantu pihak pengurusan Membantu pihak luaran membuat
membuat keputusan keputusan
D Memerlukan kemahiran mengira Memerlukan pengetahuan
professional untuk menganalisis dan
merancang

2 Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri suatu jenis perniagaan.

• Bilangan ahli: 2 – 20 orang


• Liabiliti: Tidak terhad
• Modal: Sederhana besar
• Pendaftaran: Didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan

Antara berikut, manakah jenis perniagaan yang menepati ciri-ciri di atas?


A Sha Enterprise
B Firma Guaman Sha & Zan
C Sha Zan Teknologi Berhad
D Syarikat Sha Zan Sendirian Berhad

3 Pengusaha kedai Elly Kafe telah mengeluarkan wang simpanannya dari bank untuk
membiayai yuran pengajian anaknya. Beliau tidak merekod urus niaga ini ke dalam
buku perniagaan kerana mematuhi prinsip perakaunan ……..
A Ketekalan
B Materialiti
C Entiti berasingan
D Usaha berterusan

4 Antara berikut, yang manakah dikelaskan sebagai liabiliti bukan semasa?


I Pemiutang
II Sewa terakru
III Pinjaman
IV Gadai janji

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 3


Learning To Score 2005
5 Syarikat Perabot Jaya menyewakan sebahagian daripada premisnya kepada
Perniagaan Fotostat Shima. Hasil sewa ini dikenali sebagai
A Untung kasar
B Untung bersih
C Hasil kendalian perniagaan
D Hasil bukan kendalian perniagaan

6 Data 1 berikut diambil daripada buku Salun Kecantikan Maria pada 31 Disember
2004.

RM
Hasil perkhidmatan 27 650
Gaji pembantu 3 000
Sewa kedai 4 800
Insurans 960
Kadar bayaran 1 000
Belian syampu dan alat solek 9 650
Lengkapan kedai 4 500

DATA 1

Hitungkan untung bersih Salun Kecantikan Maria bagi tahun berakhir 31 Disember
2004.
A RM8 240
B RM9 200
C RM13 390
D RM15 350

7 Pada 1 April 2004, Puan Rohaya membeli barang niaga berjumlah RM8 500 secara
kredit. Pembekal telah menetapkan syarat diskaun berikut.

Diskaun niaga: 20 %
Diskaun tunai: 5% 10 hari
2% 20 hari

Jika Puan Rohaya membuat bayaran pada 14 April 2004, hitungkan jumlah yang
perlu dibayar.
A RM6 460
B RM6 664
C RM6 800
D RM8 075

8 Nota kredit dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli apabila


A Pembeli terkurang caj
B Pembekal mengenakan caj pengangkutan
C Pembeli memulangkan barang salah jenama
D Pembekal ingin menambahkan jumlah dalam invois

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 4


Learning To Score 2005
9 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu dokumen perniagaan.

• Dokumen yang dihantar bersama barang kepada pembeli


• Dokumen yang menunjukkan pengesahan penerimaan
barang yang dipesan

Dokumen di atas merujuk kepada


A Invois
B Nota Debit
C Pesanan Belian
D Nota Serahan

10 Rajah 1 menunjukkan urus niaga yang perlu direkodkan dalam Buku Catatan
Pertama.

Urus niaga Buku Catatan


Direkodkan Pertama
Ambilan barang niaga untuk
promosi ke dalam X

RAJAH 1
X ialah
A Jurnal Am
B Jurnal Belian
C Buku Tunai
D Buku Tunai Runcit

11 Pernyataan berikut berkaitan dengan dokumen X dan Y yang digunakan oleh


seorang peniaga.

Dokumen X Satu senarai harga barang yang diminta


oleh pembeli
Dokumen Y Satu senarai harga semua barang yang
boleh dibekalkan oleh pembeli

X dan Y adalah

X Y
A Sebut harga Surat tanya
B Katalog Pesanan belian
C Sebut harga Katalog
D Katalog Sebut harga

12 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Fuadi.

Fuadi membawa masuk perabot dari rumahnya ke


Guru Sumber Prinsipdalam perniagaannya
Perakaunan JPN Perak halaman 5
Learning To Score 2005

Nyatakan dokumen yang terlibat bagi urus niaga ini.


A Makluman debit
B Penyata akaun
C Nota serahan
D Memo

13 Antara berikut, butiran yang manakah dicatatkan dalam Akaun Kawalan Pemiutang?
I Angkutan masuk
II Pulangan masuk
III Diskaun diterima
IV Hutang lapuk

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14 Data 2 menunjukkan butiran berkaitan jualan kredit sebuah perniagaan pada bulan
Mac 2005.

RM
Baki awal penghutang 6 530
Baki akhir penghutang 7 120
Tunai diterima daripada penghutang 14 530
Pulangan jualan 180
Diskaun diberi 230

DATA 2
Hitungkan jumlah jualan kredit bagi bulan Mac 2005.
A RM13 530
B RM14 350
C RM14 710
D RM15 530

15 Jadual 1 menunjukkan catatan bergu beberapa urus niaga.

Urus niaga Catatan bergu


Akaun didebit Akaun dikredit
I Belian barang niaga secara Belian Pemiutang
kredit
II Belian komputer dengan cek Bank Komputer
III Ambilan tunai untuk bayaran Ambilan Tunai
tuisyen anaknya
IV Jualan perabot secara tunai Perabot Tunai
JADUAL 1
Antara berikut, catatan bergu yang manakah betul?
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16 Ambilan barang niaga berkos RM50 untuk kegunaan promosi telah didebitkan
Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 6
Learning To Score 2005
ke Akaun Ambilan dan dikreditkan ke Akaun Belian dengan jumlah yang sama.
Apakah pembetulan yang perlu dibuat?

A (Dt) Belian RM50


(Kt) Ambilan RM50
B (Dt) Belian RM50
(Kt) Promosi RM50
C (Dt) Promosi RM50
(Kt) Ambilan RM50
D (Dt) Ambilan RM50
(Kt) Promosi RM50

17 Antara berikut, yang manakah merupakan kesilapan tidak ketara dalam Imbangan
Duga?
A Satu urus niaga yang berlaku tidak dicatatkan dalam mana-mana buku.
B Akaun yang berbaki debit telah dicatat di sebelah kredit Imbangan Duga.
C Dua akaun telah didebitkan atau dikreditkan untuk urus niaga yang sama.
D Satu akaun telah didebitkan dengan amaun yang betul tetapi amaun yang
dikreditkan salah.

18 Kadar bayaran terakru pada akhir tahun perakaunan dikelaskan sebagai


A Hasil
B Belanja
C Aset semasa
D Liabiliti semasa

19 Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai disebabkan


I Peredaran masa
II Kemerosotan fizikal
III Perubahan teknologi
IV Perubahan nilai buku

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

20 Maklumat berikut diambil daripada buku seorang peniaga pada 31 Disember 2004.

RM
Komisyen diterima terdahulu pada 1 Januari 2004 140
Komisyen diterima terakru pada 31 Disember 2004 220
Komisyen diterima sepanjang tahun 2004 2 560

Hitungkan komisyen diterima bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.


A RM2 340
B RM2 420
C RM2 700
D RM2 920

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 7


Learning To Score 2005
21 Pada 1 Januari 2000, Sayrikat Sunrise membeli sebuah kenderaan bermotor
daripada Perniagaan Pintas dengan harga RM25 000. Kenderaan tersebut
disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Hitungkan jumlah peruntukan susut nilai kenderaan tersebut selepas 3 tahun.
A RM6 500
B RM6 775
C RM7 000
D RM7 500

22 Maklumat berikut dipetik daripada Imbangan Duga seorang peniaga pada 31


Disember 2004.

Debit Kredit
RM RM
Penghutang 12 400
Peruntukan hutang ragu 500

Adalah menjadi dasar perniagaan membuat peruntukan hutang ragu sebanyak 5%


setahun atas penghutangnya.
Hitungkan amaun peruntukan hutang ragu yang direkodkan dalam Akaun Untung
Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.
A Debit RM620
B Debit RM120
C Kredit RM120
D Kredit RM620

23 Data 3 dipetik daripada buku seorang peniaga pada 31 Disember 2004.

RM
Stok awal 2 800
Stok akhir 3 200
Belian 38 230
Jualan 54 700
Angkutan masuk 1 200
Pulangan masuk 180
Modal 45 000

DATA 3
Hitungkan kos jualan.
A RM38 850
B RM39 030
C RM39 210
D RM39 430

24 Belanjawan Tunai disediakan bertujuan untuk


A menunjukkan kedudukan perniagaan
B menyemak ketepatan catatan akaun
C merancang dan mengawal penggunaan wang
D menentukan keuntungan dan kerugian pernigaan

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 8


Learning To Score 2005
25 Pada 31 Disember 2004, baki akhir Penyata Bank Perniagaan Mega menunjukkan
baki kredit RM10 620. Baki ini berbeza dengan baki Buku Tunai pada tarikh yang
sama. Perbezaan ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut.

Deposit belum dikreditkan RM4 300


Dividen belum direkodkan dalam Buku Tunai RM360

Hitungkan baki Buku Tunai pada tarikh yang sama.


A Baki debit RM6320
B Baki debit RM6 680
C Baki debit RM15 280
D Baki debit RM14 560

26 Apakah yang ditunjukkan oleh baki debit dalam Akaun Semasa Pekongsi?
A Pekongsi memperoleh kongsi rugi
B Pekongsi berhutang kepada perkongsian
C Untung pekongsi telah dikeluarkan sepenuhnya
D Pekongsi telah mengeluarkan wang kesemuanya

27 Akaun yang disediakan untuk menentukan untung atau rugi atas pembubaran ialah
A Akaun Modal
B Akaun Semasa
C Akaun Realisasi
D Akaun Pengasingan Untung Rugi

28 Data 4 berkaitan dengan butir-butir Akaun Semasa Pekongsi Ahmad.

RM
Jan 1 Baki b/b 2 260 (Kt)
Dis 31 Ambilan 1 800
Gaji pekongsi Ahmad 4 000
belum bayar
Faedah atas ambilan 180
Kongsi untung 8 720

DATA 4

Hitungkan baki Akaun Semasa Pekongsi Ahmad pada 31 Disember 2004.


A RM13 000
B RM13 180
C RM14 800
D RM14 980

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 9


Learning To Score 2005

29 Maklumat berikut dipetik daripada buku-buku akaun Perkongsian Daya Rapi.

Imbangan Duga pada 31 Disember 2004 (petikan)


Debit Kredit
(RM) (RM)
Pinjaman daripada pekongsi: Hilmi 20 000
Faedah atas pinjaman 1 000

Maklumat tambahan:
Perjanjian Perkongsian menyatakan:
Faedah atas pinjaman ialah 8% setahun

Antara berikut yang manakah benar tentang catatan bagi faedah atas pinjaman?

Debit RM Kredit RM
A Akaun Pengasingan 1 600 Akaun Semasa A 600
B Akaun Untung Rugi 1 600 Akaun Semasa A 600
C Akaun Untung Rugi 1 000 Akaun Semasa A 1 000
D Akaun Pengasingan 1 600 Akaun Semasa A 1 600

30 Tatawujud Syarikat mengandungi butir-butir


I alamat berdaftar syarikat
II tujuan penubuhan syarikat
III laporan kewangan syarikat
IV prosedur mesyuarat agung tahunan syarikat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

31 Pada 1 Januari 2004, Syarikat Putera Berhad didaftarkan dengan modal yang terdiri
daripada 2 000 000 saham biasa berharga RM1 seunit dan 800 000 8% saham
keutamaan berharga RM2 seunit.
Pada 15 Januari 2004, syarikat telah menerbitkan semua saham biasa dan 50%
saham keutamaan. Semua saham yang diterbitkan telah dibayar penuh.

Hitungkan jumlah modal yang diterbitkan.


A RM1 500 000
B RM2 800 000
C RM3 000 000
D RM5 000 000

32 Mengikut Akta Pertubuhan 1966, bilangan minima ahli sesebuah kelab ialah seramai
A 6 orang
B 7 orang
C 8 orang
D 9 orang

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 10


Learning To Score 2005
33 Antara berikut, yang manakah dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
kelab?
A Alat tulis
B Honorarium
C Kutipan pesta ria
D Susut nilai alatan sukan

34 Maklumat berikut diambil daripada buku-buku Kelab Rekreasi Taman Sinar.

1 Januari 2004 31 Disember 2004

Yuran tertunggak RM120 -


Yuran terdahulu RM160 RM80

Maklumat tambahan:
Jumlah yuran yang diterima pada tahun 2004 ialah RM4 900.
Hitungkan jumlah yuran yang dikreditkan ke Aakaun Pendapatan dan Perbelanjaan
bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.
A RM4 540
B RM4 700
C RM4 860
D RM5 100

35 Data 5 diambil daripada buku-buku akaun Kedai Runcit Amir.

RM
Modal pada 31 Disember 2004 46 200
Ambilan 1 050
Untung bersih 6 200

DATA 5

Hitungkan modal awal Kedai Runcit Amir.


A RM38 950
B RM40 000
C RM41 050
D RM45 150

36 Antara berikut, yang manakah bukan dikategorikan sebagai kos overhed bagi
sebuah firma pengeluaran?
A Susut nilai mesin kilang
B Bahan bakar kilang
C Insurans kilang
D Gaji operator kilang

37 Titik Pulang Modal ialah


A satu tingkat keluaran dimana jumlah hasil melebihi jumlah kos.
B satu tingkat keluaran di mana perniagaan memperolehi untung.
C satu tingkat keluaran di mana perniagaan menanggung kerugian.
D satu tingkat keluaran di mana perniagaan tidak mendapat untung dan tidak
menanggung rugi.

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 11


Learning To Score 2005
38 Data 6 berkaitan dengan pengeluaran sejenis produk.

Harga jualan seunit RM10.00


Kos bahan mentah seunit RM5.00
Upah langsung seunit RM3.00
Titik Pulang Modal 6 500 unit

DATA 6

Hitungkan kos tetap pengeluaran tersebut.


A RM13 000
B RM19 500
C RM32 500
D RM52 000

39 Data 7 diambil daripada Perkilangan Seri Mas pada 30 Jun 2005.

RM
Stok awal bahan mentah 12 300
Stok akhir bahan mentah 10 250
Angkutan masuk 880
Belian bahan mentah 45 620
Pulangan belian 120

DATA 7

Hitungkan kos bahan mentah digunakan.


A RM44 330
B RM47 550
C RM48 430
D RM48 550

40 Data 8 diperolehi daripada sebuah firma pada 31 Disember 2004.

RM
Aset semasa 8 000
Liabiliti semasa 4 000
Aset bukan semasa 24 000
Liabiliti bukan semasa 2 000

DATA 8

Hitungkan nisbah semasa.


A 2:1
B 3:1
C 4:1
D 6:1

KERTAS SOALAN TAMAT

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 12

Anda mungkin juga menyukai