Anda di halaman 1dari 16

(

9 )

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada


Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan
yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul
serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-13 surah as-Syura :

Maksudnya: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya
mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana);
akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu
sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan
mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia lah
yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan
rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan
ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-
makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya
apabila Ia kehendaki (melakukannya). Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu
kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan
(dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah
memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat
melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana,
walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan
kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. sebagai pelindung
atau pemberi pertolongan
Alhamdulillah pada hari ini kita berkumpul di sini bagi sama-sama memohan
kasih sayang dan rahmat daripada Allah agar terus memberi kepada kita semua
nikmat yang berkat yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Kita semua faham dan yakin bahawa nikmat anugerah Allah S.W.T kepada umat
manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat ini
mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam
memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat.
Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas
hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga
dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia
berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka
daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang
diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan
keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada
Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang
tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di
dunia dan akhirat.

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di
mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap
kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala atau pun ia merupakan
suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan
lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala daripada Allah S.W.T ialah
Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana
yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang
menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam
sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan
dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan
istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan
kesilapan yang dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat
sehingga lebih banyak bala Allah S.W.T yang turun seumpama suburnya program
maksiat samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan
maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang
melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada
Allah S.W.T.
Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada
lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak
menemui zaman itu. Antaranya. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta
benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang
yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh Allah
S.W.T

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,
Pada hari ini saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian
agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah
atas dosa dan kesalahan yang dilakukan samada secara terang-terangan atau
sembunyi, sedar atau tidak. Sesungguhnya amalan banyak istighafar dijanjikan
dengan begitu banyak kelebihan oleh Allah.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12 surah Nuh :


Maksudnya: Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha
Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan
lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta
diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya
agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan
menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang
kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala daripada Allah S.W.T. Kita
juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar
dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :
















Khutbah Kedua

7 )

Firman Allah dalam ayat 55-57 surah al-Araf :


Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan
suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang yang memperbaiki amalannya. Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan
angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami
halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan
hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-
bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan
semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya).

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,
Sekali saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian agar
kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas
dosa dan kesalahan yang dilakukan. Semoga Allah menerima segala taubat kita dan
seterusnya menurunkan rahmat dan kebaikan dari pelbagai aspek.

1) Khatib mula menghadap qiblat (membelakangi makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya atau serbannya
dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan
menjadi ke kiri. Jika memakai baju 2 lapis seperti baju kot diterbalikkan juga

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,

Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah segala


kebaikan dan dihindari daripada kita segala keburukan

Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut
kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah
Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan
jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami


Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat
segera tidak berlambat-lambat

Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah


rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati











Kemudian berpaling semula oleh khatib membelakangi kiblat menghadap kepada
makmum sebagaimana biasa pada akhir khutbah yang kedua ini.



Maksudnya: Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas
landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka
Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya
kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur
kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang
bala dan bala apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada
pelakunya sahaja.











SOLAT ISTISQA

Istisqa bermaksud meminta siraman air. Istisqa juga bermakna doa meminta hujan kepada
Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai
solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa. Oleh itu solat
sunat Istisqa adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu
wa Taala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini
merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Taala sebagai balasan terhadap hamba-
hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu
Umar radhiallahu anhbahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

...


...


Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah
akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang
yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air
dari langit Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009

Justeru itu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar mengerjakan
solat Istisqa, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa
Taala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum
solat Istisqa ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang mewajibkannya.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA

Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa
Mereka yang mengerjakan solat Istisqa ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut
dengan penampilan sederhana, tawadhu (merendah hati), tadharru (bersungguh-sungguh dalam
memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut)


Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh, dia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam (keluar
untuk bersolat Istisqa) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti
solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis
riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa, no: 1504.

Solat Istisqa Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.


Maksudnya:
Daripada Abbad bin Tamim daripada pakciknya (Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi
shallallahu alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa.
Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat
Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, no: 510.

Tidak Dilaungkan Azan Atau I qamah Sebelum Solat Tersebut.


Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu anh berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam keluar pada suatu hari
untuk mengerjakan solat Istisqa, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau
iqamah- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was
Sunnah Fiiha, no: 1258.

Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
Solat Istisqa dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir
pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.


Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh, dia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam (keluar
untuk bersolat I stisqa) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti
solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis
riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa, no: 1504.

Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa.
Solat sunat Istiqa boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk
bersolat.

Bacaan Dalam Solat Istisqa Adalah Secara J ahar (Kuat).

Maksudnya:
Daripada Abbad bin Tamim daripada pakciknya (Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi
shallallahu alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa.
Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat
Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, no: 510.

Sebagaimana solat Hari Raya dianjurkan juga untuk membaca surah Qaf atau surah al-Qamar pada
rakaat pertama dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-Alaa atau al-Ghaasyiah.

Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa.
Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau
halaman masjid yang luas.


Maksudnya:
Daripada Aishah radhiallahu anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan
agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara
berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk
mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama
rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa negara-
negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu turut turun
bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa ini dimusolla. Kita ternanti-nanti bila sunnah
ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa.
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti

Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar sebanyak enam kali


5) Membaca surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Quran
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti

Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar sebanyak empat kali


2) Membaca surah al-Fatihah
3) Membaca Surah al-Quran
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud kali kedua
9) Duduk untuk tahiyyat akhir
10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa.
Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa di atas mimbar yang disediakan.
Namun Imam al-Nawawirahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat
sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah
untuk solat Istisqa adalah ringkas sahaja. Dalilnya adalah hadis berikut:



Maksudnya:
Daripada Aishah radhiallahu anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan
agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara
berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk
mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.
Menurut Aishah ketika matahari telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas
mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya
negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan
mengabulkan permohonanmu itu.
Baginda meneruskan: Alhamdulillaahi rabbilaalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki
Yaumiddiin Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada
Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah
hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi kami sampai
habis masanya.
Selanjutnya baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih
ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya dibalikkan
letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan
turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Taala menampakkan segumpal
awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan dengan izin Allah
Taala - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.

Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan
wajahnya ke arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu berdoa dengan
bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. Disunnahkan juga untuk menterbalikkan
tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak tangan tersebut di hadapkan ke arah
langit.


Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu anh) bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam pada suatu
ketika memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas langit. -
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa, no: 896.

Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan
untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke kanan dengan
membuka dan menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. Ada yang berpendapat
bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafaul atau mengharapkan adanya perubahan
keadaan dari kemarau kepada hujan


Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu anh berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam keluar pada suatu hari
untuk mengerjakan solat Istisqa, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah,
kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil
mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan diletakkan di kiri
dan yang kiri di kanan. - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush
Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.

Anda mungkin juga menyukai