Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Minggu 3 (3 Ogos 2014 7 Ogos 2014)

Masalah:
Pada minggu kedua, sesi pengajaran berlaku seperti biasa dimana saya
mengambil alih guru Sains dalam mengajar kelas 2 Bestari, 3 Pintar, 4 Bestari dan 5
Bestari. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang telah diadakan, satu
permasalahan yang telah saya kenal pasti dimana faktor disiplin dan tingkahlaku
murid yang tidak mendengar arahan.
Analisis:
Permasalahan tersebut berpunca daripada sikap sesetengah murid yang
sering lupa membawa buku latihan. Apabila ditanya, mereka sering menjawab lupa
buku latihan, ada pula yang memberitahu buku latihan hilang. Saya sudah pesan
kepada mereka dari minggu yang lepas tetapi pada minggu ini mereka tetap masih
melakukan kesalahan yang sama. Sikap yang lupa tersebut jelas terlihat bagi setiap
kelas yang saya ajar. Saya berasa terganggu kerana murid sukar untuk menjaga
tingkahlaku mereka apabila diberi arahan. Mereka tidak mengendahkan pesanan
tersebut dan menganggap perkara tersebut merupakan perkara yang kecil.
Secara keseluruhannya, disini saya dapat kenal pasti dimana disiplin murid
tidak dijaga dengan betul kerana mereka tidak mendengar arahan yang diberi.
Nilai tanggungjawab dalam diri murid juga tidak diterapkan. Mereka tidak berupaya
untuk menjaga hal peribadi sendiri contohnya buku latihan, buku teks dan
sebagainya.
Masalah disiplin murid-murid ini kemungkinan juga berpunca daripada sikap
guru yang tidak mengambil kisah terhadap pembentukan tingkahlaku murid.
Guru yang tidak tegas juga boleh menimbulkan permasalahan disiplin yang
menyebabkan murid tidak berasa takut dan tidak mengambil kisah tentang guru
apabila diajar.
Tindakan/ Cadangan/ Penambahbaikan:
Untuk menyelesaikan permasalahan ini, saya telah bercadang untuk
melaksanakan satu peraturan bilik darjah kepada murid-murid. Saya telah
bercadang untuk menggunakan model Disiplin Asertif yang dipelopori oleh Lee
and Marlene Canter (1976). Model ini melatih murid-murid untuk menerima kesan
atau konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip
tersendiri. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar
dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka
ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang
diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut
Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah
bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter
adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik
darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan
adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan
saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai
dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan
tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal
kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid,
bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara
adil.
Saya ingin mengaplikasikan model ini dengan menyediakan peraturan bilik
darjah kepada murid-murid yang diajar. Peraturan tersebut akan diberitahu
secara lisan dan saya juga akan membuat satu papan notis berikutan dengan
peraturan yang dibuat supaya boleh dilekatkan dalam bilik darjah. Selain itu, saya
juga akan menentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah.
Teknik menghukum boleh dibuat jika ia dapat mengurangkan situasi ketegangan.
Bagi tindakan positif pula, saya akan membuat peneguhan positif atau ganjaran
kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
Tempoh masa:
Tempoh permasalah ini diselesaikan selama satu minggu dimana untuk
minggu pengajaran yang akan datang. ( 10 Ogos 2014 14 Ogos 2014)
Penilaian kejayaan:
Sekiranya bilangan yang murid yang tidak membawa buku dapat diturunkan,
ini bermaksud aplikasi Model Disiplin Asertif ini dilaksanakan secara berkesan. Saya
perlu memastikan peraturan yang dibuat bersesuaian dengan kesalahan yang
dilakukan.
Tindakan susulan:
Untuk tindakan susulan, sekiranya keberkesanan model tersebut tidak dapat
diterima oleh murid, saya bercadang untuk mengubah aplikasi model tersebut
dengan menggunakan model pengurusan disiplin dan tingkahlaku murid yang lain.