Anda di halaman 1dari 72

Proudly present

SEJARAH
CENTRIPETAL
DEFINISI
CENTRIPUGAL
MOMENTUM
PECUTAN
PERATURAN
VELOSITI
JISIM
DAYA
INERSIA
MASA
KEDERASAN
FASA-FASA PECUT
MULA SELEKOH
LARIAN SELEKOH
LINEAR
ANGULAR
PENGHARGAAN
KITARAN
SISTEM TENAGA
GRAVITI
NEWTON
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam
pertandingan olahraga yang pernah dicatat. Sukan Olimpik
Kuno di Greek mengandungi hampir keseluruhan acara
daripada acara lari pecut. Pada zaman moden, antara
rujukan yang terawal ialah pertandingan lari pecut yang
diadakan di kalangan pekerja atau orang suruhan golongan
bangsawan. Salah satu perlumbaan pecut yang dicatat
ialah perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent,
England. Pada abad ke 19, lari pecut ini menjadi semakin
popular. Perkembangan larian pecut pada abad ini telah
dihalang oleh ketiadaan undang-undang dan peraturan
piawai dan prosedur perlumbaan serta ketiadaan penjaga
masa yang tepat dan betul. Pelbagai cara permulaan
diadakan, sehingga selalu menjadi masalah untuk menerima
cara yang mana yang dapat diterima oleh semua pelari.

SEJARAH
Pada awal abad ke 20, larian pecut menjadi semakin
diminati. Penciptaan kasut lari atau spikes men
menjadikan kasut ini semakin diminati. Penggunaan
kasut berlari ini menyebabkan para pelari mampu
berlari dengan lebih pantas dan selesa tanpa sebarang
kemungkinan mengalami kecederaan pada kaki
mereka. Masa yang dicatat dalam satu perlumbaan
mula direkodkan. Rekod dunia rasmi yang pertama
untuk lari pecut 100 meter telah dicipta oleh Harald
Anderson pada tahun 1890 dari Sweden dalam masa
11.00 saat. Sejak itu masa yang diambil oleh peserta
lain akan dicatat berdasarkan rekod Anderson.

Kelajuan adalah kecepatan objek bergerak. Ia
digambarkan sebagai jarak yang dihasilkan
oleh sesuatu objek dalam masa tertentu tanpa
mengambil kira arah pergerakan jasad objek
tersebut. Menurut Hall (1991), kelajuan adalah
kadar perubahan bagi jarak yang dilalui
dengan masa. Menurut Kreighbaum (1990)
pula, kelajuan merupakan kadar pergerakan
sesuatu jasad. Manakala velositi (halaju)
merupakan perubahan laju yang menuju ke
satu arah yang tertentu.
1. Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan
serentak. Selain garisan permulaan yang sama untuk acara
100 meter, mereka akan berada di tempat permulaan yang
berbeza-beza untuk acara 200 meter dan 400 meter tetapi
garisan penamat adalah sama.
2. Jarak sesuatu acara larian pecut ialah dari hujung garisan
permulaan hingga hujung garisan penamat.
3. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak di
belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta.
Sebelum sesuatu permulaan diadakan, para peserta akan
dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan
berkaitan dengan perlumbaan itu.

4. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh seorang
pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas lain.
5. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol.
6. Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan Ke
Garisan kepada semua peserta sebagai persediaan
untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu
didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di
tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan.
Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan diri,
menandakan mereka sudah bersedia. Pegawai pelepas
akan melaungkan arahan Sedia dan sepantas kilat
peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat
badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan
sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan
7. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh
garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak
terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu akan
diberikan amaran dan permulaan akan dilakukan semula.
Peserta yang melakukan kesalahan kali kedua dalam
perlumbaan akan dibatalkan, walaupun kesalahan
pertama dilakukan oleh peserta lain.
Semasa perlumbaan
1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-
masing yang ditetapkan menerusi undian yang dijalankan
pada awal permulaan, iaitu dari mula hingga akhir. Jika
ada peserta yang keluar atau sengaja berlari di lorong lain,
perlumbaannya dikira batal.
2. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa
henti hingga ke garisan penamat.
3. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau
menganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan.

Akhir perlumbaan
1. Semasa penamat atau akhir perlumbaan, pemenang
ditentukan melalui pandangan dari sisi. Hakim penamat
akan memastikan peserta yang melepasi bahagian torso
( bahagian dari kepala hingga ke bahagian pinggang
melepasi garisan penamat). Bahagian lain dari bahagian
torso tidak akan diberikan perhatian.
2. Jika lebih daripada seorang peserta yang sampai pada
masa yang sama ( serentak ), penentuan pemenang akan
dibuat melalui gambaran foto. Jika kaedah ini tidak
disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-
pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat
oleh peserta.

Pengambilan masa
1. Jam randik atau stop-watch digunakan untuk mencatat
masa yang dicapai oleh peserta. Dalam kebanyakkan
kejohanan olahraga di peringkat antarabangsa, tidak
kurang daripada 20 30 orang penjaga masa disediakan.
Namun kini catatan dan rakaman ditentukan atau menerusi
penggunaan perakam waktu elektrik yang serba lengkap
dan canggih.
2. Tiga orang penjaga masa akan mencatat masa yang diambil
oleh peserta. Catatan yang diambilkira ialah catatan masa di
antara yang paling cepat dan paling lambat.
3. Setiap peserta akan cuba berlari sepantas mungkin, dan
sebelum perlumbaan, mereka tahu akan rekod atau catatan
masa terbaik yang pernah dicapai oleh peserta lain.

FASA PERMULAAN
Dalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan
aspek terpenting yang harus diberikan perhatian. Ianya
terbukti menerusi acara 100 meter dan 200 meter.
Manakala dalam acara 400 meter, aspek permulaan
tidaklah diberikan tumpuan yang mendalam. Dalam
kebanyakkan kejohanan olahraga terbesar dunia, pelari
pecut memberikan perhatian penting dalam aspek
permulaan ini. Permulaan juga menjadi faktor penting
dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut.
Setidak-tidaknya, dengan melakukan permulaan yang
baik, akan memberikan kesan psikologi kepada pelari itu
dibandingkan dengan pelari lain.


Teknik permulaan
Ada 3 cara :
1. Gaya peluru ( jarak blok ialah 27.5 cm )
Jenis ini tidak digalakkan kepada mereka yang
baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang
berpengalaman mendapati permulaan jenis ini
mempunyai kelebihan
2. Gaya sederhana ( jarak blok ialah 40 cm )
Gabungan gaya peluru dan gaya panjang dan
sering digunakan oleh kebanyakkan pelari pecut
3. Gaya panjang ( jarak blok ialah 52 65 cm )
Mudah dan selesa. Gaya panjang tidaklah begitu
memberikan lonjakan yang baik. Oleh itu gaya
panjang jarang digunakan.
Kedudukan ke garisan
- Berdiri dengan blok berada di bawah kaki yang
dikangkangkan
- Dekam dan letakkan hujung kedua-dua kaki ke atas blok
- Letak kedua tangan di belakang garis mula dengan
keluasan
sama dengan bidang bahu
- Suaikan kedudukan untuk keseimbangan maksimum

Fasa berlepas
a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru
kehadapan tanpa perlu menegakkan badan serta-merta.
Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba
menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.
b. Tangan dihayun sekuat mungkin untuk membantu
melepaskan diri dari blok permulaan. Ini akan
mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 45 darjah
bersudut daripada aras balapan, iaitu dari kepala ke
kaki.
c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu
panjang atau terlalu pendek
d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah
ketiga dari blok permulaan tetapi dalam kelajuan
memecut.
45 DARJAH
Fasa menderas
- Pergelangan kaki dan lutut yang membawa dipanjangkan
apabila pusat graviti bergerak ke hadapan kaki yang
menyokong,menolak pinggang kehadapan
- Kaki yang satu lagi yang dipanggil kaki bebas, bergerak
ke hadapan dan ke atas meningkatkan lagi ke force-
couple. Pemanjangan yang maksima oleh kaki pembawaan
bergerak dengan tinggi dengan peha kaki bebas. Kaki
pembawaan meninggalkan tanah dengan dipanjangkan
sepenuhnya pada bahagian pergelangan kaki,kaki dan
seterusnya ke hujung kaki.

Tangan akan mengimbangkan semula kaki dan bergerak
ke arahnya,iaitu tangan berada pada sebelah yang sama
apabila kaki bebas berbalik semula dan tangan yang satu
lagi kehadapan. Titik maksima aksi mereka bergerak
bersama dengan bahagian akhir menderas supaya
apabila siku berada di bahagian yang terjauh sekali ke
belakang, kaki yang sebelah lagi akan berada pada tahap
yang paling tinggi.
Kedua-dua tangan dihayun hampir merintangi bahagian
dada dengan siku berada pada sudut lebih kurang 90
darjah dan tangan dibuka. Kadar intensiti pergerakan
tangan dan kaki adalah selari dengan kederasan berlari,
lebih kurang dicondongkan ke hadapan badan bergerak
tanpa dibongkokkan ke hadapan atau ke belakang.
LAKUAN SEMASA FASA MENDERAS
FASA PENAMAT
1. Pelari tidak digalakkan melompat ke garisan
sebaliknya terus berlari tanpa mengurangkan
kepantasan.
2. Menggunakan kaedah lari terus ke garisan
penamat
3. Lakuan seperti menundukkan kepala,
memusingkan sebelah bahu ke garisan
penamat akan menjejaskan kederasan larian
kerana pelari akan memberi perhatian untuk
melakukan lakuan ini, seterusnya
mengabaikan tumpuan terhadap kelajuan
berlari tanpa disedari.

Permulaan di selekoh ( Acara 200m, 400m )
Blok permulaan dipasang secara bersudut.

Cara akan membolehkan pelari bergerak
dengan lurus ke bahagian dalam lorong
lariannya.






Daya Centripetal Semasa Mengambil selekoh
Daya ini hanya berlaku dalam acara larian yang
melibatkan selekoh seperti acara 200m, 400m dan
sebagainya. Semasa berlari di selekoh Daya Centripetal
akan menarik pelari ke luar dan ini membuatkan
badan pelari akan condong ke luar. Untuk melawan
daya ini, hayunan tangan dan langkahan perlu
diubahsuai.
Sebagai contoh kedudukan tangan dijauhkan daripada
badan dan langkah kaki kanan sentiasa mendarat di
garisan dalam lorong. Ini akan mewujudkan
keseimbangan kerana di lorong yang dalam sekali
Daya Centripetal adalah lebih kuat kerana kedudukan
selekoh yang tajam.

Pergerakan linear
Pergerakan badan dalam satu garisan lurus
dan ia bergerak dalam kepantasan, jarak dan arah
yang sama. Dengan itu seseorang pelari pecut
mestilah memperolehi putaran kaki yang baik.
Contoh : Peluncur ais
PERGERAKAN ANGULAR/ROTATORI
Pergerakan keseluruhan objek bergerak dalam satu arc
(lilitan) mengelilingi satu titik aksis.
Pusat pergerakan ini adalah satu titik bayangan yang
dikenali sebagai aksis rotatori.
Jarak antara titik aksis dengan titik pusat graviti beban
adalah jejari bagi pergerakan bersudut.
Sendi-sendi pada tubuh manusia bertindak sebagai
lokasi aksis rotatori.
Contoh - pergerakan dalam aktiviti bowling
Gambarajah Gerakan Angular -
Pergerakan Dalam Aktiviti Bowling
Sumber : Luttgens & Wells (1989), Kinesiology; Scientific Basic of Human Motion 7th Edition,
Halaman 281
Inersia
Satu usaha untuk mengekalkan keadaan sesuatu jasad.
Jasad yang pegun akan terus pegun sehingga ada daya
yang lain bertindak untuk menggerakkannya.
Jasad yang bergerak akan terus bergerak sehinggga ada
daya yang lain yang bertindak memberhentikannya.
Contohnya - sebiji bola yang diletakkan di tengah
padang.
KONSEP INERSIA
Daya yang diperlukan untuk
menghentikan objek yang
sedang bergerak mestilah
lebih besar dan dari arah
yang bertentangan
Seorang pelari yang hendak
menghentikan lariannya akan
mengalihkan berat badannya ke
kaki sebelah belakang dan
mencecah ke hadapan dengan kaki
hadapannya. Kaki hadapan
memberi satu daya apabila
menyentuh tanah
Pengelasan Daya
Boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu Daya Dalaman
dan Daya Luaran
Penentuan kelas ini adalah berdasarkan jasad yang
dikaji.
Contohnya - seseorang menendang bola. Otot-otot yang
digunakan ketika menendang bola dinamakan Daya Dalaman
manakala, jika dikaji bola yang ditendang maka otot-otot
yang digunakan ialah Daya Luaran
DAYA
Sifat-sifat Daya
Gerakan yang dihasilkan oleh sesuatu daya dipengaruhi
oleh sifat-sifat daya yang dikenakan :-
Saiz daya - jumlah daya yang dikenakan (10N, 50N dll)
Arah - hala daya dikenakan (kiri, kanan dll)
Titik aplikasi daya - kawasan daya dikenakan ke atas jasad.
Garis tindakan - garisan bayangan yang dipanjangkan melalui
titik aplikasi daya ke atas daya yang dikenakan.
CONTOH APLIKASI DAYA
1. Menarik
2. Menolak
3. Menurunkan sesuatu


Jumlah daya sesuatu objek
dikira dalam unit.
Newton (N)

KEDERASAN

Pengenalan
Kederasan pergerakan dan kederasan reaksi
merupakan dua angkubah terpenting dalam lakuan
motor. Kedua-dua angkubah ini dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan atlit dalam semua acara
perseorangan dan berpasukan dalam sukan dan
permainan.

Definisi
Kederasan boleh didefinisikan sebagai masa yang
diambil untuk menggerakkan anggota badan
dan keseluruhan badan melalui ruang.

Formula Kederasan

KEDERASAN( S) = JARAK (d)
MASA (t)

Contoh :

Seorang pelari berlari sejauh 60 meter pada trek yang lurus.
Andaikan masa yang diambil ialah 30 saat. Kira kederasan
atlit tersebut ?

Maka,
Kederasan = JARAK = 60 = 2 m/s
MASA 30

PECUTAN ( ACCELARATION )

- Dalam pelbagai aktiviti sukan, kejayaan seseorang
atlit adalah berhubung terus dengan keupayaannya
mempertingkatkan atau menurunkan velositi
pergerakan.

- Apabila velositi berubah, kadar perubahan velositi itu
dikenali sebagai pecutan ( Accelaration )

- Kreighbaum (1981), mendefinisikan pecutan sebagai
kadar perubahan velositi yang berlaku dalam satu masa
tertentu.


Formula Pecutan :

Velositi Akhir - Velositi Awal
Pecutan = -----------------------------------------------
Masa Semasa Perubahan Velositi

ATAU

v2 - v1
a = ----------
t


Unit Pecutan ialah m/s/s = m/s

Pecutan adalah bernilai:


1. Positif - bila nilai V2 lebih besar dar V1.

2. Negatif - bila nilai V2 lebih kecil dari V1.

3. Sifar - bila nilai V2 sama dengan V1.

Contoh :

Velositi seorang pelari pecut adalah 3 m/s
semasa meninggalkan blok permulaan dan
halaju menjadi 5 m/s, 1 saat kemudian, Jadi :-
v2 - v1
a = ------------
t
= 5 m/s - 3 m/s
= ------------------
1s
2 m/s
= ------------------
1 s
= 2 m/s

M
A
S
S
@
J
I
S
I
M
Mass adalah kuantiti jisim di
dalam sesuatu jasad atau objek.
Jika objek itu mempunyai
kandungan dan memerlukan ruang,
ia mestilah mempunyai mass.

Simbol bagi mass adalah m dan unit
yang digunakan untuk mengukur mass
adalah kilogram (kg)


Hubungan Inersia dengan Jisim
Sesuatu objek yang mempunyai jisim yang
besar akan memerlukan lebih daya untuk
menggerakkannya. Ini adalah kerana jisim
yang lebih besar mempunyai inersia yang
lebih besar daripada jisim yang lebih
kecil.Oleh itu, jisim yang besar mempunyai
tentangan yang lebih besar daripada jisim
yang lebih kecil
Contoh
Perbandingan di antara seorang ahli bina badan
heavyweight yang mempunyai lebih mass berbanding
seorang peninju lightweight.
Berat adalah kesan tarikan
graviti pada sesuatu objek. Berat
suatu objek atau jasad adalah
berubah-ubah bergantung kepada
tempat di mana ia berada.
Contoh
Berat manusia di bumi adalah lebih
tinggi berbanding berat ketika di bulan
Hubungan antara Mass dan Berat
oJisim atau berat sesuatu objek mempengaruhi
tahap kestabilan sesuatu objek.Semakin tinggi
jisim sesuatu jasad, semakin besar daya yang
diperlukan untuk menggerakkannya. Contohnya
ahli Sumo yang mempunyai berat badan yang
tinggi akan menyukarkan pihak lawan untuk
menjatuhkannya
Hubungan antara Mass dan Berat
Daya tarikan graviti adalah lebih kuat
apabila hampir dengan teras bumi
berbanding ketika berada di puncak
gunung.
Tarikan graviti di kutub utara dan selatan
adalah lebih kuat berbanding dengan di
kawasan khatulistiwa. Ini adalah kerana
kawasan ini paling hampir dengan teras
bumi
Contoh

Seseorang yang beratnya 200 lb di kutub
utara atau selatan akan mempunyai berat
198.94 lb di kawasan khatulistiwa
manakala seseorang yang beratnya 200 lb
akan mempunyai berat lebih kurang
199.77 lb pada paras ketinggian 12000
kaki
Hubungan antara Mass dan Berat
KONSEP VELOSITI
Menurut Hall (1991), velositi merupakan perubahan arah
(sesaran) per unit masa iaitu kadar perubahan jarak dalam arah
tertentu. Ada juga sesetengah pendapat yang impirikal
menyatakan bahawa velositi sebagai jumlah sesaran
dibahagikan dengan unit masa.
Velositi menerangkan tentang kuantiti kelajuan dan arah
gerakan sesuatu objek. Dalam bentuk formula velositi boleh
digambarkan sebagai jumlah perubahan tempat (sesaran) per
unit masa yang diambil. Sebagai contohnya, pergerakan sebuah
kereta yang meluncur ke hadapan. Velositi kereta itu adalah
berapakah jauh perjalanan kereta tersebut antara dua tempat
dibahagikan dengan jumlah masa yang diambil oleh kereta
tersebut untuk sampai ke destinasinya.
sesaran
masa

V =
1
s
m

V =
2
(m)
(s)

V =
3
ms
V =
4
FORMULA MENCARI VELOSITI
Kedudukan 2 kedudukan 1
Masa 2 + masa 1

V =
ms
V =
PERBANDINGAN VELOSITI DENGAN KELAJUAN
Bloundle berlari sejauh 50 meter di trek yang
panjangnya 25 meter. Walaupun dia berlari
dalam satu garisan yang lurus, kerana dia
berpatah balik selepas melalui 25 meter pertama
maka velositi dan kelajuan Bloundle akan
berbeza. (Andaian masa yang diambil adalah
sama iaitu 8 saat).
Contoh;
Kelajuan
Cari kelajuan yang dibuat oleh Bloundle menggunakan
formula;
Jarak
Masa
Kelajuan =
50 meter
8
S =
6.25 m/s.
S =
Velositi
Cari velositi yang dibuat oleh Bloundle menggunakan
formula;
Sesaran
Masa
Velositi =
V =
Kedudukan 2 kedudukan 1
Masa 2 + masa 1

V =
25 meter 25 meter
8 saat + 0 saat

0 m/s.
V =
V =
0 meter
8 saat

DEFINISI

Kamus Dewan (3
rd
Ed.) :-
Momentum adalah daya yang mendorong pergerakan
sesuatu objek.

Hay (1993) :-
Momentum adalah hasil daripada jisim badan dan velositi,
momentum adalah kuantiti pergerakan yang dimiliki oleh
tubuh badan.

MOMENTUM
KOMPONEN MOMENTUM

Semua objek yang dalam keadaan bergerak
dikatakan mempunyai momentum.

Momentum sesuatu objek bergantung
kepada jisim dan halajunya.

Momentum ditakrifkan sebagai hasil darab
jisim dan halaju
Momentum = Jisim (m) X halaju (v)
= ________ kg m/s

Linear Momentum

- Pergerakan boleh dikira dalam perspektif yang berbeza.

- Lebih besar velositi dan jisim, lebih besar momentumnya.

- Momentum adalah vektur kuantiti kerana ianya ada
arah.

- Lebih besar kuasa yang digunakan atau lebih lama
masa dikenakan, lebih besar perubahan dalam momentum.

- Objek yang pegun tidak mempunyai momentum
kerana tidak mempunyai velositi.

Daya Centripetal
Daya yang
menarik jasad
atau objek
terkeluar dari
pergerakan
selekoh atau
lengkungan.
Sumber : Garry Carr,Mechanic Of Sport (1997) m/s 68
Daya Centripetal
AKTIVITI SUKAN AKTIVITI HARIAN
Melontar tukul besi Berlari semasa di selekoh
Melempar cakera Memandu kereta semasa
di bulatan
Daya Centrifugal
Daya yang
menarik ke
dalam jasad
atau objek dari
pusat.
Sumber : Garry Carr,Mechanic Of Sport (1997) m/s 67
Daya Centrifugal
AKTIVITI SUKAN AKTIVITI HARIAN
Acara Baling Tukul Besi Lakuan `cowboy`
menjerat lembu
Acara Lempar cakera Memancing
menggunakan koyan
(handline)
HUKUM NEWTON
Hukum Newton Pertama / Hukum Inersia (Pegun)
Sesuatu objek akan terus berada dalam keadaan
pegun sehinggalah ada sesuatu daya luar yang lebih
besar akan mengubah keadaan tersebut.
Contoh 1:
Keadaan bersedia seseorang atlit di atas blok permulaan.
Daya geseran yang seimbang diantara dua permukaan
yang bersentuhan menyebabkan atlit tersebut tidak
bergerak atau berada dalam keadan pegun sehingga
sesuatu daya yang lebih kuat daripada daya geseran
maksimum atlit tersebut dikenakan. Ini bermakna
seseorang atlit itu akan mula bergerak jika daya yang
dikenakan melebihi daya geseran maksimum atlit tersebut.
Hukum Newton Kedua / Hukum Pecutan
Pecutan sesuatu objek adalah berkadar terus
dengan daya yang mengerakkannnya dan
berkadar songsang dengan jisim.
A =
F
___
M
Di mana, A = pecutan
F = daya yang dikenakan
M = jisim objek
Magnitud daya geseran adalah berkadar terus dengan daya
yang menggerakkannya. Semakin tinggi daya yang
dikenakan keatas sesuatu objek, maka semakin kuat daya
geseran antara permukaan objek tersebut.
Pecutan adalah berkadar songsang dengan jisim objek di
mana semakin berat sesuatu objek semakin tinggi daya
geseran diantara dua permukaan yang bersentuhan. Oleh
itu semakin tinggi daya geseran semakin rendah pecutan
atau pergerakan objek.
Hukum Newton Kedua / Hukum Pecutan
Contoh 3 : Menolak kereta sorong yang penuh dengan batu bata
Apabila kereta sorong sarat dengan muatan seperti batu
bata. Jisim kereta sorang tersebut talah bertambah. Ini
mengakibatkan kadar geseran dengan permukaan tanah
juga meningkat. Akibatnya daya pecutan kereta sorang
tersebut semakin berkurangan.

Sebaliknya, jika muatan kereta sorang itu dikurangkan,
jisim kereta sorang tersebut turut menurun. Keadaan
akan mengurangkan kadar geseran dan menyebabkan
daya pecutan semakin meningkat.

Hukum Newton Ketiga / Hukum Tindak balas
Setiap aksi akan menghasilkan reaksi. Oleh itu, daya
geseran adalah satu reaksi hasil daripada arah daya
yang diaplikasikan kerana ia datang dari arah yang
bertentangan.

Contoh 4: Pelari pecut berlepas dari blok permulaan
Apabila seseoarng pelari pecut berlepas dari blok
permulaan, kedua-dua kakinya yang mencecah blok
permulaan akan bergeser (menolak) dengan kuat ke
arah blok permulaan tersebut. Kuasa reaksi yang sama
kuat dari blok permulaan akan menolak badan pelari
tersebut ke hadapan. Aksi dan reaksi ini membolehkan
pelari memulakan pecutan dengan pantas.
PUSAT GRAVITI (COG)
Pusat Garviti ialah suatu titik pada
objek dimana berat keseluruhan objek
itu seolah-olahnya bertindak.

Pusat Graviti bertindak sebagai titik
keseimbangan. Sesuatu objek akan
berada dalam keseimbangan jika
disokong pada pusat gravitinya.
Kepantasan dan Sistem Tenaga
Dalam kepantasan, tenaga yang digunakan ialah
Anaerobik Alaktik (ATP-PC). ATP yang tersimpan
dalam jambatan silang myosin dipecahkan untuk
menghasilkan tenaga, ADP dan fosfat kemudiannya
membentuk semula ATP melalui kreatinfosfat (CP).

ATP ADP + P + tenaga
CP
Sumber : Damien Davis, Tom Kimmet & Margaret Auty, (1986). Physical
Education : Theory and Practice

Sistem tenaga ini tidak menggunakan oksigen,ia
dikategorikan sebagai anaerobik. Walau
bagaimanapun, CP akan berkurangan dalam masa 10
saat.
KITARAN LATIHAN
FASA
BULAN
MINGGU
HARI I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S I S R K S
1. Litar
2. Bebanan
3. Jeda
4. Ex. Tempo Enduran
5. Teknik dan taktik
Tinggi
Sederhana
Rendah
Rehat aktif
Rehat Pasif
PERSEDIAAN UMUM
JANUARI FEBRUARI MAC
7 8 1 2 3 4
l
a
t
i
h
a
n
i
n
t
e
n
s
i
t
I
PROGRAM LATIHAN PASUKAN LARI PECUT IPDA
BAGI TEMPOHDUA BELAS MINGGU
9 10 11 12 5 6
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai